
Monday, June 29, 2009
BIla Pemimpin Pelajar Merasa Meraka Cukup Hebat

nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 7:56:00 pm 5 comments
Labels: mhs09, um, universiti malaya
Sunday, June 28, 2009
Bila Lidah Tidak Bertulang

nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 5:43:00 am 1 comments
Labels: negara, PAS, politik malaysia
Thursday, June 25, 2009
Hari Penghitungan!!!!!Celakalah ke atas Anwar
Salam....ermm...sibuk hamba hari ini dok menilik helaian jadual...disebalik coretan tugasan hamba pada jadual itu, tercatat satu peristiwa yang bakal hamba tunggu dengan penuh perasaan amarah dan sabar...tanggal 8 Julai 2009 semuanya akan menjadi penentu kepada siapa Sebenarnya Anwar Al Juburi ni...makin tak sabar hamba menanti keputusan mahkamah mengenai kes ini...macam dahulu juga hamba sentiasa mendoakan agar si Anwar al Juburi akan dikenakan hukuman diatas apa yang telah dilakukan...
Namun si Anwar al Juburi menyedari bahawa harapan untuk dia meringkup dalam penjara sekali lagi cukup tinggi...dan disebabkan itu dia telah membuat bermacam-macam helah...minta itu minta ini dengan alasan nak kaji sebelum kes dibicarakan...tapi sebenarnya nak buat helah untuk menafikan bukti-bukti kukuh...
Rakaman CCTV ada..DNA pun ada...tapi si anwar mntak pulak...untuk apa????tapi bila minta DNA...banyak pulak alasan dia sebab tak nak kasi...tak faham hamba...kalau dah tak bersalah kenapa perlu takut...
Hamba diajar oleh ayahanda hamba supaya hanya takut kepada ALLAH S.W.T....dia yang maha berkuasa...dan takut pada kesalahan yang dibuat..berani kerana benar...
Tapi si Anwar ini aku tak tahu la apa yang diajar kepadanya...atau dia sendiri telah membuang jauh segala ajaran orang tuanya...hanya kerana ingin mengejar nama dan kuasa...
8 Julai 2009 ini akan menjadi sejarah hitam kedua Anwar dan sejarah manis untuk hamba kerana melihat sekali lagi kejatuhan anuar al Juburi yang menjadi perosak negara...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 3:44:00 pm 5 comments
Labels: anwar ibrahim, kes liwat anwar, pkr, saiful bukhari
Tuesday, June 23, 2009
Permulaan Jatuhnya Politik PAS...
Salam...beberapa hari ini hamba jarang benar hendak menulis dek sibuk mengikuti perkembangan isu negara perpaduan yang telah disyorkan oleh presiden PAS...bagaimanapun idea tersebut telah mendapat tentangan yang maha hebat dari ahli pakatan lain dan semestinya DAP dan PKR...mana tidak idea tersebut turut melibatkan musuh politik DAP dan PKR...siapa lagi kalau bukan UMNO/BN...bukan main melenting Pak anuar ngan tindakan hadi...bagaimana hari ini aku mendapat berita yang mengatakan Pakatan telah menolak negara perpaduan..agak-agak gimit ape yang dimainkan oleh "pemikir-pemikir strategi politik anuar/pakatan" untuk meraih sokongan rakyat...setahu aku PM(Najib) telahpun mengeluarkan kenyataan yang beliau YAKIN dengan saranan PAS(Hadi) mengenai Negara Perpaduan... yang dapat hamba simpul barangkali sebegini jadinya::








nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:45:00 am 0 comments
Labels: 1malaysia, malaysiaku, negara, perpaduan, politik malaysia
Sunday, June 21, 2009
BILA PANGKAT YANG DIKEJAR
salam...maaf lama tak posting benda baru...2 3 hari lepas aku menerima SMS dari khidmat langganan BH melalui SMS...Hairan dan ajaib juga aku melihat SMS tersebut...mana tak SMS yang terpapar di skrin handphone hamba yang murah itu menceritakan mengenai Si Nizar GP(gila pangkat)... akhirnya hamba telah menyaksikan bagaimana rakyat terabai dek kerana wakil rakyat yang dipilih telah menunjukkan sifat yang sebenar....menggilai jawatan yang disandang...mahkamah telah menetapkan segala keputusan...tapi dek kerana tamak dan gila jawatan no 1 dalam negeri semua perkara boleh dilakukan.... adakah ini yang kita cari selama ini...pemimpin yang gila kuasa.....tapi rakyat yang menanggung keperitan...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 12:02:00 am 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Kenapa BN perlu Ambil semula PERAK
Sampai sekarang kita masih lagi disuapkan dengan isu mengenai kerajaan baru Perak yang telah diputuskan oleh mahkamah rayuan menjadi milik BN..Dan sekaligus Pak Zambry menjadi...tetapi UMNO khasnya telah dituduh melakukan perampasan kuasa yang zalim dan tidak adil terhadap rakyat...tetapi siapa yang sebenarnya tidak adil kenapa adil....(baca disini)...
Apakah yang ingin dikejar sebenarnya oleh pihak PR khasnya DAP dan PKR????adakah mereka mahu kenyataan ini hanya tinggal sebuah ungkapan????
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 3:56:00 pm 0 comments
Labels: barisan nasional, malaysiaku, Perak, politik malaysia
Tuesday, June 09, 2009
1MALAYSIA....
Salam…hari ini rata-rata penduduk Malaysia sedang membicarakan konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh DSN bertujuan untuk melihat rakyat Malaysia hidup sebagai satu Bangsa. Berserta dengan motto “Rakyat didahulukan, Percapaian diutamakan” yang disandang bersama-sama dengan konsep tersebut maka sebanyak 8 nilai telah digariskan sebagai intipati kepada kejayaan konsep tersebut. Antara perkara yang telah digarapkan seperti:
Hari nilai pendidikan yang telah digariskan sebagai Bahagian ke-7 dalam lapan nilai dalam konsep 1Malaysia telah menarik minat untuk dibicarakan. Memetik kenyataan Dato’ Seri Mohd Najib “Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa Cina akan memasuki sekolah Cina dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walaupun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi”
Jika dilihat pada sejarah semasa pemerintah British dahulu, sekolah yang dibina oleh kerajaan British adalah bersifat sekolah inggeris dan rata-rata pelajar yang memasuki persekolahan tersebut adalah dari golongan pemerintah dan mereka yang berkemampuan. Malah sekolah yang diwujudkan juga diasingkan tempatnya mengikut petempatan kaum yang telah ditetapkan oleh British.Sekolah untuk melayu didirikan di kawasan kampung, golongan cina di bandar dan kaum india di estet-estet. Ini akibat daripada sistem pemerintahan yang telah dilaksanakan oleh British ketika dahulu iaitu sistem Pecah dan Perintah. Malahan pendidikan yang dilakukan juga hanya bertujuan untuk memberikan ilmu kepada anak-anak agar lebih pandai sedikit daripada bapa dan ibu mereka dan cukuplah hanya pandai menulis, membaca dan mengira.
Perkara ini menyebabkan berlakunya jurang di antara melayu, cina dan india dalam pendidikan. Yang paling ketara adalah perbezaan diantara orang melayu dengan cina dan india. Ini kerana british segaja membiarkan orang melayu ini ketinggalan dalam pendidikan supaya kesedaran mengenai segala perancangan dan tuntutan ke atas British dapat dielakkan.
Namun setelah mencapai kemerdekaan, beberapa proses ini telah dilakukan untuk merapatkan jurang pendidikan ini. Melalui Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 terdapat beberapa perkara telah dititikberatkan iaitu:
• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
• Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Jika dilihat, kita dapat merumuskan bahawa melalui Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 ini telah terdapat usaha ke arah menjadikan pendidikan sebagai satu modul untuk ke arah satu bangsa.
Jika sebelum merdeka tidak ada satu sistem khas yang telah ditetapkan oleh kerajaan British dalam pendidikan. Sekolah melayu diajar dalam bahasa melayu, sekolah cina diajar dalam bahasa ibunda mereka dan begitu juga dengan india. Namun dalam Penyata Razak dan Ordinal 1957 ini telah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yakni sistem sekolah ini tidak kira sekolah melayu, cina dan india memiliki sistem pendidikan yang sama malahan bahasa pengantarnya juga adalah sama iaitu Bahasa Malaysia.
Dan pada hari ini, giliran Dato’ Seri Mohd Najib juga melihat nilai Pendidikan sebagai satu nilai yang boleh digunapakai untuk membentuk masyarakat 1Malaysia. Apa yang dilihat dan difikirkan oleh Dato’Seri Mohd Najib adalah kesinambungan konsep Sekolah Wawasan yang telah dilaksanakan sebagai satu mekanisme yang baik untuk membentuk 1Malaysia.
Memang benar Sekolah Wawasan ini masih terpisah dari segi fizikal sebagaimana kenyataan Dato’ Seri Mohd Najib kerana dalam Sekolah Wawasan tersebut masih terdapat pemisahan di antara blok bangunan sekolah masing-masing, namun hasil daripada interkasi antara kaum masih boleh wujud kerana terdapat beberapa perkara yang memerlukan perkongsian dan interaksi di antara pelajar ini. Antaranya di kawasan tempat makan dan aktiviti/program yang dilancarkan.
Nilai pendidikan ini juga mampu dilihat untuk membentuk 1Malaysia melalui ekonomi. Bagaimana? Hari ini kerajaan mahu melihat semua rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurnanya kerana ilmu membolehkan seseorang rakyat mengubah status / taraf keluarga. Pelbagai usaha dilakukan untuk membolehkan rakyatnya terutama golongan muda menimba ilmu seperti pinjaman dan biasiswa. Proses ini sekaligus membolehkan anak-anak menuntut ilmu sehingga mampu mengubah taraf ekonomi keluarga masing-masing dan sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia.
Malah pendidikan yang diberikan juga bukan hanya dalam bentuk pengajian di institusi pengajian tinggi tetapi juga melalui beberapa skim bantuan seperti kursus-kursus perladangan atau usahawan. Ini hanya semata-mata untuk memberi ruang dan suntikan kepada rakyat Malaysia memperolehi ilmu yang memboleh mendatangkan sumber ekonomi kepada rakyatnya yang sekaligus dilihat mampu untuk merapatkan jurang pendapatan setiap kaumnya.
Jika dilihat dari segi politik, dasar pendidikan negara dilihat sebagai satu wacana untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang menjurus kepada sistem pendidikan kebangsaan yang seterusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan 1Malaysia. Pembentukan dasar ini telah dilaksanakan dan hasilnya sistem pendidikan ini telah melahirkan rakyat yang memiliki nilai-nilai yang dicanangkan dalam 1Malaysia. Jika dilihat dalam stuktur pentadbiran negara terutama dalam kementerian pelajaran jelas terdapat satu sistem integerasi yang tersirat. Sistem integarsi yang dimaksudkan adalah, bagaimana jawatan Menteri dan Timbalan Menteri terdiri daripada pelbagai kaum. Ini membolehkan perbincangan dasar pendidikan merangkumi keperluan pelbagai kaum malah boleh berkongsi bersama. Dengan adanya kuasa politik maka PPSMI dapat dilaksanakan. Walaupun terdapat banyak tentangan dari pelbagai pihak namun hasrat sebenar PPSMI untuk menaiktarafkan sistem pendidikan Malaysia. Perlaksanaan PPSMI adalah perlu kerana teknologi dunia semakin pantas mengorak langkah yang menyebabkan kerajaan terpaksa memikir satu langkah yang dapat membantu rakyatnya dalam mengejar perkembangan teknologi tersebut. Ini kerana kebanyakan istilah dan bahan rujukan yang diperlukan dalam sistem pembelajaran adalah dari Bahasa Inggeris. Malah perterjemahan kedalam bahasa Malaysia mengambil masa dan peruntukan yang tinggi. Sekiranya perterjemaah ini dilakukan juga maka sistem pendidikan Malaysia juga tidak mampu untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.
Jika dilihat daripada gamabaran skop yang lebih besar 1Malaysia ini adalah sebenarnya memperkenalkan satu konsep rakyat dan negara perlu maju dari pelbagai segi terutamanya dalam bidang intelektual. Hasrat Dato’ Seri Mohd Najib memperkenalkan 8 Nilai merupakan kunci kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum yang dimulakan dengan nilai Pendidikan.
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Surah Al-Alaq:ayat 1
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 8:11:00 pm 0 comments
Labels: 1malaysia, politik malaysia
Monday, June 08, 2009
PERGADUHAN TERCETUS SEMULA
Salam...hari ini sekali lagi aku mendengar berita mengenai pergaduhan di antara DAP, PKR dan PAS...Dahulu mereka bergaduh mengenai penubuhan Negara Islam...Yang si PAS nak tubuh Negara Islam...Tapi macam biasa si Karpal Singh terus menyuarakan kegilaan kuasanya menyatakan ketidaksetujuan dengan cadangan PAS itu bila PAS menang pilihan raya...
Hari ini sekali lagi PAS sekali lagi dikecam kerana menyuarakan hasrat untuk menubuhkan Negara Perpaduan...kali ini aku tak tahu kat mana salahnya dengan hasrat Si Hadi ini...mungkin sebab negara perpaduan yang diharapkan itu hendak dilaksanakan dengan gabungan UMNO...
Apa yang menjadi salah dan silapnya kalau Negara Perpaduan ini dilaksanakan...jika betul DAP dan PKR mahu membela nasib rakyat...inilah rasanya masa kita mencari titik untuk berpadu dan hidup aman damai...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:01:00 pm 0 comments
Labels: politik malaysia
Saturday, June 06, 2009
TUMBANGNYA GOLONGAN GILA KUASA DALAM PEREBUTAN JAWATAN
Semalam telah diketahui keputusan Muktamar Pas yang ke-55 yang mana dapat dilihat golongan yang dididik oleh DSAI untuk menerajui kepimpinan PAS pusat...Husam Musa yang menjadi anak didik DSAI telah tumbang kepada Ustaz Nasharudin dan sekaligus ustaz ini mengekalkan jawatan yang dipegangnya...
Sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukan Si Husam ini untuk merampas jawatan tersebut Ustaz Nasharuddin ni...nampaknya ilmu yang di ajar oleh DSAI masih belum hebat...ataupun telah hilang bisanya...
Usaha DSAI menpergunakan Husam untuk menempatkan golongan profesional dalam kepimpinan PAS pusat gagal...sebagaimana gagal perancangan DSAI di PENANTI...ini kerana pengikut PAS masih mengaharapkan golongan ulamak mentadbir perjuangan mereka...Pengikut PAS ini tidak percayakan golongan profesional seperti si Husam ni...lebih-lebih lagi dibelakangnya adanya DSAI...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 5:11:00 pm 0 comments
Labels: politik malaysia
Monday, June 01, 2009
PKR MENANG BESAR DI PENANTI....CERITA LAWAK NI...
Alamak gempak aku baca berita yang tersiar dalam harakah...calon PKR menang besar di Penanti...wah hebat benor aku tengok keputusan...tgok la sendri keputusan Penanti...berapa bnyak undi yang diperolehi...yang digembar-gemburkan harakah...kenapa tidak dibandingkan dengan keputusan PRU12...baru betul fakta yang jelas disampaikan kepada rakyat jelata...tapi mana mungkin harakah nak tulis perkara ni...jejas la reputasi PKR dan Pakatan Rakyat dan penasihat dia...si Anuar al Juburi...

nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:44:00 pm 0 comments
Labels: politik malaysia