Monday, March 30, 2009

PERTEMBUNGAN SEJARAH

Salam semua...dah lama aku tak menulis luahan hati aku mengenai isu-isu yang hangat kat Malaysia ni...kesibukan menelaah buku pelajaran membikinkan aku sedikit sibuk...tapi arini seakan ada aura yang maha "power" telah membuatkan aku mahu menulis sesuatu... Hari ni telah berlaku satu lagi bertembungan bersejarah dalam dunia politik Malaysia...Sejarah pilihan raya Malaysia...7hb April 2009 menyaksikan DUN Bukit Selambau mencatat sejarah dalam kamus pilihan raya Malaysia. Sejarah yang mengungkirkan pertembungan 15 orang calon bagi merebut kerusi ADUN Bukit Selambau... Nah bertapa semangat juangnya rakyat Malaysia...Tapi kenapa perlu seramai itu...Jumlah percalonan yang cukup tinggi...Adakah mereka ini diupah oleh sesetengah pihak untuk menarik perhatian rakyat supaya melupakan perjuangan di Bukit Gantang... Bukit Gantang menjadi pertarungan 3 penjuru membabitkan calon BN , PAS dan Bebas...Inilah medan pertarungan yang menjadi perhatian umum dan rakyat Malaysia...Oleh demikian, mungkin satu usaha perlu dan telah dilakukan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap pilihan raya Bukit Selambau...keadaan ini membuatkan setengah pihak alpa tentang pertarungan hebat yang berlangsung di Bukit Gantang... Ape pun...buat yang bertanding "Semoga Berjaya" dan kepada Jentera parti yang bertanding "Selamat menjalankan Tugas"

Wednesday, March 11, 2009

Perkara Lucu yang Aku baca...

ermm..sudah beberapa hari aku tidak mengeluarkan isi hati ini...sebaik aku melayari website2 politik Malaysia ini aku teruja pula ingin mengetahui aper cita mengenai perhimpunan mansukan PPSMI anjuran GMP ini...ade cerita menarik atau cerita lucu lagi yang timbul...dengan pantas jari-jemari aku menaip kata kunci "perhimpunan PPSMI"..dan hasil yang aku dapat..... ermm...ramai juga warga melayu yang datang...mengikut perhimpunan ini...berpakaian putih dan didada baju nampak begitu gagah logo pemansuhan PPSMI...yang memakai itu adakah hanya memakai kerana diberi percuma atau pakai kerana hati aku pun tak tahu la...itu hak diorg la... tapi disebalik semangat diorg ni...terselit juga cerita lucu orang kuat perhimpunan ni...aku dah agak...kalau dah nama tokoh kelahiran Pakatan Rakyat mesti ada kenyataan lawak+geli hati yang diucapkan...

macam biasalah soalan wartawan di Malaysia ini memang agak menarik dan best...yang si ketua ni(Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Memasuhkan Pendidikan dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)dengan wajah yang bangga sebb perhimpunan yang dianjurkan berjaya menarik ramai pengikut terus mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan ini tidak langsung didokongi atau bertulang belakang mana2 pihak politik terutamanya dari Pakatan Rakyat..."Saya bukan boneka, dan jika itu adalah tuduhan terhadap saya, saya menganggapnya sebagai satu penghinaan, saya ada otak, saya boleh berfikir dan saya juga ada ilmu" inilah sedutan ungkapan beliau bila wartawan mengajukan soalan mengenai penglibatan parti politik dalam perhimpunan memansuhkan PPSMI ini...
Bukan main marah lagi brother kita sorang ni...tapi xper biar aku buka satu persatu penipuan yang diungkapkan sebagaimana yang dikatakan bahawa Gerakan ini tidak didokongi oleh Parti politik... sebelum perhimpunan ini berlangsung...satu perhimpunan telah diadakan pada 23 Febuari 2009...yang mana aku turut hadir dalam perhimpunan tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina kuala Lumpur...maaf bro kehadiran aku bukan untuk menyokong gerakan ini...aku lalu di situ dan aku dapat tahu ada perhimpunan tersebut...aku pun saja la try join sekali...tgok ape yang dibincangkan... ooo...diorang nak mansuh PPSMI...ermmm...aku pun tgok la...boleh tahan la hadirin yang hadir...sahabat2 dari tempat beljar aku juga hadir sama...pakai baju yang diberikan lagi...tanda sokongan...ermmm...sedih hati tgok sahabat2 menjadi boneka gerakan ini... Aku rasa ketua perhimpunan ni (Datuk Dr. Hassan Ahmad) lupa tentang perhimpunan kat dewan tu agaknya...so aku tolong beritahula...itukan sejarah...bila dia lupa sejarah maka kecelaruan akn menjelma la...sebagaimana sekarang...dia kata takda parti politik...so aku bgtau la erkk.. 1) Gerakan dan perhimpunan tidak didalanggi oleh Parti Politik (PAS dan PKR)sebagaimana yang diucapkan...tp porah...habis yang VIP ko jemput tu sape bukan ahli politik...jawat jawatan tnggi lagi dalam parti masing2... ada Hadi Awang...presiden PAS yang duduk sebelah ko...yang Si Penasihat PKR ni dimaklumkan tak dapat datang...maklumla time tukan PKR sibuk ngan kes Si Eli...So Bro Anwar Ibrahim tak dapat datang...mungkin malu agaknya...
2)tak cukup pengawalan oleh polis...ko jemput jugak unit AMAL PAS...yang dok pakai baju merah tu...keja mereka macam biasa la...mengawal perjalanan program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat...so kalu benar Gerakan yang Bro Hassan Ahmad kita ni buat bebas dari pengaruh parti politik...kenapa jemput Unit AMAL PAS ini...dah hilang keyakinan pada pasukan polis negara ker...atau memang PAS juga terbabit dalam perhimpunan pada malam itu... So bro Hassan Ahmad aper citer ni...lain yang diucap tapi lain yang dilihat...kenapa takda VIP dari UMNO atau BN yang ko jemput...sebab pada hikmat pemikiran ko semua orang BN tak sokong perjuangan dan Gerakan ko...so ko ajak PAS dan Pakatan Rakyat jer...itu bukankah PARTI POLITIK...knapa yang diajak bukan hanya bdan NGO...

Thursday, March 05, 2009

PERAK OH PERAK 6 (Imbasan)

Bab 2...Bila die sudah ada kuasa nah sudah tiba masa yang dinanti...akhir persetujuan telah tercapapi antara ketiga-tiga parti...Siapa yang berhak jd MB...apelagi Si Nizar yang yang dipilih jd MB...itupun puas bergaduh berkelahi ngan keAdilan dan DAP...Nasib baik power Sultan ada lagi...campur dengan sedikit artikel dalam Undang2 Tubuh Negeri so Nizar pun dengan bangga diri mendabik dada sebagai menteri...ikut demelah nizar...asal deme sedar diri udah ler...deme jd MB teman rupe ini juge... Abis jer angkat sumpah maka bergelarlah Nizar sebagai MB...cuma satu jer aku nak tanya Nizar ni kalau jumpa dia...dah ucap terima kasih belum kat Sultan Perak dan Puteranya Raja Nazrin...tanpa Sultan Perak ni xder ler deme nak mimpi jd MB...itu jer aku nak tahu...Sihat ker x deme teman xsior nak tahu...lantak deme ler...teman ni rakyat raja...Sultan negeri teman Sultan Azlan... Bila dah jd MB teman pun dok memikior ler aper yg deme nak buat...arap2 jalan kat kampung teman ini udah boleh msuk jaln raye ler gamaknye...tapi haram...dok berlubang rupe itu juge...masa kempen bukan main lagi deme ngan sahabt2 deme...kebajikan rakyat...mane dienye...kebajikan kampung teman rupe itu juge...ADUN yg menang pun sahabat parti deme juge...Punye le dok tggu...tp bukan kebajikan teman dan rakyat jelata deme perjuangkan...tapi kepentingan periibadi pula yang jadi utama...dok sibuk nak beli kereta toyota camry pulak...kenapa kereta rasmi yang sedia ada masih panas ker...ker deme xsior nak duduk dalam kereta yang penah MB Barisan Nasional guna...ker terasa seperti ade suara MB n exco BN ade dalam kereta Perdana dulu...itu yang sibuk nak pakai kereta baru...kos penyelenggaran mahal konon...bangga sangat dengan buatan orang asing...kereta anak watan sendiri di anak tiri kan...bila BN wat dasar ajar sains matematik dalam Bahasa Inggeris...nah pihak kementerian dikatakan mengagung-agungkan bahasa asing...abis yang kerajaan pakai kereta buatan asing tu aper cerita pulak...biar la kereta anak watan ni x best ker...takde brand pun...pakai jer la...baru nampak kenegaraannya...kalau tukar kereta dari guna Kereta Perdana sebagai kereta rasmi kepada kereta Saga ker, Kenari ker, iswara ker dan aper jer kereta yang lagi murah dari Perdana tu aku boleh terima yang si Nizar ni betul2 memperjuangkan hak rakyat...tp ini si nizar beli kereta yang lagi mahal dari kereta tempatan...konon kerajaan pusat kenakan cukai import yang tnggi...aku rasa saper yang beli kereta camry camtu pun still kena bayar cukai import yang sama kut...die ngat bila jd MB boleh dapt diskaun kut...kahkahkah.... Bergaduh2 punya bergaduh...last sekali Nizar pun ambik keputusan beli kereta Camry ganti Perdana...tertunai jugak hajat nizar n geng...yang jd penasihat die tidak lain tidak bukan mestila orang kanan dan kiri dia dari DAP...nak dengar suara sahabat dari PAS harus sekali la tidak...kuasa bersuara pun ada 5 orang campur Nizar jadi 6...nak lawan dengan suara DAP dan Keadilan... DAP saje dah 18...campur 7 dari Keadilan aper lagi si Nizar ni pun mengangguk jer la apa sje keputusan yang dibuat...6 nak lawan 25...jauh api dari panggang...aper lagi Si Nizar ini nampak gaya jdi MB boneka la untuk DAP...aper DAP cakap ade suara boleh melawan...memang Nizar jadi MB sistem DAP la...selamat la....

PERAK OH PERAK 5 (Imbasan)

Pergolakan di Perak bagaikan tiada penghujungnya...aku pun dah mula pening bertambah benci ngan pakatan rakyat ni...nak tahu kenapa...kita ikuti rentetan dri selepas pilihan raya umum sampai lantik menteri baru.... BAB 1... Bila pakatan Rakyat Menang...iaitu dengan keputusan DAP (18 kerusi) keAdilan(7) dan PAS(6)... apabila keadaan ini berlaku so yang berhak menjadi menteri besar ialah DAP...tp dek kerana undang2 Tubuh Perak...so menteri besar yg dilantik adalah melayu beragama Islam...tp still ada konflik time nk lantik MB ni...baca petikan dibawah...aku ambik dari harakah daily

Enam kejayaan PAS Perak

Tue | Jun 03, 08 | 3:29:40 pm MYT

Selaku Pesuruhjaya PAS Perak, saya telah menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat MB yang diadakan di dewan serbaguna Kediaman Menteri Besar Perak.

Majlis tersebut dihadiri lebih 700 pemimpin PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan. etika berucap, saya menegaskan bahawa pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac lalu dengan memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri telah memberikan PAS Perak enam kemenangan yang sangat bermakna. Intisari kemenangan yang saya huraikan dalam ucapan adalah seperti berikut:

Penubuhan kerajaan campuran PAS-DAP-KeADILan yang kini dikenali kerajaan Pakatan Rakyat.

Perbincangan dibuat di antara ketiga-tiga parti pada kira-kira jam 1 pagi selepas DAP memenangi 18 kerusi Dun, KeADILan (7) dan PAS (6). DAP memulakan jemputan untuk membentuk kerajaan negeri kerana jumlah kerusi dimenangi parti pembangkang adalah 31 berbanding 28 kerusi BN.

PAS kemudian berbincang dengan KeADILan dan persetujuan di antara ketiga-tiga parti dicapai apabila DAP negeri bersetuju jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN Melayu Islam dari pihak BA (PAS-KeADILan).

Pengumuman atas pemuafakatan antara ketiga-tiga parti untuk menubuhkan kerajaan campuran dibuat kira-kira jam 2 pagi di Pejabat DAP negeri yang teletak hanya kira-kira 50 meter dari Pejabat Perhubungan PAS negeri. Lebih 10 pemberita dan jurugambar tempatan mengemukakan pertanyaan kepada saya dan pengerusi DAP, Ngeh Koh Ham (sekarang Dato). Jawapan kami sama iaitu bersepakat menyahut suara rakyat yang mahukan perubahan supaya pentadbiran BN digantikan.

Dalam pengumuman itu kami namakan kerajaan Barisan Rakyat. Ia bukannya kerajaan DAP, tidak juga kerajaan PAS atau KeADILan.

Menerajui kerajaan Pakatan Rakyat

Adun PAS Pasir Panjang, Ir Haji Mohd Nizar Jamaluddin (kini Dato Seri) kemudian diperkenan Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Menurut persetujuan awal ketiga-tiga parti, beliaulah satu-satunya calon untuk jawatan tersebut yang akan dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi kemudiannya atas campur tangan pemimpin DAP dan KeADILan pusat, tiga nama telah dicalonkan yang mewakili DAP, KeADILan dan PAS. Wakil ketiga-tiga parti bersepakat untuk menerima siapa jua calon yang diperkenan istana.

Namun apabila nama Mohammad Nizar diperkenan istana, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membantah dan mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah jawatan MB.

Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koh Ham, pemimpin DAP pusat bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi 8 jawatan Exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini.

Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta. DAP akhirnya bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar dari PAS dan akan hadir dalam Upacara Angkat Sumpah esok harinya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, bahkan setuju akan memohon ampun dari pihak istana. Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu 8 Exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.

Persetujuan mengenai pengguguran syarat ini disampaikan sendiri Setiausaha DAP Perak, Nga Koh Meng kepada Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanapun Upacara Angkat Sumpah MB yang dijadualkan pada jam 4 petang akhirnya dibatalkan oleh pihak istana kira-kira 2 jam sebelum ianya dilangsungkan. Ia berpunca dari bantahan saat-saat akhir KeADILan kononnya mereka hanya diberikan satu kerusi Exco padahal pada kira-kira jam 10 pagi, pemimpin KeADILan Perak telah pun dimaklumkan yang mereka akan mendapat 3 kerusi Exco dan PAS hanya 1, manakala DAP memperolehi 6 bukannya 8. Entah di mana silapnya KeADILan pusat beranggapan mereka hanya diberikan satu kerusi Exco sahaja.

Ekoran dari pembatalan itu, pihak istana menitahkan supaya setiap 31 orang Adun daripada ketiga-tiga parti menandatangani surat perakuan masing-masing bahawa mereka menyokong penubuhan kerajaan campuran yang dimuafakatkan dan bersetuju atas pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar kemudiannya dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah pada 17 Mac jam 10 pagi. Turut hadir di majlis angkat sumpah jawatan ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. Lim Kit Siang turut hadir dan kemudianmya berkesempatan menghadap Tuanku Raja Muda memohon ampun kepada baginda.

Menjalin hubungan mesra dengan istana.

Sejak hari pertama rombongan ketiga-tiga parti menghadap Tuanku Raja Muda di Istana Kinta, sungguh terasa mesra hubungan dengan Tuanku Raja Dr Nazrin Shah. Selepas memperkenalkan diri kepada baginda, baginda berbual menanyakan latar belakang saya. Apabila saya memberitahu mendapat pendidikan dari Maahad Al-Ehya Ash-Shariff Gunung Semanggol di bawah asuhan Almarhum Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, baginda menjelaskan begitu tertarik dengan peranan para ulama Perak dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika menuntut di Universiti Harvard, baginda juga pernah melakukan penyelidikan tentang peranan beberapa orang ulama Perak. Raja Dr Nazrin kemudian banyak bertanya tentang latar belakang Ir Mohammad Nizar yang mendapat ijazah Sarjana Kejuruteraan dari UK.

Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai perlantikan MB dari parti PAS. Persefahaman mudah dicapai kerana Istana Perak dianugerah Allah SWT seorang Raja yang arif dalam bidang undang-undang sebagai seorang bekas Ketua Hakim; manakala Raja Muda memiliki daya intelektual yang tinggi dengan memiliki doktor falsafah di bidang sains politik.

Kelebihan istana ini dipertemukan Allah pula dengan pimpinan tertinggi PAS Perak yang mempunyai pandangan politik yang luas dan berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran. Salah satu bukti begitu mesranya hubungan istana dengan Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar adalah penganugerahan darjat kebesaran Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak dengan gelaran Dato Seri belum pun sampai sebulan menjawat jawatan Menteri Besar. Begitu juga Pengerusi DAP negeri Perak, Ngeh Koh Ham yang dianugerahkan gelaran Dato.

Memenangi hati para pemimpin parti rakan Pakatan Rakyat

DAP sebelum PRU12 dilihat sebagai parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS. Bagaimanapun selepas PRU12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan.

Saya sendiri dapat melihat bagaimana Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koh Ham berterus terang menyatakan dokongannya kepada pimpinan PAS dan sangat kagum dengan pimpinan Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkara ini dinyatakan sendiri kepada Tok Guru ketika lawatan pemimpin kerajaan Perak ke negeri Kelantan baru-baru ini.

kejayaan PAS menarik sokongan rakyat bukan Melayu

Pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS begitu menarik perhatian rakyat. Dalam suasana pihak-pihak tertentu terutama Umno yang cuba mempersoalkan kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat, ternyata rakyat Perak memberikan sokongan kuat kepada kerajaan yang baru dibentuk. Rakyat bukan Melayu memberikan sanjungan atas kewibawaan Menteri Besar Perak.

Dalam masa sebulan selepas PRU12, hampir setiap hari berita mengenai Mohammad Nizar tersiar dalam media berbahasa Tionghua. Ceramah perdana pertama di Stadium Perak anjuran Pakatan Rakyat sebaik sahaja kerajaan negeri dibentuk adalah antara bukti awal sokongan rakyat. Stadium itu penuh sesak dengan orang-ramai untuk mendengar ceramah lima pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

mengubah anggapan hanya Umno dan BN layak memerintah

Diayah seumpama ini sudah seperti diterima sebagai satu khurafat atau kepercayaan karut yang menyelubungi pemikiran sebahagian orang Melayu khasnya di luar bandar.

Kejayaan Pakatan Rakyat yang diterajui AS berjaya memecahkan tembok kepercayaan karut itu sehingga menyebabkan suatu kejutan budaya kepada pimpinan UMNO-BN Perak. Kemenangan enam Adun PAS yang membawa kepada enam kemenangan berikutnya menjadikan kedudukan PAS Perak begitu penting dalam membawa perubahan kepada landskap politik negara pasca PRU12.

enam saranan

Bagi mempertahankan kemenangan 6+6 ini, saya menegaskan dalam ucapan di hadapan kira-kira 700 orang pemimpin PAS Perak pada malam tersebut bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas kewajipan yang besar untuk dilaksanakan, antara lainnya:

  1. Betapa pentingnya PAS diperkasa kerana hanya dengan kekuatan PAS, segala gerak kerja parti dan kerajaan akan berhasil.
  2. Mindset ahli-ahli PAS di semua peringkat mesti berubah. Mereka mesti berfikir bahawa mereka bukan lagi sebagai pembangkang tetapi sebagai kerajaan. Justeru, mereka perlu menunjukkan sikap adil, bijaksana dan rendah diri. Mereka hendaklah berusaha menerangkan kepada rakyat berbilang kaum dan agama bahawa kerajaan baru Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan yang adil saksama, beramanah, telus dan bermaruah.
  3. Ahli PAS harus memperkukuh hubungan baik dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta menunjukkan sikap ramah mesra dan ambil peduli akan nasib rakyat di peringkat akar umbi. Jangan harapkan kerajaan saja untuk ambil peduli nasib rakyat berbilang kaum, tetapi pendokong PAS sendiri mesti menunjukkan sikap prihatin terhadap mereka.
  4. Menerusi Program Khidmat Masyarakat wakil rakyat PAS, pendokong PAS boleh membantu memberitahu dasar kerajaan baru Perak yang sangat prorakyat. Wakil rakyat PAS harus sentiasa mesra rakyat, sentiasa peduli dengan nasib rakyat berbilang kaum dan agama.
  5. Program tarbiyah, mesti menekankan aspek pengukuhan pengisian kemenangan (tamkin), iaitu melaksanakan idealisme atau cita-cita kita hendak melaksanakan kerajaan yang adil, telus, berkebajikan dan beramanah, sesuai dengan manifesto PAS.
  6. Untuk memperkukuh aspek tarbiyah, usrah cawangan dan kawasan hendaklah diadakan sekerap mungkin, di samping program bulanan liqaul fikri peringkat negeri diadakan.

Pada akhir program malam tersebut Menteri Besar, Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin menyampaikan taklimatnya dengan mesej menyeru semua pihak bersama membantu menjayakan kerajaan baru Perak Darul Ridzuan.- tajdid_

*P/s: ayat yg berwarna merah dan bold...sila beri penekanan

Tuesday, March 03, 2009

Alamak.....bawah Pokok pun jadi

bila kuasa di tangan... bila kuasa menguasai diri... bila kuasa menguasai minda... bila kuasa menguasai nafsu... mula hilang pertimbangan akal... akhir bawah pokok pun jadi... asal dapat kembali berkuasa... aduhai si nizar oi...aku dah xtahu nak kata aper dah malu aku sebagai rakyat perak nak ngaku ko ni wakil rakyat perak...dek kerana pujukkan si siva ko ajak kawan2 ke bawah pokok tuk bersidang... betul2 nak raih simpati...wahal pejabat DAP dekat jer...kenapa kat bawah pokok juga ko pilih...nak tunjuk kat rakyat yg ko teraniya ker...bukankah ko sendiri yang cri padah... sedarlah dulu ko jd menteri besar pun atas jasa Sultan Azlan juga...nasib baik sultan Azlan guna kuasa dia sebagai sultan angkt ko jd MB...so merasa la jugak dok kerusi MB...pakai name card MB...naik kerata Camry... bila ko bubar DUN sebb ada kawan ko lompat parti...ko mula hilang kewarasan diri...arahan sultan pun ko ingkari...dek kerana perasan dengki dan busuk hati...dek kerana hasutan kawan2 parti DAP...

Petikan dari sahabatku

Pilihan Raya Kampus: Siapa Letak Kepala Babi Dalam Surau Di UM?

(Foto ini diambil dari Mahasiswakini, satu laman blog Pro M. Bagaimana mereka boleh dapat foto ini sedangkan polis sudah pun berkawal di sekitar surau berkenaan?).

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,” berikut adalah kenyatan dari Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). Mengapa terlalu cepat menuduh pihak tertentu yang meletakan kepala babi tersebut? Sama seperti isu surat palsu TNC HEP dan duit RM100 kepada calon-calon Pro M. Apakah TNC HEP tahu siapakah bakal-bakal calon Pro M? Perkata itu hanya diketahui oleh kumpulan Pro M sahaja. Jadi bagaimana surat tersebut boleh ditujukan kepada orang terbabit dengan tepatnya. Tidakkah ini menampakkan satu tactical psywar yang dibuat sendiri oleh kumpulan Pro M untuk mengada-ngadakan isu di Universiti Malaya?.

(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2. Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas seperti seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. (seperti baru belajar) Kemudian Al Quran masih tersusun rapi tanpa diusik pun. Yang dirosakkan adalah buku-buku di dalam surau. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?. Rujuk pemikirmahasiswaonline).

Kes menjadikan surau sebagai sasaran bahan psywar bukan pertama kali berlaku di Universiti Malaya. Sebelum kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya pada 2 Februari 2008 untuk ke program alumni "Day : Home Coming 2008" isu yang hampir sama tercetus di surau Universiti Malaya. Ketika itu, terdengar rancangan mahu mengadakan demonstrasi sempena kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya. Kebetulan atau ianya sengaja dirancang, tiba-tiba ada pula orang pergi menconteng surau dengan tulisan "OM'. Mengapa ianya diconteng di surau Kolej Kediaman Ke-2, tidak diconteng di surau Akademi Pengajian Islam atau di masjid?. (Gambar: Beberapa orang pelajar PMIUM berada di surau yang diconteng tersebut di Kolej Kediaman Ke-2). Mengapa surau Kolej Kediaman Ke-2 diconteng? Isunya mungkin bersifat peribadi apabila ada mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan pengetua kolej ke-2 iaitu Profesor Dr. M. Rajentheran (Pengetua Kolej Kediaman Ke-2, Pensyarah di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya) dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass ( Penyelia Kolej Kediaman Ke-2, Penolong Pendaftar di Pusat Pelajar Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya). Tuduhan mereka ialah kolej ke-2 terlalu ramai mahasiswa India. Oleh itu, ada pihak yang tidak berpuas hati. Mungkinkah tulisan "OM" itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan orang India yang masuk ke dalam surau dan mencontengnya? Ianya seolah dirancang ke arah motif itu. Bila isu ini tercetus, maka beraraklah mahasiswa untuk berdemontrasi di hapan Perdana Menteri, bukankah begitu naratifnya?

(Gambar: Pernah berlaku dulu, pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan tersebut. Pejabat PMIUM adalah pejabat yang dikawal 24 jam dan sentiasa mempunyai penghuni. Persoalannya siapakah yang menconteng bangunan Pejabat PMIUM ini jika pejabat ini sentiasa dikawal 24 jam? Bodoh sangatkah pihak musuh mahu menconteng bangunan yang sentiasa dikawal 24 jam oleh ahlinya. Rujuk pemikirmahasiswaonline). Pejabat PMIUM turut disembur dengan tulisan "PMIUM BABI". Ini bermakna kejadian kepala babi diletakkan dalam surau adalah kejadian yang berulang tetapi dengan cara yang berlainan. Jika dulu "PMIUM BABI", sekarang ini kepala babi sendiri turut dijadikan sebagai bahan psywar. Bagi mereka yang menganalisis sesuatu kejadian secara sekilas pandang, isu tulisan "PMIUM BABI" dan "Fxxx" lebih terarah untuk menuduh pihak Aspirasi yang melakukannya. Motifnya dibuat untuk tuduhan diarahkan kepada Aspirasi. Begitu juga kejadian tulisan "OM" di dinding surau Kolej Kediaman Ke-2. Sekilas pandang, orang akan tuduh mahasiswa India yang buat bukan? Dr. M. Rajentheran dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass tentunya akan dikatakan sebagai dalangnya? Jadi akhirnya, bila orang simpati dengan serangan bertalu talu kepada PMI, mereka akan menuduh orang lain sebagai jahat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara. (Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dan pejabat PMIUM dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama? Atau orang yang sama dilatih untuk tujuan ketiga-tiga black ops tersebut?). Begitu juga dengan kejadian pada awal pagi tadi, motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi dan pihak TNC HEP sebagai jahat. Kemudian Pengerusi Pro M menyatakan bahawa TNC HEP sengaja mencetuskan isu baru untuk menutup isu rasuah kononya di UM. Surat yang diedarkan bersama RM100 adalah surat yang diimbas dan kemudian di photostat kembali. Apakah kerana surat demikitan, Pro M boleh menuduh TNC melakukan rasuah? Tuduhan ini nyata sekali tidak berasas. Jika diteliti ketiga-tiga kes di atas, kes conteng di pejabat PMIUM, kes tulisan "OM" dan terbaru kes kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam. Motifnya seolah-olah dirancang untuk menuduh pihak lain sebagai kambing hitam bukan? Siapa yang buat kita tidak tahu. Aspirasi yang buat atau Pro M yang buat atau pihak lain yang buat? Siapa yang sanggup pegang kepala babi masuk ke dalam surau yang dikawal ketat oleh kumpulan Pro M? Siapa yang sanggup letak bahan psywar dalam surau yang selama ini dijadikan markas operasi Pro M sejak bertahun tahun lamanya? Orang yang buat perkara ini memang wajar mendapat hukuman yang berat daripada Allah SWT. Dicadangkan agar Pro Mahasiswa dan Aspirasi mengadakan satu majlis angkat sumpah bersama untuk mengesahkan mereka tidak buat perkara terbabit. Jangan cepat menuduh mana-mana pihak yang melakukannya tanpa usul periksa dan bukti yang sahih. Untuk kebenaran bersama, pihak yang menghina rumah Allah SWT dengan kepala babi ini harus mendapat hukuman yang berat. Dicadangkan kepada Aspirasi, jika pihak Pro M enggan hadir membuat majlis angkat sumpah secara bersama selepas solat Jumaat petang ini, maka Aspirasi harus mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk memohon kepada Allah SWT agar mereka yang terbabit mengotorkan pilihan raya kampus di UM dengan kepala babi tersebut diberikan hukuman yang berat. Kebenaran akan datang kepada mereka yang dianiaya. Pembalasan pula akan datang kepada mereka yang sanggup membuat kerja jahat untuk menghalalkan cara.

PERAK OH PERAK 4(Sivakumar Tunjuk Lagak)

Hai Siva(sivakumar)...aku pun heran la ngat mamat sorang ni...sengaja nak tunjuk berlagak betul la...betul-betul menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh si Nizar dahulu...sedar ker atau masing berada dalam alam mimpi...maklum la dapat jawatan speaker DUN...terus lupa segalanya... Hei Siva...sekarang ni bukan si Nizar lagi yang memrintah di Perak...sudah bertukar tangan pun... tak guna lagi jawatan yang disandang... Dulu si Siva ni gantung Si MB dengan exco dari menghadiri sidang DUN...nah kali ni disebabkan sikap berani Setiausaha DUN Perak akhirnya menyebabkan si Siva menggantung tugas Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri dengan serta-mert(basa selanjutnya disini...ini menunjukkan bahawa si Siva ni dah mula takut kehilangan jawatan yang diberikan oleh Nizar dahulu...terus pakai power menggantung orang sesuka hati...dah tak boleh nak bersabar untuk tunggu keputusan mahkamah...

Maha Perasan...Yang sorang masih rasa diri sebagai MB(kiri) yang sorang ni pulak terus menyalahgunakan kuasa bagi menjamin kedudukan sebagai Speaker DUN(nak jadi hero Nizar kut)...

Related Posts with Thumbnails