Aduhaii...ape nak jadi dengan YB-YB hasil didikan DAP ni...tak abis-abis dengan kerenah dan perangai "kebudakan" dan sering menampakkan kebodohan diri sendiri...elok la...dari pengerusi sampai ke ahli bawahan semua sama saja...nak tunjuk berlagak dan pandai...tapi yang terjadi hanyalah melompongkan kebodohan diri...yang si Pengerusi tak abis-abis lagi kes kat Perak...
Kali ini timbul pulak cerita geli hati dari Si Ketua Pembangkang DUN Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi aparteid(baca selanjutnya di sini)...ini yang buat aku bertambah yakin yang ADUN kelahiran DAP ini semuanya buta Sejarah...maklumla DAP wujudpun akibat serpihan dari PAP (Parti yang membentuk kerajaan di Singapura)...
Aku sebnarnya tertanya juga yang Si ADUN ni tahu ker tidak apa itu aparteid yang dia sebut dan jaja dalam mesyuarat DUN tu...jangan la sampai pelajar SPM turun ke bilik pejabat dia untuk bagi penerangan pasal aparteid...buat malu nanti...
aku cerita la sikit apa itu aparteid mengikut apa yang aku belajar dan faham...yang aku tahu apartied ini bermaksud penyisihan...perkara ini merujuk kepada satu peristiwa yang menjadi sejarah dunia dimana ianya merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih yang dilaksanakan di Afrika Selatan..
Dalam dasar ini, penyisihan kaum ini dilakukan terhadap kaum bukan kulit putih(kulit hitam) dari pelbagai segi seperti politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebudayaan...ini bermaksud segala yang ada di negara tersebut ada saja penyisihannya...malahan tempat juga disisihkan...bermakna ada tempat kulit putih dan tempat kulit hitam...dan mereka kulit hityam ini tidak boleh memasuki kawasn kulit putih jika tidak membawa "pass book"...selain itu tandas juga diasingkan...ada tandas kulit putih dan kulit hitam...pengangkutan bas juga demikian...rata-ratanya semuanya dipisahkan antara kulit putih dan kulit hitam kerana mereka menganggap orang kulit hitam ini bertaraf rendah...(baca selanjutnya disini)...
Jika DAP menyamakan amalan 'bumiputeraisme' ini sama dengan "aparteid" maka beliau sendiri tidak akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri...beliau pun tak mungkin dapat belajar sehingga mendapat gelaran "Dr"...
adakah amalan "bumiputeraisme" ini sama dengan Aparteid seperti yang dikatakan...? jwapannya mestilah "TIDAK" / "MENGAPA"
1) tidak wujud pun penyisihan seperti yang dialami oleh orang kulit Hitam di Afrika selatan
2) tidak wujud pun kawasan orang melayu dan bukan melayu...malah kita rakyat malaysia tinggal dalam satu kawasan kediaman yang sama..
3) tidak wujud pun penyisihan dari segi ekonomi...semua rakyat boleh mengumpul sebnyak mana harta yang dikehendaki dan memasuki bidang ekonomi yang diminati...
4) semua anak-anak malaysia boleh menuntut sebnyak mana ilmu yang dikehndaki malah belajar di sekolah dan universiti yang sama antara kaum melayu, cina, india dan bumiputera sabah dan sarawak...
5) tidak wujud pula pengasingan tandas, tempat dudk dlam bas atau komuter mengikut kaum
6) banyak lagi..........
Habis dimana kesamaannya....jawapan hanya dalam mainan politik bodoh oleh DAP untuk meraih simpati rakyat Malaysia...
Monday, March 02, 2009
YB DUN yang agak BUTA SEJARAH .....
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 8:38:00 pm
Labels: malaysiaku, politik malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment