Thursday, July 16, 2009

Kemenangan Yang Membimbangkan

Wah menarik hamba dengar kisah perhitungan rakyat MANIK URAI memilih Wakil Rakyat baru mereka ekoran kematian YB sebelum ini Ismail Yaakub...

Pelbagai kisah yang dicipta...tidak semena-mena isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz Nik Mat berlegar dari satu mulut ke satu mulut...dipukul canang seluruh pelusok Manik Urai...wah janji yang menarik telah ditawarkan oleh PAS... Yang BN juga tidak kurang hebat juga...pelbagai cadangan pembangunan dijanjikan...sehinggakan menjadikan Manik Urai sebagai anak angkat kerajaan pusat...hamba tidak hairan kalau janji dari pihak BN...kerana insyallah pasti akan tertunai.... Tetapi 17hb Julai 2009 telah menjadi milik PAS apabila calon mereka menang dan menewaskan calon BN...bertalu ucapan taniah diterima oleh tauke ikan ini.... Tetapi berlainan pula dengan pimpanan PAS kawasan Manik Urai yang pening memikirkan kemenangan yang dimiliki...kerana mendatangkan kebimbangan dalam lubuk hati mereka... Mana mungkin mereka dapat tidur lena dengan keputusan sedemikian....mungkin ya mereka tetap meraikan kemenangan tetapi kemenangan tersebut tetap diselubungi oleh kebimbangan yang amat mendalam... KENAPA??????? Jangan dipersoalkan kenapa BN masih mengganggap mereka menang moral di manik urai...tetapi kita persoalkan kenapa majoriti kemenangan PAS hanya 65 undi sahaja....ini yang perlu difikirkan... JAWAPANNYA??????? Masyarakat di Manik Urai telah sedar tentang perjuang mereka selama ini...perjuangan yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada mereka...perjuangan kosong....bukan kerana semangat mereka tidak cukup cuma perjuangan mereka telah ditipu oleh mereka-mereka yang hanya tahu menabur janji manis... Janji-janji pembangunan yang pesat di Manik Urai dan seluruh Kelantan....tetapi janji hanya tinggal janji...janji yang dibuat sebelum menang...bila ditanya kenapa tiada pembangunan....jawapan mudah yang dikeluarkan....kerajaan pusat tidak menyalurkan peruntukan untuk pembangunan....alih-alih kerajaan pusat yang dipersalahkan.... Tetapi semasa membuat janji adalah mereka ini telah berfikir sedemikian...TIDAK...kenapa???? sebab mahukan undi...nanti bila pembangunan tidak dapat dilakukan...tuding aja kepada kerajaan pusat...nanti rakyat akan marah kerajaan pusat....ermmm...singkat benar pemikiran pemimpin PAS ni erkkk.... Sebenarnya....pembangunan boleh sahaja dilakukan di Kelantan???kenapa????nanti hamba akan ulas dalam penulisan akan datang.... Nampaknya masyarakat Manik Urai memilih jalan yang betul....biar kalah tetapi berpuas hati...sebab BN menang di hati rakyat Manik Urai....dari keputusan yang dilihat nampaknya PAS berada dalam zon tenat kerana mereka dihantui kebimbangan....bimbang rakyat akan menolak mereka pada PRU 13 nanti...lihat sahaja undi yang diterima oleh calon PAS....ada penurunan undi bagi calon mereka walaupun menang....tetapi calon BN pula mengalami sebaliknya....calon BN mengalami peningkatan undi....ini menunjukan bahawa rakyat sudah menolak PAS sedikit demi sedikit....

1 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

"...Yang BN juga tidak kurang hebat juga...pelbagai cadangan pembangunan dijanjikan...sehinggakan menjadikan Manik Urai sebagai anak angkat kerajaan pusat...hamba tidak hairan kalau janji dari pihak BN...kerana insyallah pasti akan tertunai...."

----------------------

Betul ke ni janji BN pasti akan tertunai?

Kalian ingat lagi PRK Pengkalan Pasir, juga di Kelantan. Umno BN menang dengan majoriti lebih 100 undi.

Semasa kempen Umno BN janji nak buat Jambatan Baru, sistem perlongkangan baru, dan pasar baru. Juga nak pastikan setiap anak pasir mas dan pengkalan Pasir dapat kerja.

Tetapi apa hakikat yang sebenarnya selepas mereka menang?

- Jambatan yang dijanjikan tidak dibuat.
- Peruntukan untuk pembinaan pasar baru sebanyak RM6j ditarik balik
- Sistem perlongkangan baru juga tidak dibuat.
- Peluang kerja? lagi la tipu...

Tanya orang Pasir Mas apa yang Najib janji pada masa tu.. semua orang tau.

Yang jelas, sepanjang tempoh kempen, peristiwa berikut terjadi:-

1. 19 Pasangan Puteri dan Pemuda Umno ditangkap Khalwat sekitar Pasir MAS.

2. Umno BN memesan arak jenis carlsberg bernilai kira-kira Rm2 ribu untuk kegunaan petugas2.

3. Hutang Umno selepas menang tidak dibayar.. sewa rumah, hutan kedai makan dan sebagainya.

Itu semua Ahli-ahli Umno tak tahu kan? atau sengaja buat2 tak tahu?

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails