Tuesday, May 03, 2011

Siapa Yang Patut Bercerai

Selak-selak akhbar Harakah sambil membaca satu dua artikel. Terjumpa satu artikel yang agak lucu dan menarik untuk diperkatakan. Lucu sebab ada individu yang menyatakan MCA perlu keluar dari BN. Hanya berpegang pada paksi alasan yang MCA bukan lagi aset kepada BN sejak kebelakangan ini, maka adalah menjadi faktor utama untuk MCA keluar dari BN. Siapa yang sebut pasal ini?? Tentunya Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar.
WAH.....nampak sangat mamat ini buta politik dan tak sedar diri. Siapa yang sepatutnya keluar dari siapa...MCA keluar dari BN ataupun PAS keluar dari Pembangkang. Jika kita nak lihat aset!!!
Adakah PAS menjadi aset dalam gabungan Pembangkang selama ini!!!! Adakah PAS menjadi suara yang melaungkan konsep islam dalam gabungan Pembangkang selama ini!!!! Adakah suara PAS didengari dalam gabungan Pembangkang!!!! Kita lihat lah statistik PRU 12 erkkk...Kita tgok berapa kerusi PAS ada dalam gabungan Pembangkang....
Secara mata kasar kita mampu melihat bahawa kerusi yang dimenangi oleh PAS dah yang paling rendah jika mahu dibandingkan dengan DAP dan PKR. Belum lagi mengambil kira keputusan diperingkat negeri.
Lihat sahaja Selangor. Berapa kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh PAS. Hanya 3 Parlimen dan 9 DUN sahaja jika dibandingkan dengan DAP dan PKR. Adakah ini menjadikan PAS sebagai aset yang bernilai di dalam gabungan Pembangkang. Rasa PAS di Selangor seperti dikuda-kudakan adalah. Berapa banyak isu yang bertentangan dengan ISLAM tidak mampu ditangani oleh PAS....Apa pendirian mereka terhadap isu-isu ini.
  1. Teresa Kok menghina laungan AZAN di Bukit Bintang...
  2. Teresa Kok menghina tulisan jawi di papan tanda jalan dan digantikan dengan tulisan cina...
  3. Gobalakrishnan dan Nga Kor Ming yang membaca ayat suci al-quran atas tujuan politik semata2..
  4. Pembinaan Kandang Babi di Sepang, Selangor yg bernilai RM100 juta
  5. Pembinaan Gereja Terbesar di Asia Tenggara di Selangor
  6. Isu Pesat Cuci Motor yang berlangsung di Selangor yang diluluskan oleh JAIS ketika pimpinan Khalid Ibrahim yang menonjolkan gadis-gadis yang berpakaian seksi...(lihat disini)
  7. Isu penjualan Arak di Selangor dan pengharamana kilang arak yang dilaungkan mahu ditutup jika PAS dan Pakatan menang dalam pilihan raya.
p/s: jika kita selidiki masih banyak isu yang dilakukan oleh DAP dan PKR telah mencabar kedaulatan islam yang menjadi pokok perjuangan PAS. Namun sehingga kini PAS hanya berdiam diri tentang segala isu ini. Di mana suara lantang PAS yang sibuk bercakap tentang ISLAM. Jika sudah tidak mampu untuk menepis nafsu DAP dan PKR kan bagus PAS yang keluar dari gabungan Pembangkang ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails