Friday, February 13, 2009

Aduhai KARPAL

aduhai encik Karpal...ape citer yang encik cuba nk sampaikan kepada pengikut DAP dan ahli Pakatan Rakyat yang lain...adakah mengenai kehebatan encik dalam perundangan Malaysia atau kejaguhan anda dalam kancah politik Malaysia...sepanjang minggu ini nama anda bukan sahaja menjadi buruan wartawan tetapi juga para penyokong parti politik UMNO...hebatnya encik kita sorang ni sampaikan sultan pun hendak dibawa kemuka pengadilan...maklum la beliau kan seorang yang mendalami ilmu perundangan...
Boleh katakan bila aku bukak jer surat khabar mesti terselit cerita si Encik Karpal sorang ini..dari episod 1 dimana encik karpal ni kuarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak sampai la ke episod encik Karpal ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur polis maklum la dah bnyak sangat report polis yang dibuat terhadapnya...dari utara tanah air sampai ke selatan... sampaikan aku dapat rasa aura encik Karpal kita ni bila aku pegang surat khabar time nk beli...bila pegang jer terus dapat rasa ade cerita terbaru pasl encik Karpal sorang ni... dulu aku pun repect gak kat si Karpal ni...tp repect aku dah terkubur sebagaimana encik Karpal ni dah mula berkerusi roda dulu...kelancangan die mempersoalkan sesuatu dulu amat best tapi kelancangan die dulu tu dah bertukar mejadi keceluparan yang amat menyakitkan hati aku sekarang ni... aper sebenarnya perjuangan sebenar Encik Karpal ni pun aku dah x pasti...aku dah x tahu...yang aku nampak sekarang encik Karpal ni dah mcam satu metod yang mmpu mengugat keamanan tanah air... Hari ni 13/2/2009 dalam surat khabar berita harian terselit cerita tentang "kejaguhan" encik Karpal kita ni bila diminta memohon maaf terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah...bagaimanapun dengan sedikit sikap "kejaguhan" yang terselit encik Karpal ni terus menyatakan yang die tak akan berbuat sedemikian...(petikan dari berita harian "Kenapa saya perlu minta maaf... tidak!. Saya tidak akan minta maaf daripada sesiapa. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, kenapa saya perlu takut apabila perkara saya cakapkan betul," katanya, pada sidang media di pejabatnya, di sini semalam. ) wah wah die ni memang hebatkan... xperla mgkin die belum kenal mane satu kaca dan mne satu pertama...langit dan bumi...laut dan sungai...buah dan daun... bila dah kenal semua tu mgkin die akn menjadi orang yang akan berfikiran waras sepanjang masa....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails