Tuesday, February 24, 2009

DAP Hina Islam

DAP hina Islam?

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan. Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Ini bukan sesuatu perkara yang main-main...Apa yang DAP cuba nak buat ni...maner hilangnya taring TOK GURU BERDUA...bukankah Tok Guru Berdua ni sangat dihormati dalam Pakatan Rakyat...baru semalam Tok Guru sorang ni bercakap pasal perlembagaan semasa dalam "perhimpunan mansuhkan PPSMI...malah penyokong2 kuat Pas dan Keadilan pun bercakap perkara yang sama...mengenai Perkara 153...

Nah sekarang ni maner pergi semua yang gah bercakap pasal perlembagaan semalam...kenapa x dibincangkan pula mengenai Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan...kenapa berdiam diri sahaja...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails