Saturday, January 31, 2009

OBAMA Dan ISLAM

Memetik sebuah artikel yang telah dikirimkan oleh seorang cendiakawan politik Malaysia pada hari ini(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Surat/20090130225002/Article/index_html) menyatakan bahawa apa yang disampaikan oleh Obama sebagai suatu yang amat penting dalam kancah pemerintahannya. Dimana Obama sendiri telah menyatakan bahawa Amerika yang berada dibawah pentadbirannya bukan lagi MUSUH ISLAM Jika apa yang disampaikan oleh Obama dilunaskan maka, suatu kehidupan baru bakal tercetus di bumi Gaza. Tiada lagi detuman bom yang digugurkan dari langit gelap sehingga mampu mencerahkan bumi Gaza dengan percikan api dari letupan yang berlaku dan meranapkan rumah penduduk-penduduk Gaza. Tiada lagi isteri yang kehilangan suami, anak kehilangan ibu dan bapa dan sahabat kehilangan kawan. Namun aku tertanya-tanya adakah ini hanya mainan di bibir seorang pemerintah yang berkuasa besar sejajar dengan mainan dalam dunia politik atau akan menjadi kenyataan. Saya cuma mampu untuk mendoakan kedamaian dan kemakmuran di Bumi Gaza akan tiba jua..

Related Posts with Thumbnails