Saturday, November 27, 2010

Nasib Melayu Pulau Pinang Kian Parah

Semalam aku ada baca berita dalam Utusan hasil tulisan seorang rakyat Teluk Kumbar Pulau Pinang mengenai cara pemerintahan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Apa yang diluahkan adalah mengenai "TABIAT" pimpinan DAP ini yang suka sangat merobohkan gerai orang melayu. Yang terbaru gerai orang melayu di Teluk Kumbar pula akan dirobohkan. Apalah nasib orang melayu islam di Pulau Pinang. Semakin hari semakin parah "diratah" oleh nafsu Lim Guan Eng. Hamba telah pun membuat "double check" maklumat yang dimaklumkan di akhbar tersebut dari sumber yang boleh dipercayai dan memang benar akan berlangsung kerja-kerja merobohkan gerai-gerai tersebut nanti.

Apa lagi yang boleh dilakukan. Ini yang Masyarakat Pulau Pinang pilih dahulu. Mereka mahukan pimpinan Pakatan DAP dan seteru yang memerintah di Pulau Pinang kerana dikatakan sebuah parti@pakatan yang lebih demokrasi dan "ADIL". Maka terpaksalah mereka "telan" apa sahaja yang dilakukan oleh Pimpinan Lim Guan Eng. Mahu menangis air mata darah sekali pun keadaan tidak akan berubah sehinggalah PRU 13 nanti. Itu pun jika penduduk Pulau Pinang sedar akan kesilapan pemilihan mereka semasa PRU 12 dahulu. Jika tidak nescaya nasib mereka akan terus diratah dengan lahapnya oleh DAP.

Sunday, November 14, 2010

PKR PARTI "CONTOH" PERJUANG DEMOKRASI

Setahu hamba, dulu ketika di awal penubuhan parti PKR ini, hamba sering terdengar laungan perjuangan demokrasi...dimana rakyat ini mempunyai hak untuk menentukan siapa yang mereka mahu mewakili rakyat untuk mentadbir negara Malaysia. Malah dalam masa yang sama juga mereka mengutuk kepimpinan kerajaan yang sedia ada kerana tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus dalam pilihan raya di Malaysia.

Tetapi tanggal 14 Nov 2010, jam 8.00 malam hamba yang sedang menonton berita di TV3 terkejut melihat apa yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan memperjuangkan demokrasi. Malah dengan muka tidak bersalah si Anak Pimpinan tersebut (IZZAH) menyatakan itu semua satu langkah inisiatif pucuk pimpinan. (klik untuk kenyataan penuh) Apakah calon lain yang dikatakan tidak dikenali oleh ahli tidak layak untuk bertanding dan menonjolkan diri bagi dipilih sebagai pucuk pimpinan pusat. Bermakna hanya mereka yang dikenali sahaja layak untuk diundi. Jika sedemikian lebih baik tidak perlu dibuat pengundian. Baik Anwar terus umum sahaja nama mereka yang dipilih oleh pimpinan. Tak perlu buang yuran ahli untuk buat proses pengundian. Apa inikah demokrasi yang akan diamalkan oleh PKR jika memerintah kelak. fikirkanlah dimana asas perjuangan PKR sebenarnya.

Saturday, October 09, 2010

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari PBS, sebuah parti kompenan BN telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Edmund, 54, dipercayai sedang menunggang motosikal berkuasa besar dari Sembulan ke Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

Wednesday, October 06, 2010

Lagi Mangsa Anwar Tampil...

Seorang lagi mangsa nafsu songsang anwar muncul membuat kenyataan menjadi mangsa nafsu seks bontot anwar. Semakin teruk nampaknya Anwar kali ini. Difahamkan bahawa mangsa (Rahimi Othman) telah pun mengadakan sidang media petang tadi. Bagaimanapun masih ada tangan-tangan yang mahu menyelamatkan Anwar sehingga sanggup menjadi pak turut untuk membuat kecoh di sidang media tersebut hanya semata-mata mahu mengagalkan sidang media tersebut. Tak kisah apa yang terjadi ada sumber yang menyatakan Rahimi tetap akan mengadakan satu sidang media kelak dan dalam masa terdekat. Kita tunggu apakah yang mahu dinyatakan oleh Rahimi. Harap sidang media kali ini tidak ada tangan yang akan menjadi dalang untuk mengagalkannya. Kalau sidang media ini masih gagal dan diganggu ternyata Anwar tengah takut mengigil di rumahnya. Dek kerana itu Anwar mencari tangan yang sanggup mengagalkan sidang media tersebut.....

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran

Sempena Hari Lebaran ini, Hamba ingin rasanya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...Maaf zahir batin segala salah silap hamba pada semua anda kalian. Rasanya banyak salah hamba pada kalian di luar sana. Niat hamba bukan apa hanya mahu melihat perpaduan yang tulin dikalangan umat melayu islam di Malaysia, supaya bangsa kita akan terus gagah di bumi sendiri. Diharap syawal ini menjadi titik permulaan kepada usaha perpaduan itu. Agar Bangsa kita terus kekal dibumi Malaysia ini untuk terus mendokong kesucian islam. SALAM AIDILFITRI.....................

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan.....

Tepat jam 12.00 tghmlm tanggal 31 Ogos 2010, Negara kita sekali lagi bergema dengan laungan teriak gempita "Merdeka...merdeka...merdeka". Hamba yang berada di satu lokasi yang menyambut ambang merdeka melihat sendiri segenap lapisan masyarakat melaungkan "Merdeka...merdeka...merdeka". Tersentuh hati kecil ini. Masih dalam keadaan merdeka tanah air ku. Baru mejangkau usia yang ke 53 tahun jika nak dibandingkan dengan usia penjajahan masih boleh dikatakan usia kemerdekaan Malaysia masih dalam peringkat kanak-kanak yang sedang merangkak. Kemeriahan yang terpacar di riak muka setiap lapisan masyarakat. Cahaya bunga api yang dibakar menghiasi langit biru. Hari ini hamba mengimbau kembali nilai perjuangan terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Begitu payah mereka berjuang untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Bumi Malaysia dihujani darah perjuang-pejuang tercinta. Langit dihujani dengan cahaya air bom dan senjata air. Semuanya semata-mata mahukan merdeka. Kerana apa? Kerana mahu bebas dari kuasa penjajah. Kerana tidak mahu mengikut telunjuk asing. Dan yang pasti pejuang terdahulu tidak mahu melihat anak bangsa hidup derita dan sengsara seperti mereka. Jika sekali lihat, benar kita telah merdeka. tetapi sejak kebelakangan ini hamba asyik melihat aksi penjajahan yang mungkinkah akan berlaku. Pada hamba mungkin akan terjadi andai ada yang masih leka dan terlena dialun irama indah dunia hari ini. Sama ada sedar atau tidak sedar pelbagai penjajahan telah kelihatan. Jika disebut penjajahan media dan budaya asing. Ini sudah lama berlaku. Apa yang paling membimbangkan sekarang seolah-olah wujud satu dimensi penjajahan lain. Sedar atau tidak sikit demi sedikit penjajahan agama dan bangsa mula berlaku. pelbagai ancaman terhadap agama telah berlaku dan begitu juga dengan bangsa. Sikit demi sedikit hak yang telah termaktub sebagai milik bangsa Melayu sudah cuba dihakis sikit demi sedikit. Mungkin ramai yang tidak sedar lagi. Yang membinggungkan hamba kenapa masih ada bangsa melayu yang beragama islam masih terus berkawan dengan mereka yang jelas cuba menghakis hak Orang Melayu Islam. Mereka ini masih tidak sedar tentang semua inikah? Sudah pelbagai bukti yang jelas telah diberikan tetapi kenapa semua ini masih lagi tidak kelihatan di mata mereka. Apa mereka mahu melihat anak bangsa melayu islam kembali terjajah dengan kaum yang mereka anggap rakan dalam perjuangan. Sedarlah demi agama, bangsa dan negara. Sedarlah rupanya kita (melayu islam) ini masih belum merdeka sepenuhnya. Masih ada diluar sana yang mahu menjajah kita.

Saturday, August 28, 2010

SIKAP KURANG AJAR "ANAK EMAS" ANWAR dan "KEKASIH HATI" NIK AZIZ

Ermm...lepas satu-satu maruah islam dipijak-pijak. Belum pun reda kes di Kajang timbul pula kisah di Selayang. Apa nak jadi ni. Mana mereka yang mempertahankan kesucian islam. Tak duduk diam membisu bila mana kantong sudah diisi dengan duit raya yang diberikan oleh YB dua ekor ni. Malah jadual William juga cukup penuh bulan puasa ini untuk hadir ke masjid memberi "tazkirah" dan sumbangan yang mampu membuatkan kantong mereka yang sepatutnya mempertahankan kesucian masjid berdiam diri.

Semua pihak tahu tentang kesucian rumah ibadat orang islam ni seharusnya dijaga. Pantang ada benda yang dianggap langgar kesucian Masjid terus sahaja melatah AJK-AJK Surau atau Masjid. Kalau tidak percaya lihat andai ada majlis akad nikah yang berlaku di masjid. Apa yang akan keluar dari mulut AJK Surau atau Masjid. "Kesucian Masjid atau Surau kena jaga. Jadi mana hadirin wanita yang hadir di minta menutup aurat dan bertudung kepala". Ayat yang selalu hamba dengar bila hamba berkesempatan mengikut rombongan bernikah. Malah papan tanda yang bertulis begitu juga dipasang dipintu masjid. Tapi lain pula yang berlaku di Kajang ni. Mana AJK Surau yang ditugaskan menjaga kesucian rumah ibadat orang islam. Tak akan tengok sahaja. Maklumlah menunggu kantong diisi jadi tengok sajalah, asal kantong penuhkan. Ataupun ada "tangan-tangan luar" yang melarang pihak AJK surau untuk berkata apa-apa, maka semua mereka pun diam membisu. Aduhai...Janganlah kesucian rumah ibadat orang islam dicemari hanya kerana mahu menjaga martabat mereka yang bergelar YB. Mana yang patut ditegah seharusnya ditegah. Jika benar ada majlis penyerahan duit raya sekalipun kenapa tidak dibuat diperkarangan Masjid atau surau. Kenapa di dalam masjid ataun surau. Apa yang cuba nak disampaikan kepada rakyat. Nak tunjuk yang YB Kafir ini mulia kerana mendekati masjid. Cukuplah dulu kita dihina bilamana ada YB Kafir ni menggunakan ayat-ayat al-Quran tuk berpolitik. Jangan pula Masjid atau surau pun hendak dipolitikkan juga.

Tuesday, August 24, 2010

Sejak Bila Teks Kutbah di Malaysia Dipinda

Salam. Agaknya apa nak jadi dengan Umat Islam di Malaysia sekarang ini. Di mana hilangnya sensiviti agama dalam diri Umat Islam pun tidak tahu. Apa yang cuba dilakukan pun tidak pasti. Kenapa perlu ketika menyambut ramadhan yang mulia ini boleh pula timbul isu khatib jemputan yang membaca khutbah di beberapa buah masjid. Bukan kerana hal AJK masjid tidak puas hati dengan kehadiran khatib jemputan tersebut tetapi kerana bacaan khutbah oleh khatib jemputan tersebut.

Manakan tidak, tetiba para jemaah dikejutkan dengan bacaan doa yang khutbah kedua yang sepatutnya disebut nama YDP Agung telah bertukar menjadi Nama Lim Guan Eng. Apakah khatib tersebut tidak memiliki ilmu yang secukupnya dalam hukum hakam bacaan khutbah. Atau memang tidak layak untuk membaca khutbah Jumaat tetapi dek kerana telah berlaku suatu perancangan yang diatur barang kali menyebabkan mereka ini membaca khutbah pada hari tersebut.
Janganlah kerana ingin mengejar sesuatu, agama pula dijadikan sandaran dan digunapakai. Jika perkara tersebut cakap tidak betul jangan pula bersubahat.

Monday, August 16, 2010

Bila mana Mereka Bijak Bermain Politik

Semakin hari semakin ditekan. Sedar atau tidak sedikit demi sedikit emosi dan dengki yang bersarang di dalam di orang Melayu ini telah dimanupilasi dengan bijak oleh mereka yang bijak mengambil kesempatan.
Baru beberapa hari lepas rakyat Malaysia mendengar perkhabaran yang dibawa dari meja persidangan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang mendesak syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dikurangkan dan kerajaan perlulah melaksanakan sistem tender terbuka.
Apakah tujuan sebenar keputusan ini diambil dan dibentang untuk perhatian kerajaan? Sedang sehari sebelum itu TPM kita telah pun menyatakan yang "kita(rakyat Malaysia) perlulah menjalinkan Perpaduan Tulen diantara semua kaum untuk memastikan kemakmuran dan keadilan semua orang terjamin".
Jawapan mudah, inilah yang dikatakan bijak berpolitik. Mencari peluang memajukan kaum sendiri. Bilalah Orang melayu ini hendak sedar tentang semua ini. Janganlah bergaduh sesama sendiri. Tidak nampakkah semua tindakan ini. Dari Hulu Selangor sehingga membawa ke Sibu, Sarawak dan sekarang di meja Persidangan Kongres Ekonomi Cina Malaysia. semuanya demi kepentingan kaum mereka. Apakah ini yang dikatakan Perpaduan Tulen. Atau mereka yang tidak jelas tentang tunjang kepada apa yang dikatakan Perpaduan Tulen.
Persoalan lain yang timbul. Apakah oramg melayu tidak boleh menjadi seperti ini. Bergabung dan bijak menyusun politik. Bukan untuk meminta hak orang/kaum lain. Cuma bertindak untuk mempertahankan hak. Apa yang dilihat sikap orang melayu ini hanya tahu menjaga hak sendiri. Bila kedai diroboh dan disita, rumah diarah kosong, bekalan air diputuskan, dan hal yang berkaitan diri sendiri baru heboh dicanang rasa tidak puas hati dan dipersoal segala tindakan. Baru sibuk memperjuangkan hak sendiri. Habis hak bangsa sendiri tidak perlu difikirkan? dibiarkan sahaja kaum lain mengambilnya sedikit demi sedikit.
Bukan berniat hendak membangkitkan perasaan perkauman ataupun kebencian rakyat. Tapi mencari keadilan dalam konteks negara Malaysia ini yang didiami pelbagai kaum yang memiliki pelbagai perbezaan yang agak ketara dari segi komposisi penduduknya, taraf hidupnya, kekayaan ekonominya, jumlah pemillikan hartanya, sehinggalah kepada taraf pendidikan. Jadi tidak bolehkah apa yang sudah menjadi hak sesuatu bangsa itu tidak lagi diusik dengan harapan suatu ketika nanti perbezaan ini dapat dikurangkan.
Namun jika apa yang diharapkan oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia itu terjadi, berapakah lagi ekuiti Bumiputera yang ada. Manakala jika sistem tender dilaksanakan secara terbuka, apa yang akan terjadi dengan kontraktor kelas F yang ratanya berbangsa Melayu.
Adakah dengan cara ini perbezaan yang dinyatakan tadi mampu dikurangkan terutamanya perbezaan taraf kekayaan dan pemilikan harta serta kuasa ekonomi.

Monday, July 19, 2010

PERPADUAN APA YANG DICARI MEREKA??

Minggu ini kita sibuk membicarakan hal perpaduan di antara UMNO dan PAS. Dimana UMNO sudah pun membuka pintu rundingan untuk PAS. Tetapi perkhabaran daripada pihak PAS sahaja yang masih kelihatan kelam. Ada yang masih belum membuka hati untuk duduk semeja dengan UMNO bagi membicangkan hala tuju politik Melayu Islam. Bila membaca SINAR hari ini timbul pula persoalan yang agak kabur. Naib Presiden PAS menyatakan bahawa rundingan itu ditolak kerana PAS tidak boleh menerima dasar yang dibawa oleh UMNO. Kenapa isu ini yang perlu dijadikan alasan oleh mereka. Bukankah ianya satu rundingan PERPADUAN diantara UMNO dan PAS, maka di meja bulat itu pimpinan PAS dan UMNO boleh membincangkan dasar perpaduan tersebut. Kenapa perlu awal sangat menolak usaha perpaduan parti Melayu Islam sebelum ianya dimulakan. Kenapa tidak duduk dahulu dan kemudian berbincang. Mana yang tidak kena dibetulkan bukannya menolak mentah-mentah usaha tersebut.
Ini yang masih kurang difahami. Apa yang menjadi persoalan, apakah pula dasar DAP yang menyebabkan PAS boleh duduk sebumbung dalam perjuangan menentang Kerajaan yang diterajui oleh pimpinan Melayu Islam. Apakah yang menyakinkan pimpinan PAS bahawa dasar DAP itu selari dengan dasar PAS. Wahal rakyat hari ini melihat bahawa apa yang diperjuangkan oleh DAP agak jauh menyimpang daripada dasar PAS.
Sampai bila politik melayu ini hendak berpecah-belah. Apakah yang akan membuatkan PAS boleh menerima UMNO. Apakah PAS mahu UMNO menerima kesemua dasar PAS dulu dan menepikan dasar UMNO keseluruhannya baru rundingan ini akan berlaku. Aduhai politik melayu. Agaknya sampai bila mampu bertahan politik melayu di negara ini???

Friday, May 28, 2010

Pas Buka Untuk Bukan Islam

Haji Hadi sudah memberitahu bahawa sedia untuk meminda perlembagaan Pas untuk membolehkan calon bukan islam menjadi ahli parlimen dan Senator. Alasan yang diberikan hanya kerana mahu memberikan keadilan dan kesamarataan kepada semua ahli Pas termasuk ahli kelab penyokong Pas sempena slogan Pas "Pas Untuk Semua". Kenyataan yang keluar dari mulut Presiden Pas yang dikatakan memperjuangkan islam. Apakah maksud semua ini? Untuk apa Pas buat semua ini? Demi apa pas buat semua ini? Dimana perjuangan Pas selama ini? Atau siapa dalang di sebalik semua ini? Betul cakap Haji Hadi bahawa, walaupun beberapa kerusi itu diberikan kepada bukan islam namun masih ada lagi kouta untuk Pas. Namun realiti yang dilihat Pas hanya menghantar beberapa sahaja calon untuk Pilihan raya lalu yang mana tidak mampu pun untuk membentuk kerajaan jika mereka menang semua kerusi yang dihantar calon mereka untuk bertanding. Jika ini yang berlaku berapakah pula kouta yang diberikan oleh Pakatan Rakyat untuk parti Pas pada pilihan raya ke 13 nanti? Ada jumlah yang sama seperti PRU12 dahulu. Jika jumlah ini sama seperti jumlah tersebut maka dengan pastinya bahawa calon dari Pas yang melayu islam hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Jadi mampukah Pas mentadbir negara dengan pendirian islam yang diperjuangkan selama ini

Thursday, May 13, 2010

INI hamba baru dapat Semalam!!!

Renungkan dan Selamat berfikir!!! Disebabkan itu kerajaan tak benarkan kalimah Allah dibenarkan tulis di dalam Bible kristian...tapi sayang ada pimpinan pembangkang yang menyokong perkara ini...

Tahniah Buat Pasukan Badminton Malaysia

Akhirnya credit hamba berikan kepada pasukan badminton Malaysia semalam atas kemenangan peringkat suku akhir Piala Thomas menentang Denmark. Perlawanan yang cukup dramatik dan juga mendebarkan. Tahniah juga kepada pasangan regu yang baru digandingkan bersama Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon kerana semangat juang yang tinggi dan juga permainan yang mantap. Perlawanan yang paling sengit dan teruja hamba tonton.

Monday, May 03, 2010

Lagi Kerja "Kotor" jatuhkan Nama Baik Polis

Salam. Menggeling kepala hamba bila mana saban hari ada sahaja cerita kisah budak remaja berumur 15 tahun yang ditembak polis dicanang sekeliling kampung dan kota tidak kira masa dan ketika. Bukan hamba tidak simpati tetapi hamba jenis yang menunggu laporan siasatan rapi dikeluarkan. Ini belum apa-apa macam provokasi telah dikeluarkan. Tidak cukup dengan "dendangan keramat cerita kedai kopi" kini ada pula yang hendak buat "cerita di pentas forum dan sebagainya. untuk apa semua ini.
Pada hamba, kita hari ini kena berfikiran yang lebih rasional. Lebih matang. Bukan berfikiran untuk menimba di air keruh "Untung-untung ada rezeki". Ini bukan cara masyarakat timur. Malah bukan sekali, bukan dua kali cara provokasi ini dilakukan. Sudah berkali dan yang melakukannya juga orang yang sama. Siapa kalau bukan Pakatan Rakyat@sialan. Ada sahaja isu dan cerita yang hendak "ditimba" terutama bila "keadaan keruh".
Habis pelusuk kampung dan kota dijaja cerita tentang "keganasan polis" yang melanggar hak asasi manusia bila mana timbul kejadian polis menembak mati seorang remaja. Hamba ada membaca mengenai peristiwa ini. Bagaimana polis menembak mati seorang pelajar yang melarikan diri menaiki kereta yang dipandu oleh beliau dan seorang rakan mangsa. Macam spekulasi yang keluar dari sesiapa sahaja yang membaca kisah tersebut.
Fakta yang ada:
  1. Mangsa berumur 15 tahun (semestinya tidak mempunyai lesen memandu)
  2. Bersama seorang rakannya (yang selamat cuma cedera)
  3. Ada anggota polis yang terlibat
  4. Kejadian sekitar jam 2 pagi, dan lokasi Shah Alam
Ini sahaja fakta yang timbul dan dimainkan oleh media. Bagaimana pula tentang fakta daripada pihak polis yang melepaskan tembakan. Tidak ada yang tulis. Jadi tidak perlulah kita membuat kesimpulan mengikut citarasa kita. Terutamanya mendengar rumusan cerita daripada pihak Pakatan Rakyat. Tetiba boleh keluar cerita tentang kekejaman polis sedangkan siasatan masih berlangsung. Bukan Hamba hendak marah tetapi biarlah keluar dahulu laporan siasatan. Jika hendak juga cakap polis ini kejam "terlebih dahulu kita rakyat Malaysia ini berdiri di hadapan cermin, nilai diri kita sendiri".
Jika dah tahu polis kejam kenapa kita@anak kita tidak jadi polis? (Hamba tujukan khas soalan ini buat mereka yang bergelar ahli politik PKR, DAP dan PAS). Sudah lama kita asyik bercerita tentang kisah pelajar ini dan keluarganya.
Mari kita fikir lebih jauh, kali ini dalam ruang lingkup anggota polis dan keluarga mereka. Kita tahu ada yang menjadi polis kerana cita-cita dan ada yang kerana mahu dapatkan pekerjaan. Malah sebelum mereka ini ditauliahkan menjadi polis, mereka sudah pun tahu separuh daripada nyawa mereka diserahkan kepada masyarakat. Kenapa hamba bercakap sedemikian? ini jawapannya. Masyarakat di Malaysia bukannya masyarakat yang 100% baik atau tidak pernah melakukan kesalahan. Masayarakat Malaysia ada yang baik, ada yang jahat malah ada yang berpura-pura baik demi untuk hidup. Dek kerana ini hamba cakap bila mana seorang masyarakat itu telah terlibat dengan polis maka secara tidak langsungnya separuh daripada nyawa mereka telah diserahkan kepada masyarakat. Ini dari kaca mata kerjaya polis.
Dari lagi satu sudut, bagi mereka yang hubungan kekeluargaan dengan anggota polis? Pernah kita fikirkan perasaan mereka. Hamba bercakap berdasarkan pengalaman yang dilihat. Bagaimana seorang isteri kepada seorang anggota polis, yang menemani langkah si suami pergi melaksanakan operasi yang tidak tahu apa akan jadi pada kesudahan operasi tersebut dengan pandangan sayu dan seribu doa serta harapan takala sang isteri mereka yang tidak bergelar polis "kehangatan" dalam pelukan sang suami. Agak apakah yang dipinta oleh mereka(si isteri)? Pernah kita fikir semua ini.
Dan pernahkah kita fikirkan nasib anggota polis yang tidak bersalah dilanggar dan ditembak ketika melaksanakan tanggungjawab semata-mata hendak menjaga keamanan negara ini. Mereka (anggota polis) sudah "terlucutkah" hak asasi mereka sebagai manusia untuk hidup aman walaupun bergelar anggota polis. "Nyawa" mereka tidak berhargakah?. Malah mereka (isteri dan anak anggota polis) juga "terlucutkah" hak asasi mereka hanya kerana "bersuami" dan "berayahkan" anggota polis.
Sebab itu, hamba cakap ini semua hanya provokasi yang dilakukan untuk menjatuhkan kepercayaan masyarakat terhadap anggota polis negara kita. Lebih-lebih lagi dekat dengan pilihan raya di Sibu, maka lebih ramai yang akan mengambil kesempatan. Pada hamba buat masa ini, kita tunggu laporan siasatan.
pernah kita teliti gambar dan cerita mereka ini (sebahagian daripada kisah malang mereka yang bergelar polis), lebih malang tidak ada kisah "hak asasi manusia yang diperjuangkan terhadap mereka oleh pimpinan Pakatan Rakyat". Malah ada anggota polis yang menjadi mangsa dendam penjahat-penjahat. tetapi dimana perjuangan hak asasi mereka pula?
gambar atas: Cif Inspektor Ang Waei Leoong yang cedera terkena tembakan di kedua-dua kaki semasa menjalankan tugas menumpaskan kumpulan geng Ah Took pada 5 November lalu.
anggota polis yang dilanggar mat rempit semasa melaksanakan operasi membenteras mat rempit
anggota polis yang mati ditembak ketika melaksanakan tugasan/operasi
p/s: anda boleh cari agi kisah polis dilanggar sebagainya dan nescaya akan anda temui yang anda tidak akan temui "Pimpinan PKR, DAP dan PAS membuat forum membicarakan hak asasi anggota polis.

Sunday, April 25, 2010

Akhirnya "Botol" berderai, "Kuda" tersungkur Rebah

BN menang Parlimen Hulu Selangor-

  1. Calon BN P.Kamalanthan (24, 997 undi)
  2. Calon PKR Zaid Ibrahim (23, 272 undi)
Majoriti Undi = 1, 725 undi
Akhirnya terjawab segala persoalan di benak pemikiran rakyat Malaysia terutamanya rakyat Hulu Selangor, siapa yang terpilih untuk mewakili mereka di Parlimen.
Pecah berderai semua "botol arak" dan jatuh tersungkur "kuda lumba" milik Zaid Ibrahim. Malah usaha suci murni Nik Aziz untuk mem"bersih" tubuh Zaid Ibrahim juga sudah tidak berkesan kerana tetap ditolak oleh rakyat Hulu Selangor.
Apapun kepada yang menang sila laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Monday, April 19, 2010

Kenyataan Bodoh Lagi Meloyakan..INI BAKAL AHLI PARLIMEN???

Hari ini rugi rasanya jika tidak membeli Surat Khabar SINAR. Ada sesuatu yang menarik di Muka Hadapan (Selangor&Kuala Lumpur). Ada muka si calon PKR di Hulu Selangor. Apa yang menariknya adalah tentang kenyataannya mengenai "kes londeh" yang menceritakan tentang tabiat beliau yang kaki botol. Apa yang Zaid cakap " SAYA BUKAN MALAIKAT". Apa maknanya ini. Adakah Zaid cuba memberitahu bahawa dirinya sekadar manusia biasa yang kadang-kala akan melakukan kesilapan juga. Inikah yang cuba disampaikan oleh beliau?

Jika ini yang cuba disampaikan oleh Zaid untuk menarik pengundi, rasanya inilah kenyataan yang paling bodoh dan meloyakan yang pernah hamba dengar selama ini. Bukan apa! baru sekarang merasakan diri bukan MALAIKAT bila kisah lama dilondehkan. Apa yang menarik dan meloyakan lagi hamba, kenyataan Zaid di bahagian dalam surat khabar tersebut. "Minum Arak Itu Cerita Lama". Boleh pula keluar kenyataan begini. Nampak sangat Zaid terdesak untuk menarik minat pengudi untuk memilih beliau.
Rasanya agak jangkal bila mana kedua-dua kenyataan itu dikeluarkan sedemikian lupa. Bukan apa, cuma hamba terfikir dan rasanya anda juga berfikiran sebegini agaknya. Dulu Rohaizat (bekas calon BN) kalah hanya kerana dilondehkan segala keburukan peibadi beliau yang dijaja oleh Puak PKR dan DAP di atas pentas ceramah pembangkang yang mengutuk keperibadian Rohaizat. Habis semua cerita luar dan dalam kelambu dijajakan. Wah! senang betul "menjaja" keperibadian orang lain.
Tapi bila sudah kena batang hidung sendiri, Heboh satu tanah air yang itu cerita lama. Diri itu hanya manusia biasa bukan Malaikat jadi bila-bila masa boleh melakukan kesalahan. Habis!!! (ROHAIZAT) ini MALAIKATkah? Sehingga tidak boleh melakukan kesalahan sehingga dihukum sebegitu rupa oleh PKR dan DAP sehingga menjatuhkan maruah beliau.
Nampaknya seakan ada satu keterpaksaan untuk ZAID menang PRK Hulu Selangor ini sehinggakan menjadi "BODOH" sedemikian rupa. Inikah Pemimpin yang kita mahu? pakat-pakat fikirlah bersama......wasalam

Wednesday, March 31, 2010

Pengertian sebenar "LOMPAT"

Aduhai! Kecoh sebentar arena politik negara bila mana berlaku polimik-polimik yang luar dugaan. Semuanya akibat ada YB yang dikatakan dok melompat-lompat parti. Ini yang Hamba bingungkan. Bukan bingung kerana kerja lompat melompat ini tetapi bingung dengan istilah lompat-melompat ini.

Bukan apa sepanjang yang hamba sedar dan ketahui, sejak berlaku aksi lompat-melompat ini yang bermula di Kerajaan Perak, rasanya tiada satu pun YB yang mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR atau PAS masuk UMNO, MIC atau MIC serta mana-mana parti kompenan BN yang lain. Semuanya menyatakan yang mereka menjadi YB BEBAS. Ini yang membuatkan Hamba agak keliru dengan “provokasi” istilah lompat-melompat ini. Malahan istilah ini semakin mendapat tempat dihati sanubari rakyat Malaysia.

Apa Maksud Provokasi Lompat-Melompat ini???

(contoh gambar provokasi yang dimainkan pakatan)

Hamba bertanya di mana yang membolehkan istilah ini digunapakai untuk merujuk kepada YB yang mengisytiharkan diri mereka sebagai YB BEBAS, Kerana pada Hamba kesemua YB yang dok melompat keluar PKR dan PAS ini tidak pula melompat masuk ke dalam “Geng” UMNO. Semuanya BEBAS. Mereka yang keluar dari parti yang mereka “diami” dan memulakan hidup yang “bebas” tanpa sebarang ikatan daripada mana-mana parti politik. Jadi tidak boleh dikatakan lompat –melompat.

Bagaimana dikatakan Lompat-melompat.

Jika kesemua YB yang keluar dari Pakatan Rakyat ini dikatakan lompat-melompat, ingin juga Hamba menyingkap sejarah awal lompat-melompat. Kita ambil sejarah awal adegan lompat-melompat yang dilakukan secara besar-besaran oleh “geng” yang mula-mula menggunakan istilah “lompat-melompat” ini. Geng mana lagi kalau bukan PKR. Jika kesemua YB yang menyatakan mereka telah keluar dari parti dan menjadi YB Bebas dikatakan “lompat”, abis bagaimana pula kita hendak mengistilahkan “geng” PKR atau lebih tepat “geng” Anwar ketika dalam UMNO dulu yang keluar dari UMNO dan tubuh “Team” yang dinamakan KeAdilan. Keluar dengan perasan “tidak puas hati” bila mana Anwar dipecat daripada jawatan yang disandang. Bukan ini juga boleh dikatakan “lompat”

Hamba rasa YB yang keluar daripada PKR juga menyatakan alas an yang hampir sama apa yang jadi satu masa dulu. Mereka keluar kerana tidak puas hati dengan perjuangan PKR sekarang ini. Malah mereka keluar PKR menjadi YB BEBAS. Bukan keluar dari PKR dan isi borang Parti baru atau masuk mana-mana parti yang ada.

Rasanya istilah “lompat” ini lebih merujuk kepada sesuatu perbuatan yakni, keluar dari PKR masuk UMNO atau parti lain. Ini baru boleh dikatakan “lompat”. Jika hanya kerana mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan PAS maka YB-YB ini dicop “lompat”. Habis Si Azmin Ali dan konco-konco Anwar yang keluar daripada UMNO dulu bukankah “lompat” juga. Atau definisi “lompat” ini hanya merujuk kepada mereka yang keluar dari PKR dan PAS sahaja. Begitu “indah” istilah yang digunapakai sehingga rakyat pula boleh menambah perkataan lain kepada perkataan tersebut menjadikan perbuatan YB yang keluar PKR dan PAS ini kelihatan begitu keji. Mana tidaknya ianya disamakan dengan “katak lompat si katak”. Dek kerana ini rakyat yang memang begitu taksub dengan PKR dan PAS melihat YB-YB ini begitu jijik sekali.

PERSOALAN HAMBA???

Jika ditakdirkan angan-angan AnWar mengenai 16 september menjadi kenyataan dan memang ada YB BN yang hendak keluar BN dan bersama-sama PKR dan PAS serta DAP (Pakatan Rakyat), agaknya apakah gelaran yang akan diberikan oleh AnWar untuk mereka ini. Yang pasti bukan “katak lompat si Katak lompat”. Nescaya mereka ini akan dijulang bagai hero di mata rakyat. Lihat sebagaiman Chua Ju Meng yang keluar meninggalkan BN dan bersama Pakatan Rakyat. Beliau diangkat dan dijulang bak hero. Setelah sekian lama hilang dibawa peredaran masa. Terus menyepi.

Tapi malangnya cerita 16 September rupanya hanya omongan serta gebang besar AnWar sahaja. Tidak ada pun YB BN yang melompat keluar daripada BN. Nama yang diberikan oleh YB Zahrin pun hanya rekaan AnWar untuk menyakinkan rakan-rakan Pakatan dengan idea 16 September. Hendak yakin lagi disertakan juga nama YDP Agung serta nama angkatan tentera Malaysia. Maka semua rakan-rakan menanti hadirnya 16 September tersebut. Tetapi yang dihidangkan lain pula ceritanya. YB ADUN Perak dari Pakatan sendiri yang umum keluar parti dan jadi YB BEBAS. Nah!! Satu tamparan mengejut sehinggakan Negeri Perak bergolak buat seketika kerana peristiwa itu. Akibat pengumuman tersebut dengan secara automatiknya kuasa majority MB Perak ketika itu terhenti dan Sultan Perak berkenan untuk menukarkan kerajaan Perak mengikut kuasa majority tanpa sebarang pembubaran DUN. Hanya tidak berpuas hati dengan peristiwa itu “Team” AnWar di Perak pun melancarkan gelombang “lompat si katak lompat”. Wah jijiknya bandingan yang diberikan “team” AnWar untuk ketiga-tiga YB ADUN ini. Malahan bermula dari situlah satu demi satu YB yang umum keluar dari Pakatan Rakyat akan digelar YB Katak kerana melompat keluar parti. Wahal jika diselidiki sebab mereka keluar dari Pakatan adalah kerana sikap tidak puas hati. Perkara ini sama dengan apa yang jadi pada tahun 1998 dulu ketika mana Azmin serta rakan-rakan keluar dari UMNO.

Mereka Kata YB “Lompat” tidak boleh dipercayai….

Ini lagi satu provokasi yang menarik jika kita lihat dan menilai. Bila sahaja YB yang keluar dari Pakatan ini, satu persatu pembohongan AnWar dibocorkan dari semasa ke semasa. Bermula dengan cerita gebang AnWar tentang 16 September sehinggalah cerita rekaan yang diolah untuk Perdana Menteri dan isteri. Tetapi “team” AnWar memang “hebat”. Bila tersebar sahaja cerita ini dikalangan mulut rakyat, maka satu provokasi dilaksanakan dengan menyatakan apa yang disampaikan oleh YB BEBAS (yang umum keluar parti) adalah fitnah terhadap AnWar dan apa yang mereka sampaikan tidak boleh dipercayai. Jika BN mempercayai YB Bebas ini maka BN akan Diperbodohkan. Wah!!!! Hebat provokasi yang dilakukan. Jika ada YB atau Perjuang dalam UMNO atau BN yang menyatakan sedemikian pada hamba ianya rasional untuk diterima kerana mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.

Tetapi bila “Team” AnWar sendiri yang berbicara sedemikian apa pula maksudnya. Jika benar kenyataan YB “katak si katak lompat” ini tidak boleh dipercayai, ingin juga hamba mempersoalkan kebolehpercayaan terhadap kata-kata AnWar dan “team PKR “ beliau. Bukankah mereka semua juga merupakan “Team” AnWar yang keluar(Lompat) dari UMNO. Jadi bolehkan rakyat mempercayai kata-kata Azmin Ali dan rakan-rakan beliau.

Apa yang Sebenarnya????

Yang sebenarnya, tidak ada pun YB “lompat” sebagaimana provokasi yang dilakukan oleh Pakatan. Semua ini dibuat untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Hanya satu perkataan rakyat menjadi buta hati dan terikut dengan emosi. Maka meluak-meluak perasaan marah kepada YB-YB yang dikatakan “lompat”. Wahal sebenarnya YB-YB ini hanya keluar daripada Pakatan dan menjadi YB BEBAS. Tetapi untuk mengaburi kepincangan yang berlaku maka istilah “lompat si katak lompat” digunapakai untuk menimbulkan marah di hati rakyat dan sekaligus menunjukkan bahawa BN ini kotor dan jijik kerana sanggup menarik YB Pakatan untuk keluar daripada Pakatan. Hakikat sebenarnya YB-YB yang keluar dari Pakatan ini telah menyatakan bahawa mereka keluar kerana tidak puas hati dengan kepimpinan AnWar dan sudah tidak mahu lagi bersubahat dengan AnWar dalam cerita gebang beliau terhadap rakyat. Tetapi pada Anwar ianya tidak boleh kelihatan begitu. Kena buat sesuatu supaya rakyat marah dan apa yang berlaku dapat dikaitkan dengan BN. Maka istilah yang cukup hebat kesannya ini digunapakai, supaya menampakkan yang YB-YB ini keluar daripada Pakatan sebab hendak masuk BN kerana BN main taktik “kotor”. Wahal YB-YB ini keluar dengan tidak mendaftar di mana-mana pertubuhan parti kompenan BN yang lain. Dalam erti kata lain BEBAS.

JIKA MASIH MAHU MENYATAKAN YB-YB BEBAS INI SEBAGAI “LOMPAT”, MAKA DENGAN INI HAMBA JUGA BARANGKALI BOLEH MENYATAKAN YANG MEREKA YANG TELAH KELUAR DARIPADA UMNO KETIKA 1998 DAN SEANGKATAN DENGAN AZMIN ALI JUGA ADALAH “KATAK SI KATAK LOMPAT”. INI KERANA MEREKA JUGA “LOMPAT” KELUAR UMNO DAN TUBUH PKR…MALAH LEBIH “LOMPAT” DARIPADA YB ZAHRIN, YB ZUL NORDIN DAN YB-YB BEBAS LAIN……

Saturday, March 27, 2010

Nik Aziz Dah Nak Bersara! BETUL kerrr??????

Terkejut Hamba bila mendapat mesej serta melihat rakan-rakan di facebook sibuk berbicara mengenai Ulamak PAS ini yang dikatakan tidak mahu lagi dilantik menjadi Mursyidul Am PAS setelah sekian lama memegang jawatan tersebut.

Wah "rasa bahagia" Pok Nik bila mengandaikan yang nama beliau tidak akan dicalonkan sebagai Mursyidul Am akibat rasa sedar diri tentang rekod buruk yang dilakukannya yang mana banyak kali tidak datang mesyuarat peringkat pusat.
Bagaimanapun, di sudut hati Pok Nik ini masih tersimpan hasrat untuk beliau menerajui jawatan tersebut bilamana dengan alunan lembut sahaja menyatakan yang beliau akan menerima jawatan tersebut andai diberikan lagi peluang itu oleh Majlis Syura. Nampaknya "Tidak rasa bahagia" jugalah Pok Nik sorang ini. Mungkin Pok Nik rasa, dengan keadaan ini maka kerjaya politiknya juga turut akan lenyap sebagaimana jawatannya.
Atau apakah ini sebuah cerita layar yang digarap untuk membuatkan segenap peringkat usia penyokong PAS merasa hiba dan menangisi peristiwa ini. Lalu diambil peluang untuk digunapakai di Hulu Selangor kelak dengan mana terkeluarlah slogan baru. Jika dulu "UNDI PAS MASUK SYURGA", barangkali di Hulu Selangor akan muncul kain rentang yang berbunyi "UNDILAH PAKATAN RAKYAT TANDA SOKONGAN KEPADA NIK AZIZ".
Dalam keadaan sekarang pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh timbul. Tanpa kita sedari dalang menfitnah PM dan isteri telah terbongkar. Licik betul cerita layar yang dimainkan oleh anak buah Anwar Ibrahim. Dan hamba hanya mampu berdoa, apa yang berlaku mengenai jawatan Mursyidul Am ini harap-harap bukan juga sebuah cerita layar yang diterbitkan oleh Anwar Ibrahim Production.
Buat Pok Nik, mungkin Allah sudah menetapkan sampai sini sahaja kerja Pok Nik. Pok Nik perlulah terima kenyataan ini jika hilang jawatan Mursyidul Am PAS. Tak perlu nak "rasa bahagia" atau apa jua rasa.

Monday, March 22, 2010

Menjawab tulisan Li Fook Gao dalam harakahdaily: Siapa yang sangka rakyat bodoh dan pelupa

Hamba sudah membaca penulisan seorang penulis dalam harakahdaily yang bertajuk "Mungkin dalam hati mereka, rakyat bodoh dan pelupa". Wah hebat dan sungguh puitis penulisan tersebut. Daripada isu rampasan kuasa di Perak, isu royalti, isu enjin jet, isu September 16 sehinggalah isu Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Semuanya menampakkan kejayaan BN/UMNO dalam memperbodohkan rakyat.
Wah! Tahniahlah kepada saudara yang menulis. Cuma ada beberapa perkara yang mungkin kita boleh lihat semula dan menilai semula siapa yang memperbodohkan rakyat dan menganggap rakyat ini pelupa. Mungkin juga penulis banyak makan kepala ikan dulu. Hamba tidak akan lupa. Biarpun hamba anak muda yang dianggap orang setahun jagung namun apa yang tidak betul akan hamba sentuh. Mari hamba tunjukan apa yang penulis lupa tetapi hamba tidak:-
1) Nik Aziz pernah menyatakan bahawa dia boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk syaitan asalkan boleh memenangi pilihanraya. Wah! sehingga begitu sekali hajat Nik Aziz untuk memenangi pilihanraya. Pada ketika itulah DAP mula meminta bantuan daripada PAS. Bermula dari situlah Nik Aziz dan Lim Kit Siang mula memainkan drama polimik bodoh yang memperbodohkan rakyat sekalian. Mana mungkin 2 buah parti yang berlainan prinsip dan hala tuju boleh bergabung. Yang satu mahukan Negara Islam dan yang satu mahukan negara ala Singapura...TAPI hamba tidak lupa. Jadi atas dasar apa yang membawa kepada kerjasama PAS dan DAP. Hanya kerana mahu memenangi pilihan raya sahajalah nampak gayanya. Tidak ada maksud lain, selain kemenangan dalam pilihan raya.
Kenapa hal ini tidak dibangkitkan?? Perkara pokok yang perlu dilihat dalam aspek pengabungan PAS dan DAP. Tetapi hari ini yang digemburkan adalah permahaman tentang "negara islam" yang cuba dibawakan dalam perjuangan PAS. Menutup segala kisah yang lampau. Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh..
2) Dahulu pun kita pernah dengar dan hamba juga pernah membaca mengenai beberapa fatwa PAS antaranya BN/UMNO ini kafir sebab berkawan dengan parti orang kafir iaitu MIC dan MCA. Apa pula yang terjadi hari ini, PAS berkawan dengan DAP??? Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh...
3) Hari ini PKR sudah hilang kuasa majoriti dalam Dewam Rakyat dan semestinya DAP yang memiliki kerusi yang majoriti dalam pasukan pembangkang berhak menjadi Ketua Pembangkang dan semestinya. Tetapi apa yang jadi Anwar masih lagi menjadi Ketua. Sedangkan Pakatan rakyatlah yang kononnya sebuah gabungan parti yang membawa Sistem Demokrasi yang paling luhur dalam politik negara sendiri gagal mengamalkan sistem demokrasi tersebut. Sepatutnya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dengan berhemah dan memberi laluan kepada DAP. Ini yang sepatutnya diamalkan dalam sistem demokrasi yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri. tapi Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh. Cakap ja yang kita menyokong Anwar, maka rakyat akan lupalah perkara itu. senang ja nak tipu rakyat.
4)Kita (Pakatan) mainkan lagi isu Perak ini. Cakap sahaja keputusan tak adil maka rakyat akan lupa la tentang keputusan mahkamah dan sistem demokrasi yang diamalkan kita. Nah! satu lagi tipu daya oleh Pakatan. Seperti yang hamba cakap Sistem Demokrasi yang diamalkan adalah yang majoriti akan mengetuai pimpinan. Di Perak Sultan masih lagi wujud dan mempunyai kuasa untuk melakukan pembubaran DUN atau tidak. Jika Sultan tidak mahu melakukan pembubaran DUN dan Baginda hanya menggunakan kuasa baginda memanggil mereka yang terbabit dan bertanyakan soalan tentang sokongan mereka yang terbabit sebagai satu langkah dalam membentuk pentadbiran baru di Perak maka baginda berhak. Jadi kenapa sehingga kini masih lagi dimiankan isu rampasan negeri. Jawapannya....Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh...mainkan isu berulang kali maka bangkitlah rakyat...tetapi tidak diri hamba dan mereka yang mengetahuinya.
5) Kenapa pula perbicaraan kes Anwar tertangguh begitu lama. Dan kenapa bila Saiful memberi kenyataan selaku saksi pertama terus sahaja Karpal Singh gelabah dan mengemukakan pelbagai perkara yang karut marut. Meminta perbicaraan tertutuplah. Meminta semua bahan bukti daripada pihak pendakwa dan macam-macam lagi. Meminta pula hakim dibubar kelayakannya dan kemudian menarik semula permohonan tersebut. Atas tujuan apakah semua ini. Dalam masa yang sama Anwar atas pentas-pentas ceramah, sebut bercerita tentang penipuan yang dilakukan oleh si Saiful. Jika penipuan kenapa sehingga sekarang masih takut untuk dibicarakan sehingga selesai. Bila minta mengangkat sumpah juga tidak dilakukan. Alasan sudah dirujuk kepada ahli agama, dan semua itu tidak perlu. Jika benar PAS hendak laksanakan hukum islam sepatutnya Nik Aziz dah nasihatkan Anwar untuk melakukan sumpah menafikan pertuduhan zina tersebut. Tapi tak apalah rakyatkan bodoh...
Banyak lagi yang hamba rasa hendak tulis tapi cukuplah setakat ini dulu. Yang selebihnya kita semua boleh cari dan fikirkan apa yang kita semua pernah lupa dan tidak tahu supaya kita tidak menjadi pelupa dan bodoh.....

Saturday, March 20, 2010

Perak Oh Perak: Sivakumar betul-betul sudah gila kuasa

Hai,

Apalah yang hendak jadi dengan negeri kesayangan hamba yang satu ini. Belum habis lagi persengketan pemimpinnya. Mahkamah sudah pun memberi kata putus. Tetapi kenapa masih ada mulut-mulut busuk dan tangan-tangan yang gilakan kuasa memainakan hal ini lagi. Hari ini Speaker Perak Datuk R Ganesan telah membuat laporan polis kepada Sivakumar (baca disini), kerana meyamar sebagai Speaker Perak biarpun Mahkamah Tinggi Ipoh telah pun memutuskan siapakah Speaker sebenar Perak pada 8 September 2009.Apa lagi yang dicari oleh Sivakumar ini? Beliau sepatutnya sedar tentang kedudukan beliau yang telahpun diputuskan oleh Mahkamah. Adakah beliau segaja mahu bermain api dengan sistem kehakiman negara? Bukankah itu juga satu pencabulan dan sikap tidak demokrasi. Terimalah keputusan tersebut dan nilai dimana kelemahan yang perlu diperbetulkan. Bukan mencabar sistem kehakiman. Mungkinkah Sivakumar telah termakan "Pil Gila Kuasa" yang diberikan oleh orang-orang tertentu. Sehinggakan sebegini rupa perilaku beliau. Udoh-udoh ler Siva oi..deme tu dah tak jadi Speaker lagi dah. bebawa sedor diri ler... Malahan, hamba percaya bukan Sivakumar sahaja yang sibuk menjaja dan menjual cerita buruk tentang sistem kehakiman negara, malahan si Nizar juga barangkali sedang sibuk menyiapkan cerita bodohnya tentang kekalahan beliau dalam mempertahankan kerusi Menteri Besar Perak, apabila Mahkamah memutus yang Dr Zambry sebagai MB Perak. Sehingga hamba terbaca jempuatan ke satu forum yang akan berlangsung pada 1 April ini yang bertajuk "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia" dan dimana si Nizar ini telah dijemput oleh sekumpulan NGO yang menamakan diri mereka sebagai "Free Public Forum" dan membicarakan tentang rampasan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan hamba yakin Si Nizar ini akan cuba memainkan fakta kebenaran yang telah diolah oleh beliau supaya dilihat yang kerajaanlah yang telah melakukan pencabulan amalan Federalisme tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan tindakan Sivakumar dan Nizar sendiri yang telah mencabul keputusan mahkahmah. Bukanlah itu juga masih boleh dianggap pencabulan Amalan Federalisme. Bak kata pepatah "cermin dulu diri sendiri sebelum menilai orang lain"

Friday, March 19, 2010

Kecian Anwar terBOGEL!!! Lari terkencing

Salam, Akhirnya penantian hamba mengenai kejutan yang bakal berlaku di Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh ZUL Nordin terjawab sudah. Malahan banyak lagi kejutan yang akan bakal menyusul kelak. Kita, rakyat Malaysia hanya dihidang sedikit sahaja kejutan yang telah dilakukan oleh barisan YB Bebas(parlimen). Kejutan yang dimulakan oleh Si Zahrin itu me"manas"kan tubuh badan Si Anwar al-Juburi ketika itu. Malahan YB-YB Pakatan Sialan(PR) ini juga terasa bahangnya dan merasakan suhu badan mereka telah bertukar menjadi suam-suam kuku biarpun berada di dalam Dewan yang dipenuhi oleh penghawa dingin. Masakan tidak panas jika pembongkaran mengenai pembohongan Anwar terhadap YB Pakatan Sialan mereka mengenai 16 September yakni pengambilalihan pentadbiran Malaysia daripada Pasukan Barisan Nasional. Nah!!!! rakyat digemparkan dengan suatu berita yang mengejutkan. Bermakna bukan sahaja rakyat yang diperdayakan oleh Anwar malahan rakan-rakan YB juga turut ditipu olehnya. Dapatkan teks ucapan penuh Zahrin dilink ini: http://brojinggo.blogspot.com/2010/03/teks-ucapan-penuh-dato-seri-zahrin-di.html

Sunday, March 07, 2010

Terkuburnya Seorang Pejuang Islam dan Melayu dalam PKR??? Keadilankah??

BH 06/03: Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi pecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, didesak kosongkan kerusi Palimen...

Begitulah SMS yang hamba terima petang tadi...Bermakna terkuburlah pejuang islam dan melayu dalam sebuah parti politik iaitu PKR yang mejadikan dasar "KEADILAN" sebagai tunjang kepada perjuangan politik mereka....Mengapa ini terjadi??? ADILKAH pejuang ini dikebumikan begitu sahaja dek kerana suara lantangnya dalam memperjuangkan KEADILAN kepada agama islam dan bangsanya...
Apa lagi yang mampu diharapkan daripada PKR...Dimanakah yang dikatakah ADIL...Pertahankan islam dan melayu terus sahaja dikenakan tindakan sedemikian rupa...Alahai kesian si Zulkifli Nordin...menjadi mangsa kepada anak bangsa dan rakan seagama dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR (baca disini)...lihatlah mereka yang telah hamba "highlight"kan...kenapa mereka ini tidak berada di barisan yang mempertahankan Zulkifli Nordin..Malahan mereka ini juga ada yang turut sama menyokong pembuangan Saudara Zulkifli daripada PKR...
TIDAK ADILKAH TINDAKAN ZULKIFLI NORDIN MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU??? Anda yang menilainya...renungkanlah nasib anak cucu kita kelak... Bukan hamba hendak mengajar untuk menjadi "racist" tetapi pemahaman dan rasa hormat serta kebenaran perlu dinyatakan walaupun ianya cukup pahit untuk dilafazkan...Ini yang dilakukan oleh Suadara Zulkifli Nordin...Namun apa yang jadi...Beliau telah dibuang/disingkirkan daripada PKR...

Thursday, February 25, 2010

MPPMUM(MAJLIS PERWAKILAN ProM UNIVERSITI MALAYA) @ KERAJAAN PAS KEDUA????

Salam hamba ucapkan kepada pembaca sekalian…hamba nak membuka cerita kali ini dengan cerita lawaking yang tercetus di universiti Malaya…Tanggal 25 Februari 2010 hamba dikhabar satu cerita lawaking yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa Universiti Malaya(ProM)…Setelah tumbang pada PRK baru-baru ini tetiba pimpinan ProM mebuat drama lawaking yang hampir sama dengan cerita ni Negeri Perak…

Adakah dek kerana kedua-dua situasi ini memiliki kepimpinan yang tertinggi yang sama iaitu Sultan Perak…Tapi pada hikmat hamba semua ini tidak kerana kepimpinan yang sama ini…tetapi dek kerana SEMANGAT GILAKAN KUASA yang menebal dalam diri…

Apakah fungsi MPPMUM ini???? Kenapa perlu diwujudkan MPPMUM??? Tidak cukupkah dengan MPMUM yang sedia ada…kenapa perlu diboikot MPMUM…Apa sebenar yang dicari oleh mereka yang menubuhkan MPPMUM…Siapa disebalik percaturan penubuhan MPPMUM ini????

Jika dilihat mata kasar pecaturan yang dilakukan seolah-olah hampir sama dengan Kerajaan Perak NIzar…Apakah maksud semua ini??? Adakah Pemikir Strategi kedua-dua ini adalah orang yang sama…Atau ProM UM cuma mencetus fenomena yang sama seperti di Perak….Anda diluar sana yang bijak memikir mampu berfikir jawapan sebenar disebalik keadaan…

Boleh kiranya hamba metafsirkan MPPMUM sebagai

MAJLIS PERWAKILAN PAS MALAYSIA UNIVERSITI MALAYA???

MPPMUM

Monday, February 22, 2010

Edisi Maulud Lagi: Munajat Perdana Kekalkan PAS di KELANTAN????

Salam...hamba masih tertanya sehingga sekarang kenapa Nik Aziz menyatakan yang Sambutan Maulidul Rasul tidak memberikan apa-apa fadilat kepada mereka yang menyambut sambutan Maulidul Rasul...Rata tempat hamba bertanya mereka yang cerdik pandai dan orang ramai tentang perkara ini...segala genap pelusuk alam maya/siber ini hamba selongkar mencari kepastian mengenai fatwa yang dibawa oleh Nik Aziz yang menyata "Sambutan Maulidul Rasul tidak memiliki Fadilat"....Malah banyak firman yang hamba jumpa menceritakan tentang kebesaran menyambut/memuliakan Baginda Rasulullah...Antara firman tersebut:
1) Firman Allah Taala, : “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” (Al-Haj:32) Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (Sya’airallah ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.
2) Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab keatas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan Suwaibah’iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.

Hadis ini menunjukkan bahawa:

Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri...

Jika dilihat pada hadis tersebut bagaimana pula seorang alim ulamak boleh menyatakan yang menyambut keputeraan baginda rasulullah dikatakan tidak memiliki fadilat...Perarakan Maulidul Rasul itu salah satu cara kita menunjukkan bagaimana kita umat islam menyatakan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah...dan ianya bukanlah suatu amalan yang boleh memesongkan akidah...

Malahan Nik Aziz juga dengan lagaknya menyatakan yang di negeri Kelantan selama 20 tahun pentadbirannya tidak langsung pernah menyambut Maulidul Rasul...

Persoalan yang bermain difikiran hamba pula...Jika Sambutan/Perarakan Maulidul Rasul tidak membawa fadilat dikalangan Umat islam yang menyambut keputeraan Baginda...Bagaimana pula dengan Munajat Perdana Kekalan PAS di Kelantan yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz???...Berjaya Nik Aziz menghimpunkan begitu ramai rakyat Kelantan di stadium bagi mendoakan agar PAS kekal memerintah di Kelantan...APA PULA FADILATNYA???...

Ini yang hamba kurang jelas dengan kenyataan Nik Aziz...Wahal jelas dalam beberapa firman Allah dan Hadis menyatakan yang sesiapa yang menyambut serta memuliakan Baginda Rasulullah akan mendapat kejayaan (baca disini untuk lebih lanjut)...jadi sama-samalah kita renung dan fikirkan...ermmmm..

Wednesday, February 17, 2010

Mulut Nik Aziz Semakin Berbau Busuk....

Aduhai macam-macam hamba lihat kerenah Orang Tua sorang ini...Semakin meloyakan tengkok hamba...Ini Tok Guru yang sesetengah rakan hamba suruh hormat dan mintak hamba sokong.... Ini "Tok Guru" yang dikatakan mampu menegakkan negara ISLAM di Malaysia ini.... Ini "Tok Guru" yang diagungkan kerana perjuangan ISLAM dalam kehidupannya...ERMM

Maaf hamba ucap mungkin perbandingan hamba ini agak kasar tetapi ini yang hamba rasa....Pada Hamba "Tok Guru" sorang ni tak ubah macam beruk yang disuruh petik buah kelapa tua...ditambat leher dan dikerah ke kiri ke kanan asal impian medapatkan buah kelapa tua tercapai....bagaimana buah kepala itu hendak jatuh ke tanah tidak diambil pusing....apa yang hendak dibuang ke bawah dibuangkan sahaja, asalkan dapat buah kepala tua....
Inilah yang terjadi sekarang....asal mahu selamat seorang kafir DAP "Tok Guru" kita ini sanggup menyatakan yang perarakan Maulidul Rasul tidak membawa sebarang fadilat/kebaikan.....Wah hebat hujah "Tok Guru" ni....Tak sangka hamba kenyataan ini keluar daripada mulut seorang yang begelar Ulama....Kan SAMA macam perbandingan yang hamba buat...bezanya kali ini mahu selamat Si Kafir L.Guan Eng....Jadi "Tok Guru" pun keluarlah kenyataan demikian supaya rakyat tidak mengambil serius mengenai larangan sambutan Maulidul Rasul di Pulau Pinang....Nak gah dan meyakinkan lagi...Negeri "serambi Mekah" pimpinan "Tok Guru" ini juga tidak akan menjalanakan perarakan Maulidul....
Bagaimanapun si L.Guan Eng gagal untuk menahan desakan rakyat islam dan terus memutar belitkan fakta dengan menyatakan yang larangan tersebut adalah tidak benar...tetapi bagaimana pula surat perkelilingan diedarkan segera dengan menyatakan Perarakan Maulidul akan dilaksanakan....
Tidakkah kita berfikir....Inikah "Tok Guru" yang diharapkan untuk menegakkan negara ISLAM...dan menjaga agama islam....satu persatu percabulan terhadap amalan dan aktiviti yang menjuru kepada ISLAM diperlekehkan....
DEK kerana mahukan tempat dalam Parlimen...Pakatan dibuat dengan DAP dan PKR biarpun terpaksa mengadaikan perjuangan asal parti iaitu menegakkan Negara ISLAM...hanya kerana desakkan DAP yang tidak mahu menubuhkan negara ISLAM....
KEMUDIAN...."Tok GURU" ini senyap menyepi mengenai isu penggunaan Kalimah ALLAH untuk penganut Kristian....
Hari ini penghapusan Perarakan Maulidul kerana mahu selamatkan tindakan L.GUAN ENG bangsat sorang tu...
JADI DIMANA LAGI YANG DIKATAKAN PERJUANGAN ISLAM??????

Cakap Pusing2 lagi si Nik Aziz ni....

Aduhai...Nik Aziz...ko ni memang suka cakap pusing-pusing la...Memang dah layak untuk turun dari arena politik ni...dulu bukan main ko "tembak" Tun Dr M...Dah tua..dah nyanyuk la...dah kena turun dari kerusi PM dan macam-macam lagi...Hari ini ko pula yang membuktikan yang ko pun kena turun dari kerusi arena politik...Ulama apa yang cakap pusing-pusing camni...dah banyak sangat cakap Nik Ajis ni yang berpusing-pusing...

Hari ini dalam Sinar(baca disini)
Nik Aziz tegur segelintir pihak yang menghukum Anwar Ibrahim sebelum mahkamah membuat keputusan..."Jangan Jadi Hakim"...begitulah katanya...Apa ni...Ingat bila menghukum BERSALAH baru dipanggil menghukum ker??? Abis bila cakap DIFITNAH@ perkataan lain yang membawa maksud TIDAK BERSALAH tidak dikira sebagai menghukum jugakah...aetahu aku bila dicakap fitnah @ perkataan lain yang membawa maksud TIDAK BERSALAH juga dikira sebagai hukuman...iaitu hukuman TIDAK BERSALAH...bukankah itu juga perhukuman....maka pada 29 JUN 2008 (baca disini)
dulu sewaktu Nik Aziz berkata yang Anwar difitnah tidak dikira sebagai perhukumankah??? bukankah itu juga merupakan perhakiman yang telah dilakukan oleh Nik Aziz...dengan menjatuhkan hukuman FITNAH terhadap Anwar...sedangkan Mahkamah masih belum membicarakan kes tersebut....
Tetapi hari ini takkala mahkamah sedang membicarakan kes liwat Anwar dan ramai pihak yang mengeluarkan pendapat dengan menyatakan Anwar bersalah terus Nik Aziz menegur agar "JANGAN JADI HAKIM"..."BIAR MAHKAMAH TENTUKAN HUKUMAN DIA"....
Wah begitu pula...ermmm...NIK AZIZ OOO NIK AZIZ...berapalah si WAN AZIZah bayar ko nak selamatkan suami dia dan PKR

Wednesday, February 10, 2010

Yang Halal dan Yang Haram

Salam Hari ini mari kita bercerita tentang yang halal dan haram Yang Halal... Nik Aziz kontrak billboard seluruh Kelantan dekat kroni melalui menantu beliau.... Yang Haram Tun Mahathir dikatakan bagi projek mengkayakan anak gadis beliau di Langkawi.... Yang Halal... Khalib Ibrahim bagi lembu...Husam bagi kambing...bila nak dapat undi... Yang Haram UMNO bagi beras kepada pengundi masa pilihanraya... Yang Halal Skandal seks Anwar Ibrahim ok... Yang Haram Cerita skandal Najib ngan Altantuya... errrrrmmmm....apa nak jadi ni...yang PAS dan PKR buat semua halal....

Tuesday, February 09, 2010

DIA sudah NAMPAK dengan Jelas!!!!!!

Salam...mesti ramai yang tertanya siapa "DIA" yang dimaksudkan dalam tajuk yang hamba tulis...tanggal 9/02/2010 hamba terkejut hampir terjatuh kerusi bila menatap surat khabar Berita Harian...Tajuk yang cukup hebat sehingga hamba rasa boleh menyenakkan perut pemimpin PKR dan DAP sekalian...kenyataan BERANI oleh YB kawasan hamba ini cukup gentleman...Apa yang dia cakap??? ini ungkapan keramat beliau

" Saya melihat di Pulau Pinang ketika ini ialah DAP mula menunjukkan Taringnya"
Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu).....
Jika ini yang diungkapkan oleh seorang pemimpin tertinggi dalam PKR yang sudah melihat jelas kepincangan dalam Pakatan Sialan, maka kenapa masih ada penyokong mereka yang masih lagi mempercayai agenda politik yang dibawa oleh Pakatan Sialan ini....Semuanya angkara DAP...Maka kenapa masih terus menyokong DAP dan PKR...Bila agaknya penyokong Pakatan Sialan ini mahu sedar sepenuhnya...Bukti semua sudah jelas...Lebih-lebih lagi di Pulau Pinang...Nasib baik DAP hanya berkuasa mentadbir di Pulau Pinang...Jika di Perak juga berjaya mereka berjaya mentadbir agaknya apa akan terjadi dengan Negeri Perak sekarang ini....Mahu harap si Nizar Boneka...Lebih baik hamba harapkan pada ADUN yang pakatan sialan Perak gelar "katak" lagi bagus daripada boneka tidak bernyawa macam Nizar...
Kepada rakyat Pulau Pinang...ambillah iktibar dari apa yang terjadi...Ini semua adalah balasan yang harus anda bayar di atas keputusan yang anda buat semasa PRU 12 dulu...MAKA berputih matalah anda dengan apa yang anda pilih...Jadi ambillah pengajaran yang berguna....
Kepada rakyat Malaysia yang lain...jadikan ini pedoman untuk menentukan pilihan anda pada PRU 13 nanti...jangan lagi pilihan anda itu terpaksa dibayar dengan berputih mata lagi...Ini shaja yang hamba dapat tegur dan nasihatkan sebagai sahabat, rakan, adik, abang, anak, cucu dan rakan seperjuangan...
Kenapa hamba berbicara sebegini?? rujuk di sini

Monday, February 08, 2010

Apa Sudah Jadi Dengan Nik Ajiz Sorang Ni....

Sejarah 1974 dulu menyebut...

Tetiba lahir Idea oleh Hadi Awang...NEGARA PERPADUAN....
TAPI Nik Ajiz pula menolak...sehingga menyatakan sekerasnya...tiada perbincangan mengenai NEGARA PERPADUAN dengan UMNO...malah menegaskan supaya diadakan EGM PAS bagi memberi amaran kepada mereka(kepimpinan PAS) yang menyokong NEGARA PERPADUAN....
SEKARANG....
Akan lakukan perbincangan dengan UMNO demi politik, rakyat, AGAMA dan ekonomi....
PERSOALAN?!!!!
  1. Dulu Negara PERPADUAN tidak mencangkupi ruang lingkup politik, rakyat, agama dan ekonomikah????
  2. Baik Nik Ajiz berterus terang sahaja mahukan perbincangan mengenai negara perpaduan semula...lagi senang....

Monday, February 01, 2010

Apakah Perbezaan Mereka Ini??? Kenapa Gerai Melayu Sahaja????

Salam...Tertanya juga apakah perbezaan mereka ini...sehinggakan tindakan berbeza yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang terhadap mereka...lebih menjadi tanda tanya kenapa pemilik gerai melayu sahaja yang diambil tindakan??? Pemilik gerai kaum cina kenapa bebas berniaga??? keistemewaan apa yang dimiliki oleh mereka??? Gerai mereka ada memperolehi lesen perniagaan ker??? kenapa tiada notis dikeluarkan untuk mereka??
ADIL kah begini??? Atau ianya boleh diPanggil RASICT..... ANDA TENTUKAN......

Sunday, January 31, 2010

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Menipu demi meraih Sokongan

Wah....hebat juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ni...Mungkin sebab pangkat yang disandang tu terlalu hebat maka dosa menipu tu boleh terhapus serta merta barangkali....
cuma satu jer hamba nak beritahu...kepada Saudara Presiden, Shazni Munir...jangan terlalu lancar sangat menuturkan kata-kata untuk jadi penulisan di akhbar-akhbar....buruk padahnya...Budak Penggerak dah mula meluat dengan awak...ni awak tambah lagi kemeluatan mereka terhadap awak dengan kenyataan BODOH dan SAMPAH awak dalam harian Metro semata-mata nak meraih sokongan Mahasiswa UM untuk bersama awak dalam bantahan E-voting....
Jangan nak babitkan Penggerak Mahasiswa dalam hal bantahan E-Voting ini...Penggerak Mahasiswa tidak campur tangan dalam urusan bantahan ini sebagaimana kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh Shazni Munir...
Ingatlah awak tu budak pengajian islam...lebih islam daripada hamba...solat pun tak tinggal...tapi sayang terpalit juga sedikit dosa menipu...jangan jadi hamba ALLAH yang munafik...Cakap perjuang Islam tetapi budaya menipu tak pernah hilang dari mulut.... Ini kenyataan balas yahg telah dikirimkan kepada hamba untuk tatapan semua agar tidak lagi terjebak dengan penipuan PMIUM....

MENJAWAB KEMBALI KENYATAAN AKHBAR YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH HARIAN METRO PADA 30/1/2010

Penggerak Mahasiswa ingin menjawab segala tuduhan yang telah dikeluarkan oleh pihak pro-mahasiswa melalui Presiden Mahasiswa Islam UM, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata bantahan itu adalah kerjasama antara Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang meragui ketelusan dan kelancaran sistem terbabit.

Penggerak Mahasiswa tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak pro-mahasiswa untuk membantah e-voting. Pihak Penggerak Mahasiswa tetap berpegang pada pendirian bahawa jika sistem e-voting ini telus kami akan terus penyokong sistem e-voting ini.

Bantahan terhadap sistem e-voting ini bermula kencang apabila keputusan pilihan raya kampus um yang sepatutnya diumumkan pada 28/1/2010 terpaksa ditangguhkan kepada keesokkan harinya pada jam 10.00 pagi. Cik Fakhriatul Azhan salah seorang pegawai yang terlibat dalam jawatankuasa bantahan membuat pengumuman itu dihadapan para penyokong Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa.

Namun,pihak Pro-Mahasiswa kelihatan tidak dapat menerima keputusan itu lalu bermulalah kekacauan dan kekecohan yang telah ditimbulkan oleh para penyokong pro-mahasiswa. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Zulkifli telah berjumpa dengan pimpinan Pro-Mahasiswa iaitu Shafie Hashim, Shazni Munir dan Aizat Salleh untuk meminta mereka menenangkan anak-anak buah mereka.namun kelihatan mereka tidak mampu untuk mengawal anak-anak buah mereka ini.

Ketua jentera Penggerak Mahasiswa seterusnya memberitahu bahawa kita juga tidak berpuas hati jika keputusan pilihan raya kampus itu diumumkan pada keesokkan harinya. Selepas itu pimpinan Pro-Mahasiswa meminta kepada Mohd Asri untuk menghubungi Fahmi Adilah iaitu Pengerusi Penggerak Mahasiswa untuk bersama-sama mereka berjumpa dengan Datuk Naib Canselor meminta penjelasan mengenai perkara itu.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya pimpinan Pro-Mahasiswa telah mungkir janji dan menidakkan persetujuan mereka tadi bersama pimpinan Penggerak Mahasiswa untuk bertemu Datuk Naib Canselor bersama-sama.malahan mereka membenarkan para penyokong mereka untuk merempuh dan membuat rusuhan di pejabat Datuk Naib Canselor. Ketua Penggerak Mahasiswa iaitu Mohd Asri Bin Zulkifli telah ditolak oleh para penyokong Pro-Mahasiswa serta ditunjukkan penumbuk ke mukanya oleh beberapa penyokong tegar Pro-Mahasiswa ini ketika cuba menghalang penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa ini merempuh pejabat Datuk Naib Canselor.

melihat keadaan itu para penyokong Penggerak Mahasiwa juga berang dengan tindakan biadab mereka ini lalu turut bersama-sama menghalang para penyokong pro-mahasiswa ini daripada merempuh pejabat Datuk Naib Canselor. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi keadaan ini dapat dikawal apabila pengawal-pengawal keselamatan um sampai bersama polis kor suksis. Mohd Asri telah menenangkan jentera Penggerak Mahasiswa dan meminta supaya semua jentera Penggerak Mahasiswa berundur untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini belaku.

Usaha pihak Pro-Mahasiswa untuk berjumpa Datuk NC hanya sia-sia kerana sebenarnya Datuk NC tiada dipejabatnya ketika itu. Seterusnya Shazni Munir memberitahu kepada para penyokongnya bahawa Penggerak Mahasiswa bersetuju untuk bersama-sama mereka menentang e-voting walaupun tiada kenyataan langsung yang dikeluarkan oleh pimpinan Penggerak Mahasiswa sama ada Mohd Asri dan Fahmi Adilah kerana ketika itu mereka hanya mahu berjumpa dengan Datuk Vc untuk meminta penjelasan bukannya mahu berkerjasama dengan Pro-Mahasiswa untuk menentang dan membantah e-voting. Kenyataan telah dimanipulasikan oleh pimpinan Pro-Mahasiswa dan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan bertentangan.

Shazni Munir juga berkata kepada para penyokongnya bahawa mereka akan membuang baju dan pakaian Pro-Mahasiswa dan meminta Penggerak Mahasiswa juga menanggalkan baju dan pakaian Penggerak Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana mereka terus menggunakan pakaian serta baju Pro-Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.perkara ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tiada kerjasama langsung antara pihak Pro-Mahasiswa dengan Penggerak Mahasiswa . Jika ada kerjasama sudah tentu pihak penggerak mahasiswa akan berada bersama-sama mereka. Malahan mereka sendiri yang menolak Penggerak Mahasiswa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kenyataan itu merupakan suatu fitnah kepada barisan Penggerak Mahasiswa.

Penjelasan Mengenai Perjumpaan Dengan NC (Menjawab penipuan oleh Shazni Munir mengenai keyataan Datuk NC)

Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antara resolusi yang dicapai adalah siasatan yang akan dilakukan Terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.

“pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC HEPA dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan``

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Shazni Munir di sini juga BERCANGGAH dengan kenyataan Datuk NC sendiri. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Bin Zulkifli telah pergi berjumpa sendiri Datuk Naib Canselor pada jam 6.30 petang kerana mahu meminta penjelasan sendiri daripada Datuk Naib Canselor mengenai hal dan perkara itu.

Datuk Naib Canselor memberitahu kepada Mohd Asri bahawa beliau meminta pihak Pro-Mahasiswa mengemukakan bukti kepada beliau mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam sistem e-voting. Beliau juga meminta pihak Pro Mahasiswa untuk mengemukakan bukti secara kukuh jika pengendali sistem ini telah membuat penipuan serta membenarkan pihak Pro-Mahasiswa untuk melantik IT Consulton yang mereka percayai untuk menyiasat ketelusan sistem e-voting ini.3 perkara ini telah dijelaskan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri.

Mohd Asri juga bertanya adakah pilihan raya akan diadakan semula dan adakah sistem manual akan dilaksanakan. Datuk Naib Canselor menjawab sistem e-voting ini akan terus dilaksanakan setelah melihat kepada bukti-bukti yang kukuh daripada pihak Pro-Mahasiswa dibahagian mana sistem ini tidak telus dan Datuk NC akan memperbaiki sistem e-voting ini.namun begitu Datuk Naib Canselor menyatakan jika masa untuk membaiki sistem e-voting itu mengambil masa selama 3 bulan maka sistem manual terpaksa dijalankan. Inilah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri B Zulkifli ketua jentera Penggerak Mahasiswa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir sememangnya bertentangan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor sendiri.

P/S: jika dibaca kenyataan ini bukan sahaja terdapat pembohongan kerjasama tersebut malahan terdapat juga pembohongan dari segi kenyataan Datuk NC yang telah diputarbelit....Cukup-cukuplah menipu...dengar kata flyer mengenai perkara ini juga telag bertabur disekitar UM....Habislah budak UM ni diperbodohkan oleh Shazni Munir sorang ni....

Related Posts with Thumbnails