Semalam aku ada baca berita dalam Utusan hasil tulisan seorang rakyat Teluk Kumbar Pulau Pinang mengenai cara pemerintahan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Apa yang diluahkan adalah mengenai "TABIAT" pimpinan DAP ini yang suka sangat merobohkan gerai orang melayu. Yang terbaru gerai orang melayu di Teluk Kumbar pula akan dirobohkan. Apalah nasib orang melayu islam di Pulau Pinang. Semakin hari semakin parah "diratah" oleh nafsu Lim Guan Eng. Hamba telah pun membuat "double check" maklumat yang dimaklumkan di akhbar tersebut dari sumber yang boleh dipercayai dan memang benar akan berlangsung kerja-kerja merobohkan gerai-gerai tersebut nanti.
Saturday, November 27, 2010
Nasib Melayu Pulau Pinang Kian Parah
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 9:49:00 am 0 comments
Sunday, November 14, 2010
PKR PARTI "CONTOH" PERJUANG DEMOKRASI
Setahu hamba, dulu ketika di awal penubuhan parti PKR ini, hamba sering terdengar laungan perjuangan demokrasi...dimana rakyat ini mempunyai hak untuk menentukan siapa yang mereka mahu mewakili rakyat untuk mentadbir negara Malaysia. Malah dalam masa yang sama juga mereka mengutuk kepimpinan kerajaan yang sedia ada kerana tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus dalam pilihan raya di Malaysia.
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:00:00 pm 0 comments
Saturday, October 09, 2010
Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia
Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari PBS, sebuah parti kompenan BN telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 5:41:00 pm 0 comments
Wednesday, October 06, 2010
Lagi Mangsa Anwar Tampil...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 8:33:00 pm 0 comments
Friday, September 10, 2010
Salam Lebaran
Sempena Hari Lebaran ini, Hamba ingin rasanya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...Maaf zahir batin segala salah silap hamba pada semua anda kalian. Rasanya banyak salah hamba pada kalian di luar sana. Niat hamba bukan apa hanya mahu melihat perpaduan yang tulin dikalangan umat melayu islam di Malaysia, supaya bangsa kita akan terus gagah di bumi sendiri. Diharap syawal ini menjadi titik permulaan kepada usaha perpaduan itu. Agar Bangsa kita terus kekal dibumi Malaysia ini untuk terus mendokong kesucian islam. SALAM AIDILFITRI.....................
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 3:40:00 pm 0 comments
Tuesday, August 31, 2010
Salam Kemerdekaan.....
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 1:17:00 pm 0 comments
Saturday, August 28, 2010
SIKAP KURANG AJAR "ANAK EMAS" ANWAR dan "KEKASIH HATI" NIK AZIZ
Ermm...lepas satu-satu maruah islam dipijak-pijak. Belum pun reda kes di Kajang timbul pula kisah di Selayang. Apa nak jadi ni. Mana mereka yang mempertahankan kesucian islam. Tak duduk diam membisu bila mana kantong sudah diisi dengan duit raya yang diberikan oleh YB dua ekor ni. Malah jadual William juga cukup penuh bulan puasa ini untuk hadir ke masjid memberi "tazkirah" dan sumbangan yang mampu membuatkan kantong mereka yang sepatutnya mempertahankan kesucian masjid berdiam diri.
Semua pihak tahu tentang kesucian rumah ibadat orang islam ni seharusnya dijaga. Pantang ada benda yang dianggap langgar kesucian Masjid terus sahaja melatah AJK-AJK Surau atau Masjid. Kalau tidak percaya lihat andai ada majlis akad nikah yang berlaku di masjid. Apa yang akan keluar dari mulut AJK Surau atau Masjid. "Kesucian Masjid atau Surau kena jaga. Jadi mana hadirin wanita yang hadir di minta menutup aurat dan bertudung kepala". Ayat yang selalu hamba dengar bila hamba berkesempatan mengikut rombongan bernikah. Malah papan tanda yang bertulis begitu juga dipasang dipintu masjid. Tapi lain pula yang berlaku di Kajang ni. Mana AJK Surau yang ditugaskan menjaga kesucian rumah ibadat orang islam. Tak akan tengok sahaja. Maklumlah menunggu kantong diisi jadi tengok sajalah, asal kantong penuhkan. Ataupun ada "tangan-tangan luar" yang melarang pihak AJK surau untuk berkata apa-apa, maka semua mereka pun diam membisu. Aduhai...Janganlah kesucian rumah ibadat orang islam dicemari hanya kerana mahu menjaga martabat mereka yang bergelar YB. Mana yang patut ditegah seharusnya ditegah. Jika benar ada majlis penyerahan duit raya sekalipun kenapa tidak dibuat diperkarangan Masjid atau surau. Kenapa di dalam masjid ataun surau. Apa yang cuba nak disampaikan kepada rakyat. Nak tunjuk yang YB Kafir ini mulia kerana mendekati masjid. Cukuplah dulu kita dihina bilamana ada YB Kafir ni menggunakan ayat-ayat al-Quran tuk berpolitik. Jangan pula Masjid atau surau pun hendak dipolitikkan juga.nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:47:00 am 1 comments
Tuesday, August 24, 2010
Sejak Bila Teks Kutbah di Malaysia Dipinda
Salam. Agaknya apa nak jadi dengan Umat Islam di Malaysia sekarang ini. Di mana hilangnya sensiviti agama dalam diri Umat Islam pun tidak tahu. Apa yang cuba dilakukan pun tidak pasti. Kenapa perlu ketika menyambut ramadhan yang mulia ini boleh pula timbul isu khatib jemputan yang membaca khutbah di beberapa buah masjid. Bukan kerana hal AJK masjid tidak puas hati dengan kehadiran khatib jemputan tersebut tetapi kerana bacaan khutbah oleh khatib jemputan tersebut.
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:19:00 am 1 comments
Monday, August 16, 2010
Bila mana Mereka Bijak Bermain Politik
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 8:40:00 am 0 comments
Monday, July 19, 2010
PERPADUAN APA YANG DICARI MEREKA??
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 12:10:00 pm 0 comments
Friday, May 28, 2010
Pas Buka Untuk Bukan Islam
Haji Hadi sudah memberitahu bahawa sedia untuk meminda perlembagaan Pas untuk membolehkan calon bukan islam menjadi ahli parlimen dan Senator. Alasan yang diberikan hanya kerana mahu memberikan keadilan dan kesamarataan kepada semua ahli Pas termasuk ahli kelab penyokong Pas sempena slogan Pas "Pas Untuk Semua". Kenyataan yang keluar dari mulut Presiden Pas yang dikatakan memperjuangkan islam. Apakah maksud semua ini? Untuk apa Pas buat semua ini? Demi apa pas buat semua ini? Dimana perjuangan Pas selama ini? Atau siapa dalang di sebalik semua ini? Betul cakap Haji Hadi bahawa, walaupun beberapa kerusi itu diberikan kepada bukan islam namun masih ada lagi kouta untuk Pas. Namun realiti yang dilihat Pas hanya menghantar beberapa sahaja calon untuk Pilihan raya lalu yang mana tidak mampu pun untuk membentuk kerajaan jika mereka menang semua kerusi yang dihantar calon mereka untuk bertanding. Jika ini yang berlaku berapakah pula kouta yang diberikan oleh Pakatan Rakyat untuk parti Pas pada pilihan raya ke 13 nanti? Ada jumlah yang sama seperti PRU12 dahulu. Jika jumlah ini sama seperti jumlah tersebut maka dengan pastinya bahawa calon dari Pas yang melayu islam hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Jadi mampukah Pas mentadbir negara dengan pendirian islam yang diperjuangkan selama ini
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:14:00 pm 0 comments
Thursday, May 13, 2010
INI hamba baru dapat Semalam!!!
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:00:00 am 0 comments
Tahniah Buat Pasukan Badminton Malaysia
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:29:00 am 0 comments
Monday, May 03, 2010
Lagi Kerja "Kotor" jatuhkan Nama Baik Polis
- Mangsa berumur 15 tahun (semestinya tidak mempunyai lesen memandu)
- Bersama seorang rakannya (yang selamat cuma cedera)
- Ada anggota polis yang terlibat
- Kejadian sekitar jam 2 pagi, dan lokasi Shah Alam
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:41:00 am 2 comments
Sunday, April 25, 2010
Akhirnya "Botol" berderai, "Kuda" tersungkur Rebah
BN menang Parlimen Hulu Selangor-
- Calon BN P.Kamalanthan (24, 997 undi)
- Calon PKR Zaid Ibrahim (23, 272 undi)
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:37:00 pm 0 comments
Monday, April 19, 2010
Kenyataan Bodoh Lagi Meloyakan..INI BAKAL AHLI PARLIMEN???
Hari ini rugi rasanya jika tidak membeli Surat Khabar SINAR. Ada sesuatu yang menarik di Muka Hadapan (Selangor&Kuala Lumpur). Ada muka si calon PKR di Hulu Selangor. Apa yang menariknya adalah tentang kenyataannya mengenai "kes londeh" yang menceritakan tentang tabiat beliau yang kaki botol. Apa yang Zaid cakap " SAYA BUKAN MALAIKAT". Apa maknanya ini. Adakah Zaid cuba memberitahu bahawa dirinya sekadar manusia biasa yang kadang-kala akan melakukan kesilapan juga. Inikah yang cuba disampaikan oleh beliau?
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:02:00 am 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
Pengertian sebenar "LOMPAT"
Aduhai! Kecoh sebentar arena politik negara bila mana berlaku polimik-polimik yang luar dugaan. Semuanya akibat ada YB yang dikatakan dok melompat-lompat parti. Ini yang Hamba bingungkan. Bukan bingung kerana kerja lompat melompat ini tetapi bingung dengan istilah lompat-melompat ini.
Bukan apa sepanjang yang hamba sedar dan ketahui, sejak berlaku aksi lompat-melompat ini yang bermula di Kerajaan Perak, rasanya tiada satu pun YB yang mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR atau PAS masuk UMNO, MIC atau MIC serta mana-mana parti kompenan BN yang lain. Semuanya menyatakan yang mereka menjadi YB BEBAS. Ini yang membuatkan Hamba agak keliru dengan “provokasi” istilah lompat-melompat ini. Malahan istilah ini semakin mendapat tempat dihati sanubari rakyat Malaysia.
Apa Maksud Provokasi Lompat-Melompat ini???
(contoh gambar provokasi yang dimainkan pakatan)
Hamba bertanya di mana yang membolehkan istilah ini digunapakai untuk merujuk kepada YB yang mengisytiharkan diri mereka sebagai YB BEBAS, Kerana pada Hamba kesemua YB yang dok melompat keluar PKR dan PAS ini tidak pula melompat masuk ke dalam “Geng” UMNO. Semuanya BEBAS. Mereka yang keluar dari parti yang mereka “diami” dan memulakan hidup yang “bebas” tanpa sebarang ikatan daripada mana-mana parti politik. Jadi tidak boleh dikatakan lompat –melompat.
Bagaimana dikatakan Lompat-melompat.
Jika kesemua YB yang keluar dari Pakatan Rakyat ini dikatakan lompat-melompat, ingin juga Hamba menyingkap sejarah awal lompat-melompat. Kita ambil sejarah awal adegan lompat-melompat yang dilakukan secara besar-besaran oleh “geng” yang mula-mula menggunakan istilah “lompat-melompat” ini. Geng mana lagi kalau bukan PKR. Jika kesemua YB yang menyatakan mereka telah keluar dari parti dan menjadi YB Bebas dikatakan “lompat”, abis bagaimana pula kita hendak mengistilahkan “geng” PKR atau lebih tepat “geng” Anwar ketika dalam UMNO dulu yang keluar dari UMNO dan tubuh “Team” yang dinamakan KeAdilan. Keluar dengan perasan “tidak puas hati” bila mana Anwar dipecat daripada jawatan yang disandang. Bukan ini juga boleh dikatakan “lompat”…
Hamba rasa YB yang keluar daripada PKR juga menyatakan alas an yang hampir sama apa yang jadi satu masa dulu. Mereka keluar kerana tidak puas hati dengan perjuangan PKR sekarang ini. Malah mereka keluar PKR menjadi YB BEBAS. Bukan keluar dari PKR dan isi borang Parti baru atau masuk mana-mana parti yang ada.
Rasanya istilah “lompat” ini lebih merujuk kepada sesuatu perbuatan yakni, keluar dari PKR masuk UMNO atau parti lain. Ini baru boleh dikatakan “lompat”. Jika hanya kerana mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan PAS maka YB-YB ini dicop “lompat”. Habis Si Azmin Ali dan konco-konco Anwar yang keluar daripada UMNO dulu bukankah “lompat” juga. Atau definisi “lompat” ini hanya merujuk kepada mereka yang keluar dari PKR dan PAS sahaja. Begitu “indah” istilah yang digunapakai sehingga rakyat pula boleh menambah perkataan lain kepada perkataan tersebut menjadikan perbuatan YB yang keluar PKR dan PAS ini kelihatan begitu keji. Mana tidaknya ianya disamakan dengan “katak lompat si katak”. Dek kerana ini rakyat yang memang begitu taksub dengan PKR dan PAS melihat YB-YB ini begitu jijik sekali.
PERSOALAN HAMBA???
Jika ditakdirkan angan-angan AnWar mengenai 16 september menjadi kenyataan dan memang ada YB BN yang hendak keluar BN dan bersama-sama PKR dan PAS serta DAP (Pakatan Rakyat), agaknya apakah gelaran yang akan diberikan oleh AnWar untuk mereka ini. Yang pasti bukan “katak lompat si Katak lompat”. Nescaya mereka ini akan dijulang bagai hero di mata rakyat. Lihat sebagaiman Chua Ju Meng yang keluar meninggalkan BN dan bersama Pakatan Rakyat. Beliau diangkat dan dijulang bak hero. Setelah sekian lama hilang dibawa peredaran masa. Terus menyepi.
Tapi malangnya cerita 16 September rupanya hanya omongan serta gebang besar AnWar sahaja. Tidak ada pun YB BN yang melompat keluar daripada BN. Nama yang diberikan oleh YB Zahrin pun hanya rekaan AnWar untuk menyakinkan rakan-rakan Pakatan dengan idea 16 September. Hendak yakin lagi disertakan juga nama YDP Agung serta nama angkatan tentera Malaysia. Maka semua rakan-rakan menanti hadirnya 16 September tersebut. Tetapi yang dihidangkan lain pula ceritanya. YB ADUN Perak dari Pakatan sendiri yang umum keluar parti dan jadi YB BEBAS. Nah!! Satu tamparan mengejut sehinggakan Negeri Perak bergolak buat seketika kerana peristiwa itu. Akibat pengumuman tersebut dengan secara automatiknya kuasa majority MB Perak ketika itu terhenti dan Sultan Perak berkenan untuk menukarkan kerajaan Perak mengikut kuasa majority tanpa sebarang pembubaran DUN. Hanya tidak berpuas hati dengan peristiwa itu “Team” AnWar di Perak pun melancarkan gelombang “lompat si katak lompat”. Wah jijiknya bandingan yang diberikan “team” AnWar untuk ketiga-tiga YB ADUN ini. Malahan bermula dari situlah satu demi satu YB yang umum keluar dari Pakatan Rakyat akan digelar YB Katak kerana melompat keluar parti. Wahal jika diselidiki sebab mereka keluar dari Pakatan adalah kerana sikap tidak puas hati. Perkara ini sama dengan apa yang jadi pada tahun 1998 dulu ketika mana Azmin serta rakan-rakan keluar dari UMNO.
Mereka Kata YB “Lompat” tidak boleh dipercayai….
Ini lagi satu provokasi yang menarik jika kita lihat dan menilai. Bila sahaja YB yang keluar dari Pakatan ini, satu persatu pembohongan AnWar dibocorkan dari semasa ke semasa. Bermula dengan cerita gebang AnWar tentang 16 September sehinggalah cerita rekaan yang diolah untuk Perdana Menteri dan isteri. Tetapi “team” AnWar memang “hebat”. Bila tersebar sahaja cerita ini dikalangan mulut rakyat, maka satu provokasi dilaksanakan dengan menyatakan apa yang disampaikan oleh YB BEBAS (yang umum keluar parti) adalah fitnah terhadap AnWar dan apa yang mereka sampaikan tidak boleh dipercayai. Jika BN mempercayai YB Bebas ini maka BN akan Diperbodohkan. Wah!!!! Hebat provokasi yang dilakukan. Jika ada YB atau Perjuang dalam UMNO atau BN yang menyatakan sedemikian pada hamba ianya rasional untuk diterima kerana mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.
Tetapi bila “Team” AnWar sendiri yang berbicara sedemikian apa pula maksudnya. Jika benar kenyataan YB “katak si katak lompat” ini tidak boleh dipercayai, ingin juga hamba mempersoalkan kebolehpercayaan terhadap kata-kata AnWar dan “team PKR “ beliau. Bukankah mereka semua juga merupakan “Team” AnWar yang keluar(Lompat) dari UMNO. Jadi bolehkan rakyat mempercayai kata-kata Azmin Ali dan rakan-rakan beliau.
Apa yang Sebenarnya????
Yang sebenarnya, tidak ada pun YB “lompat” sebagaimana provokasi yang dilakukan oleh Pakatan. Semua ini dibuat untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Hanya satu perkataan rakyat menjadi buta hati dan terikut dengan emosi. Maka meluak-meluak perasaan marah kepada YB-YB yang dikatakan “lompat”. Wahal sebenarnya YB-YB ini hanya keluar daripada Pakatan dan menjadi YB BEBAS. Tetapi untuk mengaburi kepincangan yang berlaku maka istilah “lompat si katak lompat” digunapakai untuk menimbulkan marah di hati rakyat dan sekaligus menunjukkan bahawa BN ini kotor dan jijik kerana sanggup menarik YB Pakatan untuk keluar daripada Pakatan. Hakikat sebenarnya YB-YB yang keluar dari Pakatan ini telah menyatakan bahawa mereka keluar kerana tidak puas hati dengan kepimpinan AnWar dan sudah tidak mahu lagi bersubahat dengan AnWar dalam cerita gebang beliau terhadap rakyat. Tetapi pada Anwar ianya tidak boleh kelihatan begitu. Kena buat sesuatu supaya rakyat marah dan apa yang berlaku dapat dikaitkan dengan BN. Maka istilah yang cukup hebat kesannya ini digunapakai, supaya menampakkan yang YB-YB ini keluar daripada Pakatan sebab hendak masuk BN kerana BN main taktik “kotor”. Wahal YB-YB ini keluar dengan tidak mendaftar di mana-mana pertubuhan parti kompenan BN yang lain. Dalam erti kata lain BEBAS.
JIKA MASIH MAHU MENYATAKAN YB-YB BEBAS INI SEBAGAI “LOMPAT”, MAKA DENGAN INI HAMBA JUGA BARANGKALI BOLEH MENYATAKAN YANG MEREKA YANG TELAH KELUAR DARIPADA UMNO KETIKA 1998 DAN SEANGKATAN DENGAN AZMIN ALI JUGA ADALAH “KATAK SI KATAK LOMPAT”. INI KERANA MEREKA JUGA “LOMPAT” KELUAR UMNO DAN TUBUH PKR…MALAH LEBIH “LOMPAT” DARIPADA YB ZAHRIN, YB ZUL NORDIN DAN YB-YB BEBAS LAIN……
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 12:05:00 am 1 comments
Saturday, March 27, 2010
Nik Aziz Dah Nak Bersara! BETUL kerrr??????
Terkejut Hamba bila mendapat mesej serta melihat rakan-rakan di facebook sibuk berbicara mengenai Ulamak PAS ini yang dikatakan tidak mahu lagi dilantik menjadi Mursyidul Am PAS setelah sekian lama memegang jawatan tersebut.
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:03:00 pm 0 comments
Labels: PAS, politik malaysia
Monday, March 22, 2010
Menjawab tulisan Li Fook Gao dalam harakahdaily: Siapa yang sangka rakyat bodoh dan pelupa
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 4:52:00 pm 0 comments
Saturday, March 20, 2010
Perak Oh Perak: Sivakumar betul-betul sudah gila kuasa
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 12:01:00 pm 0 comments
Labels: Nizar, Perak, politik malaysia, sivarkumar
Friday, March 19, 2010
Kecian Anwar terBOGEL!!! Lari terkencing
Salam, Akhirnya penantian hamba mengenai kejutan yang bakal berlaku di Dewan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh ZUL Nordin terjawab sudah. Malahan banyak lagi kejutan yang akan bakal menyusul kelak. Kita, rakyat Malaysia hanya dihidang sedikit sahaja kejutan yang telah dilakukan oleh barisan YB Bebas(parlimen). Kejutan yang dimulakan oleh Si Zahrin itu me"manas"kan tubuh badan Si Anwar al-Juburi ketika itu. Malahan YB-YB Pakatan Sialan(PR) ini juga terasa bahangnya dan merasakan suhu badan mereka telah bertukar menjadi suam-suam kuku biarpun berada di dalam Dewan yang dipenuhi oleh penghawa dingin. Masakan tidak panas jika pembongkaran mengenai pembohongan Anwar terhadap YB Pakatan Sialan mereka mengenai 16 September yakni pengambilalihan pentadbiran Malaysia daripada Pasukan Barisan Nasional. Nah!!!! rakyat digemparkan dengan suatu berita yang mengejutkan. Bermakna bukan sahaja rakyat yang diperdayakan oleh Anwar malahan rakan-rakan YB juga turut ditipu olehnya. Dapatkan teks ucapan penuh Zahrin dilink ini: http://brojinggo.blogspot.com/2010/03/teks-ucapan-penuh-dato-seri-zahrin-di.html
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 4:26:00 am 0 comments
Sunday, March 07, 2010
Terkuburnya Seorang Pejuang Islam dan Melayu dalam PKR??? Keadilankah??
BH 06/03: Majlis Pimpinan Pusat PKR sebentar tadi pecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, didesak kosongkan kerusi Palimen...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 4:00:00 am 1 comments
Labels: pkr, Zulkifli Nordin
Thursday, February 25, 2010
MPPMUM(MAJLIS PERWAKILAN ProM UNIVERSITI MALAYA) @ KERAJAAN PAS KEDUA????
Salam hamba ucapkan kepada pembaca sekalian…hamba nak membuka cerita kali ini dengan cerita lawaking yang tercetus di universiti Malaya…Tanggal 25 Februari 2010 hamba dikhabar satu cerita lawaking yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa Universiti Malaya(ProM)…Setelah tumbang pada PRK baru-baru ini tetiba pimpinan ProM mebuat drama lawaking yang hampir sama dengan cerita ni Negeri Perak…
Adakah dek kerana kedua-dua situasi ini memiliki kepimpinan yang tertinggi yang sama iaitu Sultan Perak…Tapi pada hikmat hamba semua ini tidak kerana kepimpinan yang sama ini…tetapi dek kerana SEMANGAT GILAKAN KUASA yang menebal dalam diri…
Apakah fungsi MPPMUM ini???? Kenapa perlu diwujudkan MPPMUM??? Tidak cukupkah dengan MPMUM yang sedia ada…kenapa perlu diboikot MPMUM…Apa sebenar yang dicari oleh mereka yang menubuhkan MPPMUM…Siapa disebalik percaturan penubuhan MPPMUM ini????
Jika dilihat mata kasar pecaturan yang dilakukan seolah-olah hampir sama dengan Kerajaan Perak NIzar…Apakah maksud semua ini??? Adakah Pemikir Strategi kedua-dua ini adalah orang yang sama…Atau ProM UM cuma mencetus fenomena yang sama seperti di Perak….Anda diluar sana yang bijak memikir mampu berfikir jawapan sebenar disebalik keadaan…
Boleh kiranya hamba metafsirkan MPPMUM sebagai
MAJLIS PERWAKILAN PAS MALAYSIA UNIVERSITI MALAYA???
MPPMUM
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:51:00 pm 2 comments
Monday, February 22, 2010
Edisi Maulud Lagi: Munajat Perdana Kekalkan PAS di KELANTAN????
Hadis ini menunjukkan bahawa:
Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri...
Jika dilihat pada hadis tersebut bagaimana pula seorang alim ulamak boleh menyatakan yang menyambut keputeraan baginda rasulullah dikatakan tidak memiliki fadilat...Perarakan Maulidul Rasul itu salah satu cara kita menunjukkan bagaimana kita umat islam menyatakan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah...dan ianya bukanlah suatu amalan yang boleh memesongkan akidah...Malahan Nik Aziz juga dengan lagaknya menyatakan yang di negeri Kelantan selama 20 tahun pentadbirannya tidak langsung pernah menyambut Maulidul Rasul...
Persoalan yang bermain difikiran hamba pula...Jika Sambutan/Perarakan Maulidul Rasul tidak membawa fadilat dikalangan Umat islam yang menyambut keputeraan Baginda...Bagaimana pula dengan Munajat Perdana Kekalan PAS di Kelantan yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz???...Berjaya Nik Aziz menghimpunkan begitu ramai rakyat Kelantan di stadium bagi mendoakan agar PAS kekal memerintah di Kelantan...APA PULA FADILATNYA???...Ini yang hamba kurang jelas dengan kenyataan Nik Aziz...Wahal jelas dalam beberapa firman Allah dan Hadis menyatakan yang sesiapa yang menyambut serta memuliakan Baginda Rasulullah akan mendapat kejayaan (baca disini untuk lebih lanjut)...jadi sama-samalah kita renung dan fikirkan...ermmmm..
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:49:00 am 2 comments
Wednesday, February 17, 2010
Mulut Nik Aziz Semakin Berbau Busuk....
Aduhai macam-macam hamba lihat kerenah Orang Tua sorang ini...Semakin meloyakan tengkok hamba...Ini Tok Guru yang sesetengah rakan hamba suruh hormat dan mintak hamba sokong.... Ini "Tok Guru" yang dikatakan mampu menegakkan negara ISLAM di Malaysia ini.... Ini "Tok Guru" yang diagungkan kerana perjuangan ISLAM dalam kehidupannya...ERMM
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:31:00 am 0 comments
Cakap Pusing2 lagi si Nik Aziz ni....
Aduhai...Nik Aziz...ko ni memang suka cakap pusing-pusing la...Memang dah layak untuk turun dari arena politik ni...dulu bukan main ko "tembak" Tun Dr M...Dah tua..dah nyanyuk la...dah kena turun dari kerusi PM dan macam-macam lagi...Hari ini ko pula yang membuktikan yang ko pun kena turun dari kerusi arena politik...Ulama apa yang cakap pusing-pusing camni...dah banyak sangat cakap Nik Ajis ni yang berpusing-pusing...
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 2:01:00 am 1 comments
Labels: anwar ibrahim, PAS, pkr
Wednesday, February 10, 2010
Yang Halal dan Yang Haram
Salam Hari ini mari kita bercerita tentang yang halal dan haram Yang Halal... Nik Aziz kontrak billboard seluruh Kelantan dekat kroni melalui menantu beliau.... Yang Haram Tun Mahathir dikatakan bagi projek mengkayakan anak gadis beliau di Langkawi.... Yang Halal... Khalib Ibrahim bagi lembu...Husam bagi kambing...bila nak dapat undi... Yang Haram UMNO bagi beras kepada pengundi masa pilihanraya... Yang Halal Skandal seks Anwar Ibrahim ok... Yang Haram Cerita skandal Najib ngan Altantuya... errrrrmmmm....apa nak jadi ni...yang PAS dan PKR buat semua halal....
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 3:35:00 pm 0 comments
Tuesday, February 09, 2010
DIA sudah NAMPAK dengan Jelas!!!!!!
Salam...mesti ramai yang tertanya siapa "DIA" yang dimaksudkan dalam tajuk yang hamba tulis...tanggal 9/02/2010 hamba terkejut hampir terjatuh kerusi bila menatap surat khabar Berita Harian...Tajuk yang cukup hebat sehingga hamba rasa boleh menyenakkan perut pemimpin PKR dan DAP sekalian...kenyataan BERANI oleh YB kawasan hamba ini cukup gentleman...Apa yang dia cakap??? ini ungkapan keramat beliau
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:51:00 am 1 comments
Labels: DAP, malaysiaku, perpaduan, politik malaysia
Monday, February 08, 2010
Apa Sudah Jadi Dengan Nik Ajiz Sorang Ni....
Sejarah 1974 dulu menyebut...
- Dulu Negara PERPADUAN tidak mencangkupi ruang lingkup politik, rakyat, agama dan ekonomikah????
- Baik Nik Ajiz berterus terang sahaja mahukan perbincangan mengenai negara perpaduan semula...lagi senang....
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 11:07:00 am 2 comments
Monday, February 01, 2010
Apakah Perbezaan Mereka Ini??? Kenapa Gerai Melayu Sahaja????
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 2:32:00 pm 2 comments
Labels: DAP, PAS, politik malaysia
Sunday, January 31, 2010
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Menipu demi meraih Sokongan
MENJAWAB KEMBALI KENYATAAN AKHBAR YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH HARIAN METRO PADA 30/1/2010
Penggerak Mahasiswa ingin menjawab segala tuduhan yang telah dikeluarkan oleh pihak pro-mahasiswa melalui Presiden Mahasiswa Islam UM, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata bantahan itu adalah kerjasama antara Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang meragui ketelusan dan kelancaran sistem terbabit.
Penggerak Mahasiswa tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak pro-mahasiswa untuk membantah e-voting. Pihak Penggerak Mahasiswa tetap berpegang pada pendirian bahawa jika sistem e-voting ini telus kami akan terus penyokong sistem e-voting ini.
Bantahan terhadap sistem e-voting ini bermula kencang apabila keputusan pilihan raya kampus um yang sepatutnya diumumkan pada 28/1/2010 terpaksa ditangguhkan kepada keesokkan harinya pada jam 10.00 pagi. Cik Fakhriatul Azhan salah seorang pegawai yang terlibat dalam jawatankuasa bantahan membuat pengumuman itu dihadapan para penyokong Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa.
Namun,pihak Pro-Mahasiswa kelihatan tidak dapat menerima keputusan itu lalu bermulalah kekacauan dan kekecohan yang telah ditimbulkan oleh para penyokong pro-mahasiswa. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Zulkifli telah berjumpa dengan pimpinan Pro-Mahasiswa iaitu Shafie Hashim, Shazni Munir dan Aizat Salleh untuk meminta mereka menenangkan anak-anak buah mereka.namun kelihatan mereka tidak mampu untuk mengawal anak-anak buah mereka ini.
Ketua jentera Penggerak Mahasiswa seterusnya memberitahu bahawa kita juga tidak berpuas hati jika keputusan pilihan raya kampus itu diumumkan pada keesokkan harinya. Selepas itu pimpinan Pro-Mahasiswa meminta kepada Mohd Asri untuk menghubungi Fahmi Adilah iaitu Pengerusi Penggerak Mahasiswa untuk bersama-sama mereka berjumpa dengan Datuk Naib Canselor meminta penjelasan mengenai perkara itu.
Apa yang berlaku adalah sebaliknya pimpinan Pro-Mahasiswa telah mungkir janji dan menidakkan persetujuan mereka tadi bersama pimpinan Penggerak Mahasiswa untuk bertemu Datuk Naib Canselor bersama-sama.malahan mereka membenarkan para penyokong mereka untuk merempuh dan membuat rusuhan di pejabat Datuk Naib Canselor. Ketua Penggerak Mahasiswa iaitu Mohd Asri Bin Zulkifli telah ditolak oleh para penyokong Pro-Mahasiswa serta ditunjukkan penumbuk ke mukanya oleh beberapa penyokong tegar Pro-Mahasiswa ini ketika cuba menghalang penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa ini merempuh pejabat Datuk Naib Canselor.
melihat keadaan itu para penyokong Penggerak Mahasiwa juga berang dengan tindakan biadab mereka ini lalu turut bersama-sama menghalang para penyokong pro-mahasiswa ini daripada merempuh pejabat Datuk Naib Canselor. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi keadaan ini dapat dikawal apabila pengawal-pengawal keselamatan um sampai bersama polis kor suksis. Mohd Asri telah menenangkan jentera Penggerak Mahasiswa dan meminta supaya semua jentera Penggerak Mahasiswa berundur untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini belaku.
Usaha pihak Pro-Mahasiswa untuk berjumpa Datuk NC hanya sia-sia kerana sebenarnya Datuk NC tiada dipejabatnya ketika itu. Seterusnya Shazni Munir memberitahu kepada para penyokongnya bahawa Penggerak Mahasiswa bersetuju untuk bersama-sama mereka menentang e-voting walaupun tiada kenyataan langsung yang dikeluarkan oleh pimpinan Penggerak Mahasiswa sama ada Mohd Asri dan Fahmi Adilah kerana ketika itu mereka hanya mahu berjumpa dengan Datuk Vc untuk meminta penjelasan bukannya mahu berkerjasama dengan Pro-Mahasiswa untuk menentang dan membantah e-voting. Kenyataan telah dimanipulasikan oleh pimpinan Pro-Mahasiswa dan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan bertentangan.
Shazni Munir juga berkata kepada para penyokongnya bahawa mereka akan membuang baju dan pakaian Pro-Mahasiswa dan meminta Penggerak Mahasiswa juga menanggalkan baju dan pakaian Penggerak Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana mereka terus menggunakan pakaian serta baju Pro-Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.perkara ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tiada kerjasama langsung antara pihak Pro-Mahasiswa dengan Penggerak Mahasiswa . Jika ada kerjasama sudah tentu pihak penggerak mahasiswa akan berada bersama-sama mereka. Malahan mereka sendiri yang menolak Penggerak Mahasiswa.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kenyataan itu merupakan suatu fitnah kepada barisan Penggerak Mahasiswa.
Penjelasan Mengenai Perjumpaan Dengan NC (Menjawab penipuan oleh Shazni Munir mengenai keyataan Datuk NC)
Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antara resolusi yang dicapai adalah siasatan yang akan dilakukan Terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.
“pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC HEPA dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan``
Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Shazni Munir di sini juga BERCANGGAH dengan kenyataan Datuk NC sendiri. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Bin Zulkifli telah pergi berjumpa sendiri Datuk Naib Canselor pada jam 6.30 petang kerana mahu meminta penjelasan sendiri daripada Datuk Naib Canselor mengenai hal dan perkara itu.
Datuk Naib Canselor memberitahu kepada Mohd Asri bahawa beliau meminta pihak Pro-Mahasiswa mengemukakan bukti kepada beliau mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam sistem e-voting. Beliau juga meminta pihak Pro Mahasiswa untuk mengemukakan bukti secara kukuh jika pengendali sistem ini telah membuat penipuan serta membenarkan pihak Pro-Mahasiswa untuk melantik IT Consulton yang mereka percayai untuk menyiasat ketelusan sistem e-voting ini.3 perkara ini telah dijelaskan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri.
Mohd Asri juga bertanya adakah pilihan raya akan diadakan semula dan adakah sistem manual akan dilaksanakan. Datuk Naib Canselor menjawab sistem e-voting ini akan terus dilaksanakan setelah melihat kepada bukti-bukti yang kukuh daripada pihak Pro-Mahasiswa dibahagian mana sistem ini tidak telus dan Datuk NC akan memperbaiki sistem e-voting ini.namun begitu Datuk Naib Canselor menyatakan jika masa untuk membaiki sistem e-voting itu mengambil masa selama 3 bulan maka sistem manual terpaksa dijalankan. Inilah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri B Zulkifli ketua jentera Penggerak Mahasiswa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir sememangnya bertentangan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor sendiri.
nurkilan oleh AntiAnwarDAP at 10:41:00 am 0 comments