Friday, February 27, 2009

Putera "Si KING" Gaduh di Parlimen

Baru semalam kita terbaca dan mendengar yang si bapa wat pengakuan berani...yang menyatakan "Singh is KING"...so si bapa ni tak takut walaupun dapat surat mengandungi 2 butir peluru...maklumla da rasa nama dia cukup berani...semua orang akan takut bila dia nama dia...

Nah hari ni kita dengar si anak pulak tunjuk kejantanan...mana taknya dia bantai bergaduh dekat lobi Parlimen dengan sorang hamba Allah ni...dengar2 Hamba Allah ni Ketua Pemuda UMNO bahagian Gombak... Mulanya Si Hamba Allah ni dengan pengikut dia pergi ke Parlimen sebab rasa tak puas hati dan marah ngan "Si King" ni sebab mengungkapkan perkataan yang menguris hati ramai pemuda-pemuda UMNO...sape tak marah bila diri telah di"cop" dengan perkataan "CELAKA"...sesiapa pun akan melenting...So Si Hamba Allah ni pun pergi l a Parlimen dengan harapan dapat menyatakan ketidakpuasan hati kawan2 Pemuda UMNO terhadap "Si King" ni dan memohon "Si King" ni meminta maaf...ntah macam mana pun tak tahu la...mungkin merasakan diri beliau anak kepada "KING" terus menyerbu kumpulan Pemuda UMNO tadi...last sekali jadi la pertelingkahan dan cabar-mencabar...(baca selanjutnya di sini) dulu bapa pun tunjuk hero... dulu bapa dia masih boleh jalan... so tak perlu pada bantuan... bila kaki sudah kaku... mula la nak guna nama sebagai isu... dari dulu orang tahu... Singh tu maknanya KING... xperlu nak diberitahu... dia ingat makna KING boleh pegang satu negara... semua orang kena dengar cakap dia... tak kira siapa walaupun rakyat biasa mahupun Sultan... cakap dia juga yang betul... apa guna pada nama... ada orang lagi besar makna nama dia... tak kecoh pun satu negara... kini muncul pulak si anak bapak... datang nak tunjuk lagak... maklumla siapa lagi nak lindung bapak... kalau bukan putera bapak... cakap cikit terus tunjuk lagak... nak jadi hero la jugak... mane tahu boleh ganti bapak... jadi Pengerusi DAP pulak... itu yang tunjuk berlagak... mane tahu ade ahli yang nampak... boleh la isi kerusi Pengerusi DAP kelak... boleh teruskan empayar dan cita2 bapak....

Thursday, February 26, 2009

Karpal cakap "Singh is King"

"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King," katanya dipercayai merujuk filem Bollywood Singh Is Kinng. (baca selanjut di sini)...Ini la ayat angkuh yang telah diucapkan oleh Karpal Singh sesama perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam...ini berikutan daripada teguran oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiande selepas si Karpal ni dengan celuparnya memaki PemudaUMNO dengan perkataan "celaka"... Wah "hebatnya si Karpal ni...patutla dia bersungguh nak saman Sultan Perak...sebab dia pun dah rasa diri dia "KING" kut...maklum la nama dia kan "SINGH"...sebab tu dia ada power nak saman Sultan Perak...bangganya dia bila dapt sebut mcm tu di kalang ahli Parlimen lain...atau si Karpal ni berhajat nak jadi "KING" dekat mane2 satu negeri di Malaysia ni...itu yang tengah praktis guna power dan nama kut...bila la gamaknya si Karpal ni nak sedar diri erk...dari boleh berjalan sampai ke kerusi roda masih x sedar diri lagi...tggu sampai berbaring atas katil bru nk sedar...xkan time tu pun dia still nak masuk parlimen...janganla angkuh sangat si Karpal oi...Sultan Perak pun xpenah ucap "I'm Sultan...Sultan is Power"...jangan jd pemimpin yang angkuh dengan nama...

Isu Babi di UM dan USM(kebetulan atau ada perancang?)

Dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2008/09 pada awal Januari lepas, kampus dikejutkan dengan isu babi, satu di UM dan satu lagi di USM. Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya telah dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan kampus Universiti Malaya. Orang yang pertama menjumpai dua kepala ini adalah Azlan Zainal (Presiden Parti Mahasiswa Negara). Mengapa dia menjadi orang pertama yang menjumpainya? Apakah motif dua kepala ini diletak dalam surau? Kumpulan mana yang akan dituduh jahat? Modus yang sama, subjek yang sama juga digunakan di Universiti Sains Malaysia. (Gambar: Satu sticker yang dibuat untuk memburukan calon Pro M iaitu Adi Syahid dengan menggunakan super impose gambar babi dalam pilihan raya kampus lepas). Apakah motif sticker ini dibuat sebegitu? Sekali tengok sudah tentu pelajar akan tuduh pihak Aspirasi yang buat. Jika merujuk pula stiker Pro M (jimatkan air, jimatkan elektrik dan jaga kebersihan) dari segi material kertas dan dakwatnya dengan sticker "calon babi" adalah sama. Apakah ada kemungkinan sticker ini datang dari sumber yang sama dengan sticker-sticker kempen Pro M yang lain?. Apakah datang dari kedai yang sama?. Nampaknya over killed pyswar yang cuba digunakan telah menjerat diri sendiri (baca cerita lanjut di sini). Kalau diteliti baik-baik, dua kes "babi" di UM dan USM ini, ianya adalah satu petanda tidak sihat untuk politik kampus. Ada sesetengah mahasiswa yang sanggup menggunakan teknik Machiavelli untuk kemenangan dalam pemilihan. Perkara sebegini harus dielakkan. Banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk memenangi hati mahasiswa. Jangan menjadi terlalu ekstrems. Petikan ni aku ambik dari satu blog yang selalu menjadi tatapan aku...boleh la klik angin perubahan untuk selanjutnya...sape yang baca mengenai isu ini pikir2kan la kebenarannya...

Tuesday, February 24, 2009

DAP Hina Islam

DAP hina Islam?

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan. Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Ini bukan sesuatu perkara yang main-main...Apa yang DAP cuba nak buat ni...maner hilangnya taring TOK GURU BERDUA...bukankah Tok Guru Berdua ni sangat dihormati dalam Pakatan Rakyat...baru semalam Tok Guru sorang ni bercakap pasal perlembagaan semasa dalam "perhimpunan mansuhkan PPSMI...malah penyokong2 kuat Pas dan Keadilan pun bercakap perkara yang sama...mengenai Perkara 153...

Nah sekarang ni maner pergi semua yang gah bercakap pasal perlembagaan semalam...kenapa x dibincangkan pula mengenai Perkara 3(1) Agama Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan...kenapa berdiam diri sahaja...

Hilangnya Kereta Mewahku....

Semalam aku saja nak selak "paper" sebab dah lama x selak berita harian, utusan, kosmo dan sebagainya...bukan aper aku sangat terserempak ngan artikel pasal Karpal ni...aku takut nak termuntah dan pening kepala ngan perangai Karpal ni...hari tu ada member yang berbisik cakap Si Karpal ni dapat sampul surat berisi peluru...Ape maksud tu???Tp aku x heran pun coz mengenangkan dalam dunia politik ini mcm2 cara digunapakai untuk berjaya...mgkin peluru pistol itu dihantar oleh Parti beliau sendri atas perancangan Si Karpal sendiri bagi membuatkan rakyat simpati terhadapnya...cukup la aku ulas sampai situ...pandai2 la menilai... berbalik kepada cerita bagaimana aku dah bersedia untuk menilik semula "paper" yang ada semalam, aku pun x tahu kenapa hati teringin sangat untuk kuar membeli "paper"...Rupanya ada satu artikel yang memang aku tggu2 untuk baca... apalagi pasal kereta-kereta mewah si exco-exco Nizar la...tersergam indah kereta-kereta tersebut di rumah kediaman rasmi MB Perak...nampak berkilat dan megah...patut si Nizar ni nak sangat beli kereta ni sebagai kereta rasmi... Apepun itu semua dah jadi kenangan...ucapkan jer "selamat tinggal Camryku"..."selamat tinggal syurgaku"...

Saturday, February 21, 2009

Memorandum Mahasiswa/i UM Tanda Sokongan

MEMORANDUM SOKONGAN PADU MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH TUANKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA DAN TUANKU RAJA DR. NAZRIN SHAH TUANKU PRO-CANSELOR UNIVERSITI MALAYA OLEH: SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA (SPKUM) KELAB KEBUDAYAAN CINA UNIVERSITI MALAYA PERSATUAN BAHASA TAMIL UNIVERSITI MALAYA PERSATUAN MAHASISWA TINGGAL LUAR KAMPUS Tarikh : 10 Februari 2009 Rujukan : Memo2/su/spkum/UM/08/09 Kepada: Y.BHG. PROFESOR DATUK DR. GHAUTH JASMON Naib Canselor Universiti Malaya Y.Bhg.Profesor Datuk, MEMORANDUM SOKONGAN PADU MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA KEPADA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH TUANKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA DAN TUANKU RAJA DR. NAZRIN SHAH TUANKU PRO-CANSELOR UNIVERSITI MALAYA Pendahuluan Kami sebagai mahasiswa Universiti Malaya ingin menyatakan kekesalan dan kekecewaan kami yang tidak terhingga di atas senario politik dan suasana kelam-kabut yang berlaku di Negara ini khususnya di negeri naungan Tuanku Canselor Universiti Malaya, KDYMM Sultan Azlan Shah, Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebagai Mahasiswa di sebuah Universiti yang di naungi di bawah payung mahkota baginda, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kami untuk sentiasa teguh berdiri mendokong dan menyokong kewibawaan dan maruah baginda. Kemelut politik yang melanda Perak pada hari ini secara langsung telah memberi kesan yang sangat buruk imej Negara di mata dunia. Bahkan lebih teruk lagi, kemelut dan perbalahan antara parti-parti politik ini telah mengheret sama Institusi Kesultanan tercalit kekotorannya. Seperti juga kuasa Raja Berperlembagaan di lain-lain negeri yang diperintah raja atau sultan, dalam kes di negeri Perak ini, mahasiswa berpendapat bahawa Sultan Perak mempunyai beberapa kuasa khusus yang tidak boleh dicabar atau dipersoalkan. Pertama baginda boleh bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Dewan Undang Negeri susulan mana-mana permintaan atau nasihat. Kedua, kuasa melantik seseorang daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada hematnya mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN berkenaan. Ketiga, hak mengemukakan permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai kemudahan, kedudukan, penghormatan dan kebesaran diraja serta hak dan kuasa penentu sebagai ketua agama Islam dan payung adat istiadat Melayu di negeri Perak. Baginda berhak menentukan tidak menerima nasihat untuk membubarkan DUN tanpa memberi apa-apa sebab. Kuasa dan peranan diraja ini tidak boleh dicabar di mahkamah sama ada menerusi konsep fraudem legis (muslihat negatif legislatif atau dewan perundangan) atau peruntukan statutori lain. Keempat, Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)(a) berhak melantik (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri berkenaan. Dalam Perlembagaan Negeri-negeri dan juga Persekutuan, peruntukan ini sedia ada, cuma cara dan kaedah bagaimana sultan atau raja menyempurnakan fungsi ini tidak dinyatakan huraiannya di dalam Perlembagaan. Di bawah Perlembagaan Negeri Perak tiada peruntukan yang menghalang sultan daripada menamatkan perkhidmatan seseorang MB jika baginda mendapati bahawa MB itu sudah tidak lagi beroleh sokongan majoriti anggota DUN. Artikel 16(6) jelas memperuntukkan perihal ini. Harus diperhatikan lantaran di bawah provisi Artikel 16(4), raja mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan siapa harus dilantik sebagai Menteri Besar. Bahasa perlembagaannya menentukan bahawa ADUN yang dilantik sultan sebagai MB hendaklah terdiri daripada seorang yang pada hemat baginda berkemungkinan beroleh sokongan majoriti anggota Dewan berkenaan atau dalam bahasa Inggerisnya "who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly". Ada pakar-pakar perlembagaan yang berpandangan bahawa memadai jika pihak diraja membuat keputusan subjektifnya tanpa mengadakan pengundian di sesuatu persidangan DUN bagi menentukan sokongan terhadap seseorang MB. Mengadakan undian di DUN bukan merupakan satu-satunya cara untuk menentukan sokongan atau sebaliknya terhadap seseorang MB. Sultan Perak khususnya boleh membuat kaedahnya sendiri sejajar dengan Artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Kes-kes terdahulu yang boleh dijadikan perbandingan, termasuklah kes Stephen Kalong Ningkan (1966) dan kes pertikaian Ketua Menteri di Sabah khususnya pada tahun 1994 dan perihal seorang pembesar di Nigeria melalui kes Adigbenro Akintola. Memang ramai yang menganggap bahawa kaedah melucutkan jawatan seseorang Ketua Kerajaan ialah melalui konvensyen undian di lantai dewan legislatif. Tetapi harus ditegaskan kes-kes tersebut adalah nas-nas perundangan case law yang tidak terbit daripada peruntukan perlembagaan yang jelas atau khusus seperti di Perak. Ia tidak sama dengan kuasa yang ada pada Sultan Perak di bawah Perkara 16(4) Perlembagaan negeri itu yang bermaksud: Dalam perkara melantik seseorang Menteri Besar, Duli Yang Maha Mulia Sultan bolehlah mengikut budi bicara baginda mengecualikan atau tidak memakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini (Perlembagaan Negeri Perak) berkaitan mana-mana had kuasa (restrictions) berhubung dengan pelantikan Menteri Besar, jika pada pendapat baginda tindakan sedemikian perlu untuk menyempurnakan kehendak peruntukan-peruntukan Perkara (16) ini. Dengan perisai peruntukan ini jelaslah bahawa baginda sultan tidak terikat untuk mengikuti mana-mana kelaziman atau konvensyen seperti untuk mengadakan undian sokongan (vote of confidence) di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan seseorang anggota DUN itu layak dilantik sebagai MB. Berdasarkan hujahan-hujahan yang di kemukan di atas, kami seluruh mahasiswa/I Universiti Malaya tetap menyokong penuh tindakan dan keputusan yang di buat oleh DYMM Tuanku Canselor kami dalam usaha baginda untuk memperkukuh dan mengekalkan kestabilan rakyat negeri Perak Justeru kami mahasiswa menuntut agar ; 1. Menuntut agar Kuasa Sultan dan Kewibawaan baginda tidak di cabar oleh mana-mana pihak selaras dengan bidang kuasa baginda sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan dan mengheret mana-mana pihak yang membuat provokasi dan tuduhan melampau terhadap baginda Sultan di kenakan tindakan yang sekeras-kerasnya. 2. Menuntut agar parti-parti politik di Negara ini agar menghentikan segala provokasi dan fitnah-fitnah politik yang melibatkan kesucian dan maruah Institusi Beraja di Negara ini. 3. Semua Mahasiswa dan Rakyat Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip asas rukunegara yang menjadi tunjang kepada perpaduan di Negara Malaysia. Penutup: Kami mengharapkan agar tuntutan ini diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Selaras dengan kemuliaan dan kewibawaan pemerintahan Baginda Sultan yang adil dan bijaksana, seluruh rakyat Malaysia dapat bersatu dan memperkukuh perpaduan dalam menangani konflik sebeginidaripadaberulang. Sekian terima kasih. Memorandum ini di sokong oleh: Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) Saudara Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali Wakil SPKUM Kelab-kelab Kebudayaan Cina Universiti Malaya Saudara Shum Khay Yeap Wakil CCC UM Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya Saudara Muthu Wakil PBTUM Persatuan Mahasiswa Tinggal Luar Kampus (PUSPITA) Saudara Mohd Firdani Wakil PUSPITA

Thursday, February 19, 2009

Selamat Bertugas MB baru

walaupun pelbagai dakwaan yang timbul...bermacam2 panggilan kedengaran...namun barisan kepimpinan Negeri Perak tetap menjalankan tugas apabila telah diberi mandat oleh Sultan Perak untuk memerintah negeri tersebut yang telah diambil alih pemerintah sebelum ini iaitu kerajaan Pakatan Rakyat... Nampaknya hanya rakyat sahaja yang berpakat dan barisan kepimpinan PAS,DAP dan Keadilan tidak pula menunjukkan kepakatan itu sehingga terlepas tapuk pemerintahan kepada Barisan Nasional...Pakatan Rakyat hanya mampu bertahan 11 bulan jer...selama 11 bulan pemerintahan tersebut aku xdapat nak nilai ape sumbangan yang telah dibuat...mungkin ada yang dibuat tp x diketahui aku mcm rumah terbuka ker...sumbangan derma ker...aku x tahu la...yang aku tahu sepanjang 11 bulan tersebut perkara yang diketengahkan dalam 'meeting' kepimpinan Pakatan Rakyat dulu adalah untuk menukarkan kereta rasmi kerajaan...itu jer la aku nampak...bukan main si Nizar ngan adik2 dalam Pakatan Rakyat bertikam lidah untuk beli kereta toyota Camry bg menggantikan kereta buatan tempatan sendiri...maklumla diorang ni kelas atasan...kena pakai yang ada jenama canggih cikit...tp bagi aku semua tu xder makna sbb aku dah lihat dengan mata kepala sendiri time aku gi Phuket...kat sana kereta yang paling banyak ats jlan adalah toyota...antaranya "TOYOTA CAMRY" ni la...jadi teksi lagi...itu jer taraf keta tu kat sana...tp kat sini pula Si Nizar ngan adik2 dibangga jer bila dapat naik Camry tu...dulu bukan main angin Pakatan Rakyat time kerajaan Persekutuan buat pengajian Sains,Matematik dalam Inggeris... nak bunuh bangsa sendiri la...x prihatin pada anak bangsa la...xde semangat cintakan negera la...mcm lg la...smpai malas nak bicara lagi...tp last2 sekali Pakatan Rakyat dah makan "ludah sendiri" beli Camry alasan caj servis perdana tinggi...banyak pakai duit rakyat...bila beli mahal kat pula kerajaan kenakan cukai yang tinggi...rasa sama ada Si Nizar beli ker aku beli ker cukai sama jer kut...apepun lantak ko la Nizar n Sahabat oi.... Apa yang penting kerajaan baru di bawah pemerintahan Si Zambry ni biar la diutamakan rakyat dulu kemudian baru kepentingan peribadi...tolong la tukar semula Toyota Camry tu pada Kereta Perdana buatan tempatan ni...lagi bagus kita sokong barangan buatan negera sendiri...buatan tangan anak tempatan... bangunkan semula keharmonian yang dah semakin teruk tercabar di Perak... kembalikan kemeriahan penduduk Perak yang dulu... hilangkan semula rasa dendam dan x puas hati dikalangan penduduk Perak... berikan semula kegemilangan di negeri Perak... agihkan semula apa yang menjadi hak rakyat...

PERAK OH PERAK 3

aduhai kecoh lagi kat Perak...aku ngat bila Si Nizar dah ngaku kalah n sudi keluar dari rumah rasmi MB dan pulangkan kereta toyoto kebanggaan kerajaan Pakatan Rakyat tu Perak dah boleh amat damai...namun hajat rakyat penduduk Perak untuk hidup aman belum lagi kesampaian apabila Si Speaker DUN Perak ni (gambar : Sivakumar) pula yang mengetuk gendang sehingga mengejutkan rakyat serata pelosok kota...mana taknya hari ini bila aku tatap jer kosmo untuk sarapan minda terus aku tertumpu pada satu tajuk yang maha menarik...

"Zambry, enam Exco digantung"

menurut sumber Kosmo ni...keadaan politik Perak kembali kecoh apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan semua Exco kerajaan negeri daripada menghadiri Sidang DUN secara serta-merta mulai semalam...Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh mewakili DAP melarang Zambry daripada menghadiri sesi Sidang DUN Perak selama 18 bulan...

Semuanya gara-gara aduan yang dikemukan yang menyatakan majlis angkat sumpah Si MB baru ni melarang Undang2 Tubuh Perak...(wah sekarang baru nak rujuk undang2 Tubuh Perak...Time si Nizar bubar DUN dan Sultan pun dah perkenan x ngat pulak nak selak Undang2 Tubuh Perak...sampaikan Perlembagaan Malaysia pun diketepikan...Sultan pun nak disaman) Tapi aku dapat a gak kenapa diorang xnak buka Undang2 Tubuh Perak... 1) Mungkin xde tertulis dan Undang2 Tubuh Perak... 2) Nnt klu rujuk alamatnya lagi awal la kena letak jawatan MB bila dah isytihar bubar DUN... 3) Habis la semua perancangan yang telah di"plan"kan x berjaya 4) Nnt xjadi la gimik perbubaran DUN tu...xjd panas...bila pans...rakyat Malaysia suka...bila suka maka bertambah la jumlah "UNDI SIMPATI" untuk Anwar dan rakan2...maka berjayalagi Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat... Dulu si Nizar jadi hero...dah bubar DUN sebab dah hilang sokong majoriti ahli DUN...tp masih tunjuk jaguh nak jadi Menteri Besar...mana dia dapat idea ni pun aku xtau la...sekarang giliran si Sivakumar ni pula nak jadi hero...buat kecoh cikit kat Perak so nnt rakyat semua tumpu kat Perak...abis isu kat Selangor sape pulak yang nak baca...maka hilang dibawa angin la kisah si Eli ni...semua orang lupa akan kisah tersebut... Maka rakyat akan melihat sekali lagi kesalahan BN dan bukan kerosakan akhlak dalam YB Pakatan Rakyat...bijak la saper yang merancang semua ni...gali isu sana utk tutup isu sendiri...

Tuesday, February 17, 2009

Pakatan Rakyat Tergugat Lagi

Alamak kali ni satu satu berita panas mengenai Pakatan Rakyat terutamanya PKR telah terbongkar...berita yang mengemparkan negara dan mungkin lebih "power" daripada gegaran dan gempa bumi yang berlaku...bagaikan goreng pisang panas...bak cendawan tumbuh selepas ujan... Dulu kita dikejutkan dengan berita penyebaran klip video lucah seorang kuat daripada BN...kali ini kita digemparkan pulak dengan berita mengenai penyebaran gambar bogel seorang exco kerajaan Selangor(Elizebeth Wong)...menurut beliau gmbar tersebut telah diambil tanpa kebenarannya di kediamannya di Petaling Jaya... Alahai...x thu la nk kabo cmne lg...polis pun dah mengesahkan bahawa telah menerima laporan dri ADUN Bukit Lanjan ni...so kita tunggu la saper yang ditangkap untuk disabitkan kesalahan...jangan yang ditangkap itu bekas teman lelaki beliau sudah la...kerana ingin akan membuatkan wujudnya bab baru pula nnt...perkara yang menimbulkan persoalan kepada rakyat seperti aku ni...maklumla kalau yang ditangkap nnt adalah bekas teman lelakinya ini akan membuatkan aku mempersoalkan beberapa perkara...antaranya 1)Bagaimana teman lelakinya boleh msuk ke kediamannya jika tidak dialu-alukan untuk berbuat demikian? 2)Bagaimana beraninya bekas teman lelakinya itu untuk mencerobohi bilik tidurnya untuk mengambil gambar sedemikian melainkan lelaki itu memang biasa dengan selok belok kediaman tersebut... 3)ermm...kenapa die tidur sedemikian?apa yang berlaku sebenarnya di kediaman beliau sebelum beliau tidur ? apepun sabarla wahai saudari Elizebeth erkkk...

Friday, February 13, 2009

Aduhai KARPAL

aduhai encik Karpal...ape citer yang encik cuba nk sampaikan kepada pengikut DAP dan ahli Pakatan Rakyat yang lain...adakah mengenai kehebatan encik dalam perundangan Malaysia atau kejaguhan anda dalam kancah politik Malaysia...sepanjang minggu ini nama anda bukan sahaja menjadi buruan wartawan tetapi juga para penyokong parti politik UMNO...hebatnya encik kita sorang ni sampaikan sultan pun hendak dibawa kemuka pengadilan...maklum la beliau kan seorang yang mendalami ilmu perundangan...
Boleh katakan bila aku bukak jer surat khabar mesti terselit cerita si Encik Karpal sorang ini..dari episod 1 dimana encik karpal ni kuarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak sampai la ke episod encik Karpal ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur polis maklum la dah bnyak sangat report polis yang dibuat terhadapnya...dari utara tanah air sampai ke selatan... sampaikan aku dapat rasa aura encik Karpal kita ni bila aku pegang surat khabar time nk beli...bila pegang jer terus dapat rasa ade cerita terbaru pasl encik Karpal sorang ni... dulu aku pun repect gak kat si Karpal ni...tp repect aku dah terkubur sebagaimana encik Karpal ni dah mula berkerusi roda dulu...kelancangan die mempersoalkan sesuatu dulu amat best tapi kelancangan die dulu tu dah bertukar mejadi keceluparan yang amat menyakitkan hati aku sekarang ni... aper sebenarnya perjuangan sebenar Encik Karpal ni pun aku dah x pasti...aku dah x tahu...yang aku nampak sekarang encik Karpal ni dah mcam satu metod yang mmpu mengugat keamanan tanah air... Hari ni 13/2/2009 dalam surat khabar berita harian terselit cerita tentang "kejaguhan" encik Karpal kita ni bila diminta memohon maaf terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah...bagaimanapun dengan sedikit sikap "kejaguhan" yang terselit encik Karpal ni terus menyatakan yang die tak akan berbuat sedemikian...(petikan dari berita harian "Kenapa saya perlu minta maaf... tidak!. Saya tidak akan minta maaf daripada sesiapa. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, kenapa saya perlu takut apabila perkara saya cakapkan betul," katanya, pada sidang media di pejabatnya, di sini semalam. ) wah wah die ni memang hebatkan... xperla mgkin die belum kenal mane satu kaca dan mne satu pertama...langit dan bumi...laut dan sungai...buah dan daun... bila dah kenal semua tu mgkin die akn menjadi orang yang akan berfikiran waras sepanjang masa....

Wednesday, February 11, 2009

KEMELUT MENJELANG PILIHAN RAYA KECIL BUKIT GANTANG

Lagi kemelut di Perak..tahun ni menyaksikan Perak menjadi sebuah negeri yang amat penting dalam kancah politik Pakatan Rakyat(PR)..nah dengan terbubarnya Kerajaan Pakatan rakyat di Perak maka parti kompenan Pakatan Rakyat mula mencari salah siapa mahu diamanahkan untuk dipikul kejatuhan tersebut..hari ini kerajaan pkatan rakyat tercabar lagi berikutan kematian ahli Parlimennya di Bukit Gantang.. Tuan Guru Nik Aziz awal-awal lgi dah melaungkan ketidak setujuaannya jika Si Bekas MB Perak yg Ke10 ni nak bertanding kerusi tersebut..dah jelas dan nyata yang si Nizar ni dah mula kehilangan taringnya sehinggakan Mursyirdul Am Pas ni sendiri dah x bgi si Nizar ni yg juga dari Pas sendri untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut..nampak nizar ni xboleh la nk melawan cakap Tuan Gurunya..nizar Oh nizar

PERAK OH PERAK 2

lgi2 x abis pasal cerita si mamat sorang yakin yg die still MB Perak...helo Yob..bwa2 bertaubat la wahai si Nizar oi..khidmat deme dah abis..ape yg si Nizar ni mahukan lagi pun xthu la..klu nak naik kereta camry dan duduk rumah rasmi tu..rsanya Si MB bru pun dah kuarkan kenyataan yg Si Nizar ni still bolh guna Camry tu dan tggal kat umah rasmi tu biarpun dah jd MB Perak yg ke-10..
hari aku sekali lg pening ngan si Nizar ni..aku terbaca berita yg die sibuk dok nk masuk pejabat die konon nk jalankan tugas die sebagai "menteri besar" konon semalam hari berjumpa rakyat..abis klu die masuk pejabat MB..Si MB bru nk duk mne lak nk jalankn kewajipan die sebagai pemimpin..xkan nk kongsi kerusi ngan si Nizar ni.. Oh nizar si Nizar biar la pemerintah sebenar jalankan kewajipan die memerintah..biar la penyokong2 deme g keje dengan tenang..smpai bila teman nk tgok penyokong2 deme merusuh atas jalan..kan bgus klu deme nasihatkan sahabat sebangsa teman itu g keje cari nafkah untuk anak bini di rumah..deme xpe la..dalam poket ada ribu2..tp sahabat2 teman tu bkn kaya macam deme..itukan lebih bgus dr deme dok sibuk pertahankan kerusi deme tu...

Friday, February 06, 2009

PERAK OH PERAK!!!!!!!!!!

Aku pun dah x pham ngan si MB Perak ni.. semalam bukan main lg nk bubarkan DUN Perak..belum dapat pekenan Sultn Perak pun dah wat sidang media bersama dgn tulang belakang dia...semua ni gara si empat yang dulu masa Pilihan Raya Umum bertanding atas tiket PKR dh mula rs kurang senang ngan Si MB Perak ni punya pemerintahan...terus umum kuar parti..Si sorang sahabat tu dah umum msuk UMNO pulak... dek kerana itu Si MB Perak ni pun kumpul tulang belakang dia dan umum perbubaran DUN.. Yg pihak BN ni dah ready nk bntuk team tuk perintah Perak.. Malah khabarnya Sultan Perak pun dah berkenan dengan niat murni dan baik hati Si MB Perak ni..tapi berita td kecoh pulak Si MB Perak ni xnak letak jawatan pulak..aik dah bubar DUN pun stil nak duduk kerusi MB ker..mgkin sebb kerusi tu empu dan bolh buat dia diulit mimpi indah..http://www.bhrian.com.my/ aku pun xtahu nk pikr aper kah percturan yang Si MB ni buat..mgkin sebab sokongan yg dia dapat dr org kuat PKR so dia dengan penuh keyakinan xnk lepas jawatan tu..hari ini aku pulak dapat email dari Biro Penerangan PKR untuk sama2 memberi sokongan kat Si MB ni..aku diajak pergi "Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak" bertempat kat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak jam 7.30 mlm (5 Feb 2009)... aper semua ni...dah sendiri wat silap...knap aku pulak yg diajak turt serta...bkan aku x ambik pusing pasal politik malaysia ni...tp klu benda melibatkan PKR ni aku mls nk cmpur...dah Si MB ni nk bubar DUN dan serahkan kat BN so wat jer la...klu dulu kat P.Pinang kita lihat mcm mner Si KM P.Pinang dulu serahkan kerusi KM kat Si KM bru lepas PRU...so xkan si MB Perak ni xbleh buat bnda yg sama...biar pahit sekali pun kena la buat juga sebb dah tersilap percaturan awal... Klu BN boleh terima kekalahan kat Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil bru-bru ni...knp bkn si MB ni...mgkin sebb saiz kawasan empayarnya x sm... Perak Oh Perak....aper nasib dirimu...mendapat pemimpin seperti ini... dulu kecoh pasal kereta rasmi... sekarang pasal pembubaran DUN sendiri... pasni kereta-kereta tu boleh la jual kati.. maklum la EXCO BN pakai kereta buat negara sendiri... hasil tgan anak watan sendri... konon dulu kereta negara sendiri terlalu rugi duit negeri... so pakai kereta luar konon bagus sekali... kereta import xrgi duit negeri... tp sekarang ni Si MB syg nk lpas kerusi... sbb xbleh naik lgi kereta rasmi... so aper lagi lps ni Si MB ni gigit jari... tgok kereta rasmi kena jual kati... blum pun pans kersi diduduki...blum sempat kereta rasmi dipuasi... kini sudah bertukar ganti... aper nk buat salah sendri...

aper yg pasti...

Saper MB lpas ni...

tlg jdkan Perak kembali harmoni..

Related Posts with Thumbnails