Sunday, April 19, 2009

Hidup (POLITIK) Ibarat Roda

Bermacam-macam pandangan telahpun dikeluarkan oleh kebanyakan pemimpin politik tidak kira parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat...Bagi mereka yang telah membaca beberapa naskah surat khabar mungkin telah sedia maklum mengenai berita yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib yang menyatakan BN mungkin tidak meletak calon di DUN Penanti untuk pilihan raya kecil ini...Ada pelbagai sebab yang telah dipikirkan oleh Pak Najib kita ni dengan mainan politik pembangkang ni... Maka keluarlah pelbagai kenyataan balas bagi perkara yang telah dikeluarkan oleh Pak Najib kita ni...ada yang mengharapkan Pak Najib meletakkan calon dan ada yang menyokong tindakan Pak Najib untuk tidak meletakkan calon... Kalau bertanyakan pendapat aku yang mungkin masih mentah dalam bidang politik ni...aku juga mungkin akan menyokong tindakan Pak Najib...Sebagaimana dikatakan sesuatu pilihan raya kecil ianya menampung kos yang besar...Semua itu tanpa kita sedari ianya melibatkan duit rakyat secara kita tidak sedari...Rata-rata rakyat menyatakan itu semua duit kerajaan yang diperuntukan...Abis darimana datang sumber kewangan kerajaan jika tidak termasuk duit rakyat... Lagipun bagi aku pihak pembangkang terutamanya PKR dan DAP, mereka ini bukan lagi mahu membela nasib rakyat...tetapi ingin menunjukkan kejaguhan mereka kepada Barisan Nasional...Yang aku pasti masih ramai rakyat di luar sana yang masih tidak nampak kebenaran ini...masih dibayangi dengan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ni...Biasalah "bila sudah dapat betis, dia mahukan paha pulak" Sedarlah kita rakyat Malaysia ni...jangan la hidup ditipu perkara yang berlaku di depan mata...aku belum melihat satupun kebajikan rakyat dibela...yang dibela hanya segelintir...itupun atas sebab nama dan simpati serta darah daging...rakyat jelata yang memilih tidak pun terbela... Apa yang aku tahu politik ini ibarat roda yang berpusing...mungkin ketika roda yang sedang berpusing laju bila diberhentikan yang berada diatas adalah Pakatan Rakyat...dan beringatlah bahwa mungkin selepas ni jika roda yang sama dipusingkan dan diberhentikan semula mungkin yang berada di atas telah bertukar ganti... Mungkin sekarang ini yang berada diatas untuk roda pilihan raya kecil adalah Pakatan Rakyat...sebagaimana kita tahu setelah 3 kali berhenti yang berada diatas ialah Pakatan Rakyat...dan tidak mustahil hentian ke-4 ini boleh bertukar ganti wataknya...ataupun Pakatan Rakyat hanya menang secara "syok sendiri" akibat tindakan Pak Najib tidak mahu meletakkan calon...pancing yang diletak tidak disabar ikan...ketika itu baru "Padan Muka" DSAI serta rakan-rakan...politik sampah mereka tidak menjadi...aku juga gembira membaca satu artikel yang bertajuk "PKR dakwa BN takut kalah besar" dalam berita harian (19/4/09)...begitu yakin si Dr Syed Husin Ali ni mengeluarkan kenyataan yang agak angkuh ini...tidak mengapalah, mungkin pada amatan mata halusnya rakyat suka menyukai PKR dan rakan2... Namun seperti aku kata tadi...politik ibarat Roda yang berputar...jgan ketika roda berhenti di hentian ke-4 dan yang "berada" diatas sebelum ini terjatuh ke bawah...dan yang lebih teruk lagi roda tersebut berhenti di atas najis...pada masa itu jangan la ada pemimpin PR yang berdiam diri...tapi nescaya mereka tidak akan berdiam diri...biar kalah mahupun menang...jika menang suara angkuh akan kedengaran...dan bila kalahan suara ketidakpuasan serta jeritan celupar akan dilontarkan...tidak kira pada yang menang ataupun suruahanjaya yang terlibat...

Saturday, April 18, 2009

PENANTI

salam para pembaca sekalian.... Aduh pening kepala aku melihat politik PKR ni...xabis2 nak tunjuk jaguh...aku dengan kawan2 seperjuangan pernah bergurau ketika minum di kedai kopi...sedap kopi mamak ni bncuh kali ni(hehehehe)... Kitorang penah bertanya-tanya siapakah YB yang bakal menemui ajal pulak...siapa pula YB yang bacul akan lari dari medan perjuangan yang bakal meletak jawatan....jika kekosongan kerusi DUN disebabkan oleh kematian aku dan kawan2 boleh lagi terima kenyataan...tapi yang aku paling menyampah ada YB2 yang bacul...dulu masa pilihan raya umum 12...bercakap bukan main lagi...gagah perkasa...muka garang cm singa...smpai orang semua yakin ni la YB yang patut diundi untuk membela nasib mereka... Tapi sekarang ni sorng demi sorng YB2 dri Pakatan Rakyat ni mula menjadi singa yang mengembek seperti kambing...mula menjadi YB yang bacul dan lari dari medan perjuangan...alasan yang diberi langsung tak tersampai akal aku dan teman2 untuk menerima...knapa perkara itu tak dipikirkan sebelum menerima tawaran untuk bertanding masa PRU12... Sekarang ni sibuk nak letak jawatan pulak...bila perkara ini berlaku...SPR akan buat pengumuman kecil...sedar x YB2 atau orang kuat Pakatan Rakyat bila pilihan raya kecil diadakan SPR akan mengeluarkan belanjawan yang besar untuk memastikan pilihan raya tersebut berjalan lancar...parti yang bertanding pun sama dan kebanyakkan msa dan perkara akan bertumpu di kawasan tersebut... Mana janji PR yang mengatakan untuk menjaga kebajikan rakyat...adakah ini menjaga kepentingan rakyat bila orng kuat keadilan, PAS dan DAP sibuk nak mengadakan kempen pilihan ry kecil... Atau mungkin juga taktik Pakatan Rakyat untuk menunjukkan yang rakyat mula mencintai mereka seperti kata2 sahabat saya(Dewa Kampung)...perkara ini tidak mustahil... Oleh itu,rakyat yang masih mampu berfikir atau yang xnak berfikir renung2kan lah...

Thursday, April 16, 2009

PenantianKU

Sudah berminggu Tun Perak Bukit Gantang(anwar yg bgi gelarn ni) ni menang pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang baru-baru ini...aku yang berkesempatan ke sana semasa proses berkempen kesemua calon dapat juga la singgah di beberapa ceramah yang dilakukan oleh PAS dan BN... Aper yang menarik hati aku...time aku g satu ceramah yang penceramah die bukan calang-calang org...hebat2 belaka gua cakap lu...Tp yg best time Si DSAI ni berceramah...cam besala kat mulut die cakap x dendam & tak kutuk org2 BN tp dalam bahasa halus die menipu...dri TUN M sampai ke Pak Lah dan membawa kepada Najib...semua dikutuk... pening aku tgok mak cik2 pak cik2 yang berpayung dlam hujan termakn dengan cerita dongeng si DSAI ini...x abis cite pasal kes die dulu...aduh modal lain xder...pastu hasut org supya bertelagah... namun ader yang menarik hati dan jiwa aku time die ceramah aritu...mane taknya dalam nada suara angkuh beliau...si DSAI ni menyatakan yang die akan umumkan suatu kejutan tuk rakyat Perak dan seluruh pelosok muka bumi Malysia ni...Tapi bila Pakatan Rakyat menang dan pilihan raya kecil P059 Bukit Gantang...nmpaknya ramai la makcik/pakcik dan pemuda Bukit Gantang kena tipu...bukan aper bila die ckp otak fikiran aku terus menyelak lapisan otak aku membwa kepada peristiwa 16 September dulu yang akhirnya berkubur terus...tak cukup itu si DSAI ni keluarkan kenyataan yang ramai ahli Parlimen di Sabah Sarawak akan lompat parti..tapi yang jadi sebaliknya...mendiam diri lagi abg DSAI sorang ni... Nah kali ini Pakatan Rakyat telah pun menang di Bukit Gantang...namun sampai ke hari ini DSAI ini belum pun menyuarakan berita tergempar tu...nmpaknya sekali lg propaganda DSAI menjadi untuk menarik undi simpati rakyat Bukit Gantang...aku akan trus menanti berita tersebut..

Related Posts with Thumbnails