Thursday, October 29, 2009

Terbayang Aku Akan Nasib Agama, Bangsa dan Negara Malaysia

Salam...Hari yang cukup lapang pada tengahari tadi hamba habiskan bersama-sama insan tersayang ke PWTC menyaksikan satu pameran yang cukup memberikan pengajaran yang berguna bertapa indahnya bumi Malaysia ini...Pameran yang dinamakan "Internasional Exhibition Criminalise WAR" yang mana memperlihatkan kezaliman dalam dunia peperangan...pelbagai yang aku lihat...pelbagai seksaan terhadap tawanan perang diperlihatkan...cukup memilukan...cukup menyedihkan...
Yang kanak-kanak dan masih mentah dalam menongkah arus perdana ini sering bertanyakan kepada si ayah apa yang sedang dipertontonkan kepadanya...Selama hari ini hamba hanya melihat bentuk penderaan dan kezaliman tersebut dalam bentuk gambar yang sukar untuk diterjemahkan oleh akal fikiran hamba...Tapi hari ini hamba melihat sendiri bagaimana semua gambar yang pernah aku lihat telah diterjemahkan dalam bentuk fizikal patung yang sedang melakukan aksi sebagaimana dalam gambar yang dipertontonkan...Kali ini hati hamba betul tersentuh kerana ianya seolah-oleh manusia sebenar yang sedang mengalami kezaliman yang dilakukan oleh tentera yang cukup terkenal seantero dunia...Tentera mana lagi jika bukan Tentera Amerika Syarikat... Melihat apa yang dipertontonkan hamba mulai menggambarkan keadaan negara Malaysia sekarang ini...Adakah akan terus aman sebegini atau akan menerima nasib yang sama seperti negara yang telah dimasuki tentera Amerika Syarikat...Hati mula tertanya malah persoalan yang sama juga terpancul dari mulut insan yang selama ini berdiri disebelah hamba "Agak-agak Malaysia akan jadi seperti ini tak???? Hamba menjawab spontan persoalan tersebut...MENGAPA TIDAK....Andai terdapat pengkhianat maka semua itu akan Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama....
Bagaimana????
Ambil sahaja contoh Iraq....Akibat tamakkan kuasa dan hendak menjatuhkan pemimpin yang sedia ada...maka pakatan "murni" telah dilakukan dilakukan dengan Amerika Syarikat oleh pihak yang hendak melihat jatuhnya Saddam Hussien...Dengan berbekalkan alasan kekejaman yang dilakukan oleh Saddam maka kekecohan telah diwujudkan di Iraq....maka Amerika Syarikat dipanggil untuk membantu...akhirnya Saddam digulingkan tetapi Iraq masih belum diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Iraq...Tentera Amerika Syarikat masih wujud disana...yang menderita adalah rakyat jelata dek kerana pemimpin yang gila kuasa....
Di Palestin semua orang tahu apa yang terjadi...tidak perlu hamba ulas lagi...
Habis Malaysia pula bagaimana???persoalan seterusnya diajukan...ketika ini hamba teringatkan pesanan seorang ayahanda hamba mengenai pengkhianat bangsa dan negara yang wujud dan dilatih oleh Amerika Syarikat...Malah hari ini pengkhianat tersebut seolah-olah diagung-agungkan oleh rakyat....Hamba juga teringat pesanan dan kisah yang dikongsi oleh ayahanda hamba seorang ini mengenai perancangan si pengkhianat negara dan bangsa ini...(baca disini)...Apa yang hamba fikirkan ialah perancangan/taktik yang ke-2 si pengkhianat ini dalam merebut kuasa pentadbiran negara....APA dia???? REVOLUSI...inilah taktik ke-2 yang hamba terfikir bila si pengkhianat ini mahu gunakan dalam mencapai cita-cita "murni" beliau...Inilah satu-satunya taktik yang mampu untuk menyebabkan kehadiran tentera Amerika Syarikat....
Sudah Terjadikah????
Pada hamba taktik ke-2 si pengkhianat ini sedang berlaku secara halusnya tanpa kita sedari andai kita tidak melihat dengan akal fikiran...Pada hari ini si pengkhianat ini sedang membentuk satu perhimpunan yang mampu untuk mengugat kestabilan negara dan melumpuhkan negara...Malah lebih dahsyatnya si pengkhianat ini telah mencipta api kemarahan dan ketidakpercayaan rakyat terhadap beberapa agensi keselamatan negara....Hari ini setiap bulan pasti kita akan dihidangkan dengan pelbagai perhimpunan yang menolak kerajaan pemerintah...Ini yang hamba cakap taktik halus...Dengan mata kasar perhimpunan tersebut dilihat tidak mendatangkan sebarang risiko...Tapi jika setiap bulan berlaku perhimpunan negara luar mulai memerhatikan keadaan negara dan pasti akan mengambil peluang keemas itu...akhirnya Malaysia akan senasib seperti bumi Iraq dan Palestin...
Melihat kanak-kanak tadi ketika di pameran tadi menyebabkan hamba bertanya...Adakah sempat untuk kanak-kanak ini dan rakan sebayanya menikmati keamanan yang hamba kecapi selama 24 tahun ini....Sempatkah hamba mewasiatkan keamanan negara ini kepada anak-anak, adik-adik dan cucu-cucu hamba kelak...Atau hamba menjadi generai terakhir yang menikmati keamanan ini...Melihat kepada telatah kanak-kanak ini menyebabkan hamba tertanya...sampai bila rakyat Malaysia yang sudah dewasa ini akan menyedari taktik si pengkhianat ini dalam usahanya "menjual" keamanan negara Malaysia ini...Adakah sampai kita dengan sendiri mengadai keamanan ini yang sepatutnya kita wariskan kepada generasi akan datang....Anda Fikirkanlah sendiri...Kita yang mencorakkan kepimpinan yang mendatang....
agak-agak siapakah yang mencoretkan kata-kata dibawah ini:?????
Inilah kata-kata yang sempat hamba rakamkan untuk kita renung...
hasil dari seorang kanak-kanak yang berusia sekitar 7 tahun::-

Wednesday, October 28, 2009

Bila Manusia ini dapat Mikrofon lebih Teruk dari Beruk Dapat Bunga

Agaknya ini yang ditunggu oleh manusia-manusia bodoh dan bangang bila bermulanya sidang DUN di Negeri kelahiran hamba...Lebih teruk dari beruk mendapat bunga ataupun beruk kena belacan...Daripada ketua sehinggakan ke penyokong jalanan mereka...semuanya sama sahaja...

Yang Si YB Pakatan Sialan ini sibuk menghuru-harakan persidangan di dalam dewan yang mulia...manakala si penyokong Pakatan Sialan ini pulak sibuk menunaikan solat hajat di luar Dewan...tapi yang menariknya si imam sudah lupa mana arah kiblat...barangkali sudah dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz kut sebab itu solat hajat pun sudah boleh berkiblatkan Dewan...menarik hamba baca laporan tentang persidangan tersebut...Dan perkara yang hamba reka-reka dalam kotak pemikiran hamba hampir kesemuanya menjadi kenyataan...antara yang hamba jangkakan akan berlaku pada persidangan DUN Negeri Perak hari ini:
  1. Akan timbul kekecohan yang akan dimulakan oleh si Gila kuasa Sivakumar....Nah ape yang jadi Sivakumar ni dah buat kecoh dan lawak bodoh yang tak boleh diterima akal...ada ker ckap dikasarkan oleh polis sehingga hampir menyebabkan kematian...weh siva yg bodoh...apa jenis kasaran yang dilakukan oleh polis hingga ko nak terbunuh...aku tgok masih sihat jer ko merebut tempat speaker...kalau hampir mati ko dah tak der kat persidangan tapi sebaliknya dah tersadai kat hospital Ipoh...
  2. Yang Si Nga Samseng DAP sorang ni pun sama...Ada ker cakap polis mengasari dia...pastu tunjuk bukti konon yang polis kasarkan dia...mana mungkin ko sempat nak ambik gambar time ko dikasari melainkan ko memang dah merancang untuk melakukan provokasi terhadap polis sehingga orang upahan ko berjaya mengambil gambar tersebut dengan kamera handphone "canggih" ko...Nga oh Nga...ko jgn pikir rakyat Perak ini bodoh sebagaimana penyokong DAP ko...
  3. Penyokong YB-YB Pakatan Sialan ini mesti membuat onar di luar dewan...yang ini jangkaan hamba kurang tepat sedikit kerana hamba menjangkakan ribuan rakyat Perak dan penyokong import akan datang dan akan dibawa datang untuk melakukan onar...tetapi jumlah yang hadir tidak seberapa...tetapi masih ada perkara dan onar yang tetap dilakukan oleh mereka ini...perkara yang dibuat itu baik tetapi dek kerana terlalu mengikut nafsu maka perkara tersebt menjadi jenaka dan memalukan...ada ker solat hajat berkiblatkan dewan...mana kiblat sepatutnya...Sudah parah ni....
Nampaknya mereka ini lebih teruk dari binatang....akal fikiran sudah hilangkah...demi mencari sokongan semua cerita direka sebaik mungkin...aku menjangkakan si Nizar akan menjadikan perkara ini sebagai modal ceramah beliau di pentas-pentas PAS...sebagaimana dulu di Manik Urai...tapi yang pasti sekali lagi Nizar akan mengolah cerita ini menjadi lebih teruk sehingga rakyat percaya mereka ini dianiayai oleh BN sebagaimana juga di Manik Urai...Tapi kali ini hamba berjanji andai ada pembohongan oleh Nizar dalam ceramahnya mengenai persidangan DUN kali ini hamba akan dedahkannya kepada rakyat jelata...

anda nilai sendiri kenyataan beruk2 ini dengan gambar dibawah ini....(sumber dari sahabat seperjuangan hamba)

siva cakap hampir nak mati...abis ni kenapa ada kat sini....kenapa bukan di hospital....

BLOG LAIN YG ANDA BOLEH RUJUK:

  1. http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/10/cerita-sebenar-dalam-dun-perak-hari-ini.html
  2. http://taipingmali.blogspot.com/2009/10/sidang-dun-perak-28-oktober-2009.html
  3. http://tokjanggutkeramat.blogspot.com/2009/10/sidang-dun-perak-terganggu.html#comment-form

Tuesday, October 20, 2009

Cerita Baru Negeri Perak negeri kelahiranku...

Salam...wah sungguh terkejut bila membaca artikel dari abg Ddin Bunga...Inikah rakyat negeri kelahiranku....Begitu hebat mereka turun ke Stadium Perak memberikan sokongan kepada perlancaran 1Malaysia di Ipoh Perak...
Nampaknya Kepimpinan Pembangkang perlu memikirkan semula niat mereka untuk mendesak untuk diadakan pembubaran Dun Negeri Perak...Bukan kerana melihat kepada bilangan mereka yang hadir...tetapi melihat kepada tanda sokongan mereka kepada kepimpinan Dr Zambry selaku MB dan barisan Exco kerajaan Negeri Perak...Rakyat menerima kepimpinan ini...Jika kepimpinan ini "kepimpinan haram" rasanya tidak sampai sebegini ramai yang datang memberikan sokongan...hamba yang kerap ke Stadium Perak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pun susah untuk melihat sebegini ramai yang hadir memberikan sokongan kepada Pasukan Perak ketika beraksi...pasti ada ruang dan bangku yang kosong dan terlopong...Tetapi tanggal 19 Oktober 2009...Kepimpinan PAS, DAP dan PKR pasti terbeliak melihat lautan manusia yang hadir tanda sokongan kepada konsep 1Malaysia......Malahan bilangan mereka yang hadir mengalahkan bilangan pengikut pakatan sialan yang turun berdemontrasi di depan Istana Perak dan juga Pejabat kerajaan Negeri Perak..
untuk melihat gambar....(klik disini)
sumber : abg DdinBunga.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

DULU...KINI...MASA DEPAN....

Salam...hamba tertarik dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam Sinar Harian 19 Okt (Baca disini) mengenai PAS...Betul kenyataan Datuk mengenai PAS itu...PAS akan lakukan apa sahaja asalkan rakyat mengikut mereka...Rakyat Malaysia sekalian cubalah celikkan mata anda...jangan terlalu taksub mengagungkan Nik Aziz sehingga mengangkat beliau terlalu tinggi sehinggakan apa yang dicakapkan olehnya semuanya diangguk serta diiakan sahaja...cuba fikir dan selidik dalu lipat sejarah lama...

DULU...
  1. PAS cakap UMNO parti kafir dan bukan islam sebab berkawan dengan orang bukan islam...boleh diperangi...
  2. PAS cakap tidak sah akad nikah jika jurunikah itu orang UMNO
  3. PAS cakap kepimpinan UMNO tak betul sebab lantik wanita sebagai pemimpin parti..
  4. PAS cakap UMNO sesat sebab tak memperjuangkan ajaran islam dan banyak lagi yang PAS cakap...anda selidik sendiri

KINI...

  1. PAS sendiri sudah berkawan dengan DAP yang terang-terang tidak sukakan islam...
  2. PAS sendiri telah melantik wanita dalam kepimpinannya...
  3. PAS sendiri telah menyesatkan akidah penyokongnya dengan menyatakan "UNDI PAS MASUK SYURGA"
  4. PAS sendiri telah terpesong jauh sehingga merasakan diri mereka boleh mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka...
  5. Nik Ajis pula sudah menyebarkan fatwa salah "Penyokong UMNO masuk neraka"...kenapa hebat sangat Nik Aziz sehingga layak menentukan nasib umat islam akhir zaman ini di akhirat kelak...

APA JADI MASA DEPAN...

Anda sendiri fikirkan...Jika sekarang ini pun sudah sedemikian rupa, apa agaknya yang akan terjadi dengan masa depan anak cucu-cicit kita...Dulu ketika PAS Perak berjaya menjadi pemerintah Perak untuk tempoh 11 bulan bukan mein gagah mereka melaungkan perpaduan dalam pakatan sialan mereka dengan DAP...tetapi mereka lupa Nizar hanya diangkat menjadi MB sebab Undang-undang Tubuh...tapi realiti pemerintahannya...DAP yang memperkudakan PAS...

PAS sibuk melaung untuk mentadbir negara MALAYSIA...wahal mereka lupa untuk mentadbir negara ini perlukan 2/3 kerusi...UMNO yang menunjangi Parti Barisan Nasional pun perlu menang majoriti kerusi Parlimen untuk memerintah...Dan perlu diingatkan di dalam Perlembagaan tidak diperuntukkan Perdana Menteri mesti orang melayu...

Cuba lihat berapa PAS hantar calon untuk bertanding di kerusi Parlimen sehingga berlagak sangat dan yakin boleh memerintah negara Malaysia ini andai BN kalah kepada Pakatan Sialan...PAS menghantar calon untuk Parlimen sahaja seramai 67 orang...manakala menang hanya 24 orang berbanding DAP yang menghantar seramai 47 orang dan menang 28 orang berkelebihan 4 orang berbanding PAS...jika dicampur dengan PKR pula seramai 31 orang yang menang...Dimana terselitnya pemimpin-pemimpin PAS...ya betul dalam PKR ada 20 orang melayu...tetapi adakah mereka semua akan bersetuju dengan PAS...Lihat sahaja di Selangor...PAS masih tidak mampu berbuat apa-apa kerana ada "wakil rakyat MELAYU" yang tidak bersama-sama PAS...Dan ini juga tidak mustahil untuk berlaku dalam pimpinan pakatan sialan jika mereka memerintah...maka apa yang diperjuangkan oleh PAS hanya sekadar di laungan mulut semata-mata...Ianya tidak pernah akan menjadi kenyataan...

Jadi apa yang dilakukan oleh PAS sekarang adalah untuk memenangkan kawan-kawan dalam Pakatan Sialan mereka...Sebab itu sehingga PAS membenarkan penubuhan kelab penyokong PAS yang menjadi sayap parti...Dan mereka yang menjadi ahli kelab penyokong terdiri daripada semua kaum...Nampaknya begitu terdesak PAS untuk memenangkan kawan-kawan dalam pakatan sialan ini...Maklumlah ramai ahli PKR dan Makkal Sakhti sudah meninggalkan Parti...Jadi yang tinggal hanya penyokong PAS yang masih buta hati...jadi untuk menjaga hati semua parti...maka dibuka pintu kelab penyokong kepada semua ahli termasuk cina dan india serta bumi....Bagi PAS sekarang yang penting ahli tidak lari...

Kepada yang masih menyokong PAS dan merasakan mengundi PAS masuk Syurga...hamba hadiahkan hadis daripada sahabat seperjuangan hamba yang masih sayangkan umat islam ini...

Rasulallah bersabda:"Tidak seorang pun diantara kamu yang akan masuk ke syurga lantaran amal ibadahnya. Para sabahat bertanya "Engkau juga tidak wahai Rasulallah? Nabi menjawab: Saya juga tidak kecuali kalau Allah mlimpahkan kepadaku kurnia dan rahmat kasih sayang-Nya (HR. Muslim)

Hamba juga hadiahkan bila mana ajaran islam dimainkan oleh orang bukan islam...dan yg islam bersorak...cuba dengar baik-baik apa yang dipantunkan oleh si Guan Eng....wah..wah..pandai jer buat fatwa undi BULAN dapat PAHALA...Ini semua ajaran Pimpinan PAS lah...yang si Nik Ajis tak habis2 dengan UMNO sesat...(lihat disini)

Sunday, October 18, 2009

Kenapa Nik Aziz tidak Berbicara soal ini.......

Salam Hari ini hamba ada menerima satu email yang berbunyi begini "(LINA JOY) kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...amin Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar.... IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam).... ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Malah pengirim juga menulis mengenai beberapa tuntutan daripada IFC...
Malah rasanya semua sudah sedia maklum tuntutan tersebut...tidak mengapa..akan hamba tulis beberapa tuntutan tersebut untuk mengembalikan ingatan kalian:
  1. Setiap anak yang baru lahir di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusai 18 tahun
  2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan pasport dihapuskan kolum identiti agama...
  3. Mana-mana individu yang bukan beragama islam jika berkahwin dengan orang islam, dia tidak perlu memeluk islam
  4. Mana-mana orang islam yang hendak berkahwin dengan orang bukan islam, dia perlu menukar agama kepada bukan islam(MURTAD)
  5. Hapuskan mahakamah Syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain....dan banyak lagi tuntutan IFC(baca disini 1.....baca disini 2)

Ada sebab kenapa hamba membuka semula lipatan kisah ini yang mana hari ini orang tidak lagi membicara perkara ini...Sebab hamba tertarik dengan bicara seorang sahabat mengenai celoteh Nik Aziz ini yang mengatakan "Perlu tukar Melayu UMNO kepada Islam"...Persoalan yang hamba tertanya yang mereka menyertai dan menyokong UMNO termasuk ayah hamba bukan orang islamkah??? Sehingga Nik Aziz menyatakan sedemikian...

Dan Hamba juga tertanya...Adakah ini yang lebih besar isunya berbanding isu IFC...Tidak tahukah Nik Aziz bahawa PKR dan DAP juga menyokong IFC...Kenapa perlunya lagi PAS menyokong PKR dan DAP...Atau PAS juga menyokong IFC???

Kerajaan hari ini berhabisan menentang IFC.....tetapi PKR dan DAP memberi sokongan yang jitu terhadap pertubuhan ini...Dimana pula kenyataan Nik Aziz berhubung perkara ini....Teringatlah hamba pada satu kenyataan...Selagi kita orang islam berpegang kepada TERAS ISLAM maka terjaminlah ISLAM tersebut...Sebagai contoh teras islam sudah menggariskan solat zuhur 4 rakaat...maka dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang solat zuhur tetap 4 rakaat...tidak pernah berubah...Maka hamba percaya Nik Aziz ini bukanlah ulama yang hebat dan perlu diikuti kerana beliau sendiri tidak pernah berpegang pada teras islam...contohnya...dulu Nik Aziz pernah menyatakan UMNO ini kafir kerana berkawan dan berkongsi kuasa dengan orang kafir...Namun hari ini Nik Aziz pula berkawan dan berkongsi kuasa dengan orang kafir...apakah islam Nik Aziz boleh berubah mengikut peredaran zaman?? inikah islam yang perlu diikuti??? Wahal Nik Aziz perlu ingat bukan semua orang kafir itu perlu kita musuhi...orang kafir yang membahayakan islam sepatutnya dimusuhi dan ianya juga telah dijelaskan dalam Al-Quran...Hari ini jelas DAP sudah melampaui batas norma sehingga mengugat agama islam namun kenapa Nik Aziz masih menjadikan DAP sebagai teman seperjuangan...Fikir-fikirkan...

Wednesday, October 14, 2009

Jangan Main Wayang Lagi...

Salam...
Nampaknya kemelut yang melanda Selangor kian parah dari semasa ke semasa...setiap masa tak habis-habis dengan masalah yang membebankan rakyat...Dahulu sebelum mentadbir negeri bukan main ego mencanang perkhabaran yang mereka(Pakatan Sialan) mampu mentadbir kerajaan cuma rakyat yang perlu bagi mandat...Bila sudah diberi mandat untuk memerintah lain pula yang jadi...Bukan mereka yang mentadbir negeri tapi rakyat pula yang bersuyah payah memikir hala tuju negeri...Menteri Besar dan barisan ADUN yang lain sibuk menghuru-harakan negeri dan negara...
Lihat sahaja Selangor...Baru hendak reda cerita kuil di seksyen 23, timbul pula masalah dengan kreadibilti ADUN yang telah dilantik rakyat...Yang lagi menarik masalah ini lagi lama dari isu kuil seksyen 23, tapi masih belum diselesaikan oleh Menteri Besarnya...Sejak Julai melalui Ogos...singgah di September dan sudah memasuki Oktober...tapi masih lagi tidak dapat diselesaikan...Apakah cerita wayang yang hendak dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Sialan di Selangor...Malah tayangan terakhir cerita yang dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan pelakon utamanya Badrul Hisham Abdullah(ADUN Perlabuhan Klang) akan diadakan pada akhir Oktober ini...Maka rakyat Perlabuhan Klang terpaksalah menanti dengan sabar untuk menyaksikan wayang murahan yang dimainkan oleh mereka ini...
Sinar Harian 13 Okt...Telah menyiarkan ulasan YB Yaakob Sapari mengenai kreadbiti pelakon utamanya yang dilihat tidak komitmen dan bertanggungjawab dalam memikul peranan selaku YB ADUN Perlabuhan Klang sehinggakan beliau meminta Si Badrul Hisham ini meletakkan jawatan sebagai ADUN Perlabuhan Klang...Malah Si Badrul Hisham ini juga diminta oleh MB untuk menyerahkan surat tunjuk sebab diatas kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Perlabuhan Klang...Maka dengan itu keputusan mengenai kedudukan Badrul Hisham sebagai ADUN masih tergantung sehingga perbincangan dengan MB pada akhir Oktober ini...Persoalannya sampai bila rakyat Perlabuhan Klang hendak menunggu??? Kenapa tidak diikutkan sahaja cadangan si Yaakub Sapari...letak jer jawatan...Sejak dari bulan Ogos lagi si Badrul Hisham ini diminta untuk meletakkan jawatan beliau(baca disini)
KENAPA BADRUL HISHAM LEBIH BAIK LETAK JAWATAN....
  1. Beliau sudah tidak disukai oleh rakyat Perlabuhan Klang malah pernah diminta untuk meletak jawatan oleh rakyat Perlabuhan Klang disebabkan sikapnya yang kurang mesra dan susah untuk dihubungi oleh rakyat....
  2. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra itulah telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Perlabuhan Klang berikutan satu eksiden yang mana si Badrul Hisham telah membatalkan satu karnival sukan pada saat-saat akhir...(baca disini)
  3. Badrul Hisham juga pernah ditangkap khalwat oleh isterinya sendiri walaupu telah dinafikan oleh beliau(baca disini)
  4. Badrul Hisham juga telah disisihkan oleh Khalib Ibrahim dan Pimpinan PKR lain dan mungkin menjadi mangsa sembelihan Anwar Ibrahim(baca disini)
  5. Mempunyai masalah kesihatan sehingga ianya menjadi faktor beliau tidak menghadirkan diri di persidangan DUN sebanyak 2 kali kerana alasan kesihatan...
  6. Si Badrul Hisham juga pernah diminta oleh Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan berikutan kegagalan sebagai wakil rakyat...
  7. Malah Si Badrul Hisham juga didakwa untuk melompat parti berikutan ketidakpuasan hati beliau dengan corak pemerintahan Khalid Ibrahim...

Jika ini yang terjadi alangkah bagusnya si Badrul Hisham ini mengudurkan diri sahaja dari bermain wayang lagi dengan rakyat Perlabuhan Klang...Kenapa rakyat Perlabuhan Klang menjadi "pelakon tambahan" dalam wayang ini sedangkan mereka adalah PENILAI....Rasanya tidak perlu tunggu sehingga Akhir Oktober...Lagi cepat Lagi Bagus...

Tuesday, October 13, 2009

MEREKA Lupa Nak Pandang-pandang Bila Cakap Waktu Siang

Salam...Sekali lagi Hamba hendak berbicara mengenai beberapa kenyataan daripada Pimpinan PAS selepas mereka tewas di Bagan Pinang...Hari ini SiNAR(13 Oktober) mengeluarkan keyataan beberapa pimpinan PAS seperti Nik Aziz dan Nizar yang hamba rasa mereka ini terlupa pada pepatah melayu dulu-dulu "Cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar"...

KENYATAAN NIK AZIZ
"Kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kelmarin dianggap sebagai kemenangan tidak bermoral kerana calon yang dipilih memiliki rekod lampau yang tidak baik"-muka depan SH 13 okt
KENYATAAN NIZAR
"Kemenangan Barisan Nasional(BN) di Bagan Pinang kelmarin sebagai " Kemenangan Rasuah" (baca sini selanjutnya)
APA YANG MEREKA LUPA NAK PANDANG-PANDANG...
Sebenarnya kedua pimpinan PAS ini lupa hendak memandang sejarah sahabat mereka dalam Pakatan Sialan mereka dan merupakan orang paling besar dalam PKR...siapa lagi kalau bukan Si Anwar Ibrahim al Juburi...Mereka terlupa yang Anwar juga memiliki rekod yang lagi tidak bermoral...Pernah dipenjarakan lagi...malah memiliki pelbagai kes lagi...Sehinggakan ke hari ini Anwar masih memegang jawatan ahli Parlimen walaupun dalam perbicaraan kes liwat yang terbaru...
Kalau Nizar menyifatkan kemenangan BN sebagai "Kemenangan Rasuah" dek kerana rakyat Bagan Pinang memilih calon yang pernah didapati bersalah dalam kes rasuah dan telah pun dijatuhkan hukuman...MAKA Hamba rasa tak salahlah hamba menyifatkan kemenangan Anwar di Pematang Pasir pada PRK lalu sebagai "KEMENANGAN LIWAT & RASUAH" kerana rakyat Permatang Pauh memilih individu yang memiliki rekod kesalahan liwat & rasuah...Malah rasanya banyak yang hamba boleh tafsirkan kemenangan Anwar di Permatang Pasir...
HAMBA RASA TERPANGGIL UNTUK MENCABAR SINAR HARIAN SUPAYA MENDAPATKAN KENYATAAN KEDUA-DUA PIMPINAN PAS INI UNTUK MENGULAS KEMENANGAN ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PASIR...(itu pun kalau Sinar Harian berani menyahut cabaran hamba)

Monday, October 12, 2009

KOMEN MEREKA YANG KALAH TETAP SAMA

SALAM....

Perkara lazim yang akan menyusul apabila habis saja pilihan raya mestilah kedengaran komen-komen dari yang menang mahupun yang kalah...Pagi ini hamba ada membeli senaskah akhbar Sinar hendak menilik berita negara...Tapi apa yang menarik perhatian mata hamba apabila hamba membaca muka depan akhbar tersebut...Bukan tajuk muka depannya tapi satu sudut akhbar yang memaparkan komen Pimpinan PAS yang tertinggi siapa lagi kalau bukan nik ajis kita sorang ini...apa nik ajis komen sehingga menarik perhatian hamba...Begini bunyinya "Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau menang itu kerja perjuangan. Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio"...nah inilah komen yang menarik perhatian hamba...komen yang sudah lama hamba tidak dengari sepanjang PRK yang berlangsung dibeberapa tempat sejak dua tiga menjak ini...Akhirnya skrip komen yang telah lama tersimpan keluar juga bila mana Pas tumpang di Bagan Pinang...
Lagi menarik perhatian hamba mengenai ayat yang dikeluarkan nik ajis ni "KAMI TIDAK ADA RADIO"...nampak sedikit pembaharuan telah dilakukan oleh nik ajis bila dia menggunakan radio pula sebagai intipati dalam komen beliau...
YANG JADI PERSOALAN HAMBA???
Maknanya sepanjang PRK yang berlangsung selama ini Pas menggunakan radio la untuk berkempen...Itu yang menyebabkan mereka boleh menang...ooOO...Begitu rupanya yang menjadi punca kekalahan PAS di Bagan Pinang...
TAPI YANG SEBENARNYA!!!!
Yang sebenarnya bukan radio yang menjadi persoalan untuk kemenangan Barisan Nasional...Kalau seluruh radio dan TV digunapakai oleh BN namun jika hati pengundi tidak memihak kepada BN maka BN juga akan kalah begitu juga dengan PAS...Semuanya terletak pada hati pengundi..Radio..TV...Surat khabar...Propaganda...flayer yang ditabur segenap pelusuk kawasan mengundi hanya sebagai metod dan landasan...Pengundi hari ini memilih mereka yang benar-benar boleh melaksanakan tugas dan bukan hanya menabur janji-janji yang mengunung tinggi melangit sehingga tidak mampu dilaksanakan...tapi masih berjanji perkara yang sama dari tahun demi tahun....
Apa yang pasti ada beberapa sebab yang aku lihat membawa kekalahan PAS dan ianya bukan berpunca daripada Radio sebagaimana kenyataan nik ajis yang sudah dicucuk hidung oleh PKR dan DAP ini..
  1. Rakyat Bagan Pinang masih mempunyai ilmu agama yang baik untuk membezakan yang mana palsu dan yang benar...
  2. Rakyat Bagan Pinang masih waras dan melaksanakan hukum islam dek kerana itu lah mereka tahu apa yang membolehkan mereka masuk ke Syurga ALLAH walaupun tidak memangkah PAS...
  3. Rakyat Bagan Pinang sedar akan ilmu islam yang diajar kepada mereka yang menyatakan SYURGA dan NERAKA adalah milik ALLAH...bukan milik Nik Aziz...
  4. Rakyat Bagan Pinang juga mengetahui yang memberikan PAHALA dan DOSA adalah ALLAH S.W.T...Bukan Nik Aziz yang tentukan...
  5. Rakyat Bagan Pinang juga tahu bahawa PAS yang ada kini hanyalah kuda tunggangan PKR dan DAP semata-mata...
  6. Rakyat Bagan Pinang juga tahu nasib mereka juga akan jadi seperti rakyat di Kampung Buah Pala dan Selangor jika membiarkan PAS dan rakan sialannya terus mentadbir....

Inilah punca yang hamba kira menjadi punca kepada kekalahan PAS di Bagan Pinang...Sebagaimana hamba nyatakan dalam artikel sebelum ini...PAS sudah bertemu buku dan ruas...Masih banyak lagi yang menjadi punca kepada kekalahan PAS namun apa yang cuba hamba nyatakan rakyat hari ini sudah melihat kepincangan dan kegilaan yang terjadi di dalam PAS...dek kerana itu setiap pilihan raya kecil atau umum kita akan melihat beberapa kain rentang yang akan berbunyi :

  1. "Orang Islam wajib Pangkah PAS"
  2. "Undi Pas Masuk Syurga"
  3. "Undi Pas dapat Pahala"
  4. "Penyokong UMNO masuk NERAKA"

Tapi Semalam di Bagan Pinang telah menceritakan segalanya...rakyat Bagan Pinang masih utuh keimanannya terhadap ajaran islam...Mana mungkin hanya mengundi PAS boleh masuk SYURGA...Kenapa, Adakah yang dipersoalkan di Akhirat kelak siapa yang di pangkah??? Jika di jawab PAS terus masuk Syurga...Mintak ampunlah...yang dikira adalah amalan kita di dunia...jika 20 Kali pilihan raya asyik dok pangkah PAS tapi sembahyang tidak dilaksanakan jawabnya neraka lah juga...

PAS Sudah Jumpa Ruas Di Bagan Pinang...

Salam...

Kesabaran yang hamba pendamkan selama ini akhirnya telah terlunas di Bagan Pinang apabila melihat calon PAS khasnya dan pakatan sialan ini tersungkur menyembah bumi bilamana Tan Isa telah dipilih oleh rakyat Bagan Pinang untuk mewakili suara mereka...Dengan mendapat undian sebanyak 8013 undi dan calon PAS pula sebanyak 2578 undi menyebabkan SPR mengumumkan Tan Sri Isa sebagai pemenang dengan Majoriti undi sebanyak 5435 undi...Kekalahan besar calon PAS dan Pakatan Sialan ini ditangan rakyat Bagan Pinang...
Nampaknya serangan peribadi yang dilaksanakan oleh jentera PAS sudah tidak setajam seperti mana dalam PRK sebelum ini...Rakyat Bagan Pinang sudah dapat melihat mana satu permata dan mana satu kaca...
Biarpun kredibiliti Tan Sri Isa dimainkan di mulut-mulut penceramah dek kerana kesalahan lampau beliau namun rakyat di Bagan Pinang sudah pun membuktikan bahawa mereka sudah memaafkan Tan Sri Isa dan mereka masih menaruh kepercayaan kepada beliau untuk mewakili mereka menyampaikan kehendak mereka kepada kepimpinan tertinggi Negeri Sembilan...
Akhirnya PAS dan sahabat-sahabatnya sudah menjumpai "ruas" yang selama ini mereka fikir dapat dimamah seperti sebelum ini...Namun Rakyat Bagan Pinang sudah memberikan amaran untuk Pakatan Sialan ini bahwa mereka bukan rakyat yang senang untuk dimamah oleh janji-janji kosong serta omongan kosong politik kedai kopi...Barangkali rakyat Bagan Pinang juga tidak mahu menjadi sepertimana mereka di kampung Buah Pala dan juga di Perak...Dek kerana termakan omongan politik kedai kopi yang dijaja oleh Pakatan Sialan ini akhir menerima padah pada sendiri...Akhirnya mereka bersepakat dan sebulat hati memenangkan Tan Sri Isa dan membiarkan calon PAS dan Pakatan Sialan ini karam bersama omongan politik kedai kopi yang maha sial dan bangang ke dasar lautan mimpi pemimpin-pemimpin Pakatan Sialan ini...
Malah hamba dapat menyimpulkan bahwa rakyat Bagan Pinang tahu siapa yang sebetulnya mampu membawa kemajuan di tempat mereka...dan bukannya malapetaka sebagaimana di Seksyen 23, Shah Alam dan juga Kampung Buah Pala...
TAHNIAH BUAT TAN SRI ISA KHASNYA SERTA BARISAN JENTERA BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENGEKALKAN HAK RAKYAT BAGAN PINANG DARIPADA DIRAMPAS OLEH TANGAN-TANGAN PEMIMPIN PAKATAN SIALAN......

Thursday, October 08, 2009

PAS PERGUNAKAN MAHASISWA DI BAGAN PINANG

Salam....Minggu ini rata-rata akhbar membicarakan peristiwa penting di Bagan Pinang...Tapi apa yang menarik perhatian hamba...apabila dalam inbox hamba terdapat beberapa gambar yang telah dikirimkan kepada hamba mengenai keadaan di Bagan Pinang...Ada beberapa gambar yang menarik minat hamba untuk mempersoalan APA dan MENGAPA....Gambar sebuah pondok/khemah yang di luarnya tertulis kain rentang berbunyi "PUSAT GERAKAN MAHASISWA"....Terdetik dihati kecil hamba...hebat mahasiswa sekarang...sanggup turun ke kawasan pilihan raya bagi membantu....Hamba juga tertanya-tanya mahasiswa universiti mana ini dan siapa yang mereka akan bantu nanti....Tapi jawapan hamba sedikit terjawab bila didalam khemah tersebut tergantung sebuah "banner" yang dicat dengan tulis E-voting yang di"spray" pula simbol pangkah diatas tulisan E-voting tersebut...Kotak pemikiran hamba terus sahaja berlumba-lumba mencari universiti mana yang hangat memperkatakan e-voting ini...Dan yang jelas hanya UM yang panas dengan isu ini....mungkin benar mungkin tidak mahasiswa UM yang datang ini...Hamba masih tertanya siapa pula yang mereka akan bantu nanti...Berdasarkan kotak pemikiran hamba yang masih rasional ini....siapa lagi yang mereka akan bantu kalau bukan pihak parti PAS...ini berdasarkan perjuangan mahasiswa ini di dalam kampus dan parti politik yang membantu mereka...Jadi sudah semestinya Parti PAS... Yang menjadi persoalan kepada mahasiswa ini digunakan oleh PAS untuk membantu mereka dalam PRK Bagan Pinang ini...Nampaknya PAS agak goyah di Bagan Pinang sehingga tenaga dari mahasiswa juga ditagih tanpa mengira apa yang terjadi asalkan mereka mencapai kemenangan... Soal kuliah dan latihan yang diberikan oleh pensyarah tidak perlu difikirkan...yang penting mahasiswa ini datang membantu...yang penting PAS menang...Sampai bila PAS hendak guna MAHASISWA untuk kepentingan politik mereka?????

Related Posts with Thumbnails