Monday, October 19, 2009

DULU...KINI...MASA DEPAN....

Salam...hamba tertarik dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam Sinar Harian 19 Okt (Baca disini) mengenai PAS...Betul kenyataan Datuk mengenai PAS itu...PAS akan lakukan apa sahaja asalkan rakyat mengikut mereka...Rakyat Malaysia sekalian cubalah celikkan mata anda...jangan terlalu taksub mengagungkan Nik Aziz sehingga mengangkat beliau terlalu tinggi sehinggakan apa yang dicakapkan olehnya semuanya diangguk serta diiakan sahaja...cuba fikir dan selidik dalu lipat sejarah lama...

DULU...
  1. PAS cakap UMNO parti kafir dan bukan islam sebab berkawan dengan orang bukan islam...boleh diperangi...
  2. PAS cakap tidak sah akad nikah jika jurunikah itu orang UMNO
  3. PAS cakap kepimpinan UMNO tak betul sebab lantik wanita sebagai pemimpin parti..
  4. PAS cakap UMNO sesat sebab tak memperjuangkan ajaran islam dan banyak lagi yang PAS cakap...anda selidik sendiri

KINI...

  1. PAS sendiri sudah berkawan dengan DAP yang terang-terang tidak sukakan islam...
  2. PAS sendiri telah melantik wanita dalam kepimpinannya...
  3. PAS sendiri telah menyesatkan akidah penyokongnya dengan menyatakan "UNDI PAS MASUK SYURGA"
  4. PAS sendiri telah terpesong jauh sehingga merasakan diri mereka boleh mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka...
  5. Nik Ajis pula sudah menyebarkan fatwa salah "Penyokong UMNO masuk neraka"...kenapa hebat sangat Nik Aziz sehingga layak menentukan nasib umat islam akhir zaman ini di akhirat kelak...

APA JADI MASA DEPAN...

Anda sendiri fikirkan...Jika sekarang ini pun sudah sedemikian rupa, apa agaknya yang akan terjadi dengan masa depan anak cucu-cicit kita...Dulu ketika PAS Perak berjaya menjadi pemerintah Perak untuk tempoh 11 bulan bukan mein gagah mereka melaungkan perpaduan dalam pakatan sialan mereka dengan DAP...tetapi mereka lupa Nizar hanya diangkat menjadi MB sebab Undang-undang Tubuh...tapi realiti pemerintahannya...DAP yang memperkudakan PAS...

PAS sibuk melaung untuk mentadbir negara MALAYSIA...wahal mereka lupa untuk mentadbir negara ini perlukan 2/3 kerusi...UMNO yang menunjangi Parti Barisan Nasional pun perlu menang majoriti kerusi Parlimen untuk memerintah...Dan perlu diingatkan di dalam Perlembagaan tidak diperuntukkan Perdana Menteri mesti orang melayu...

Cuba lihat berapa PAS hantar calon untuk bertanding di kerusi Parlimen sehingga berlagak sangat dan yakin boleh memerintah negara Malaysia ini andai BN kalah kepada Pakatan Sialan...PAS menghantar calon untuk Parlimen sahaja seramai 67 orang...manakala menang hanya 24 orang berbanding DAP yang menghantar seramai 47 orang dan menang 28 orang berkelebihan 4 orang berbanding PAS...jika dicampur dengan PKR pula seramai 31 orang yang menang...Dimana terselitnya pemimpin-pemimpin PAS...ya betul dalam PKR ada 20 orang melayu...tetapi adakah mereka semua akan bersetuju dengan PAS...Lihat sahaja di Selangor...PAS masih tidak mampu berbuat apa-apa kerana ada "wakil rakyat MELAYU" yang tidak bersama-sama PAS...Dan ini juga tidak mustahil untuk berlaku dalam pimpinan pakatan sialan jika mereka memerintah...maka apa yang diperjuangkan oleh PAS hanya sekadar di laungan mulut semata-mata...Ianya tidak pernah akan menjadi kenyataan...

Jadi apa yang dilakukan oleh PAS sekarang adalah untuk memenangkan kawan-kawan dalam Pakatan Sialan mereka...Sebab itu sehingga PAS membenarkan penubuhan kelab penyokong PAS yang menjadi sayap parti...Dan mereka yang menjadi ahli kelab penyokong terdiri daripada semua kaum...Nampaknya begitu terdesak PAS untuk memenangkan kawan-kawan dalam pakatan sialan ini...Maklumlah ramai ahli PKR dan Makkal Sakhti sudah meninggalkan Parti...Jadi yang tinggal hanya penyokong PAS yang masih buta hati...jadi untuk menjaga hati semua parti...maka dibuka pintu kelab penyokong kepada semua ahli termasuk cina dan india serta bumi....Bagi PAS sekarang yang penting ahli tidak lari...

Kepada yang masih menyokong PAS dan merasakan mengundi PAS masuk Syurga...hamba hadiahkan hadis daripada sahabat seperjuangan hamba yang masih sayangkan umat islam ini...

Rasulallah bersabda:"Tidak seorang pun diantara kamu yang akan masuk ke syurga lantaran amal ibadahnya. Para sabahat bertanya "Engkau juga tidak wahai Rasulallah? Nabi menjawab: Saya juga tidak kecuali kalau Allah mlimpahkan kepadaku kurnia dan rahmat kasih sayang-Nya (HR. Muslim)

Hamba juga hadiahkan bila mana ajaran islam dimainkan oleh orang bukan islam...dan yg islam bersorak...cuba dengar baik-baik apa yang dipantunkan oleh si Guan Eng....wah..wah..pandai jer buat fatwa undi BULAN dapat PAHALA...Ini semua ajaran Pimpinan PAS lah...yang si Nik Ajis tak habis2 dengan UMNO sesat...(lihat disini)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails