Monday, October 12, 2009

KOMEN MEREKA YANG KALAH TETAP SAMA

SALAM....

Perkara lazim yang akan menyusul apabila habis saja pilihan raya mestilah kedengaran komen-komen dari yang menang mahupun yang kalah...Pagi ini hamba ada membeli senaskah akhbar Sinar hendak menilik berita negara...Tapi apa yang menarik perhatian mata hamba apabila hamba membaca muka depan akhbar tersebut...Bukan tajuk muka depannya tapi satu sudut akhbar yang memaparkan komen Pimpinan PAS yang tertinggi siapa lagi kalau bukan nik ajis kita sorang ini...apa nik ajis komen sehingga menarik perhatian hamba...Begini bunyinya "Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau menang itu kerja perjuangan. Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio"...nah inilah komen yang menarik perhatian hamba...komen yang sudah lama hamba tidak dengari sepanjang PRK yang berlangsung dibeberapa tempat sejak dua tiga menjak ini...Akhirnya skrip komen yang telah lama tersimpan keluar juga bila mana Pas tumpang di Bagan Pinang...
Lagi menarik perhatian hamba mengenai ayat yang dikeluarkan nik ajis ni "KAMI TIDAK ADA RADIO"...nampak sedikit pembaharuan telah dilakukan oleh nik ajis bila dia menggunakan radio pula sebagai intipati dalam komen beliau...
YANG JADI PERSOALAN HAMBA???
Maknanya sepanjang PRK yang berlangsung selama ini Pas menggunakan radio la untuk berkempen...Itu yang menyebabkan mereka boleh menang...ooOO...Begitu rupanya yang menjadi punca kekalahan PAS di Bagan Pinang...
TAPI YANG SEBENARNYA!!!!
Yang sebenarnya bukan radio yang menjadi persoalan untuk kemenangan Barisan Nasional...Kalau seluruh radio dan TV digunapakai oleh BN namun jika hati pengundi tidak memihak kepada BN maka BN juga akan kalah begitu juga dengan PAS...Semuanya terletak pada hati pengundi..Radio..TV...Surat khabar...Propaganda...flayer yang ditabur segenap pelusuk kawasan mengundi hanya sebagai metod dan landasan...Pengundi hari ini memilih mereka yang benar-benar boleh melaksanakan tugas dan bukan hanya menabur janji-janji yang mengunung tinggi melangit sehingga tidak mampu dilaksanakan...tapi masih berjanji perkara yang sama dari tahun demi tahun....
Apa yang pasti ada beberapa sebab yang aku lihat membawa kekalahan PAS dan ianya bukan berpunca daripada Radio sebagaimana kenyataan nik ajis yang sudah dicucuk hidung oleh PKR dan DAP ini..
  1. Rakyat Bagan Pinang masih mempunyai ilmu agama yang baik untuk membezakan yang mana palsu dan yang benar...
  2. Rakyat Bagan Pinang masih waras dan melaksanakan hukum islam dek kerana itu lah mereka tahu apa yang membolehkan mereka masuk ke Syurga ALLAH walaupun tidak memangkah PAS...
  3. Rakyat Bagan Pinang sedar akan ilmu islam yang diajar kepada mereka yang menyatakan SYURGA dan NERAKA adalah milik ALLAH...bukan milik Nik Aziz...
  4. Rakyat Bagan Pinang juga mengetahui yang memberikan PAHALA dan DOSA adalah ALLAH S.W.T...Bukan Nik Aziz yang tentukan...
  5. Rakyat Bagan Pinang juga tahu bahawa PAS yang ada kini hanyalah kuda tunggangan PKR dan DAP semata-mata...
  6. Rakyat Bagan Pinang juga tahu nasib mereka juga akan jadi seperti rakyat di Kampung Buah Pala dan Selangor jika membiarkan PAS dan rakan sialannya terus mentadbir....

Inilah punca yang hamba kira menjadi punca kepada kekalahan PAS di Bagan Pinang...Sebagaimana hamba nyatakan dalam artikel sebelum ini...PAS sudah bertemu buku dan ruas...Masih banyak lagi yang menjadi punca kepada kekalahan PAS namun apa yang cuba hamba nyatakan rakyat hari ini sudah melihat kepincangan dan kegilaan yang terjadi di dalam PAS...dek kerana itu setiap pilihan raya kecil atau umum kita akan melihat beberapa kain rentang yang akan berbunyi :

  1. "Orang Islam wajib Pangkah PAS"
  2. "Undi Pas Masuk Syurga"
  3. "Undi Pas dapat Pahala"
  4. "Penyokong UMNO masuk NERAKA"

Tapi Semalam di Bagan Pinang telah menceritakan segalanya...rakyat Bagan Pinang masih utuh keimanannya terhadap ajaran islam...Mana mungkin hanya mengundi PAS boleh masuk SYURGA...Kenapa, Adakah yang dipersoalkan di Akhirat kelak siapa yang di pangkah??? Jika di jawab PAS terus masuk Syurga...Mintak ampunlah...yang dikira adalah amalan kita di dunia...jika 20 Kali pilihan raya asyik dok pangkah PAS tapi sembahyang tidak dilaksanakan jawabnya neraka lah juga...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails