Monday, October 12, 2009

PAS Sudah Jumpa Ruas Di Bagan Pinang...

Salam...

Kesabaran yang hamba pendamkan selama ini akhirnya telah terlunas di Bagan Pinang apabila melihat calon PAS khasnya dan pakatan sialan ini tersungkur menyembah bumi bilamana Tan Isa telah dipilih oleh rakyat Bagan Pinang untuk mewakili suara mereka...Dengan mendapat undian sebanyak 8013 undi dan calon PAS pula sebanyak 2578 undi menyebabkan SPR mengumumkan Tan Sri Isa sebagai pemenang dengan Majoriti undi sebanyak 5435 undi...Kekalahan besar calon PAS dan Pakatan Sialan ini ditangan rakyat Bagan Pinang...
Nampaknya serangan peribadi yang dilaksanakan oleh jentera PAS sudah tidak setajam seperti mana dalam PRK sebelum ini...Rakyat Bagan Pinang sudah dapat melihat mana satu permata dan mana satu kaca...
Biarpun kredibiliti Tan Sri Isa dimainkan di mulut-mulut penceramah dek kerana kesalahan lampau beliau namun rakyat di Bagan Pinang sudah pun membuktikan bahawa mereka sudah memaafkan Tan Sri Isa dan mereka masih menaruh kepercayaan kepada beliau untuk mewakili mereka menyampaikan kehendak mereka kepada kepimpinan tertinggi Negeri Sembilan...
Akhirnya PAS dan sahabat-sahabatnya sudah menjumpai "ruas" yang selama ini mereka fikir dapat dimamah seperti sebelum ini...Namun Rakyat Bagan Pinang sudah memberikan amaran untuk Pakatan Sialan ini bahwa mereka bukan rakyat yang senang untuk dimamah oleh janji-janji kosong serta omongan kosong politik kedai kopi...Barangkali rakyat Bagan Pinang juga tidak mahu menjadi sepertimana mereka di kampung Buah Pala dan juga di Perak...Dek kerana termakan omongan politik kedai kopi yang dijaja oleh Pakatan Sialan ini akhir menerima padah pada sendiri...Akhirnya mereka bersepakat dan sebulat hati memenangkan Tan Sri Isa dan membiarkan calon PAS dan Pakatan Sialan ini karam bersama omongan politik kedai kopi yang maha sial dan bangang ke dasar lautan mimpi pemimpin-pemimpin Pakatan Sialan ini...
Malah hamba dapat menyimpulkan bahwa rakyat Bagan Pinang tahu siapa yang sebetulnya mampu membawa kemajuan di tempat mereka...dan bukannya malapetaka sebagaimana di Seksyen 23, Shah Alam dan juga Kampung Buah Pala...
TAHNIAH BUAT TAN SRI ISA KHASNYA SERTA BARISAN JENTERA BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENGEKALKAN HAK RAKYAT BAGAN PINANG DARIPADA DIRAMPAS OLEH TANGAN-TANGAN PEMIMPIN PAKATAN SIALAN......

3 comments:

Anonymous said...

inilah balasan mereka PAS yang selalu menghina, mengutuk, memfitnah kerajaan BN.. terimalah kekalahan terbesar di dalam banyak2 PRK kali ini.. Jangan terima saja.. beralih terus ke BN .. tiada gunanya menyokong perjuangan Pakatan yang rapuh tidak sekukuh BN.. hanya BN yang mampu membentuk negara ini dan membuatkan negara lain tetap memandang tinggi terhadap Malaysia.

Kalau Malaysia jatuh ditangan PAS, DAP atau PKR, alamatnya peperangan dengan negara-negara kuasa besar akan tercetus. itukah yang kita mahukan? Sudah tentu tidak. syabas buat kemenangan di Bagan Pinang. Tahniah kepada petugas-petugas BN, bloggers-bloggers yang mempertahankan BN di Bagan Pinang. Tapi jangan leka, perjuangan masih belum tamat lagi. Kita perlu tawan semula negeri2 yg perlu ditawan!

AntiAnwarDAP said...

Perjuangan kita tiada penghujungnya..

AntiAnwarDAP said...

Perjuangan kita tiada penghujungnya..

Related Posts with Thumbnails