Friday, May 29, 2009

KOMUNIS DIANGKAT...HATI PEJUANG TERSIAT

Salam...ramai sahabat-sahabat yang tertanya kenapa tiada ulasan saya tentang isu komunis sejak peristiwa ini menjadi "panas" di negara kita...jawapan saya mudah...tepuk dada tanya selera...fikirlah sendiri baik dan buruk... Tapi hari ini aku tergerak untuk menulis mengenai isu panas ini...nak bawa balik Chin Peng ke Tanah air tercinta ini semula...wah bukan main gagah lantangan suara mereka menuntut supaya Chin Peng dibawa balik...pelbagai alasan yang digunakan...dia masih ada saudara di Malaysia...dia telah tua...mana mungkin pengaruh komunis itu boleh menular semula...banyak la lagi alasan yang digunapakai...yang menuntut tak mengira bangsa dan kaum...dari kaum cina sampai ke bangsa melayu sendiri... satu ketika dulu, aku penah terbaca artikel seoranng bekas pelajar yang juga seorang senior di tempat pengajian aku...seorang yang berbangsa melayu yang bergelumbang dalam dunia politik kampus...yang memperjuangkan islam...telah mengeluarkan kenyataan bahwa pihak kerajaan yang kejam dan tidak adil bila menyatakan bahwa komunis adalah pengganas satu ketika dahulu..pada dia komunis juga adalah pejuang kemerdekaan...dan tidak sepatutnya mereka dianggap komunis... Tetapi yang menjadi persoalannya...jika mereka adalah pejuang kemerdekaan kenapa ramai penduduk tempatan (melayu) dibunuh dengan kejam...atas alasan apa???knapa banyak rumah penduduk tempatan dibakar...siapa yang menjajah sebenarnya...kalau btul pejuang...yang dibunuh orang british...yang dibakar rumah orang british...itu baru dikatakan pejuang... anda boleh melayari laman (Angin Perubahan) ini untuk mengetahui bertapa kejamnya komunis ini sebenarnya... Bagaimana ada dikalangan kita yang cukup berpengaruh dan dikenali ramai sanggup memuja-muja golongan komunis ini...sanggup berpakaian komunis...mendabik dada...apa yang diinginkan sebenarnya...penahkah kita terfikir tentang hati pejuang kita yang menyerah nyawa demi negara dan kemerdekaan...yang belum pasti hidup atau tidak...yang kehilangan anugerah pencaindera akibat kekejaman komunis dulu...pejuang kita yang hilang keupayaan hidup akibat kerakusan komunis... Jawapannya,,,kita tidak penah memikirkan perasaan mereka bila mengeluarkan kenyataan dan tuntutan tersebut...apa yang pejuang rasakan...percayalah dendam mereka kepada komunis tidak pernah padam....sentiasa membara...

Tuesday, May 26, 2009

BERPUASA HANYA UNTUK BUBAR DUN

Hari ini 26 Mei 2009...terlakar satu peristiwa yang menggambarkan bertapa teruknya pemimpin yang gilakan jawatan tanpa menghiraukan rakyatnya..baginya asal dapat semula jawatan semua cara boleh dilakukan... Kelmarin, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan Pakatan Rakyat akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa ini untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri...Sampai begini sekali desakan yang ingin dibuat semata untuk memperolehi jaewatan dalam kerajaan Perak semula... Yang menariknya si Nizar ini pun bersetuju...tapi yang menarik dalam kenyataannya puasa 3 hari yang disyorkan oleh PAS secara kebetulan bertembung dengan ajakan DAP terhadap penyokong PR untuk mogok lapar...kononnya puasa 3 hari yang PAS syorkan adalah sempena menyambut 1 jamadil akhir... ermm...mainan politik yang menarik aku boleh nyatakan...jika benar nizar ni hebat memperjuangkan nasib bangsa melayu dan islam...kenapa tidak disuarakan kepada si Nga ni untuk menangguhkan tarikh untuk mogok lapar oleh penyokong PR ke tarikh yang lain...bgi peluang untuk orng islam berpuasa sunat.. Knapa perlu untuk berpuasa bersama mereka yang mogok lapar...atau ada istilah petukaran perkataan disini yang mengelirukan rakyat...wahal tujuan mereka adalah sama sahaja...itu mendesak sultan perak untuk membubarkan DUN...beginikah pemimpin yang menperjuangkan islam mengajar rakyatnya mederhakakan pemerintahnya...semata-mata jawatan yang direbutnya... Pada aku kedua-duanya sama...cuma untuk mengelirukan pemikiran rakyat istilah mogok lapar untuk orang islam ditukarkan kepada berpuasa...tetapi niatnya sama sahaja...untuk mendesak sultan perak untuk membubarkan DUN...beginikah orang islam berniat puasa... siapa saya untuk mengulas lebih panjang...bukan seperti Nizar...dan sahabatnya yang arif tentang islam...siapa hendak mendengar ulasan saya...sebab Nizar ini bijak tentang islam..semua akan lebih mendengar cakap Nizar...bila sebut puasa semua orang percaya...tetapi disebalik berkataan puasa itu terselit perkataan lain yang telah dipersetujui oleh Nizar dan Sahabat DAPnya...untuk memikat hati orang islam istilah mogok lapar itu perlu ditukar untuk menunjukkan kebaikan...maka Berpuasa lah menjadi perkataan yang sesuai...wahal tujuannya adalah sama...sama seperti kes rasuah yang berlaku dalam PAS yang pernah aku tulis dulu...semua masyarakat disogokkan dengan istilah saguhati...wahal kaedah yang dilakukan adalah sama dengan pemberian rasuah...supaya rakyat melihat ianya sesuatu yang tidak salah...perkataan yang lemah lembut digunapakai...sekarang ini...berpuasa...wahal kaedah yang dilakukan sama dengan mogok lapar yang dilancarkan oleh DAP... Fikir-fikirkan Lah....jangan kita tertipu lagi dengan penggunaan istilah oleh pemimpin yang gilakan kuasa....kerana pada mereka semuanya boleh dilakukan asalkan apa yang dihajati tercapai...

Saturday, May 23, 2009

Zambry Menang Nizar Kecundang Lagi...

Bagaikan tersurat dan tersirat kedua kehidupan orang no 1 di Perak ini...yang menang dahulu akhirnya kecundang jua...ini lah nasib yang dah menimpa Si Nizar Al Boneka...Bru menang 19 ari jawatan MB semula akhirnya diisytihar kalah semula oleh Mahkamah Rayuan semalam...Akhirnya yang jadi MB sebenar Perak Si Zambry... Apakah Si Nizar Al Boneka ini tidak sedar yang meminta beliau meletakkan jawatan adalah bekas Ketua Hakim Negara...yang memiliki ilmu guaman dan kehakiman yang cukup banyak dan cukup arif dalam perundangan dan kehakiman...yang bijak mentafsir undang-undang...bukan macam si Nizar Al Boneka sorang ni...perlukan peguam untuk membuat tafsiran undang-undang...nak tafsir sendiri tak pandai...so kena la mintak bantuan guaman...dan yang dicari adalah si Karpal ni...semua undang-undang dah dipusing abis oleh Si Karpal ni...sampai si Nizar pun percaya yang dia masih lagi MB... Aduhai Nizar sedar ke tidak yang si Karpal tu hanyalah peguam...tapi Baginda Sultan Perak bekas Ketua Hakim Negara...mane satu yang lebih arif membuat pertimbangan keputusan...Si Karpal ni hanya peguam...bila berbicara mengenai peguam tugasnya memenangkan orang yang diwakilinya tidak kisahlah apepun yang terjadi...tetapi yang membuat pertimbangan keputusan adalah Hakim...golongan ini lagi mahir mentafsir undang-undang...bukan senang untuk membuat keputusan... Hari ini pihak mahkamah rayuan telah sebulat suara menolak keputusan mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar adalah MB sebenar Perak...Ini membuktikan tindakan Baginda Sultan Perak adalah tepat dan mengikut lunas perundangan yang sebenar...cukup-cukuplah perebutan kuasa ini berlaku di Perak...Biarlah kerajaan yang telah disahkan menjalankan tugas mereka selaku pemerintah yang menjaga kerajaan... aku pun xnak ulas lagi panjang kes Perak ini...cuma satu sahaja pesanan kepada rakyat Malaysia...pentadbiran Negara bertunjangkan kepada "DEMOKRASI BERPARLIMEN RAJA BERPELEMBAGAAN"....Nizar perlu kaji maksud di sebaliknya...baru dia tahu siapa dia berbanding sultan...dia belum tahu beza dia dan Baginda sultan...dan siapa dirinya kepada baginda sultan... nanti aku ulas erkkk....

Tuesday, May 19, 2009

PERCATURAN SUDAH MATI

SALAM.... hari ini rata-rata blog dan media massa telah melaporkan satu keputusan yang amat menjadi sejarah dalam gelanggang politik Malaysia..semalam Pengerusi BN(Dato' Sri Najib Tun Razak) telah mengumumkan keputusan yang amat memeranjatkan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat... Pada PRK Penanti nanti BN telah bersetuju untuk tidak meletakkan calon BN bagi merebut DUN Penanti tersebut...Nah kali ini Anwar Al Juburi telah terkena jerat yang dipasang sendiri oleh beliau dan sahabat karibnya... Aku macam biasa mestilah ketawa bila Anwar dan sekutunya terkena jerat sendiri...Padah yang dicari sendiri akibat keegoan dan perasaan balas dendam menebal dalam hati... Si Anwar ni ingat jerat yang dipasang tidak mampu untuk dihidu oleh Ayah Jib(Najib) kita ini...dia terlupa Ayah Najib kita ini bekas Menteri Pertahanan...hehehe...Segala gerak geri Anwar sudah diselidiki... Baik juga BN tak letak calon...bak kata Ayah Jib ketika ditemuramah oleh wartawan Metro “BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha untuk memulihkan ekonomi negara sebelum memutuskan tidak meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan (Penanti),” Kenapa perlu bertanding di Penanti jika rakyat dan ekonomi masih belum sempurna...Baik dahulukan mana yang menjadi agenda penting...dan jawapannya adalah rakyat...maka tindakan Ayah Jib kita ini betul sangat...bukan takut kalah tapi mendahulukan agenda yang penting... Sekarang ini Pakatan Rakyat memang suka buat pilihan raya...cikit-cikit pilihan raya..itu sahaja yang dikejarnya..jawatan dan nama..hanya itu yang tersemat dalam sanubari... Mula-mula di Permatang Pauh...bagaimana si isteri yang sanggup mengundur diri semata2 untuk si suami...tidak ada alasan kukuh si isteri meletakan jawatan ahli Parlimen... Kemudian di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai...Kini Penanti pulak...bukan sebab YB mati tapi disebabkan perletakan jawatan sendiri oleh Timb ketua Menteri...kenapa???mestila sebab Anwar Al Juburi yang suruh berhenti...mana taknya rahsia sudah diketahui...duit sudah dikumpul berguni-guni...apa lagi kena la cabut lari...kalau tunggu boleh bawa mati untuk parti...Rosak imej Timb Ketua Menteri Pakatan Rakyat nanti...nak tak nak kena berhenti...alasan peribadi dan menyambung pengajian sebagai ganti...tak per nanti SPR buat Pilihan Raya Kecil lagi...Pakatan Rakyat vs BN lagi... Tapi apa yang terjadi...senjata makan diri sendiri...lawan yang ditunggu tidak ambik pusing pasal Penanti...Pakatan Rakyat nak lawan saper nanti...jawabnya lawan diri sendiri...bila menang syok sendiri...Modal untuk pancing undi simpati...tidak lain mesti Najib bacul takut nak lawan di Penanti...itu jer la isu yang dimain nanti...sebab permainan yang disusun sudah pun mati... Ayah Jib kita ni bukan buta hati...hendak ikut semua permainan politik Anwar Al Juburi... Sekarang Permainan Anwar Al Juburi ini sudah MATI...

Sunday, May 17, 2009

POLITIK WANG VS HADIAH/SUMBANGAN/CENDERAMATA????MANER SATU

Salam...maaf agak kurang update blog ini...tapi akan aku cuba meng"update" aper2 yang difikirkan menarik untuk kita renung...ini ada satu perkara yang boleh dibuat renungan bersama...rasanya dah ramai sabahat yang menulis cerita ini barangkali... Satu ketika semasa perhimpunan UMNO yang lepas ramai rakyat yang telah melihat bertapa isu politik wang yang menular dikalangan percalonan UMNO diperhebohkan...Ramai yang menuduh sana menuduh sini...tapi pada aku biar la mereka kerana itu antara percalonan...ini menunjukkan ke"gentelman"lan percalonan UMNO dan UMNO sendiri kerana membuka pekung di dada sendiri..Hanya satu tujuan iaitu memnbenteras POLITIK WANG... Namun yang aku tidak menjangka dan satu perkara yang berada di luar kotak pemikiran aku...gejala Politik wang(opsss....silap..sori..bukan politik wang tapi pemberian hadiah...diorg ckp la) ini turut menular dan dijalankan dalam Muktamar PAS... Mungkin akhbar menipu kut...mana mungkin orang sealim mereka yang selama ini memperjuangankan ISLAM sanggup memberi rasuah(oppss...sori sekali lagi...) bukan rasuah tapi HADIAH (mereka yang cakap la)... Nah apa sudah jadi dengan mereka yang hebat2 dan berada di barisan hadapan kepimpinan PAS sudah kabur mata dengan wang...atau wang mereka sudah menguasai kepentingan agama yang diperjuangankan selama ini...atau perjuangan menegakkan ISLAM boleh dijual beli... Sebelum ini mereka-mereka ini sibuk menjaga tepi kain dan seluar percalonan UMNO baru-baru ini sebab gejala politik wang yang dilapor dan dihebahkan di TV1..TV2...TV3...dan bnyak lagi...mereka mengambil kesempatan dengan mengguna isu ini sebagai modal menghentam kerajaan dan UMNO... Aku cakap cmni sebb masa PRK Bukit Gantang bertaburan kain rentang yang menggunakan isu politik wang yang menular dalam UMNO...sana sini digantungkan...bukan main lagi... Tapi bila sudah terkena batang hidung dan bibir sendiri..semuanya sepi...mereka yang hebat berceramah tentang politik wang UMNO sebelum ini senyap sunyi...mungkin takut rahsia sendiri diketahui...maner taknya diri sendiri pun dah berguni duit ditaburkan untuk meraih undi...mana tahu dapat jadi Presiden PAS ker...Timbalan ker...tak kisah lah asal ada jawatan... Sekarang dalam PAS pun dah ader politik wang...tp mereka bijak...aper yang diberi bukan politik wang atau dalam bahasa kasarnya rasuah...tapi hadiah sebab mendapat undi dari perwakilan... KALAU UNMO POLITIK WANG DISEBUT RASUAH TAPI KALAU PAS IANYA DISEBUT HADIAH.... MUNGKIN KEADILAN PULA DIKATAKAN SUMBANGAN MANAKALA DAP BARANGKALI CENDERAMATA AGAKNYA... BALIK-BALIK UMNO JUGA YANG TERPALIT "KOTORAN" p/s:::baca lagi disini

Thursday, May 07, 2009

MAHU MENGETAHUI LAGI

SESIAPA YG NAK TAHU BANYAK LAGI TENTANG PERSIDANGAN DUN NEGRI PERAK BOLEH KLIK LINK BAWAH INI: 1) http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/05/provokasi-murahan-adun-dap-koyak-baju.html 2) http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/05/update-gambar-dun-perak.html 3) http://brojinggo.blogspot.com/ dan banyak lagi...korang tgok jer link blogger lain yang ader dalm blog-blog ni

DULU JAWATAN KEMUDIAN KERETA SEKARANG KERUSI

Macam cerita menarik tentang negeri tempat kelahiran hamba ini...selepas satu kekecohan...timbul satu kekecohan pulak...pening kepala hamba...jika tak nak ambik pusing hamba akan jadi orang buta fakta dan isu semasa...bila dah ambik pusing hal-hal macam ni...nak jer hamba pergi jumpa siva dan smack down die dari jambatan Sg Perak...serta rendam Si Nizar dalam Sg Perak tu biar hilang semua karat-karat daki die dan hayunkan khayalan die ikut aliran Sg Perak...tp benda ni tetap menjadi kebimbangan aku sebenarnya...aku bimbang Sg Perak pun tak nak terima mereka ni... Tapi ape boleh buat...hamba ni hanyalah rakyat...nk bersuara susah...lagikan setiausaha dewan pun kena halau dek kuasa yang menggila..dengan alasan hanya kakitangan kerajaan...abis sedarkah wakil rakyat Pakatan ni yang diorang ni hamba rakyat...bekerja untuk rakyat...bukan sebab kuasa dan kerusi empuk yang diduduki...ini la manusia...bila keenakan sudah dinikmati...bila kepentingan diri sudah menggila...tanggungjawab rakyat entah dimana... Bila rakyat sudah tidak mahukan Pakatan memerintah so apa yang ditunggu lagi...selama ini bukan main lagi melaungkan slogan "Suara Rakyat...Suara Keramat"...dah tu terima la hakikat bhawa suara keramat PRU 12 dahulu telah bertukar anginnya...sekarang suara keramat itu muncul dari BN...So laungkan la Suara Keramat Pakatan tu masa PRU 13...itu pun kalau ada yang bersuara la...takut semua dah jadi bacul jer... Dulu yang menjadi kecoh bab nak calon MB...maklumla DAP menang besar kat Perak...so apa lagi kecoh la nk letak calon MB dari DAP...tup tup Si Nizar naik jadi MB...Adun Pas ni last jadi MB sebab peruntukan Undang2 Tubuh Negeri...merasa la Nizar kerusi empuk MB di usia muda...tapi takut DAP memberontak so Nizar pun lantik la orang2 kuat kanannya dari DAP...apa lagi jadi boneka kuda kayu la kena tunggang dek DAP ni...abis tergadai tanah melayu yang ada kat Perak... Bila sudah kuasa menggila rakyat ditolak tepi...cakap bukan main gegar sayangkan negara...laung ketuanan rakyat...bila sebut ketuanan rakyat mesti la rakyat Malaysia...Tanah Air mestila Malaysia...aper jua Malaysia diutamakan...tapi demi keselesaan dan nak tunjuk hebat...tukar kereta buatan Malaysia yang selama ini digunakan dengan kereta Toyota Camry...untuk apa semua ini...kalau betul ketuanan rakyat...duit yang digunakan untuk beli Tayota tu boleh guna untuk baiki surau...masjid...tahfiz...or umah ibadat lain...pakai la mana yang ada...cakap amal kesederhanaan...nak tunjuk baik potongan elaun MB la...elaun exco la...macm2 lain sebb nak tutp bab aliran duit kuar beli kereta...rakyat nampak cantik jer... Bila kuasa menggila lagi...Sultan sendiri diderhakai...sebabnya dah hilang semua jawatan MB dan exco...macam mana nak bgi projek kat adik2 nanti...dah tak boleh nak naik Camry lagi...kereta pun kena pandu sendiri...trafik pengiring pun dah abis berbakti...hilang la keistimewaan diri...malu la dengan shabat senegeri dan separti...so apa lagi jom kita derhaka sultan sendiri janji mereka mendapat kepentngan diri... Bila kuasa menggila babi...biar tak dapat jadi MB...asal boleh duduk kat kerusi MB dalam dewan DUN nanti...itu pun jadi...aduhi geli hati hamba ini...ada MB yang begitu dan Speaker begini...sampai kena usung kuar dewan supaya Raja Nazrin boleh merasmikan persidangan yang rasmi...yang lagi kelakar dan menggaru hati...ketika diusung kerusi pun dia angkat sekali...memang betul gilakan jawatan dan kerusi.... hamba hanya mampu mecoret...kerana hamba rakyat sultan yang suka memerhati dan menilai baik buruk diri...

Related Posts with Thumbnails