Sunday, January 31, 2010

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Menipu demi meraih Sokongan

Wah....hebat juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya ni...Mungkin sebab pangkat yang disandang tu terlalu hebat maka dosa menipu tu boleh terhapus serta merta barangkali....
cuma satu jer hamba nak beritahu...kepada Saudara Presiden, Shazni Munir...jangan terlalu lancar sangat menuturkan kata-kata untuk jadi penulisan di akhbar-akhbar....buruk padahnya...Budak Penggerak dah mula meluat dengan awak...ni awak tambah lagi kemeluatan mereka terhadap awak dengan kenyataan BODOH dan SAMPAH awak dalam harian Metro semata-mata nak meraih sokongan Mahasiswa UM untuk bersama awak dalam bantahan E-voting....
Jangan nak babitkan Penggerak Mahasiswa dalam hal bantahan E-Voting ini...Penggerak Mahasiswa tidak campur tangan dalam urusan bantahan ini sebagaimana kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh Shazni Munir...
Ingatlah awak tu budak pengajian islam...lebih islam daripada hamba...solat pun tak tinggal...tapi sayang terpalit juga sedikit dosa menipu...jangan jadi hamba ALLAH yang munafik...Cakap perjuang Islam tetapi budaya menipu tak pernah hilang dari mulut.... Ini kenyataan balas yahg telah dikirimkan kepada hamba untuk tatapan semua agar tidak lagi terjebak dengan penipuan PMIUM....

MENJAWAB KEMBALI KENYATAAN AKHBAR YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH HARIAN METRO PADA 30/1/2010

Penggerak Mahasiswa ingin menjawab segala tuduhan yang telah dikeluarkan oleh pihak pro-mahasiswa melalui Presiden Mahasiswa Islam UM, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata bantahan itu adalah kerjasama antara Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa yang meragui ketelusan dan kelancaran sistem terbabit.

Penggerak Mahasiswa tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak pro-mahasiswa untuk membantah e-voting. Pihak Penggerak Mahasiswa tetap berpegang pada pendirian bahawa jika sistem e-voting ini telus kami akan terus penyokong sistem e-voting ini.

Bantahan terhadap sistem e-voting ini bermula kencang apabila keputusan pilihan raya kampus um yang sepatutnya diumumkan pada 28/1/2010 terpaksa ditangguhkan kepada keesokkan harinya pada jam 10.00 pagi. Cik Fakhriatul Azhan salah seorang pegawai yang terlibat dalam jawatankuasa bantahan membuat pengumuman itu dihadapan para penyokong Penggerak Mahasiswa dan Pro Mahasiswa.

Namun,pihak Pro-Mahasiswa kelihatan tidak dapat menerima keputusan itu lalu bermulalah kekacauan dan kekecohan yang telah ditimbulkan oleh para penyokong pro-mahasiswa. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Zulkifli telah berjumpa dengan pimpinan Pro-Mahasiswa iaitu Shafie Hashim, Shazni Munir dan Aizat Salleh untuk meminta mereka menenangkan anak-anak buah mereka.namun kelihatan mereka tidak mampu untuk mengawal anak-anak buah mereka ini.

Ketua jentera Penggerak Mahasiswa seterusnya memberitahu bahawa kita juga tidak berpuas hati jika keputusan pilihan raya kampus itu diumumkan pada keesokkan harinya. Selepas itu pimpinan Pro-Mahasiswa meminta kepada Mohd Asri untuk menghubungi Fahmi Adilah iaitu Pengerusi Penggerak Mahasiswa untuk bersama-sama mereka berjumpa dengan Datuk Naib Canselor meminta penjelasan mengenai perkara itu.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya pimpinan Pro-Mahasiswa telah mungkir janji dan menidakkan persetujuan mereka tadi bersama pimpinan Penggerak Mahasiswa untuk bertemu Datuk Naib Canselor bersama-sama.malahan mereka membenarkan para penyokong mereka untuk merempuh dan membuat rusuhan di pejabat Datuk Naib Canselor. Ketua Penggerak Mahasiswa iaitu Mohd Asri Bin Zulkifli telah ditolak oleh para penyokong Pro-Mahasiswa serta ditunjukkan penumbuk ke mukanya oleh beberapa penyokong tegar Pro-Mahasiswa ini ketika cuba menghalang penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa ini merempuh pejabat Datuk Naib Canselor.

melihat keadaan itu para penyokong Penggerak Mahasiwa juga berang dengan tindakan biadab mereka ini lalu turut bersama-sama menghalang para penyokong pro-mahasiswa ini daripada merempuh pejabat Datuk Naib Canselor. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi keadaan ini dapat dikawal apabila pengawal-pengawal keselamatan um sampai bersama polis kor suksis. Mohd Asri telah menenangkan jentera Penggerak Mahasiswa dan meminta supaya semua jentera Penggerak Mahasiswa berundur untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini belaku.

Usaha pihak Pro-Mahasiswa untuk berjumpa Datuk NC hanya sia-sia kerana sebenarnya Datuk NC tiada dipejabatnya ketika itu. Seterusnya Shazni Munir memberitahu kepada para penyokongnya bahawa Penggerak Mahasiswa bersetuju untuk bersama-sama mereka menentang e-voting walaupun tiada kenyataan langsung yang dikeluarkan oleh pimpinan Penggerak Mahasiswa sama ada Mohd Asri dan Fahmi Adilah kerana ketika itu mereka hanya mahu berjumpa dengan Datuk Vc untuk meminta penjelasan bukannya mahu berkerjasama dengan Pro-Mahasiswa untuk menentang dan membantah e-voting. Kenyataan telah dimanipulasikan oleh pimpinan Pro-Mahasiswa dan mereka telah mengeluarkan kenyataan yang salah dan bertentangan.

Shazni Munir juga berkata kepada para penyokongnya bahawa mereka akan membuang baju dan pakaian Pro-Mahasiswa dan meminta Penggerak Mahasiswa juga menanggalkan baju dan pakaian Penggerak Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.tetapi perkara sebaliknya berlaku kerana mereka terus menggunakan pakaian serta baju Pro-Mahasiswa untuk membantah sistem e-voting ini.perkara ini dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tiada kerjasama langsung antara pihak Pro-Mahasiswa dengan Penggerak Mahasiswa . Jika ada kerjasama sudah tentu pihak penggerak mahasiswa akan berada bersama-sama mereka. Malahan mereka sendiri yang menolak Penggerak Mahasiswa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir ini perlu dijelaskan dengan segera kerana kenyataan itu merupakan suatu fitnah kepada barisan Penggerak Mahasiswa.

Penjelasan Mengenai Perjumpaan Dengan NC (Menjawab penipuan oleh Shazni Munir mengenai keyataan Datuk NC)

Shazni berkata, dua resolusi dicapai hasil perbincangan dengan Naib Canselor UM, Datuk Dr Ghauth Jasmon yang berakhir jam 5.30 petang, semalam. Menurutnya, antara resolusi yang dicapai adalah siasatan yang akan dilakukan Terhadap Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris dan proses pengundian akan dilakukan semula.

“pilihan raya kampus secara manual akan dijalankan semula selepas siasatan ke atas TNC HEPA dan kemungkinan mengambil masa untuk dilaksanakan``

Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Shazni Munir di sini juga BERCANGGAH dengan kenyataan Datuk NC sendiri. Ketua jentera Penggerak Mahasiswa Mohd Asri Bin Zulkifli telah pergi berjumpa sendiri Datuk Naib Canselor pada jam 6.30 petang kerana mahu meminta penjelasan sendiri daripada Datuk Naib Canselor mengenai hal dan perkara itu.

Datuk Naib Canselor memberitahu kepada Mohd Asri bahawa beliau meminta pihak Pro-Mahasiswa mengemukakan bukti kepada beliau mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam sistem e-voting. Beliau juga meminta pihak Pro Mahasiswa untuk mengemukakan bukti secara kukuh jika pengendali sistem ini telah membuat penipuan serta membenarkan pihak Pro-Mahasiswa untuk melantik IT Consulton yang mereka percayai untuk menyiasat ketelusan sistem e-voting ini.3 perkara ini telah dijelaskan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri.

Mohd Asri juga bertanya adakah pilihan raya akan diadakan semula dan adakah sistem manual akan dilaksanakan. Datuk Naib Canselor menjawab sistem e-voting ini akan terus dilaksanakan setelah melihat kepada bukti-bukti yang kukuh daripada pihak Pro-Mahasiswa dibahagian mana sistem ini tidak telus dan Datuk NC akan memperbaiki sistem e-voting ini.namun begitu Datuk Naib Canselor menyatakan jika masa untuk membaiki sistem e-voting itu mengambil masa selama 3 bulan maka sistem manual terpaksa dijalankan. Inilah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor kepada Mohd Asri B Zulkifli ketua jentera Penggerak Mahasiswa. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Shazni Munir sememangnya bertentangan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Naib Canselor sendiri.

P/S: jika dibaca kenyataan ini bukan sahaja terdapat pembohongan kerjasama tersebut malahan terdapat juga pembohongan dari segi kenyataan Datuk NC yang telah diputarbelit....Cukup-cukuplah menipu...dengar kata flyer mengenai perkara ini juga telag bertabur disekitar UM....Habislah budak UM ni diperbodohkan oleh Shazni Munir sorang ni....

Saturday, January 30, 2010

MANUAL vs E-VOTING

Salam...pening kepala otak aku memikirkan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa (ProM) ni...Adakah perjuangan mereka untuk kebajikan mahasiswa atau perjuangan untuk mendapat kerusi MPMUM...Jika dilihat daripada gelagat mereka yang dapat hamba simpulkan mereka ini berjuang untuk mendapatkan kerusi MPMUM sahaja...itu agenda penting mereka....Hari ini di UM mereka melakukan demontrasi kerana tidak dapat menerima kekalahan pada Pilihan raya kampus (PRK) kali ini...Hamba yang mengikuti perjalanan PRK ini telah menjangkakan yang situasi ini akan berlaku berdasarkan pengalaman hamba....Tapi kesian kepada adik2 junior ProM ini...mungkin mereka ini hanya mengikut sahaja...mereka mungkin tidak tahu cerita disebalik layar kejadian ini...mereka mungkin tidak diceritakan tentang sejarah lampau mengenai ProM atau dulu dikenali Gagasan...
Tak apa biar hamba rungkaikan sedikit sejarah lampau buat bacaan adik-adik terutamanya yang berada di sebelah ProM...jika tidak yakin dengan cerita ini boleh email dan hamba akan jelaskan sejelasnya nanti...
Pertama kali hamba menjejakkan kaki di bumi Universiti Malaya...hamba didedahkan dengan pentas arena politik kampus...dan itulah kali pertama hamba mengundi...dan sistem yang digunapakai adalah manual...kita kena memangkah di atas kertas...sekarang ini kita kena klik sahaja...memang tidak sia-sia tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia...
Yang menjadi persoalan sekarang kenapa ProM ini tidak suka kepada e-voting...Hamba ingin bertanya adakah betul ProM tidak suka kepada e-voting kerana ketidak telusan yang dibangkitkan....atau kerana mereka mengalami kekalahan??? Jika disebabkan ketidaktelusan hamba rasa tidak...kerana semua sedia maklum bahawa ProM bukan sahaja di UM tetapi di semua universiti....malah sudah ada ProM Nasional...Jadi kenapa hanya di UM sahaja yang dipersoalkan ketelusan e-voting ini...Di UMT bagaimana pula??? ohh..di UMT ProM yang menang....dek kerana itulah hamba cakap mereka tidak suka e-voting sebab mereka sudah menjangka yang kekalahan pasti akan kepada mereka ditambah pula dengan kegagalan MPMUM menjaga kebajikan mahasiswa UM...
Bagi adik-adik junior yang baru tahun pertama ni, mungkin pada mereka sistem manual lagi baik...malah turut juga digunapakai dalam pilihanraya Umum negara....TETAPI adik-adik kita mungkin tidak pernah mendapat cerita bahawa sistem manual ini juga pernah dibantah oleh abang-abang dan kakak-kakak seniornya dahulu...kerana abang dan kakak senior dia membantah...sebab mereka kalah dalam PRK...cuma pada tahun lepas tidak ada sebarang demontrasi yang terjadi kerana mereka iaitu ProM yang memenangi kerusi MPMUM...Maka adik-adik junior ketika itu yang kini sudah bergelar senior di tahun DUA merasakan diri mereka cukup hebat...MANAKALA abang dan kakak di tahun tiga pula menyorok sejarah ini supaya adik-adik tahun pertama tidak menyedari hal ini...
Bagi hamba yang sudah lama dalam UM ini, insyaallah hamba sudah boleh "menari mengikut rentak yang ProM alunkan"...Sebab itu hamba merasakan Perjuangan sebenar ProM adalah perjuangan mendapatkan kerusi MPMUM semata-mata...

Wednesday, January 27, 2010

ProMahasiswa Amalkan Demokrasi Rimba.....

Salam...nampaknya bukan main hebat suasana Politik Kampus di Universiti Malaya apabila menjelang Pilihan Raya Kampus(PRK) yang akan diadakan esok...Tarikh 28 Januari 2010 akan menjadi titik tolak segalanya...tetapi yang menarik dan agak seronok hendak diperkatakan adalah mengenai laungan "DEMOKRASI" yang menjadi sebutan di mulut pemimpin serta anak buah ProMahasiswa hanya kerana pada hemah mereka Universiti Malaya tidak demokrasi. Antara sebab musababnya dalam PRK kali ini Universiti Malaya menggunakan E-Voting...dan pihak ProMahasiswa terus menjaja bahawa sistem ini tidak demokrasi...
Persoalannya adakah demokrasi cara mengundi(E-voting) sahaja yang perlu diambil berat sehingga dibawa ceritanya ke hadapan Sogo...dilaungkan disana supaya seluruh rakyat Kuala Lumpur tahu perkara tersebut...Bagaimana pula "Demokrasi" semasa berkempen...Apakah dengan memotong kain rentang calon Penggerak Mahasiswa supaya Mahasiswa Universiti Malaya tidak dapat mengenali siapakah calon Penggerak Mahasiswa dinamakan "Demokrasi"???? Jika benar mahukan Demokrasi maka biarlah kain rentang itu tersergam dan boleh ditatap oleh rakyat Universiti Malaya...
Kenapa hamba berbicara mengenai ini??? Kerana kejadian yang berlaku pada dingin subuh tanggal 27 Januari 2010...Hamba mendapat maklumat dan khabar berita ini melalui adik-adik junior hamba yang sudi berkongsi cerita bersama hamba tentang PRK di UM...Apa yang terjadi pada hari tersebut...Seperti dicerita kepada hamba, pada pagi menjelang subuh itu, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka Briged Putera (bedasarkan pada pakaian mereka), telah menyerbu ke kem jentera Penggerak Mahasiswa yang ketika itu sedang berehat kerana letih menaikkan kain rentang calon menggantikan kain rentang yang telah dicuri oleh ProMahasiswa....Dengan gaya yang kurang sopan maklumlah hati tengah marah, Team Briged Putera ini terus memarahi dan menuduh jentera Penggerak Mahasiswa telah mencuri kain rentang calon Pro Mahasiswa yang digantung...mendengar sahaja cerita ini, hamba terus ketawa sekuatnya bukan kerana gembira tetapi lucu dengan tindakkan bodoh team Briged Putera...
Kenapa hamba mengatakan ianya tindakan bodoh????
Mana tidaknya mereka datang terus bertanya kenapa jentera Penggerak Mahasiswa mencuri @ memotong kain rentang calon ProMahasiswa...Wahal tindakan yang mencuri @ memotong kain rentang ini dimulakan terlebih dahulu oleh team Briged Putera ProM sendiri...Jentera Penggerak Mahasiswa hanya menuruti apa yang dilakukan oleh mereka supaya ianya menjadi adil...Adalah menjadi tindakan bodohlah mencari pasal dengan keadaan yang mereka mulakan dahulu...Akhirnya team Briged Putera terpaksa akur dan meninggalkan kem jentera Penggerak Mahasiswa kerana menyedari kesilapan mereka mereka...Kan dah dapat malu yang amat besar...itulah orang pulau pinang selalu berpesan "kalau nak langgaq tembok, pakailah Helmet"...
Adakah ini demokrasi???
Menghalang hak orang lain untuk mendapatkan haknya....Adakah ini demokrasi???
setiap calon berhak untuk mengantung kain rentang mereka di mana jua kawasan UM sepanjang PRK ini asalkan mendapatkan tandatangan kebenaran daripada Jawatan Kuasa Pemilihan MPM @ SPR....itu sahaja syaratnya...Jadi kenapa ProM menidakkan hak calon yang telah mendapat kebenaran untuk menggantung kain rentang mereka...Kenapa begitu rajin hendak membantu calon menurunkan kain rentang mereka sebelum sampai tempoh membersihkan kawasan pilihan raya....
Dan Persoalan Pokoknya ???
  1. ADAKAH INI DIKATAKAN DEMOKRASI?????
  2. ADAKAH DEMOKRASI HANYA TERLETAK PADA CARA UNDI DIBUAT SAMADA MELALUI MANUAL @ E-VOTING

Wednesday, January 13, 2010

Siapa yang Provok????? ermm....

Salam...agak kurang tenang keadaan negara Malaysia sejak akhir-akhir ini...Dek kerana kelulusan Mahkamah mengenai penggunaan "Allah" untuk kristian...Kita mendengar sudah beberapa buah gereja telah dibom dan dibakar....Siapa yang kita hendak tudingkan jari kurniaan ALLAH ini untuk bertanggungjawab...Umat islam atau parti politik????
Tetapi yang menarik perhatian hamba ketika menghadiri satu forum yang membincangkan isu ini yang dianjurkan oleh para mahasiswa sebuah universiti tempatan di Lembah Klang yang membariskan ahli panel yang cukup gah nama mereka di negara kita...antaranya YB Khalid Samad, Saudara Eddin Khoo, Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Dr Azwira A.Aziz, Dr. Khalif Muamar, Saudara Hasmi Hashim...
Yang menariknya, adalah kenyataan daripada YB Khalid Samad sorang ini....apa kenyataan beliau???...ini bunyi kenyataan beliau "UMNO yang buat provokasi ini'....terkejut juga hamba mendengarnya...bukan kerana tuduhan beliau terhadap UMNO...tetapi kenyataan beliau yang begitu mudah dilafazkan dan diletakkan kesalahan tersebut terhadap UMNO....bergegar dewan dengan tepukan hadirin yang mendengar keyataan tersebut....Apa bukti yang munasabah untuk kita menuding kesalahan ini kepada UMNO sehingga kepada berlakunya pengeboman gereja ini....Pada hamba kenyataan YB Khalid Samad itu juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk PROVOKASI untuk membawa pandangan rakyat untuk menyalahkan UMNO terhadap isu ini....
Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras sepatutnya kita rasional dalam menilai peristiwa pengeboman gereja ini...Dan jika kita ini ingin berpolitik sekalipun kita harus menggunakan pemikiran yang rasional untuk menilai sesuatu....KENAPA??? Dalam hal ini kita tidak boleh menuding salah siapa...Apa yang penting biarkan pihak yang sepatutnya menjalankan siasatan untuk mncari siapa yang bertanggungjawab...tapi apa yang terjadi YB Khalid Samad cuba mencari peluang dan ruang untuk menjaja nama UMNO sebagai dalang kepada kekecohan ini....
KERANA APA????
Ada beberapa kemungkinan yang pada hamba menyebabkan kita selaku rakyat Malaysia ini perlu berfikiran rasioanal untuk tidak menudingkan kesalahan kepada UMNO semata-mata...KENAPA??
  1. Hamba juga tidak menolak kemungkinan juga UMNO melakukan provokasi ini sehingga tercetus kepada pengeboman gereja-gereja ini...
  2. tetapi kita juga tidak boleh menolak kemungkinan yang melakukan provokasi ini juga boleh jadi melibatkan pihak PKR, DAP atau PAS sendiri...dalam keadaan yang "hangat" dengan isu penggunaan nama ALLAH berkemungkinan PKR, DAP dan PAS juga melakukan provokasi terhadap ahlinya untuk melakukan pengeboman terhadap gereja-gereja...dan perbuatan mereka ini akan ditutupi dengan "menjaja" nama UMNO...kerana kita sering membaca di dada-dada akhbar yang ramai bangun menentang isu ini adalah ahli-ahli UMNO...jadi PKR, DAP dan PAS mengambil peluang ini untuk menambahkan keburukan terhadap UMNO dengan menuduh UMNO sebagai dalang utama....
  3. Malah kita juga tidak boleh kemungkinan peristiwa pengeboman gereja ini juga mungkin dilakukan oleh orang bukan islam sendiri....
  4. dan ditolak kemungkinan yang melakukan pengeboman ini juga adalah orang islam sendiri sebagai satu amaran...

Kita sendiri dapat melihat sendiri beberapa kemungkinan yang ada terhadap pengeboman gereja ini...Jadi siapa yang kita hendak tuduh???

Oleh itu atas dasar apa pula YB Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menuduh UMNO menjadi dalang kepada provokasi ini...Malah hamba juga boleh meletakkan kemungkinan yang mengeluarkan arahan untuk mengeboman gereja ini atau melakukan provokasi ini adalah YB Khalid Samad sendiri berikutan kenyataan beliau yang seolah-olah ingin menutup sesuatu yang telah dilakukan berikutan kenyataan beliau pada malam itu...Jadi persoalan hamba "atas sebab musabab apa pula Khalid Samad meletakkan nama UMNO sebagai dalang provokasi ini sehingga berlaku peristiwa yang kita tidak jangka sama sekali boleh berlaku".......

Tuesday, January 05, 2010

Baru Nak Bersuara ker Wahai Nik Aziz??? Agenda Politik ape ni...Islam ker Peribadi

Setelah sekian lama masyarakat islam dok kecoh hal penggunaan nama Allah untuk pengeluaran Herald sebuah akbar mingguan Kristian, Baru hari ini Nik Ajis seorang ini nak bersuara tentang pendirian beliau yang menyatakan HARAM bagi penggunaan nama ALLAH untuk agama lain kerana takut mengelirukan... Alamak kenapa sekarang baru nak buka mulut...Wahal perkara ini sudah diperjuangkan oleh orang ramai...Bukan Nik Ajis tak tahu siapa yang menyokong penggunaan nama ALLAH ini untuk agama kristian...rakan perjuangan Nik Ajis sendiri...Anak Buah dalam Parti Islam Semalaysia sendiri..kenapa tidak dipanggil menggadap dan di dakwah supaya terbuka pintu hati... Kenapa selepas Mahkamah memutuskan kebenaran penggunaan perkataan ALLAH untuk kristian baru Nik Ajis nak bersuara...Kenapa selepas penat menteri KDN dan menteri serta ahli Parlimen BN dan beberapa ahli Parlimen pembangkang seperti Taib Azamuddin berterlagah di dalam Parlimen membetulkan hati Khalid Samad serta rakannya mengenai penggunaan nama ALLAH ini, baru Nik Ajis bersuara...Kenapa tunggu sehingga rakyat Malaysia ini bersuara memberi mesej amaran, baru Nik Ajis nak buka mulut... Persoalannya kenapa Nik Ajis tidak memanggil kedua-dua ahli Parlimen ini (Kuala Selangor dan Shah Alam) untuk membetulkan fahaman mereka tentang perkara ini...Apa sekarang baru nak tunjuk diri yang memang ulama yang memperjuangkan Islam...begini sikap pemimpin pejuang islam...hanya melihat kepincangan anak buah dalam hal ini...bila sudah menjadi parah baru hendak bersuara gagah... Dulu bila diaju mengenai orang bukan islam membaca al quran pun Nik Ajis cakap tak mengapa...wahal persoalan yang timbul atas dasar apa mereka membaca...ingin mendekati agama islam atau mahu memancing undi orang islam....Dan hari ini ada orang melayu islam yang memperjudikan islam untuk mendapatkan sokongan orang bukan islam kenapa Nik Ajis tidak bertindak tegas...Dan kenapa baru sekarang nik ajis bersuara tak kala orang islam lain sudah melaungkan mesej amaran...sebab hendak menunjukkan kreadibilti sebagai ulamak ker...atau takut penyokong PAS lari....

Friday, January 01, 2010

Tahun Baru yang Gelap??? Mana Lagi Hina???Pelacuran Gadis Jalang dgn Pelacuran Agama???

Tahniah Hamba Ucapkan kepada Khalid Samad yang telah berjaya menjadi "bapak ayam" yang maha agung pada tahun ini...bukan kerana berjaya melacurkan anak gadis atau janda serta isteri orang...tetapi berjaya melacurkan Agama Islam sehingga ke tahap yang barai sebegini rupa...
"Bapak Ayam" ini telah berjaya menggembirakan seluruh pimpinan agama kristian di Malaysia khasnya dengan perjuangan si "bapak ayam" ini bermula 28 Mac 2009 dan dengan lancangnya mulutnya melacurkan perkataan "ALLAH" untuk digunakan di gereja-gereja...
BAGUS dan Tahniah....dalam keadaan yang serba hebat ini tanpa menggunakan perkataan ALLAH sudah ramai di luar sana yang murtad dan terpesong akidahnya ini kan pulak dengan membaca artikel yang ada nama ALLAH tetapi ajarannya adalah kristian...Fikirkan lah bersama...
Hamba ucapkan "TAHNIAH" sekali lagi kepada Khalid Samad dan mereka yang bersama-sama menyokong "bapak ayam" ini serta perjuangan "murni" parti "bapak ayam" ini...maknanya betullah perjuangan mereka....memberikan "KEADILAN" kepada semua rakyat di Malaysia....
Dimana BAR Council yang dok sibuk memberi kempen perlembagaan kepada rakyat supaya rakyat faham apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan....Oh hamba lupa mereka juga bersama-sama barisan ini menyokong tindakan "bapak Ayam" ini...patut tidak ada bunyi mengenai perkara 3 dalam Perlembagaan....Islam adalah agama bagi persekutuan...tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan "aman dan damai" dimana-mana bahagian persekutuan....APA MAKSUD "AMAN DAN DAMAI"????
Terfikirkah kita bertapa sukarnya datuk nenek moyang kita menarik hidung orang putih untuk tunduk memberi persetujuan untuk memasukkan perkara 3 ini dalam perlembagaan...Untuk siapa dibuat sebegini rupa...dan kenapa dimasukkan perkara 3 ini...dan kenapa ditulis " AMAN & DAMAI"
Tetapi hari ini ada cicitnya yang menjadi "bapak ayam" paling hebat kerana berjaya melacurkan kemurnian agama islam yang telah dibela selama ini dengan hanya kerana sokongan dan kuasa....ini baru dalam Artikel dalam surat khabar minggu katolik...PASNI Khalid berjuang la pulak nak letak nama ALLAH kat muka pintu depan gereja.... BACA DISINI JUGA:
  1. http://sejarahmelayu.blogspot.com/2009/12/hadiah-tahun-2010-oleh-pas-dan-anwar.html
  2. http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/12/tolong-hantar-aku-masuk-parlimen-pada.html
  3. http://taipingmali.blogspot.com/2009/12/penutup-2009-kekalahan-untuk-umat-islam.html
  4. http://www.pisau.net/2009/12/pas-khalid-samad-nama-allah.html?
  5. http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/12/edisi-akhir-tahun-gerhana-bulan-kepada.html
  6. http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/12/perkataan-allah-cerita-dari-mahkamah.html

Related Posts with Thumbnails