Wednesday, January 13, 2010

Siapa yang Provok????? ermm....

Salam...agak kurang tenang keadaan negara Malaysia sejak akhir-akhir ini...Dek kerana kelulusan Mahkamah mengenai penggunaan "Allah" untuk kristian...Kita mendengar sudah beberapa buah gereja telah dibom dan dibakar....Siapa yang kita hendak tudingkan jari kurniaan ALLAH ini untuk bertanggungjawab...Umat islam atau parti politik????
Tetapi yang menarik perhatian hamba ketika menghadiri satu forum yang membincangkan isu ini yang dianjurkan oleh para mahasiswa sebuah universiti tempatan di Lembah Klang yang membariskan ahli panel yang cukup gah nama mereka di negara kita...antaranya YB Khalid Samad, Saudara Eddin Khoo, Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Dr Azwira A.Aziz, Dr. Khalif Muamar, Saudara Hasmi Hashim...
Yang menariknya, adalah kenyataan daripada YB Khalid Samad sorang ini....apa kenyataan beliau???...ini bunyi kenyataan beliau "UMNO yang buat provokasi ini'....terkejut juga hamba mendengarnya...bukan kerana tuduhan beliau terhadap UMNO...tetapi kenyataan beliau yang begitu mudah dilafazkan dan diletakkan kesalahan tersebut terhadap UMNO....bergegar dewan dengan tepukan hadirin yang mendengar keyataan tersebut....Apa bukti yang munasabah untuk kita menuding kesalahan ini kepada UMNO sehingga kepada berlakunya pengeboman gereja ini....Pada hamba kenyataan YB Khalid Samad itu juga boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk PROVOKASI untuk membawa pandangan rakyat untuk menyalahkan UMNO terhadap isu ini....
Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras sepatutnya kita rasional dalam menilai peristiwa pengeboman gereja ini...Dan jika kita ini ingin berpolitik sekalipun kita harus menggunakan pemikiran yang rasional untuk menilai sesuatu....KENAPA??? Dalam hal ini kita tidak boleh menuding salah siapa...Apa yang penting biarkan pihak yang sepatutnya menjalankan siasatan untuk mncari siapa yang bertanggungjawab...tapi apa yang terjadi YB Khalid Samad cuba mencari peluang dan ruang untuk menjaja nama UMNO sebagai dalang kepada kekecohan ini....
KERANA APA????
Ada beberapa kemungkinan yang pada hamba menyebabkan kita selaku rakyat Malaysia ini perlu berfikiran rasioanal untuk tidak menudingkan kesalahan kepada UMNO semata-mata...KENAPA??
  1. Hamba juga tidak menolak kemungkinan juga UMNO melakukan provokasi ini sehingga tercetus kepada pengeboman gereja-gereja ini...
  2. tetapi kita juga tidak boleh menolak kemungkinan yang melakukan provokasi ini juga boleh jadi melibatkan pihak PKR, DAP atau PAS sendiri...dalam keadaan yang "hangat" dengan isu penggunaan nama ALLAH berkemungkinan PKR, DAP dan PAS juga melakukan provokasi terhadap ahlinya untuk melakukan pengeboman terhadap gereja-gereja...dan perbuatan mereka ini akan ditutupi dengan "menjaja" nama UMNO...kerana kita sering membaca di dada-dada akhbar yang ramai bangun menentang isu ini adalah ahli-ahli UMNO...jadi PKR, DAP dan PAS mengambil peluang ini untuk menambahkan keburukan terhadap UMNO dengan menuduh UMNO sebagai dalang utama....
  3. Malah kita juga tidak boleh kemungkinan peristiwa pengeboman gereja ini juga mungkin dilakukan oleh orang bukan islam sendiri....
  4. dan ditolak kemungkinan yang melakukan pengeboman ini juga adalah orang islam sendiri sebagai satu amaran...

Kita sendiri dapat melihat sendiri beberapa kemungkinan yang ada terhadap pengeboman gereja ini...Jadi siapa yang kita hendak tuduh???

Oleh itu atas dasar apa pula YB Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menuduh UMNO menjadi dalang kepada provokasi ini...Malah hamba juga boleh meletakkan kemungkinan yang mengeluarkan arahan untuk mengeboman gereja ini atau melakukan provokasi ini adalah YB Khalid Samad sendiri berikutan kenyataan beliau yang seolah-olah ingin menutup sesuatu yang telah dilakukan berikutan kenyataan beliau pada malam itu...Jadi persoalan hamba "atas sebab musabab apa pula Khalid Samad meletakkan nama UMNO sebagai dalang provokasi ini sehingga berlaku peristiwa yang kita tidak jangka sama sekali boleh berlaku".......

1 comments:

MK IV said...

Tuan dijemput menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com, dengan kadar segera untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan diberitahu melalui email. terima kasih

Related Posts with Thumbnails