Monday, August 31, 2009

SALAM KEMERDEKAAN

Hari ini genap la sudah usia 52 tahun kemerdekaan Negara Malaysia...negara kita yang tercinta...lebih memberi nikmat tahun ini kemerdekaan disambut dalam bulan yang penuh kemuliaan...Diharapkan kemerdekaan kali ini akan memberikan sinar yang lebih bermakna kepada rakyat Malaysia dan tanah air...
Hamba teringat bait-bait puisi yang pernah dilafazkan oleh Tun Dr.M satu ketika dahulu..."Mengisi kemerdekaan hari ini lebih mencabar"...agaknya apakah yang cuba disampaikan oleh Tun Dr.M...Hari ini hamba hampir dapat mengungkap apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr.M dari segi pandangan mata kerdil hamba yang dipinjamkan oleh yang Maha Kuasa...
Para perjuang sebelum ini berjuang dengan semangat juang dan keinginan untuk mencapai kebebasan tanah air...Berbekalkan senjata dan semangat segala onak duri ditempuhi untuk mencari pengkhianat tanah air...diburu satu persatu sehingga ke titisan darah terakhir...hanya kerana keMERDEKAan yang dihajati...Musuh yang dikejar ditembak dan ditumpaskan andai tertemu mata...tiada seorang pun dibiarkan sahaja...
Tapi hari ini musuh yang hendak menjajah negara bukan lagi mampu dilihat dengan mata kasar...Kita tanpa sedar telah membiarkan penjajah bentuk baru memasuki negara ini semula..."musuh" ini yang lebih mencabar...malah hari ini kita bukan sahaja cuba dijajah oleh "musuh luar" tetapi juga "pembelot negara" yang kita langsung tidak menyedarinya...Bagi yang menyedari keadaan ini merupakan satu perkara yang baik untuk mengekalkan kemerdekaan...Tetapi bagi rakyat yang masih diseliputi kabus mereka tidak akan menyedari hakikat ini...
Malah bagi mereka yang sedar dan melihat hakikat sebenar dan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan ini akan merasa cabaran untuk mengisi kemerdekaan tersebut...Disebabkan itulah Tun Dr.M mengungkap bait puisi ini "MENGISI KEMERDEKAAN LEBIH MENCABAR" dalam puisinya "PERJUANGAN BELUM SELESAI"...
Hari ini rata-rata penduduk Malaysia tahu erti kemerdekaan...tetapi ramai juga yang tidak mengerti maksud kemerdekaan yang sebenarnya...pada mereka jika negara itu bebas dari anasir luar atau dalam erti kata lain dijajah oleh tentera luar maka ianya ditakrifkan sebagai kemerdekaan...Namun mereka malah hamba sendiri tidak tahu bahawa erti kemerdekaan sebenarnya cukup meluas...
Diharap kemerdekaan tahun ini dapat kita singkapkan dengan lebih luas pengertiannya agar tersemat dihati kita rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan KEMERDEKAAN ini untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang yang bakal menggantikan kita nanti...JANGANLAH KITA MENJADI GENERASI YANG MEWARISKAN "PENJAJAHAN" KEPADA GENERASI AKAN DATANG...JIKA INI BERLAKU NESCAYA KITA AKAN DIHINA KELAK OLEH ANAK CUCU CICIT KITA SENDIRI....

Saturday, August 29, 2009

RENUNGAN SEJENAK

1) KENAPA NIK AZIZ BOLEH TENTUKAN SYURGA ATAU NERAKA SESEORANG...SIAPA DIA???MALAIKAT KER??? 2) HEBAT MANA NIK AZIZ NAK TENTUKAN SYURGA ATAU NERAKA SESEORANG UMAT ISLAM MALAYSIA NI??? NAMA NIK AZIZ TERTULIS DALAM AL-QURAN KE SEBAGAI PENENTU SYURGA ATAU NERAKA SESEORANG??? 3) APAKAH JAMINAN KALAU MENYOKONG PAS BOLEH MASUK SYURGA??? ADA TULIS DALAM AL- QURAN KE??? HABIS MEREKA YANG MENYOKONG PAS TETAPI MASIH TIDAK MENGIKUT AJARAN ISLAM SEBENAR BOLEH MASUK SYURGA JUGAK KER DENGAN HANYA MENYOKONG PERJUANGAN PAS...SAPER YANG NAK BAGI JAMINAN ATAU SYAFAAT....NIK AZIZ KER??? KENAPA HAMBA BERTANYAKAN PERKARA DIATAS??? Mudah sahaja...sepanjang hamba belajar ajaran islam...semua ustaz menyatakan urusan mati hidup dan syurga neraka semuanya "kerja" Allah S.W.T....tiada seorang hambanya pun boleh mengatasi kuasa beliau...jika Allah mengkehendaki seorang hambanya masuk ke syurga maka terjadilah perkara tersebut...pernah diceritakan oleh ustaz hamba ketika di bangku sekolah dulu...bagaimana seorang hamba Allah telah dijanjikan syurga walaupun sepanjang hidupnya beliau tidak taat kepada ajaran islam namun kerana sifat baik hati beliau terhadap seekor binatang maka dijanjikan oleh Allah syurga untuk beliau...Inilah yang dikatakan kuasa Allah S.W.T...lagi satu cerita yang diceritakan...bagaimana seorang bapa yang taat dan patuh kepada ajaran dan perintah islam akhirnya dimasukkan kedalam neraka hanya kerana beliau mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan amanat yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk beliau iaitu isteri dan anaknya... Dek kerana kisah inilah hamba tertanya hebatkah Nik Aziz sehingga boleh menentukan syurga dan neraka seseorang...kenapa?? dalam al quran tertulis nik aziz sebagai penentu syurga neraka untuk seseorang ker??? Mungkin ada di luar sana yang akan melenting dek penulisan hamba...hamba minta maaf...tetapi inilah yang sering bermain di fikiran hamba...kerana dimana-mana sahaja...pasti perkara ini akan dinyatakan dan hamba percaya di Permatang Pasir juga mesti mempunyai kain rentang yang menyatakan "sokong PAS masuk syurga"....Wah senang betul nak masuk syurga...habis mereka di kawasan hamba yang menyokong PAS tetapi masih menjejakkan kaki di kedai judi juga dijaminkan syurga ker??? bukankah judi itu haram??? bagaimana boleh dijamin msuk syurga??? adakah dek kerana menyokong PAS...Matinya seseorang manusia adakah dikafankan dengan bendera PAS....bukankah Allah menyatakan semua hambanya adalah sama ketika dibangkitkan semula di padang mashyar nanti dan yang membezakan mereka adalah amalan yang mereka bawa untuk dihitung masuk ke syurga atau neraka.... Hamba tak tahu sampai bila lagi rakyat Malaysia ini hendak sedar bahawa perjuangan PAS adalah kosong sebenarnya...renungkanlah bersama....

Sunday, August 23, 2009

Lagi ADUN Pakatan Pembangkang Keluar Parti

BH 23/08/09 : Adun Lunas yang juga Exco Kedah, Mohd Radzi Salleh umum keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas...
Begitulah mesej yang hamba perolehi daripada perkhimatan mesej BH...Adun PKR keluar parti lagi...dulu di Perak sekarang di Kedah pula...Adun dari parti yang sama pula...Adakah secara kebetulan atau Adun dari PKR ini sudah tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan Parti Keadilan...
Pada hemat hamba yang jahil tentang politik ni...rasa sudah ada yang tidak kena dengan perjuangan Parti Keadilan ni...dari dalu lagi seawal penubuhan Parti ini ketika itu hamba masih di bangku persekolahan menengah...hamba sudah tertanya tujuan pokok penubuhan Parti Keadilan ini...
Hamba langsung tidak nampak perjuangan yang dikatakan keadilan untuk rakyat...tapi sebenarnya adalah keadilan untuk Anwar Ibrahim al juburi dan Kroni-kroni beliau yang ada dalam UMNO...
Bila sahaja Anwar dipecat dan dibuang dari UMNO...maka hilanglah sumber projek oleh kroni-kroni beliau...maka sibuklah si kroni-kroni beliau menubuhkan KeADILan...ini yang hamba nampak dengan jelas sekali...
KENAPA?????
Jika benar si Anwar ini hendak memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat serta demokrasi di Malaysia ini kenapa bukan dari dulu lagi...beliau sudah lama dalam kerajaan...jika benar banyak sangat penyelewenggan yang dilakukan oleh Tun Dr M...kenapa beliau tidak keluar dari UMNO dan kerajaan kemudian tubuhkan Parti Keadilan...Kenapa perlu tunggu hingga dipecat dari jawatan TPM...sebab dah hilang kuasa dan pengaruh dari kerajaan AS...rasanya AS tetap menyokong Anwar...sebab Anwar adalah ejen AS...Jika dilihat pada tahun 1998 ketika kegawatan ekonomi dunia...apa yang dicadangkan oleh Anwar...pinjam dengan IMF...KENAPA???sebab beliau merupakan salah seorang daripada ahli IMF yang bertanggungjawab untuk memastikan negara-negara dunia meminjam dengan IMF...tgok apa jadi dengan Indonesia...Thailand dan beberapa negara yang termakan pujuk Si Anwar...MALAYSIA???? Hampir shja menerima nasib yang sama...tetapi dek kebijaksanaan TUN Dr M...terselamat genaerasi sekarang dari menanggung hutang dengan IMF...
Hari ini????
Rata-rata kepimpinan dalam Parti Keadilan sudah dapat melihat kebenaran ini...dan sebab itu tak mustahil ada sahaja Ahli Perlimen atau DUN dari PKR yang umum hendak keluar parti dan pakatan pembangkang...KERANA??? mereka telah kembali tersedar bahawa perjuangan mereka hari ini bukan perjuangan rakyat sebenarnya...tetapi perjuangan individu untuk kepentingan Parti dan bukannya rakyat...
Lihat sahaja isu di Pulau Pinang...apa yang terjadi dengan rakyat Kg Buah Pala...merempat di tanah sendiri setelah kerajaan yang sedia ada kemarukan kekayaan dan kuasa...Hamba ingat lagi bagaimana slogan Parti Keadilan dan Pakatan pembngkang..."SUARA RAKYAT ADALAH SUARA KERAMAT"...tetapi di Pulau Pinang "suara rakyat bukan lagi suara keramat"
Dek kerana ini lah Hamba tidak hairan jika seorang demi seorang Ahli Perlimen atau DUN pakatan pembangkang terutamanya mengumumkan keluar daripada parti dan pakatan...pada hamba...baik kita menadah tangan kerana pintu hati perjuangan mereka telah terbuka ke jalan yang benar...
YANG TINGGAL???
Pengikut2 dan penyokong Keadilan....buka lah pintu hati dan kembali pada perjuangan yang sebenar...lihatlah bertapa porak perandanya negara ini dek perbuatan pemimpin pembangkang yang mengidamkan kuasa dan pangkat...sampai bila kita nak melihat negara ini huru-hara....apa inikah yang kita nak wariskan kepada anak cucu kita...terlalu banyak perkara "kotor" yang telah dilakukan oleh PKR dan DAP...sehinggakan mencabar Sultan Melayu dan orang Melayu...ini boleh menyebabkan peristiwa hitam di bumi tercinta ini berulang lagi jika mereka yang menerajui pimpinan pembangkang ini mula hilang rasa hormat dan tamakkan kuasa...sensifviti setengah kaum dan agama telah dibuang ketepi asalkan kemenangan yang diperolehi...
Adakah kita rakyat hendak hidup bermusuhan sesama sendiri...kita merdeka dek keharmonian yang dicapai pemimpin dahulu...tapi hari ini ada mereka2 yang sudah angkuh dan melupai perjuangan pemimpin bangsa terdahulu...
DAN SEKARANG???
inilah masa untuk rakyat Malaysia menolak semua perjuangan peribadi yang hanya memecahbelahkan rakyat Malaysia dan menimbulkan huru-hara di Malaysia...Jika pemimpin yang sedia ada telah MENOLAK pakatan pembangkang dan PKR kenapa kita selaku rakyat dan pengikut tidak melihat ianya sebagai satu "hint" atau petanda bahawa sudah ada yang tidak kena dalam pakatan pembangkang...

Friday, August 21, 2009

BN Vs PAS di Permatang Pasir

Tinggal beberapa hari sahaja lagi rakyat di Permatang Pasir akan turun beramai-ramai untuk memilih wakil mereka di dalam Dun Pulau Pinang..Persoalannya SIAPAkah yang harus dipilih??? Hamba senaraikan beberapa perbandingan untuk kita rakyat Malaysia membantu rakyat Permatang Pasir khasnya untuk memilih wakil mereka... PAS: 1) PAS tidak pernah dihargai oleh DAP (Guan Eng) kerana walau cuma ada 1 kerusi di sini tapi tak dilantik jado EXCO...dan jika perkara ini baru hendak dijanjikan di Permatang Pasir (iaitu jika PAS menang di Permatang Paisr 1 kerusi EXCO diberikan), siapa pulak dalam senarai 10 Exco Pulau Pinang hendak dibuang...Kerana Quata Exco adalah 10 orang... 2) PAS sudah memerintah di Permatang Pasir selama 3 penggal namun tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...jika ada sekalipun ianya lahir daripada Barisan Nasional... 3)Jika Guan Eng seumpama Khalifah UMar Ibnu Aziz (yang sering dijaja oleh Mat Sabu) dan jika dia faham tentang perjuangan Umar, tentu dia sudah memeluk islam...tapi jangan kata nak masuk islam orang-orang DAP termasuk Guan Eng bertambah-tambah menghina islam...apa yang dikatakan kononikut Umar..itu hanyalah kenyataan politik yang menghina martabat islam dan Khalifah Umar... 4) Amar Makruf Nahi Mungkar di Pulau Pinang ini juga hanyalah kempen untuk memenangi undi rakyat dan mainan politik untuk mengaburi strategi licik DAP sahaja...yang pasti judi, arak, pelacuran semakin bertambah... 5) Saleh Man..orang Tasek Gelugor...6 kali bertanding pilihan raya dan semuanya KALAH...tiada jasa di Permatang Pasir...malah ditempat lain pun beliau ditolak oleh rakyat Pulau Pinang...Di Penanti sahaja beliau telah ditolak sebanyak 3 kali oleh rakyat Penanti...KENAPA???mesti ada sebab...adakah rakyat Permatang Pasir pula ingin menadah orang yang telah ditolak ditempat lain.... Barisan Nasional: 1) Hasrat PM untuk selesaikan 6 bidang utama iaitu membenteras jenayah, rasuah, perhebat pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan di Pulau Pinang amnya dan Permatang Pasir khasnya... 2) TPM berjanji untuk jadikan Permatang Pasir sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan jika BN menang.. 3) Jika BN menang maka bertambahlah suara yang akan membela islam dan melayu dalam DUN Pulau Pinang..PAS sudah tidak lagi boleh jadi pembela islam kerana sudah bersekali dengan DAP dan sering menjadi Pak Turut kepada DAP... 4) Calon BN Rohaizat anak tempatan Permatang Pauh...lulusan agama SM Agama Al Manshoor dan UIAM...Profesional muda yang bersama UMNO membantu rakayt Permatang Pauh sejak 1996... 5) Jika rakyat Permatang Pasir merasa "terhutang budi" dengan Anwar Ibrahim...itu semua sudah langsai...kerana Anwar sudah dapat apa yang dihajatinya...maka kini rakyat Permatang Pasir perlu memilih wakil suara meraka yang sebenar pulak...amalkan lah politik yang bijaksana...Anwar dah dapat...sekarang untuk dapatkan pembangunan pulak....

Monday, August 10, 2009

Bila Mana Diri Sudah Dirasa Cukup Hebat dan Mabuk Kuasa

Hari ini satu lagi kecaman telah dilemparkan kepada seorang yang bergelar Ustaz/mereka yang airf tentang ilmu agama...hamba agak terkejut dengan apa yang hamba baca dari penulisan blog-blog sahabat hamba mengenai isu ini...Individu yang dihentam oleh Si Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah rasanya satu Malaysia ini kenal...mungkin belum mencapai taraf Tuan Guru tapi rasanya ilmu agama tentang islam yang dimiliki oleh beliau selepas memeluk islam cukup untuk mengalahkan orang melayu yang dilahirkan sememangnya islam...hamba merujuk kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, yang kini merupakan Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA)...Isu apa yang teruk sangat sehingga Ridhuan Tee ini dihentam???rupanya isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock yang hendak "dihalalkan"... Dek kerana ulasan Ridhuan Tee mengenai isu "Menghalalkan" anak mendiang Teoh Beng Hock begitu teruk beliau dikecam...bukan setakat beliau yang turut terpalit dek kecaman tersebut ialah agama islam dan mereka yang memeluk agama islam...(Baca disini kecaman tersebut) Tak salah rasanya Ridhuan Tee nak mengulas mengenai perkara tersebut...kerana beliau juga berbangsa cina...malah perkara ini satu tanah Malaysia ini tahu...sudah semestinya beliau juga agak arif mengenai adat istiadat, budaya dan kepercayaan orang cina... Dan hamba juga telah bertanya-tanyakan kepada sahabat-sahabat hamba yang berbangsa cina mengenai anak luar nikah ini...mereka juga menyatakan dalam adat budaya orang cina memang menghalang hubungan seks sebelum nikah...habis kenapa si YB Loke Siew Fook ni nak sangat menghalalkan anak luar nikah ini...adakah beliau juga memiliki anak yang berstatus sedemikian...atau untuk menarik perhatian pengundi mengenai kebajikan rakyat kononnya...supaya melihat kerajaan pakatan pembangkang ini bagus dan mementingkan rakyat... Tapi perkara yang ditulis oleh si YB Loke Siew Fook ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan ketentaraman dan perpaduan rakyat Malaysia ini tergugat hanya dek kerana kritikan beliau yang boleh mencetuskan perasan marah dikalangan orang islam khususnya...perkara ini cukup membahayakan negara Malaysia...Adakah ini yang DAP cita-citakan...melihat pergaduhan kaum kembali terjadi di Malaysia...adakah ini agenda politik sebenar DAP...melihat perpaduan yang terjalin selama ini tercalar...Bukankah perkara ini akan menyebabkan negara luar yang berkuasa besar mencampuri urusan pemerintahan negara kelak adaikata negara Malaysia ini menjadi huru-hara dan rakyatnya bergaduh sesama kaum... Bukankah bagus jika kita hidup sepertimana yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita dahulu berteraskan kontrak sosial...hidup hormat menghormati sebagaimana persetujuan Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan dan Tun Tan Ceng Lock...Jika persetujuan yang mereka telah putuskan ini dikhianati oleh anak cucu mereka ketika ini...agak-agak bagaimanakah perasan mereka????mereka bersusah payah memikirkan cara terbaik untuk anak cucu mereka hidup berkongsi di negara ini dengan aman damai serta tanpa pergaduhan yang boleh membawa kepada kemusnahan kemerdekaan yang mereka perjuangkan...hanya dengan menghormati hak masing-masing dan jangan dipersoalkan hak-hak tersebut maka kemerdekaan tercapai... Namun hari ini pelbagai usaha yang dilakukan atas dasar kebajikan dan perjuangan rakyat kononnya...tanpa disedari ianya boleh mengundang kepada perpecahan perpaduan yang selama ini menjadi teras kepada keamanan dan kemerdekaan negara kita... Hari ini kita dihidang lagi dengan usaha-usaha jahat ini yang bertopengkan kepada perjuangan rakyat kononnya...Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua...bila diri berada diatas..terasa diri cukup hebat dan mereka yang berada dibawah dipandang lekeh...dan akhirnya membawa padah bila terjatuh... Sedarlah wahai penduduk Malaysia semua...apa yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR selama ini bukan lagi bertunjangkan kepada perjuangan rakyat tetapi lebih kepada perpecahan dikalangan rakyat Malaysia...bagi mereka yang menyokong DAP dan PKR ini elok rasanya berpatah semula ke jalan yang betul sebelum terlambat... Kenapa hamba berkata sedemikian...merujuk semula kepada Si Loke Siew Fook ni...hamba bukan percaya sepenuhnya kepada penulisan sahabat blog hamba akan meneliti apa yang disampaikan...hamba juga telah melayari laman blog yang dimiliki oleh si Loke Siew Fook ni...http://sjsandteam.wordpress.com...tapi apa yang hamba temui adalah kekecewaan...kerana blog tersebut telah dipadamkan oleh pemiliknya... Ini menyebabkan kekuatan untuk mempercayai berita yang hamba baca meningkat ke tahap semaksima mungkin...manakan tidak...jika beliau tidak bersalah kenapa perlu di"delete" blog tersebut...jika apa yang sempat sahabat hamba ambil dan tulis untuk baca semua itu salah kenapa blog tersebut harus di"delete"...Ini menunjukkan apa yang tertulis dalam blog sahabat hamba yang turut dipetik daripada kenyataan akhbar daripada seorang yang cukup berpengaruh dalam sebuah parti politik yang bersahabat baik dengan PKR adalah TEPAT.... Ini merupakan satu penghinaan yang cukup dahsyat...satu cacian yang boleh menganggu gugat keamanan Malaysia...Tidak berfikirkah pemimpin DAP ini semua....apa yang ingin mereka lihat sebenarnya.... Tepuk Dada....Tanya Hati Anda Sendiri

Monday, August 03, 2009

Lagi Taktik Kotor Anwar

Salam...ermm...huru-hara juga Bandaraya Kuala Lumpur pada 1hb Ogos aritu...lumpuh sebentar aktiviti ekonomi pada tarikh keramat itu...bukan dek kerana ada majlis rasmi atau darurat..tapi dek kerana kegelapan hati dan kebodohan diri mereka yang menjadikan rakyat sebagai mangsa...
Dek kerana ketakutan diri sendiri...beberapa Pemimpin pembangkang telah menggunakan rakyat sebagai senjata terakhir untuk menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan pemerintah hanya disebabkan nafsu mendapatkan jawatan dan kuasa...
Dahulu dan sehingga kini...pemerintah ini telah menanam satu fahaman yang mana pihak polis tidak boleh dipercayai lagi...minda rakyat disogok dengan segala bentuk keburukan yang ada pada polis...yang mana ianya jelas direka-reka untuk memastikan rakyat hilang kepercayaan kepada pihak polis.... Sekarang ini...taktik kotor Anwar untuk menjatuhkan lagi satu badan keselamatan negara nampaknya hampir berhasil sepenuhnya....semenjak kejadian demontrasi Mansuh ISA dilakukan pada 1hb Ogos 2009...pihak FRU banyak mendapat hentaman oleh mereka yang menyokong GMI(gerakan mansuhkan ISA)...sehinggakan ada yang mengatakan pihak FRU ini kejam...Wah hebat juga rekaan cerita si Anwar al Juburi ini sehinggakan FRU dikecam sebegitu hebat... ZALIM sungguh FRU di mata rakyat sekarang ini.... Dari amatan mata yang dikurniakan oleh Allah ini...aku merasakan ada sahaja persamaan diantara kesemua demontrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang...Di mana pada awal permulaan demontrasi ianya kelihatan tenang...bagaimanapun sehingga suatu tahap yang mana kononnya pihak penganjur sudah tidak dapat mengawal lagi kebanjiran rakyat dalam perhimpunan tersebut menyebabkan kekecohan dan keadaan huru-hara...perkara ini yang menyebabkan pihak FRU terpaksa mengambil langkah segera untuk menyuraikan perhimpunan sebagaimana termaktub dalam bidang tugas mereka... Bagaimanapun...ada pihak yang telah mengekplotasikan perkara ini menyebabkan FRU diburuk-burukkan...dilihat seperti kejam terhadap rakyat...Nampaknya taktik kotor Anwar ini menjadi...berjaya membuatkan rakyat bencikan POLIS dan FRU... Pada hamba perhimpunan itu bukan kerana mahukan ISA dimansuhkan...bukan itu niat sebenar Anwar dan pemimpin pembangkang sebenarnya...pada hamba niat sebenar hanya untuk memburukkan pihak Polis dan FRU sahaja... kenapa hamba berbicara sedemikian...ya benar hamba tidak pernah memasuki ISA ataupun penjara...pembaca boleh mempertikaikan hamba...cuma hamba ingin bertanya mereka yang mengikuti perhimpunan tersebut...adakah mereka juga pernah dimasukkan ke dalam ISA...jika tidak kenapa berbicara mengenai "KEKEJAMAN" Akta ISA ini...Pernahkah anda merasai kekejaman ISA tersebut..Betul hamba juga tidak pernah merasainya...bagaimanapun hamba mempunyai individu yang sangat hampir dengan ISA ini...Semua yang hamba dengar tentang kekejaman ISA yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang satu pun tidak benar...apa yang hamba dengar pulak sebaliknya...Disebabkan itulah hamba menyatakan nait sebenar pihak pembangkang bukan untuk memansuhkan ISA sebenarnya...tetapi hanya untuk memburukkan intitusi Keselamatan negara sahaja iaitu polis dan FRU...itu sahaja... Jika kedua-dua pihak keselamatan ini telah diburukkan sehingga rakyat tidak lagi mempercayai polis dan FRU...kepada siapa pula kita selaku rakyat hendak meletakkan kepercayaan tentang keselamatan negara... ADAKAH KEPADA ANWAR AL JUBURI....LIM KIT SIANG....Boleh dipercayaikah mereka ini...pada hamba mereka ini bukan insan yang boleh dipercayai...lebih baik hamba mempercayai pihak polis dan FRU...

Related Posts with Thumbnails