Monday, August 10, 2009

Bila Mana Diri Sudah Dirasa Cukup Hebat dan Mabuk Kuasa

Hari ini satu lagi kecaman telah dilemparkan kepada seorang yang bergelar Ustaz/mereka yang airf tentang ilmu agama...hamba agak terkejut dengan apa yang hamba baca dari penulisan blog-blog sahabat hamba mengenai isu ini...Individu yang dihentam oleh Si Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah rasanya satu Malaysia ini kenal...mungkin belum mencapai taraf Tuan Guru tapi rasanya ilmu agama tentang islam yang dimiliki oleh beliau selepas memeluk islam cukup untuk mengalahkan orang melayu yang dilahirkan sememangnya islam...hamba merujuk kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, yang kini merupakan Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA)...Isu apa yang teruk sangat sehingga Ridhuan Tee ini dihentam???rupanya isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock yang hendak "dihalalkan"... Dek kerana ulasan Ridhuan Tee mengenai isu "Menghalalkan" anak mendiang Teoh Beng Hock begitu teruk beliau dikecam...bukan setakat beliau yang turut terpalit dek kecaman tersebut ialah agama islam dan mereka yang memeluk agama islam...(Baca disini kecaman tersebut) Tak salah rasanya Ridhuan Tee nak mengulas mengenai perkara tersebut...kerana beliau juga berbangsa cina...malah perkara ini satu tanah Malaysia ini tahu...sudah semestinya beliau juga agak arif mengenai adat istiadat, budaya dan kepercayaan orang cina... Dan hamba juga telah bertanya-tanyakan kepada sahabat-sahabat hamba yang berbangsa cina mengenai anak luar nikah ini...mereka juga menyatakan dalam adat budaya orang cina memang menghalang hubungan seks sebelum nikah...habis kenapa si YB Loke Siew Fook ni nak sangat menghalalkan anak luar nikah ini...adakah beliau juga memiliki anak yang berstatus sedemikian...atau untuk menarik perhatian pengundi mengenai kebajikan rakyat kononnya...supaya melihat kerajaan pakatan pembangkang ini bagus dan mementingkan rakyat... Tapi perkara yang ditulis oleh si YB Loke Siew Fook ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan ketentaraman dan perpaduan rakyat Malaysia ini tergugat hanya dek kerana kritikan beliau yang boleh mencetuskan perasan marah dikalangan orang islam khususnya...perkara ini cukup membahayakan negara Malaysia...Adakah ini yang DAP cita-citakan...melihat pergaduhan kaum kembali terjadi di Malaysia...adakah ini agenda politik sebenar DAP...melihat perpaduan yang terjalin selama ini tercalar...Bukankah perkara ini akan menyebabkan negara luar yang berkuasa besar mencampuri urusan pemerintahan negara kelak adaikata negara Malaysia ini menjadi huru-hara dan rakyatnya bergaduh sesama kaum... Bukankah bagus jika kita hidup sepertimana yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita dahulu berteraskan kontrak sosial...hidup hormat menghormati sebagaimana persetujuan Tunku Abdul Rahman, Tun Sambathan dan Tun Tan Ceng Lock...Jika persetujuan yang mereka telah putuskan ini dikhianati oleh anak cucu mereka ketika ini...agak-agak bagaimanakah perasan mereka????mereka bersusah payah memikirkan cara terbaik untuk anak cucu mereka hidup berkongsi di negara ini dengan aman damai serta tanpa pergaduhan yang boleh membawa kepada kemusnahan kemerdekaan yang mereka perjuangkan...hanya dengan menghormati hak masing-masing dan jangan dipersoalkan hak-hak tersebut maka kemerdekaan tercapai... Namun hari ini pelbagai usaha yang dilakukan atas dasar kebajikan dan perjuangan rakyat kononnya...tanpa disedari ianya boleh mengundang kepada perpecahan perpaduan yang selama ini menjadi teras kepada keamanan dan kemerdekaan negara kita... Hari ini kita dihidang lagi dengan usaha-usaha jahat ini yang bertopengkan kepada perjuangan rakyat kononnya...Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua...bila diri berada diatas..terasa diri cukup hebat dan mereka yang berada dibawah dipandang lekeh...dan akhirnya membawa padah bila terjatuh... Sedarlah wahai penduduk Malaysia semua...apa yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR selama ini bukan lagi bertunjangkan kepada perjuangan rakyat tetapi lebih kepada perpecahan dikalangan rakyat Malaysia...bagi mereka yang menyokong DAP dan PKR ini elok rasanya berpatah semula ke jalan yang betul sebelum terlambat... Kenapa hamba berkata sedemikian...merujuk semula kepada Si Loke Siew Fook ni...hamba bukan percaya sepenuhnya kepada penulisan sahabat blog hamba akan meneliti apa yang disampaikan...hamba juga telah melayari laman blog yang dimiliki oleh si Loke Siew Fook ni...http://sjsandteam.wordpress.com...tapi apa yang hamba temui adalah kekecewaan...kerana blog tersebut telah dipadamkan oleh pemiliknya... Ini menyebabkan kekuatan untuk mempercayai berita yang hamba baca meningkat ke tahap semaksima mungkin...manakan tidak...jika beliau tidak bersalah kenapa perlu di"delete" blog tersebut...jika apa yang sempat sahabat hamba ambil dan tulis untuk baca semua itu salah kenapa blog tersebut harus di"delete"...Ini menunjukkan apa yang tertulis dalam blog sahabat hamba yang turut dipetik daripada kenyataan akhbar daripada seorang yang cukup berpengaruh dalam sebuah parti politik yang bersahabat baik dengan PKR adalah TEPAT.... Ini merupakan satu penghinaan yang cukup dahsyat...satu cacian yang boleh menganggu gugat keamanan Malaysia...Tidak berfikirkah pemimpin DAP ini semua....apa yang ingin mereka lihat sebenarnya.... Tepuk Dada....Tanya Hati Anda Sendiri

0 comments:

Related Posts with Thumbnails