Friday, August 21, 2009

BN Vs PAS di Permatang Pasir

Tinggal beberapa hari sahaja lagi rakyat di Permatang Pasir akan turun beramai-ramai untuk memilih wakil mereka di dalam Dun Pulau Pinang..Persoalannya SIAPAkah yang harus dipilih??? Hamba senaraikan beberapa perbandingan untuk kita rakyat Malaysia membantu rakyat Permatang Pasir khasnya untuk memilih wakil mereka... PAS: 1) PAS tidak pernah dihargai oleh DAP (Guan Eng) kerana walau cuma ada 1 kerusi di sini tapi tak dilantik jado EXCO...dan jika perkara ini baru hendak dijanjikan di Permatang Pasir (iaitu jika PAS menang di Permatang Paisr 1 kerusi EXCO diberikan), siapa pulak dalam senarai 10 Exco Pulau Pinang hendak dibuang...Kerana Quata Exco adalah 10 orang... 2) PAS sudah memerintah di Permatang Pasir selama 3 penggal namun tiada sebarang pembangunan dilaksanakan...jika ada sekalipun ianya lahir daripada Barisan Nasional... 3)Jika Guan Eng seumpama Khalifah UMar Ibnu Aziz (yang sering dijaja oleh Mat Sabu) dan jika dia faham tentang perjuangan Umar, tentu dia sudah memeluk islam...tapi jangan kata nak masuk islam orang-orang DAP termasuk Guan Eng bertambah-tambah menghina islam...apa yang dikatakan kononikut Umar..itu hanyalah kenyataan politik yang menghina martabat islam dan Khalifah Umar... 4) Amar Makruf Nahi Mungkar di Pulau Pinang ini juga hanyalah kempen untuk memenangi undi rakyat dan mainan politik untuk mengaburi strategi licik DAP sahaja...yang pasti judi, arak, pelacuran semakin bertambah... 5) Saleh Man..orang Tasek Gelugor...6 kali bertanding pilihan raya dan semuanya KALAH...tiada jasa di Permatang Pasir...malah ditempat lain pun beliau ditolak oleh rakyat Pulau Pinang...Di Penanti sahaja beliau telah ditolak sebanyak 3 kali oleh rakyat Penanti...KENAPA???mesti ada sebab...adakah rakyat Permatang Pasir pula ingin menadah orang yang telah ditolak ditempat lain.... Barisan Nasional: 1) Hasrat PM untuk selesaikan 6 bidang utama iaitu membenteras jenayah, rasuah, perhebat pendidikan, meningkatkan kualiti hidup, menyelesaikan prasarana asas dan memperbaiki sistem pengangkutan di Pulau Pinang amnya dan Permatang Pasir khasnya... 2) TPM berjanji untuk jadikan Permatang Pasir sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan jika BN menang.. 3) Jika BN menang maka bertambahlah suara yang akan membela islam dan melayu dalam DUN Pulau Pinang..PAS sudah tidak lagi boleh jadi pembela islam kerana sudah bersekali dengan DAP dan sering menjadi Pak Turut kepada DAP... 4) Calon BN Rohaizat anak tempatan Permatang Pauh...lulusan agama SM Agama Al Manshoor dan UIAM...Profesional muda yang bersama UMNO membantu rakayt Permatang Pauh sejak 1996... 5) Jika rakyat Permatang Pasir merasa "terhutang budi" dengan Anwar Ibrahim...itu semua sudah langsai...kerana Anwar sudah dapat apa yang dihajatinya...maka kini rakyat Permatang Pasir perlu memilih wakil suara meraka yang sebenar pulak...amalkan lah politik yang bijaksana...Anwar dah dapat...sekarang untuk dapatkan pembangunan pulak....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails