Monday, August 31, 2009

SALAM KEMERDEKAAN

Hari ini genap la sudah usia 52 tahun kemerdekaan Negara Malaysia...negara kita yang tercinta...lebih memberi nikmat tahun ini kemerdekaan disambut dalam bulan yang penuh kemuliaan...Diharapkan kemerdekaan kali ini akan memberikan sinar yang lebih bermakna kepada rakyat Malaysia dan tanah air...
Hamba teringat bait-bait puisi yang pernah dilafazkan oleh Tun Dr.M satu ketika dahulu..."Mengisi kemerdekaan hari ini lebih mencabar"...agaknya apakah yang cuba disampaikan oleh Tun Dr.M...Hari ini hamba hampir dapat mengungkap apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr.M dari segi pandangan mata kerdil hamba yang dipinjamkan oleh yang Maha Kuasa...
Para perjuang sebelum ini berjuang dengan semangat juang dan keinginan untuk mencapai kebebasan tanah air...Berbekalkan senjata dan semangat segala onak duri ditempuhi untuk mencari pengkhianat tanah air...diburu satu persatu sehingga ke titisan darah terakhir...hanya kerana keMERDEKAan yang dihajati...Musuh yang dikejar ditembak dan ditumpaskan andai tertemu mata...tiada seorang pun dibiarkan sahaja...
Tapi hari ini musuh yang hendak menjajah negara bukan lagi mampu dilihat dengan mata kasar...Kita tanpa sedar telah membiarkan penjajah bentuk baru memasuki negara ini semula..."musuh" ini yang lebih mencabar...malah hari ini kita bukan sahaja cuba dijajah oleh "musuh luar" tetapi juga "pembelot negara" yang kita langsung tidak menyedarinya...Bagi yang menyedari keadaan ini merupakan satu perkara yang baik untuk mengekalkan kemerdekaan...Tetapi bagi rakyat yang masih diseliputi kabus mereka tidak akan menyedari hakikat ini...
Malah bagi mereka yang sedar dan melihat hakikat sebenar dan berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan ini akan merasa cabaran untuk mengisi kemerdekaan tersebut...Disebabkan itulah Tun Dr.M mengungkap bait puisi ini "MENGISI KEMERDEKAAN LEBIH MENCABAR" dalam puisinya "PERJUANGAN BELUM SELESAI"...
Hari ini rata-rata penduduk Malaysia tahu erti kemerdekaan...tetapi ramai juga yang tidak mengerti maksud kemerdekaan yang sebenarnya...pada mereka jika negara itu bebas dari anasir luar atau dalam erti kata lain dijajah oleh tentera luar maka ianya ditakrifkan sebagai kemerdekaan...Namun mereka malah hamba sendiri tidak tahu bahawa erti kemerdekaan sebenarnya cukup meluas...
Diharap kemerdekaan tahun ini dapat kita singkapkan dengan lebih luas pengertiannya agar tersemat dihati kita rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan KEMERDEKAAN ini untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang yang bakal menggantikan kita nanti...JANGANLAH KITA MENJADI GENERASI YANG MEWARISKAN "PENJAJAHAN" KEPADA GENERASI AKAN DATANG...JIKA INI BERLAKU NESCAYA KITA AKAN DIHINA KELAK OLEH ANAK CUCU CICIT KITA SENDIRI....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails