Thursday, December 31, 2009

RM 10 Juta Dah Masuk katong Negeri Kelatan

Dalam senyap-senyap kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz dapat RM 10 juta daripada Felcra...katanya duit lebihan pendapatan daripada projek perladangan getah dan kelapa sawit yang jdi milik kerajaan Negeri (baca disini)...banyak juga yang negeri dapat...
Apa yang hamba harapkan lepas ini ada la masjid yang terbesar di Kelantan yang boleh dibina...Jangan ada penambahan patung buddha terbesar lagi sudah la...sebab maklumat yang diperolehi juga ada menyebut yang kerajaan negeri juga memperolehi semula dokumen bagi ladang bernilai RM 200 juta melibatkan keluasan ladang 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan oleh Felcra. Lagi banyak....

(adakah ini yang akan masih kelihatan: Pantai Sabak)

Atau

INI YANG BAKAL BERTAMBAH????

Maknanya pendapatan balak+pendapatan Ladang ini maknanya dah boleh bangunkan Kelantan sebaiknya...dah boleh betulkan masjid dan bina masjid baru yang lagi besar dari patung buddha tu rasanya...tapi tak tahu la kalau duit tu Si Husam nak masukkan dalam kantong pilihan raya umum 13 nanti...sebab maklumat bagitau dia yang sibuk kesana ke sini untuk dapatkan duit tu dari Felcra...Tunggu jer la kemajuan aper yang nak dibuat....

Wednesday, December 30, 2009

NIK AZIZ MAKI BLOGGER PULA KALI INI!!!!!

Salam...Apa sudah jadi dengan Ulama sanjungan PAS sorang....tetapi memaki-hamun sebab marahkan blogger...Apa yang blogger Malaysia ni dah buat???? or Apa yang Blogger anti PAS dan Pakatan Sialan BUAT??? Sampai Nik Aziz marah sebegini...Jangan la buat Pak Ajis kita ni marah-marah....nanti masuk hospital lagi...klau masuk hospital tak apa la...kalau "padam" camner...Tak ker meratap satu Malaya ni...
Apa yang Pak Ajis Marah sangat ni...bagitau hamba...sebab blogger antiPas tulis pasal setiausaha pak ajis ker??? ermm...patut pak ajis marah...Tapi kenapa Pak Ajis nak marah-marah kat mereka...Sebab mereka blogger yang menentang Pak Ajis ker??? or Apa yang mereka tulis itu tak betul...Alamak BARU sekarang Pak Ajis kenal erti kebenaran ker???
Meh Hamba nak ketuk kepala Pak Ajis bagi sedar cikit jar...Barangkali Pak Ajis lupa diluar sana ramai blogger yang menentang kerajaan/BN menulis perkara yang tidak benar kenapa Pak Ajis tak marah mereka sekali...OPS!!! Hamba lupa mereka kan blogger upahan pakatan sialan...macam mana nak marah nak maki....
Tak Apalah kalau Pak Ajis nak Marah pun...marah la...blogger-blogger tetap akan membongkarkan segala kepalsuan yang Pak Ajis selindung disebalik perjuangan kerana agama...
JUGA BOLEH BACA DI:

Monday, December 28, 2009

Drama Hari Minggu Suram dan Tak Jadi

Hari minggu sepatutnya dinikmati dengan sebaik mungkin di rumah bersama keluarga tidak dimanfaatkan oleh sebaik mungkin oleh mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GPPPS)...Mana tidaknya, ketika masyarakat lain sibuk membeli-belah bersama keluarga mereka ini pula sibuk menjerit menuntut PAS Selangor keluar dari Pakatan Sialan...
APAKAH MOTIF INI SEMUA???
MEREKA INI BETUL-BETULKAH BERJUANG UNTUK MELIHAT PAS SELANGOR KELUAR DARI PAKATAN SIALAN INI??? ATAU SATU KISAH DRAMA YANG DIPENTASKAN UNTUK MENGALIH PANDANGAN MASYARAKAT UMUM???
SIAPA PENGARAHNYA???
Bila ditanya PAS, apa mereka kata "ini semua cubaan untuk fitnah PAS"...."mereka yang terlibat bukan ahli PAS"...siapa yang cakap sebegini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub....yang menarikan hati dan urat perut hamba adalah kenyataan beliau..."kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebaliknya ditubuhkan untuk menfitnah PAS. Saya tidak kenal mereka..." Beliau juga menafikan yang mereka ini bukan ahli PAS...
Ini yang buat hamba geli hati...menarik betul skrip yang diolah oleh Anwar Ibrahim untuk si Salahuddin sorang ni...Sudah jelas yang nama kumpulan ini "Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor"....maknanya mereka ini tidak semestinya ahli berdaftar PAS...tetapi mereka ini bersama-sama dengan perjuangan PAS ketika PRU12 dulu...Dan mereka ini juga yang mengundi untuk PAS dan geng-geng PAS yang lain yang menyebabkan Pakatan Sialan ini menang di Selangor...kalau mereka ini ahli nama gerakan ini akan terhasil barangkali seperti sedemikian "Gerakan Tuntutan Ahli PAS Keluar Pakatan"... Barangkali itulah bunyinya...
Nampaknya Salahuddin ni lupa hendak edit skrip yang diberikan kepada beliau...Beliau terlupa yang mengundi PAS dan Pakatan Sialan di Selangor bukan sahaja ahli PAS, PKR dan DAP...tetapi juga mereka yang menyokong PAS pada PRU12 tersebut...Nak harap ahli Pas Selangor n The Gang belum tentu boleh menang...Dek kerana mereka inilah PAS boleh menang...Contoh yang senang...hamba penyokong pasukan "Arsenal"...Adakah nama hamba tersenarai dalam barisan pasukan "Arsenal"...jawapannya TIDAKKAN...tetapi hamba penyokong yang memberikan kata-kata semangat dan bersama-sama pasukan "Arsenal" ini ketika menang dan kalah...INI YANG DIPANGGIL PENYOKONG....
Nampaknya olah cerita yang digarap oleh Anwar Ibrahim untuk menampakkan PAS ini difitnah kurang berkesan dan kurang mendapat sambutan hangat...Masyarakat Umum masih menanti perbicaraan beliau daripada mengikuti drama sampah ini...Skrip yang ditulis juga tidak memungkinkan Anwar mendapat Award di Festival Filem Pendek jika dipertandingkan...Para pelakonnya juga kurang memberi impak kepada penyusunan jalan cerita drama hujung minggu ini...Nampak seperti drama ini tidak menjadi kerana orang-orang hebat dalam bidang cerita demontrasi ini tidak hadir/Berlakon....BAGAIMANA HENDAK BERLAKON JIKA NAMA MEREKA ADA DALAM DAFTAR AHLI PAS...NANTI KANTOI BUSUK...ALA MEREKA TIDAK BERLAKON PUN DRAMA INI SUDAH KANTOI BODOH....
MAHU LEBIH MAKLUMAT TENTANG DRAMA INI LAYARI WEB SAHABAT HAMBA DIBAWAH:

Friday, December 25, 2009

FORUM YANG PALING BODOH...

Minggu lepas telefon bimbit hamba berdering menandakan ada mesej yang masuk...hamba buka dan baca...ada forum...anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor...tajuk dia dah gempak gempita....Forum "Biro Tata Negara? Patriotik atau Perkauman??? bertempat di PJLA, Block K, Jalan Universiti, Seksyen 13 PJ...memang gempak gempita tajuk dia...ahli panel lagi hebat...bukan calang-calang manusia...2 Orang YB muda pakatan Sialan di Selangor...penulis Malaysiakini...budaya hebat seperti ayahnya juga..dan bekas calon UMNO di Tumpat....pada 23hb Disember 2009 jam 7.30 malam...begitulah maklumat yang hamba dapat...
Maka apabila tiba hari kejadian hamba pun pergi ke forum tersebut dalam jam 7.30 malam...ingatkan hamba sudah terlambat tapi rupanya hamba yang lebih cepat daripada ahli panel sorang ni...hampir sejam juga menunggu...pada hikmat hamba mungkin dia tengah bersiap sedia rasanya...
apabila majlis bermula dan ahli panel mengemukakan hujah berkenaan tajuk hamba sudah mula berasa bosan dengan perjalanan forum...semuanya sudah meleret-leret ke mana-mana sahaja...dari pusingan demi pusingan yang dikeutarakan adalah perkara yang sama...mengenai pengalaman ahli panel dalam kursus BTN...ajuan soalan para hadirin juga tidak dijelaskan dengan sejelasnya...berpusing-pusing....yang menariknya pada pusingan pengulungan ada ahli panel menyatakan BTN ini perkauman....yang si Eddie Khoo pula menyatakan BTN perlu ditutup sebab pembaziran...
Yang menjadi persoalan tidak ada pun hujah yang konkrit menyatakan sebab musabab BTN ini perlu ditutup atas alasan perkauman...
yang menarik pada hamba:
1) Kenyataan EDDIE KHOO- BTN ini pembaziran dan ianya perlu ditutup...
2) Kenyataan Si AMIRUDIN-BTN ini wujud sebab nak pengaruh Anwar Ibrahim dahulu....malah dalam LDK dikeji semua pemimpin ini...Anwar sebagai ejen yahudi...
3) Kenyataan NIK NAZMI- kita akan sokong BTN kalau ianya mengajar tentang Perlembagaan tetapi bukan perkauman....
4) Kenyataan Ahli Perlimen Balik Pulau(hadirin)- Perkauman berlaku sebab sistem pendidikan
Dari kenyataan ini hamba tertanya-tanya...habis dimana hujah yang BTN ini perkauman...yang menjadi isu pembaziran dan sejarah BTN yang ditubuhkan untuk menjatuhkan anwar...Dek kerana itulah hamba cakap forum ini cukup bodoh...sehingga para hadirin yang memang menyokong Pakatan Sialan ini diperbodohkan sebegitu rupa...Forum langsung tidak menfokuskan tajuk perbincangan...tetiba jer boleh pulak ahli panel mengulungkan yang BTN ini perkauman...Gila ker...nanti hamba akan merungkaikan lagi peristiwa di dalam forum ini lagi...

Wednesday, December 23, 2009

DAP cakap "peserta demo" ketinggalan zaman

Salam...WAH...Sejak hamba sibuk dan tidak dapat menulis dalam beberapa minggu ini...hamba dapat rasa sesuatu yang baru dalam arena dunia maya hari ini...nampaknya Dunia maya DAP sudah menjerat leher sendiri termasuk rakan-rakan pakatan...hari ini hamba menjengah ke sebuah laman web yang agak popular...Malaysiakini.com...hamba terbaca sebuah artikel yang mencekik leher DAP...baca disini....
DAP cakap "peserta demo" melanggar undang-undang dan ketinggalan zaman...Apa yang si polan ini cakap pusing-pusing ni...Hanya kerana "peserta demo" itu bertindak mengadakan demotrasi di hadapan pejabat DAP di Ipoh berhubung isu peruntukan masjid, mereka ini dianggap ketinggalan zaman...atau kerana mereka ini sebuah NGO yang dekat dengan UMNO atau mungkin juga si Polan Bodoh ini takut dengan bayang-bayang sendiri...
Mana tidak bodoh...si Polan ini lupa ker...saper di Malaysia ini yang kerap melakukan demontrasi...malah si Polan ini juga pernah terlibat dengan beberapa siri demontrasi di Malaysia dan di negeri Perak takkala takhta pemerintahan Pakatan Sialannya disambar oleh BN satu ketika dahulu...
Sekarang ini baru si Polan bodoh ini nak kata "peserta demo" ketinggalan zaman dan budak nakal...sebab sudah kena batang hidung sendiri...bila mana kata-kata tidak berpijak di bumi nyata...maka sejarah dilupakan....Siapa si Polan bodoh ini...siapa lagi jika bukan Si Nga Bodoh sorang ni...Masih belum faham mengenai Perlembagaan rupanya wakil rakyat sorang ni...

Thursday, December 17, 2009

Pesanan Bondaku....

Berseorang di bilik 320 ini memberi peluang untukku

menatap keindahan bumi bertuah ini

Cukup menghijau pepohonannya…cukup membiru langitnya

disaluti gompulan awan yang putih

Bertuahnya aku lahir di bumi ini ketika ini…aku bebas menghirup udara segar…

Aku bebas berlari-lari dan berkasih sesama insan…bebas untuk menuntut ilmu

Inilah bumi yang diberi nama Malaysia…

Dalam usia muda ini aku mampu menggenggam segulung ijazah...

Ijazah yang menjadi hadiah buat ayah dan bonda

Bagaimanapun hari ini pesanan bonda 4 tahun dahulu menjengah

“Along, carilah seberapa banyak ilmu yang boleh diwaktu ini…dan ingatlah hidup kita hari ini atas warisan nenek moyang kita…senang kita hari ini atas aliran titik peluh mereka…balas dengan sebaik mungkin…banggakan mereka”

Apa maksud bonda ketika pesanan itu dilafazkan, aku tak pasti:

Dek kerna pesanan itu,

Hari ini aku menjadi manusia yang kerdil dan hina

Hari ini baru aku sedar…berjaya aku hari ini bukan kerana usahaku saja

Berjaya aku hari juga atas usaha mereka yang sesudahku

Berjaya aku hari ini adalah hasil keringat mereka yang sesudah…

Begitu senang aku mengharungi perjalanan hidup ini

Tanpa perlu bersusah payah sebagaimana mereka yang sesudah

Cerita Atok suatu ketika dulu hadir semula dalam mindaku

Kisah pengorbanan orang terdahulu termasuk nenek moyang

Kisah yang dulunya aku anggap hanya menjadi mainan tidurku tidak lebih dari itu

Namun hari ini kisah itu telah menyedarkan aku

Rupanya pengorbanan orang terdahulu cukup besar

Hanya untuk melihat anak cucu cicitnya berjaya

Manakan tidak, lihat saja tanah yang beekar-ekar milik moyangku

Jika tidak dijual sudah tentu aku hidup dalam keluarga yang kaya raya

Namun apakan daya demi melihat anak cucu cicit hidup berjaya

Tanah berekar luasnya hanya tinggal sekangkang kera

Semua dilakukan hanya untuk satu kalimah

Kalimah yang kita laungkan entah tahu maknanya atau tidak

Kalimah yang telah membuatkan aku dan kita semua hidup sempurna

Kalimah MERDEKA yang dijuangkan

Bukan hanya untuk diri mereka tetapi juga buat anak cucu cicit mereka nanti

Pada mereka tidak guna memiliki harta berekar-ekar

Jika hidup mereka serta anak cucu cicit mereka tidak merdeka

Semua harta benda dijual, digadai dan dicurahkan atas usaha untuk merdeka

Malah ada yang mengorbankan diri demi tanah air sendiri

Suami kehilangan isteri… isteri kehilangan suami…

ibubapa kehilangan anak….anak kehilangan ibu dan bapa…

Biar darah yang mengganti diri asal anak cucu cicit senang dikemudian hari….

Dan hari ini dan sekian lamanya telah terbukti

Kita sambung dan perolehi apa yang dihajati

KeMERDEKAan yang aku dan kita semua miliki dan nikmati hari ini

KeMERDEKAan yang membuatkan kita hidup bersenang lenang waktu ini

Tapi apa pula yang sudah kita lakukan untuk membalas jasa mereka

Bagaimana pula kita berusaha untuk menjaga kemerdekaan ini

Untuk terus dinikmati sampai bila-bila…hingga anak cucu cicit kita nanti…

Adakah kita hanya perlu menikmati segala yang ada

tanpa rasa syukur dan berterima kasih

Peduli apa untuk kita fikir semua ini…Negara sudah MERDEKA…

Kita sudah hidup di alam merdeka, apalagi teruskan saja

Cukup masa kita laung MERDEKA….

Jika ini yang berada dalam kota pemikiran kita…

Maka tak mustahil episod luka Negara kita dulu terukir kembali…

Hari ini kita hanya melihat negara-negara jiran kita yang ditakluk…

Atas nama pengganas dan keamanan dunia

Satu persatu negara berdaulat dihancurkan…

Begitu banyak darah yang mengalir membasahi bumi negara mereka…

Begitu banyak isteri menjadi janda…

Suami menjadi duda

Anak menjadi yatim-piatu…

Adakah kita melihat semua itu dengan 1000 perasan atau hanya 1 perasan itu “Kesian”

Jika hanya “KESIAN” yang ada dalam benak hati kita…

Maka kita juga menunggu masa untuk dikesiani oleh negara lain…

Ingat wahai sahabat muda ku…kita penyambung warisan yang telah diusahakan dan diwariskan untuk kita jaga dan pelihara…

Biar semua anak keturunan merasa kenikmatkan…

Biarlah mereka yang sesudah melalui zaman keperitan penjajah…

Kita jadikan lipatan sempurna negara…

Kita jadikan pedoman dan ikhtiar hidup anak cucu cicit kita

Jangan kita menjadi pemusnah harapan mereka yang sesudah…

Jangan kita dimarahi anak cucu cicit kita jika sejarah menyatakan kita adalah pemusnah dan penyebab kepada penderitaan hidup anak cucu cicit kita…

Wednesday, December 16, 2009

Salam Racist!!! Adakah ini yang dia mahu...

Hari ini jiwa hamba sudah cukup terbakar...kenapa??? tak kala hamba membuka akaun facebook hamba dan sambil hamba scroll membaca status sahabat-sahabat di blog hamba...Nah ada satu gambar yang membuatkan hamba cukup tersiat kulit dan sanubari hamba...Dalam benak fikiran hamba yang sudah tidak dapat berfikiran waras sebentar tadi mahu sahaja hamba pergi mencari individu ini dan bagi penampar...bukan hamba tidak tahu di mana terletaknya UMT...hanya perlu mencari individu di UMT sahaja...

Hari ini diluar sana...rata-rata mulut menyatakan melayu diajar untuk menjadi racist...siapa yang ajar??? Nah sebutir peluru berpandu dihalakan kepada BTN...yang dituduh menjadi agen membentuk rakyat melayu menjadi racist...kerana peserta kursusnya adalah melayu...Sibuk Ahli Parlimen DAP dan PKR melaungkan supaya BTN dibubarkan...kononnya supaya rakyat tidak diajar untuk menjadi racist...hidup bersatu padu...sama rata...dan macam-macam lagi la kenyataan yang meloyakan...semuanya diciplak dari hasrat kerajaan yang memerintah sekarang...
Hari ini...saper yang hendak menjawab perkara ini....Jika yang menulis perkara dibawah ini adalah mereka yang berbangsa melayu barangkali sudah ada Ahli DAP dan PKR yang melenting membicarakan hal ini dalam Parlimen...yang akan menjadi mangsa sekali lagi adalah BTN...Hari ini siapa yang lebih racist...
(klik gambar untuk lebih jelas)
Sedih melihat ada anak generasi hari ini yang berfikiran seperti ini...Sedih Tun Tan Cheng Lock melihat generasi bangsanya yang sebegini dilahirkan di Malaysia...bumi yang beliau berjuang bersama sahabatnya (Tunku dan Tun Sambathan) untuk mencapai kemerdekaan hanya untuk kesenangan anak bangsa pada hari ini....Tetapi anak bangsa hari ini sudah mula untuk mencipta sejarah lampau...mengamit semula kedatangan penjajah di era kemajuan dunia ini...
Rasanya sepanjang tempoh pengajian hamba di IPTA sudah 3 kali hamba disenaraikan untuk ke kursus BTN...Tidak ada satu pun modul yang mengajar hamba untuk membenci sahabat kaum cina dan india di tempat pengajian hamba...malah yang turut bersama hamba ke kursus ada jugak yang bukan berbangsa melayu...Yang diajar adalah tentang negara dan permahaman terhadap perlembagaan Malaysia....
Adakah budak ini kurang pemahaman tentang pembentukan negara Malaysia ini...atau memang dia sudah diajar untuk membenci orang melayu dari kecil lagi???? Jika ini baka yang dilahir untuk hidup di bumi Malaysia yang berbilang kaum ini rasa akan porak peranda negara ini...
Beringatlah...setiap kata yang diucapkan oleh lidah yang lembut lebih tajam dari mata pedang...kepada individu ini rasanya moleklah berhati-hati...takut diluar sana ada yang sudah terluka hati dan berdarah pilu dengan pernyataan berani dia.....
Dan ingatlah kita rakyat Malaysia ini merdeka dek kerana pembentukan perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu dan ianya dijamin oleh pemimpin terdahulu akan kekal selamanya perpaduan ini...Jadi janganlah kita pula menjadi generasi yang terlalu tamak dan ego sehingga menjadi generasi yang akan memungkiri janji yang telah dibuat dahulu...
Kita semua sama sahaja tidak mengira bangsa...semua menikmati perkara yang sama...tidak ada yang membezakan kita rakyat Malaysia ini....Hanya mereka yang mahukan kuasa dan tamak yang mencetus huru hara dikalangan kita dengan perkara-perkara yang diputar belit...mengelirukan pemahaman rakyat sehingga merasakan wujud ketidaksamarataan antara kaum...
Jika ini yang kita percaya maka bahana yang senang mengintai untuk menjengah keindahan perdamaian di bumi Malaysia ini akan tersenyum gembira...

Monday, December 14, 2009

DAP sudah bertambah Kurang Ajar...Siapa yang lagi Racist????

Salam...Maaf sudah lama hamba menyepikan diri...bukan kerana lari dari medan perjuangan cuma melihat, memuasabah diri dan merenung apa yang akan terjadi dengan Negara kesayangan hamba ini kelak...
Nampak seperti negara kesayangan hamba ini berkemungkinan besar akan mengalami sejarah yang maha hebat dan lebih hebat dari kisah perjuangan Tunku dan sahabatnya Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan untuk memerah segala usaha untuk mencapai kemerdekaan malah mungkin lagi hebat dari sejarah kejatuhan kota Melaka dulu jika masih bertapaknya DAP dan PKR dibumi Malaysia ini...
Setiap hari dan minggu ada sahaja hal yang akan dibangkitkan oleh Pakatan DAP dan PKR ini untuk mencabar kerajaan, perlembagaan dan sensiviti rakyat...Ada sahaja perkara yang mencabar perlembagaan yang dijadikan modal untuk menutup segala kerja haram yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR...
Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan persoalan dari YB DAP yang mempertikaikan peruntukan khas Perdana Menteri untuk Masjid di negara ini...YB ini cakap peruntukan ini tidak adil dan sebagainya....Hamba tertanya ketika itu apa yang tidak betul dengan perlaksanaan tanggungjawab oleh Perdana Menteri itu...Bukankah PM sudah melaksanakan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3..."Islam adalah agama persekutuan: tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai dimana-mana bahagian Persekutuan....Malah PM juga turut mentaati apa yang telah diwarisi daripada pemimpin sebelumnya iaitu Tunku dan sahabatnya yang telah memperakui perkara ini dalam "Kontrak Sosial"...Jadi dimana silapnya????
Apa yang tidak memuaskan hati YB DAP ini...Adakah dengan pemberian peruntukan ianya akan mendatangkan ancaman kepada agama yang YB ini anuti...Rasanya orang di Malaysia ini sudah cukup dewasa dan rasional serta bertolak ansur dengan semua agama...kenapa hamba berbicara sebegini...hamba akan mengambil contoh negeri Selangor sahaja...kita lihat perbandingan jumlah masjid/surau dengan rumah ibadat agama lain...Malah rasanya ramai yang sudah tahu perkara realiti ini..Dimana usaha kerajaan selangor untuk menambah bilangan masjid yang ada jika dikatakan Kerajaan sekarang ini racist...kenapa kuil yang diutamakan.????
Kali ini sekali lagi DAP mencabar Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 iaitu " Bahasa kebangsaan adalah bahasa kebangsaan" ...Apa yang mereka buat??? Karpal mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua...Bukan hamba tidak bersetuju tetapi pada hamba tidak perlu diperuntukkan dalam perlembagaan untuk dijadikan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negara...kerana dalam perlembagaan Perkara 152 sendiri tidak pernah menyekat mana-mana bahasa lain untuk dipertuturkan di bumi Malaysia ini...Malah realiti masa ini ramai dikalangan rakyat Malaysia bersembang dan bertutur dengan bahasa inggeris tidak kira dimana jua...jadi kenapa perlu untuk diperuntukkan dalam perlembagaan...atas dasar apa??? untuk apa???
Jika dikatakan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional serta dikepalai oleh UMNO dikatakan racist dan mementingkan melayu...dimana racistnya kerajaan sekarang??? Kekayaan Malaysia masih diterajui oleh orang bukan melayu...pendidikan juga diterajui oleh orang bukan melayu...jika benar kerajaan racist rasanya tidak ada orang melayu yang ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan...jika Kerajaan racist rasanya tidak ada anak orang bukan melayu yang akan mendapat tempat untuk kemasukan ke Universiti dan sebagainya....Jika KERAJAAN hari ini racist maka tidak akan ada Syarikat Kontraktor orang bukan melayu yang boleh membina empayar perniagaan mereka...kerana semuanya mesti akan diberikan kepada orang melayu...tetapi realitinya anda boleh melihat sendiri....jadi dimana yang dikatakan racist....
(klik gambar untuk lihat lebih jelas)
Malah pada hamba yang paling racist adalah DAP sendiri...kenapa??? lihat sahaja di Pulau Pinang...Lihat senarai Exco yang dilantik mentadbir negeri Pulau Pinang....Dikatakan sebuah negeri yang dibentuk atas faktor Pakatan DAP, PAS dan PKR...tetapi dimana YB PAS yang menang kerusi ADUN di Pulau Pinang...Malahan di Pulau Pinang sendiri DEB telah dihapuskan...siapa yang menerima padah akibat tender dilakukan secara terbuka...bukankah kontraktor melayu yang berlesen kecil ini menerima akibatnya...Malah peruntukan untuk agama islam sebagaimana dalam perlembagaan juga telah dinafikan haknya....Jika sebelum ini Parti Gerakan yang mentadbir Pulau Pinang adakah kontraktor melayu menerima akibat daripada perlaksanaan DEB??? Adakah peruntukkan oleh kerajaan untuk agama islam dinafikan haknya???
Di Selangor yang majoritinya adalah penduduk beragama islam...mengapa tidak ada satu usul pun menyatakan ingin menambah bilangan masjid di Selangor...kenapa yang diusulkan adalah Gereja terbesar di Asia... Dan bila mana Perdana Menteri memperuntukkan dana untuk pembinaan masjid maka bangun si YB Parlimen DAP ini mempersoalkan peruntukkan pembinaan 611 buah masjid diantara tahun 2000-2008...Kenapa hendak dipersoalkan peruntukkan tersebut????
Untuk makluman semua...peruntukkan 611 buah masjid tersebut juga termasuk di Negeri Kelantan kerana Nik Aziz sendiri mengakui sepanjang tempoh 18 tahun memerintah usaha untuk pembinaan masjid diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan pusat...maksudnya selama ini rakyat Kelantan yang sibuk memperjuangkan PAS dan beribadat di Masjid yang didirikan oleh Kerajaan Pusat...Hasil kerajaan negeri buat apa???? buat apa lagi jika bukan menghasilkan projek mega patung terbesar....
Habis persoalannya...dimana dikatakan kerajaan pemerintah sekarang ini racist...silalah nyatakan wahai mereka yang menyokong DAP dan PKR serta PAS...

Tuesday, December 01, 2009

Anda Fikirlah Nasib Melayu Selepas Ini????

Adakah nasib melayu akan juga jadi seperti ini jika mereka ini memerintah Malaysia kelak...
Di mana omongan yang mengatakan mereka ini ADIL kepada semua kaum...
Jika pemimpin kawasan juga turut dipijak sebegini bagaimana pula nasib rakyat kelak...
Anda diberikan Akal fikiran yang waras...
Anda fikirkanlah apa tujuan perlakuan ini dilakukan...
Apa yang mesej yang hendak disampaikan...

Related Posts with Thumbnails