Friday, December 25, 2009

FORUM YANG PALING BODOH...

Minggu lepas telefon bimbit hamba berdering menandakan ada mesej yang masuk...hamba buka dan baca...ada forum...anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor...tajuk dia dah gempak gempita....Forum "Biro Tata Negara? Patriotik atau Perkauman??? bertempat di PJLA, Block K, Jalan Universiti, Seksyen 13 PJ...memang gempak gempita tajuk dia...ahli panel lagi hebat...bukan calang-calang manusia...2 Orang YB muda pakatan Sialan di Selangor...penulis Malaysiakini...budaya hebat seperti ayahnya juga..dan bekas calon UMNO di Tumpat....pada 23hb Disember 2009 jam 7.30 malam...begitulah maklumat yang hamba dapat...
Maka apabila tiba hari kejadian hamba pun pergi ke forum tersebut dalam jam 7.30 malam...ingatkan hamba sudah terlambat tapi rupanya hamba yang lebih cepat daripada ahli panel sorang ni...hampir sejam juga menunggu...pada hikmat hamba mungkin dia tengah bersiap sedia rasanya...
apabila majlis bermula dan ahli panel mengemukakan hujah berkenaan tajuk hamba sudah mula berasa bosan dengan perjalanan forum...semuanya sudah meleret-leret ke mana-mana sahaja...dari pusingan demi pusingan yang dikeutarakan adalah perkara yang sama...mengenai pengalaman ahli panel dalam kursus BTN...ajuan soalan para hadirin juga tidak dijelaskan dengan sejelasnya...berpusing-pusing....yang menariknya pada pusingan pengulungan ada ahli panel menyatakan BTN ini perkauman....yang si Eddie Khoo pula menyatakan BTN perlu ditutup sebab pembaziran...
Yang menjadi persoalan tidak ada pun hujah yang konkrit menyatakan sebab musabab BTN ini perlu ditutup atas alasan perkauman...
yang menarik pada hamba:
1) Kenyataan EDDIE KHOO- BTN ini pembaziran dan ianya perlu ditutup...
2) Kenyataan Si AMIRUDIN-BTN ini wujud sebab nak pengaruh Anwar Ibrahim dahulu....malah dalam LDK dikeji semua pemimpin ini...Anwar sebagai ejen yahudi...
3) Kenyataan NIK NAZMI- kita akan sokong BTN kalau ianya mengajar tentang Perlembagaan tetapi bukan perkauman....
4) Kenyataan Ahli Perlimen Balik Pulau(hadirin)- Perkauman berlaku sebab sistem pendidikan
Dari kenyataan ini hamba tertanya-tanya...habis dimana hujah yang BTN ini perkauman...yang menjadi isu pembaziran dan sejarah BTN yang ditubuhkan untuk menjatuhkan anwar...Dek kerana itulah hamba cakap forum ini cukup bodoh...sehingga para hadirin yang memang menyokong Pakatan Sialan ini diperbodohkan sebegitu rupa...Forum langsung tidak menfokuskan tajuk perbincangan...tetiba jer boleh pulak ahli panel mengulungkan yang BTN ini perkauman...Gila ker...nanti hamba akan merungkaikan lagi peristiwa di dalam forum ini lagi...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails