Monday, November 30, 2009

Nik Aziz Dah Pandai Tiru Anwar

Salam... Sejak dua tiga mejak ni Hamba sudah mula jelak dengan permainan politik dan isu yang diputarkan oleh geng pakatan sialan yang didalangi oleh si Anwar al Juburi ini.... Semuanya berputar2 hanya semata-mata untuk menutup isu yang telah terbongkar keaibannya... Kini Nik Aziz pulak sudah pandai meniru taktik Anwar al Juburi menutup kelemahan diri dan keaiban keluarganya.... Bila timbul isu anak menantu beliau yang disiasat oleh SPRM termasuk dirinya sendiri maka timbul pulak isu yang kononnya lahir seorang bergelar "kolonel Mat" yang didakwa membuat perancangan untuk menjatuhkan si Nik Aziz sorang ni....Maka rakyat Malaysia mula tertanya siapakah gelaran "kolonel Mat" yang dimaksudkan oleh Nik Aziz...akhirnya isu rasuah yang disiasat oleh SPRM terhadapnya berjaya dikaburi.... Malah isu tajaan beliau juga telah dikaburi dengan hebatnya bila mana isu Quraisy Malaysia dibangkitkan semata-mata menunjukkan bahawa perjuangan islamnya turut mendapat tentangan hebat sebagaimana zaman Rasulullah dahulu...Rakyat Kelantan terutamanya merintih air mata menunjukkan simpati terhadap Nik Aziz.... Dari dahulu lagi Nik Aziz selalu menitiskan air mata demi perjuangan beliau...kerana dia tahu rakyat Malaysia cukup simpati bila seorang yang bergelar ulamak menitis air mata... Dari dahulu lagi Nik Aziz sudah melabelkan UMNO sebagai parti sekular yang sesat dan kafir sehinggakan apa yang diucapkan terpahat di dalam pemikiran rakyat Malaysia...membuatkan rakyat lupa dari mana asal penubuhan PAS....Sehingga rakyat lupa siapa perjuangan yang menentang Malayan Union...rakyat lupa siapa perjuangan kemerdekaan....rakyat lupa kenapa pimpinan ulamak UMNO keluar dari UMNO dan tubuh PAS.... Hebat juga lilitan serban Nik Aziz dan Air mata beliau sehingga rakyat boleh lupa isu pokok yang timbul bila mana beliau membangkit isu yang jauh menyimpang dari persoalan asal...hanya kerana mahu menyelamatkan politik beliau dan jawatan MB yang disandang lebih 20 tahun....

Wednesday, November 25, 2009

Apa pandangan Anda??? Apa jadi dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan

Petikan dari artikel sahabat seperjuangan

"Pada 27 mac 2008, khalid samad(ahli parlimen S.Alam) ketika berucap di Gereja Divine Mercy, Roman Katolik menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan "Allah" untuk merujuk kepada perkataan "God" dalam kristian dan ajarannya" baca selanjutnya di sini
Baru-baru ini pulak bekas mufti perlis Dr Asri ditangkap oleh JAIS kerana berceramah tanpa memiliki tauliah yang diberikan oleh JAIS...Bagaimana pulak Xavier boleh masuk masjid???dapat tauliah untuk berceramah di dalam masjidkah???
Renung-renungkan Perkara 3 dalam Perlembagaan....Adakah Perkara 3 ini akan tergubal andaikata Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Malaysia ini....jawapannya "Mungkin Tergubal jika dilihat dari apa yang dilakukan oleh Geng Pakatan Sialan ini"

Saturday, November 14, 2009

Mungkinkah Kenyataan "Hadiah" akan berulang lagi????

Salam semua...
Mungkinkah ini pertunjuk Allah S.W.T mengenai diri Nik Aziz...
Mula-mula heboh cerita mengenai Nik Aziz ditaja oleh seorang individu untuk pergi menunaikan haji untuk kali yang keberapa ntahlah...
Kemudian bilamana perkara ini menjagi "panas" Nik Aziz dengan "linangan air mata" melafazkan bahawa beliau membatalkan niat ke haji tersebut...atas sebab apa???desakan rakan-rakan partikah???
Yang terbaru SPRM telah membuka fail siasatan mengenai isu tajaan berikut...ini kerana difahamkan individu yang menaja Nik Aziz ini ada kena-mengena dengan urusan pentadbiran Nik Aziz di Kelantan (baca disini)...
Tetapi hamba yakin kenyataan mengenai tajaan/hadiah/sumbangan akan disebut semula oleh Nik Aziz unuk mempertahankan apa yang telah dilakukan oleh beliau sebagaimana catatan hamba yang terdahulu (Politik Wang Vs Hadiah/sumbangan/cenderamata??mana satu..)
Kenapa Nik Aziz menerima tajaan tersebut...Apa niat individu tersebut??? Orang dulu-dulu selalu berpesan...orang buat baik dengan kita...jangan kita berbuat jahat pula dengan dia...mesti berbuat baik juga...
Jika direnung dalam juga maksud ayat orang dulu-dulu ni...
Dan yang pasti juga ramai di luar sana yang akan mempertahankan Nik Aziz kerana beliau seorang ulama...mana mungkin beliau tidak tahu halal dan haram...dosa dan pahala...ilmu agama tinggi...
Tapi kena juga ingat Nik Aziz juga manusia biasa...manusia biasa tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan...Tetapi kerana terlalu menagung-agungkan Nik Aziz sorang ni..hingga mata menjadi buta untuk menilai...hati tertutup untuk merasai...telinga dipekakkan untuk mendengar kebenaran...yang hendak didengar hanya cakap dari mulut Nik Aziz....yang dilihat hanya kebaikan Nik Aziz...hanya kerana gelaran "TOK GURU"

Monday, November 09, 2009

TARAF WANITA DI MATA MEREKA????ADILKAH BEGINI???

Salam... Hari ini hamba ingin membicarakan mengenai taraf wanita islam dipandangan mata mereka(pemimpin PAS)...7 November 2009, hamba telah membaca berita mengenai Bai'ah yang berlaku dalam kepimpinan PAS, terutama mereka yang dipilih sebagai calon ketika pilihanraya...Dengan beranggapan Bai'ah itu penting sebab tidak mahu mereka ini mengkhianati parti atau melompat parti maka intipati "jatuh talak 3 ke atas isteri jika mengkhianati parti" dilafazkan...dengan alasan jika mereka yang melakukan Bai'ah ini sayangkan isteri dan keluarga maka mereka juga perlu menyayangi parti sedemikian rupa... Persoalannya????
1) Adakah perkara ini "ADIL" terhadap mereka yang dipilih menjadi calon...Andai jika mereka mulai merasakan yang hala tuju parti sudah tidak relevan seharusnya mereka ini diberi ruang dan peluang untuk menentukan perjalanan politik mereka tapi rupa-rupanya mereka ini tidak mampu untuk berbuat demikian kerana ikrar yang telah dilafazkan...Mahu tidak mahu mereka terpaksa terus bersama parti walaupun hati sudah tidak bersama perjuangan parti...ADAKAH INI KEADILAN YANG DIWAR-WARKAN OLEH PAS.....
2) Adakah perkara ini "ADIL" terhadap isteri-isteri mereka yang dipilih sebagai calon Parti PAS...Bukankah ini juga salah satu penindasan terhadap wanita...Di mana kedudukan kaum WANITA dipandangan mata kaum lelaki dalam parti Pas...hanya sekadar hiasankah sehingga dipergunakan dalam kepentigan parti sehingga dijadikan lafaz ikrar dalam Bai'ah mereka...sanggup memperjudikan kaum wanita/isteri semata-mata untuk kepentingan parti.... Pas sudah lupakah tentang ajaran islam..."salah satu perkara yang dibolehkan dalam islam tetapi dibenci oleh ALLAH S.W.T adalah penceraian/talak" malah "ALLAH juga melarang kita mempermainkan talak"....Oleh itu ke mana pergi perjuangan islam yang dijuangankan selama ini jika perkara sebegini dipermain-mainkan oleh kepimpinan Pas hanya semata-mata takut ada calon mereka yang mengkhianati parti...Mereka juga sudah lupa tentang qada dan qadar ALLAH S.W.T ker??? Sehingga "Talak" digunapakaic bagi menghalang ketentuan ALLAH S.W.T....
3) Bukankah ini juga salah satu bentuk perjudian dimana si suami mempertaruhan nasib si isteri dalam perjuangan politik mereka....Dan jika si suami "tewas" atau melompat parti atau lari daripada perjuangan/medan maka si isteri yang menjadi mangsa....Ianya seolah-olah...si suami yang berjudi di pusat perjudian dengan mempertaruhankan isteri sebagai ganti wang pertaruhan....
Mereka(pemimpin Pas) lupa???
1) Rasulullah tidak pernah menggunakan " hukum jatuh Talak terhadap isteri jika lari dari medan perang" terhadap tentera islam ketika peperangan semata-mata hendak menghalang daripada tentera baginda mengkhianatinya atau lari dari medan perang ketika peperangan...Malah rasulullah memohon supaya tentera baginda berjuang kerana agama islam dan kerana ALLAH...
2) Kaum wanita juga dipandang mulia disisi Allah S.W.T....lihat sahaja kisah Rabiatul Adawiyah...yang diangkat menjadi wali Allah...bukankah beliau ini wanita islam
3) Siapa yang menjadi penenang hati Rasulullah ketika baginda mula-mula menerima wahyu...isteri baginda...seorang wanita...
Malahan banyak lagi jika hendak dihuraikan tentang kehebatan wanita islam...Baginda tidak pernah mempergunakan kaum wanita....Tetapi hari ini kita digemparkan tentang Bai'ah yang terdapat dalam kepimpinan Pas yang memperjudikan nasib kaum wanita ditangan suami mereka...sehingga sebegitu sekali wanita diperdagangkan dalam perjuangan PAS hanya semata tidak berlaku pengkhianatan...
MAKA??
1) Hamba dapat simpulkan bahawa ada dikalangan pimpinan PAS hari ini yang berjuang bukan kerana hati tetapi kerana "TERPAKSA"....dek kerana sayangkan keluarga dan isteri maka mulut masih menuturkan ketaatan kepada PAS kerana tidak mahu kehilangan isteri dan keluarga....
2) Parti PAS tidak ikhlas berjuangan untuk rakyat dan perjuangan mereka bukan kerana keikhlasan hati tetapi disebabkan "Keterpaksaan" kerana sudah mengangkat sumpah....
3) Parti PAS bukan parti yang benar-benar memperjuangkan islam kerana perjuangan pemimpin mereka lahir secara terpaksa kerana terikat dengan ikrar sumpah setia yang memperjudikan intitusi kekeluargaan....
4) Parti PAS mengamalkan "Perjudian" dalam parti kerana mempertaruhkan nasib isteri sebagai ganti dalam perjuangan mereka....
Baca lagi di sini::

Tuesday, November 03, 2009

Anwar oh anwar...tangguh lagi!!!!!

Salam..jam 10.59 pagi tadi telefon bimbit hamba berbunyi menandakan ada mesej yang masuk..Rupa-rupanya berita mengenai kes Anwar Ibrahim...Tangguh lagi!!! Mahkamah Tinggi KL menetapkan 23 November ini untuk mendengar permohonan Anwar al Juburi ni untuk membatalkan kes dan sebutan kes...Persoalan sampai bila lagi hendak ditangguhkan...Apa yang diminta oleh peguam yang mewakili Anwar al Juburi telah pun dipenuhi...kenapa masih nak tangguh...Maka hamba pun bersependapat dengan abg GAP untuk menyerang Anwar al Juburi dan konco-konco...
Dan hamba pun telah melihat serang awal yang telah dilakukan...Ketika menghantar orang yang hamba sayang ke tempat kerja hamba telah melihat "keindahan" kawasan Bangsar kerana dihiasi dengan rentangan "banner" yang mendesak Anwar al Juburi mempercepatkan perbicaraan kesnya...Nah satu tempelak yang cukup hebat diterima oleh Anwar al Juburi...Baru dia tahu bahawa rakyat sudah jelak dengan sandiwara beliau yang sering mengelak dan mencari helah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau...
Ini ada hamba rakamkan "banner" yang tergantung...maaf visual kurang menarik kerana hamba hanya menggunakan kamera telefon bimbit hamba yang tidak berapa canggih...

Monday, November 02, 2009

Kelab Malam dan Dangdut Boleh Tak Aji aziz????

(sekadar gambar hiasan)
Salam...
Ermm...tunduk patuh sekali lagi PAS Selangor kepada PKR dan DAP....
Agaknya apa fatwa yang telah dikeluarkan oleh Nik Aziz untuk Khalid Ibrahim sorang ni sehingga boleh membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi untuk pusat hiburan sehingga jam 3 pagi...Dengan menggunakan alasan untuk menarik pelancong ke Selangor maka Khalid Barua ini pun membuat keputusan sedemikian...Maka berpestalah rakyat Selangor hingga ke pagi...
Hamba masih ingat lagi walaupun ketika itu hamba masih di bangku sekolah menengah...Bagaimana bukan main keras PAS menghentam kerajaan Malaysia gara-gara ingin melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan satu masa dahulu...Pelbagai dakwaan dikeluarkan dan ada yang mengatakan yang benda itu semua akan menyebabkan lebih banyak gejala sosial dan maksiat dan banyak lagi...
Nah bila sudah berkongsi kuasa memerintah negeri Selangor ke mana menghilangnya suara lantang pemimpin PAS dan pengikut muslimin dan muslimat PAS Selangor...Semuanya sudah hilang "telur" dan "biji #@$@$" sehingga tidak ada yang berani menegur dan membantah keputusan si Khalid Barua tersebut...Atau mereka telah menerima amanat sms dari Nik Aziz yang apa dilakukan oleh Khalid Barua ni betul kerana nak timgkatkan ekonomi...
Hamba cabar pengikut PAS yang selama ini gah bercakap untuk memperjuangkan islam dan membentuk negara islam membantah perkara ini...Mana blogger PAS yang hebat menulis menghentam kerajaan selama ni....Kenapa keputusan Khalid Barua ni langsung tidak dihentam....
Hamba cabar juga PAS Selangor...kita nantikan siapa yang lebih ramai dalam pusat hiburan itu nanti...Pelancong atau rakyat tempatan...
Ini yang dikatakan PAS nak tubuh negara Islam sepenuhnya...puihh...hamba ludah muka sorang-sorang pemimpin PAS lebih-lebih lagi Nik Aziz...Baru perkara sedemikian pun sudah membisu dan menunduk patuh...Dulu nak haramkan kilang Arak kat Selangor bila PAS menang...tapi hamba lihat kilang arak masih kukuh berdiri beroperasi malah PAS juga tunduk patuh dengan PKR dan DAP...Kali ini sekali lagi hamba tengok PAS menunduk patuh dengan PKR dan DAP dengan keputusan Khalid Barua ni...Kalau masih tak sedarkah pengikut PAS kat luar sana dengan apa yang sudah berlaku....

Sunday, November 01, 2009

Bila Si "Dewa" mengamuk...semua Pemuja menyembah...

Salam...

Hari ini pening otak hamba menelaah akhbar...Belum selesai-selesai lagi isu Perpaduan...Hari ini muka depan akhbar Sinar terbentang gambar besar Dr Hassan Ali yang bersedia untuk disiasat dan dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Disiplin Parti PAS sebab dikatakan menjadi dalang kepada usul negara perpaduan diantara PAS- UMNO...Nampaknya Hassan Ali dan PAS Selangor yang akan di kambing hitamkan oleh PAS Pusat untuk menutup buku tentang negara perpaduan ini...
Pada hamba bukan masalah dikambing hitamkan atau tidak...Pada hamba yang menjadi punca kepada semua permasalahan ini adalah kerana sikap pengikut yang terlalu memuja pemimpin mereka dan ketaksuban yang melampau...Malah apa yang diucapkan oleh Nik Aziz seolah-olah satu perintah yang mesti diikuti oleh semua pengikut termasuk Presiden Parti...Langsung tidak boleh ditegur atau dipersoalkan...Malah apa yang dikatakan semuanya benar...
Maka tidak salah hamba mengelarkan Nik Aziz "Dewa"...Maaf jika agak terkasar...tetapi itu yang hamba lihat dengan pandangan mata kasar hamba sekarang...kerana setiap kali Nik Aziz mengucapkan sesuatu semua pengikut PAS akan menganggap ianya seolah amanat yang perlu dilunaskan...Langsung sudah tidak menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk menilai...Adakah sebab digelar Ulamak...maka apa sahaja yang diucapkan benar belaka...kita lupa yang kita telah pun disemat dengan ajaran islam yang menyebut..."taatilah kedua ibubapa kamu dan pemimpin kamu selagi disuruh melakukan kejahatan dan kebinasaan...
Jika kita menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak menggunakan emosi...Kita akan ingat satu ketika dahulu Nik Aziz pernah menyamakan DAP dengan Syaitan hanya kerana DAP tidak mahu menerima Negara ISLAM...Tetapi hari ini Nik Aziz bukan main lagi bersahabat baik dengan DAP....Malah hari ini Penyokong UMNO pula dikatakan akan masuk ke neraka kerana masih bersama dengan UMNO...
Jika difikir dengan logik akal yang telah dianugerahkan...tidak akan seorang Ulamak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian...Kerana beliau mesti lebih arif tentang ajaran Islam...Malah mungkin beliau pernah membaca riwayat kisah Rasulullah ini..."Ketika Nabi saw. berdiri solat dan bertanya: dimanakah Malik bin Adduch-syum?lalu dijawab oleh seorang: itu munafik, tidak suka kepada Allah dan Rasul-nya. Maka Nabi saw. bersabda: Jangan berkata demikian, tidakkah kau tahu bahwa ia telah mengucapkan kalimah Lailahailallah dengan ikhlas kerana Allah dan Allah telah mengharamkan api neraka atas orang yang mengucap kan Lailahailallah dengan ikhlas kerana Allah"...Nah Rasulullah sendiri tidak pernah menghukum sesiapa pun dengan menggunakan syurga dan neraka...
Tetapi hari ini hamba melihat Nik Aziz sudah terlampau diagungkan oleh pengikutnya...Dek kerana itulah idea negara perpaduan ini tidak mencapai kata sepakat...Wahal jika diselidik sedalamnya negara perpaduan ini amat penting dan baik memandangkan UMNO dan PAS adalah parti yang menjadi wakil orang melayu...Tetapi pada Nik Aziz perkara ini telah menjadi kekecohan kepada parti...sehinggakan beliau mengusulkan untuk diadakan EGM PAS...Betul EGM ini mendapat respon yang pelbagai daripada beberapa kepimpinan Pas...Namun ianya tetap berlangsung cuma nama sahaja diubah tetapi matlamat adalah sama iaitu mengambil tindakan kepada sesiapa yang mengemukan idea ini...
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah Dr Hassan Ali dan Pas Selangor...Inikah yang dikatakan Musyidul Am Pas...Menolak perpaduan yang cuba dianjurkan...Maka ini menjelaskan lagi bahawa Nik Aziz ini seperti "dewa"...sehingga apa yang dicakapkan pengikut mesti menyembah dan melaksanakan apa yang diucapkan oleh Nik Aziz...Agaknya sampai bila pengikut Pas yang taksub ini hendak sedar diri tentang apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sebenarnya tidak betul dan perlu diperbetulkan...Mungkin sehingga terhantuk baru terasa sakitnya...Dan mungkin ketika itu sudah terlambat...Kita tidak boleh memutarkan semula masa...apa yang kita boleh buat...hanya melihat sahaja...Fikirkanlah wahai ahli Pas yang terlalu taksub dengan Nik Aziz...Jangan bila sudah tergadai baru hendak berjuang mempertahankan...Alangkah lebih baik jika apa yang dilakukan hari ini adalah untuk mengelak dari tergadai....

Related Posts with Thumbnails