Sunday, November 01, 2009

Bila Si "Dewa" mengamuk...semua Pemuja menyembah...

Salam...

Hari ini pening otak hamba menelaah akhbar...Belum selesai-selesai lagi isu Perpaduan...Hari ini muka depan akhbar Sinar terbentang gambar besar Dr Hassan Ali yang bersedia untuk disiasat dan dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Disiplin Parti PAS sebab dikatakan menjadi dalang kepada usul negara perpaduan diantara PAS- UMNO...Nampaknya Hassan Ali dan PAS Selangor yang akan di kambing hitamkan oleh PAS Pusat untuk menutup buku tentang negara perpaduan ini...
Pada hamba bukan masalah dikambing hitamkan atau tidak...Pada hamba yang menjadi punca kepada semua permasalahan ini adalah kerana sikap pengikut yang terlalu memuja pemimpin mereka dan ketaksuban yang melampau...Malah apa yang diucapkan oleh Nik Aziz seolah-olah satu perintah yang mesti diikuti oleh semua pengikut termasuk Presiden Parti...Langsung tidak boleh ditegur atau dipersoalkan...Malah apa yang dikatakan semuanya benar...
Maka tidak salah hamba mengelarkan Nik Aziz "Dewa"...Maaf jika agak terkasar...tetapi itu yang hamba lihat dengan pandangan mata kasar hamba sekarang...kerana setiap kali Nik Aziz mengucapkan sesuatu semua pengikut PAS akan menganggap ianya seolah amanat yang perlu dilunaskan...Langsung sudah tidak menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk menilai...Adakah sebab digelar Ulamak...maka apa sahaja yang diucapkan benar belaka...kita lupa yang kita telah pun disemat dengan ajaran islam yang menyebut..."taatilah kedua ibubapa kamu dan pemimpin kamu selagi disuruh melakukan kejahatan dan kebinasaan...
Jika kita menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak menggunakan emosi...Kita akan ingat satu ketika dahulu Nik Aziz pernah menyamakan DAP dengan Syaitan hanya kerana DAP tidak mahu menerima Negara ISLAM...Tetapi hari ini Nik Aziz bukan main lagi bersahabat baik dengan DAP....Malah hari ini Penyokong UMNO pula dikatakan akan masuk ke neraka kerana masih bersama dengan UMNO...
Jika difikir dengan logik akal yang telah dianugerahkan...tidak akan seorang Ulamak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian...Kerana beliau mesti lebih arif tentang ajaran Islam...Malah mungkin beliau pernah membaca riwayat kisah Rasulullah ini..."Ketika Nabi saw. berdiri solat dan bertanya: dimanakah Malik bin Adduch-syum?lalu dijawab oleh seorang: itu munafik, tidak suka kepada Allah dan Rasul-nya. Maka Nabi saw. bersabda: Jangan berkata demikian, tidakkah kau tahu bahwa ia telah mengucapkan kalimah Lailahailallah dengan ikhlas kerana Allah dan Allah telah mengharamkan api neraka atas orang yang mengucap kan Lailahailallah dengan ikhlas kerana Allah"...Nah Rasulullah sendiri tidak pernah menghukum sesiapa pun dengan menggunakan syurga dan neraka...
Tetapi hari ini hamba melihat Nik Aziz sudah terlampau diagungkan oleh pengikutnya...Dek kerana itulah idea negara perpaduan ini tidak mencapai kata sepakat...Wahal jika diselidik sedalamnya negara perpaduan ini amat penting dan baik memandangkan UMNO dan PAS adalah parti yang menjadi wakil orang melayu...Tetapi pada Nik Aziz perkara ini telah menjadi kekecohan kepada parti...sehinggakan beliau mengusulkan untuk diadakan EGM PAS...Betul EGM ini mendapat respon yang pelbagai daripada beberapa kepimpinan Pas...Namun ianya tetap berlangsung cuma nama sahaja diubah tetapi matlamat adalah sama iaitu mengambil tindakan kepada sesiapa yang mengemukan idea ini...
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah Dr Hassan Ali dan Pas Selangor...Inikah yang dikatakan Musyidul Am Pas...Menolak perpaduan yang cuba dianjurkan...Maka ini menjelaskan lagi bahawa Nik Aziz ini seperti "dewa"...sehingga apa yang dicakapkan pengikut mesti menyembah dan melaksanakan apa yang diucapkan oleh Nik Aziz...Agaknya sampai bila pengikut Pas yang taksub ini hendak sedar diri tentang apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sebenarnya tidak betul dan perlu diperbetulkan...Mungkin sehingga terhantuk baru terasa sakitnya...Dan mungkin ketika itu sudah terlambat...Kita tidak boleh memutarkan semula masa...apa yang kita boleh buat...hanya melihat sahaja...Fikirkanlah wahai ahli Pas yang terlalu taksub dengan Nik Aziz...Jangan bila sudah tergadai baru hendak berjuang mempertahankan...Alangkah lebih baik jika apa yang dilakukan hari ini adalah untuk mengelak dari tergadai....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails