Monday, November 09, 2009

TARAF WANITA DI MATA MEREKA????ADILKAH BEGINI???

Salam... Hari ini hamba ingin membicarakan mengenai taraf wanita islam dipandangan mata mereka(pemimpin PAS)...7 November 2009, hamba telah membaca berita mengenai Bai'ah yang berlaku dalam kepimpinan PAS, terutama mereka yang dipilih sebagai calon ketika pilihanraya...Dengan beranggapan Bai'ah itu penting sebab tidak mahu mereka ini mengkhianati parti atau melompat parti maka intipati "jatuh talak 3 ke atas isteri jika mengkhianati parti" dilafazkan...dengan alasan jika mereka yang melakukan Bai'ah ini sayangkan isteri dan keluarga maka mereka juga perlu menyayangi parti sedemikian rupa... Persoalannya????
1) Adakah perkara ini "ADIL" terhadap mereka yang dipilih menjadi calon...Andai jika mereka mulai merasakan yang hala tuju parti sudah tidak relevan seharusnya mereka ini diberi ruang dan peluang untuk menentukan perjalanan politik mereka tapi rupa-rupanya mereka ini tidak mampu untuk berbuat demikian kerana ikrar yang telah dilafazkan...Mahu tidak mahu mereka terpaksa terus bersama parti walaupun hati sudah tidak bersama perjuangan parti...ADAKAH INI KEADILAN YANG DIWAR-WARKAN OLEH PAS.....
2) Adakah perkara ini "ADIL" terhadap isteri-isteri mereka yang dipilih sebagai calon Parti PAS...Bukankah ini juga salah satu penindasan terhadap wanita...Di mana kedudukan kaum WANITA dipandangan mata kaum lelaki dalam parti Pas...hanya sekadar hiasankah sehingga dipergunakan dalam kepentigan parti sehingga dijadikan lafaz ikrar dalam Bai'ah mereka...sanggup memperjudikan kaum wanita/isteri semata-mata untuk kepentingan parti.... Pas sudah lupakah tentang ajaran islam..."salah satu perkara yang dibolehkan dalam islam tetapi dibenci oleh ALLAH S.W.T adalah penceraian/talak" malah "ALLAH juga melarang kita mempermainkan talak"....Oleh itu ke mana pergi perjuangan islam yang dijuangankan selama ini jika perkara sebegini dipermain-mainkan oleh kepimpinan Pas hanya semata-mata takut ada calon mereka yang mengkhianati parti...Mereka juga sudah lupa tentang qada dan qadar ALLAH S.W.T ker??? Sehingga "Talak" digunapakaic bagi menghalang ketentuan ALLAH S.W.T....
3) Bukankah ini juga salah satu bentuk perjudian dimana si suami mempertaruhan nasib si isteri dalam perjuangan politik mereka....Dan jika si suami "tewas" atau melompat parti atau lari daripada perjuangan/medan maka si isteri yang menjadi mangsa....Ianya seolah-olah...si suami yang berjudi di pusat perjudian dengan mempertaruhankan isteri sebagai ganti wang pertaruhan....
Mereka(pemimpin Pas) lupa???
1) Rasulullah tidak pernah menggunakan " hukum jatuh Talak terhadap isteri jika lari dari medan perang" terhadap tentera islam ketika peperangan semata-mata hendak menghalang daripada tentera baginda mengkhianatinya atau lari dari medan perang ketika peperangan...Malah rasulullah memohon supaya tentera baginda berjuang kerana agama islam dan kerana ALLAH...
2) Kaum wanita juga dipandang mulia disisi Allah S.W.T....lihat sahaja kisah Rabiatul Adawiyah...yang diangkat menjadi wali Allah...bukankah beliau ini wanita islam
3) Siapa yang menjadi penenang hati Rasulullah ketika baginda mula-mula menerima wahyu...isteri baginda...seorang wanita...
Malahan banyak lagi jika hendak dihuraikan tentang kehebatan wanita islam...Baginda tidak pernah mempergunakan kaum wanita....Tetapi hari ini kita digemparkan tentang Bai'ah yang terdapat dalam kepimpinan Pas yang memperjudikan nasib kaum wanita ditangan suami mereka...sehingga sebegitu sekali wanita diperdagangkan dalam perjuangan PAS hanya semata tidak berlaku pengkhianatan...
MAKA??
1) Hamba dapat simpulkan bahawa ada dikalangan pimpinan PAS hari ini yang berjuang bukan kerana hati tetapi kerana "TERPAKSA"....dek kerana sayangkan keluarga dan isteri maka mulut masih menuturkan ketaatan kepada PAS kerana tidak mahu kehilangan isteri dan keluarga....
2) Parti PAS tidak ikhlas berjuangan untuk rakyat dan perjuangan mereka bukan kerana keikhlasan hati tetapi disebabkan "Keterpaksaan" kerana sudah mengangkat sumpah....
3) Parti PAS bukan parti yang benar-benar memperjuangkan islam kerana perjuangan pemimpin mereka lahir secara terpaksa kerana terikat dengan ikrar sumpah setia yang memperjudikan intitusi kekeluargaan....
4) Parti PAS mengamalkan "Perjudian" dalam parti kerana mempertaruhkan nasib isteri sebagai ganti dalam perjuangan mereka....
Baca lagi di sini::

1 comments:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam...

Inilah kesan & harga yang perlu dibayar oleh pengikut PAS hasil & kesan dari fikiran yang sangat jumud

Related Posts with Thumbnails