Monday, July 19, 2010

PERPADUAN APA YANG DICARI MEREKA??

Minggu ini kita sibuk membicarakan hal perpaduan di antara UMNO dan PAS. Dimana UMNO sudah pun membuka pintu rundingan untuk PAS. Tetapi perkhabaran daripada pihak PAS sahaja yang masih kelihatan kelam. Ada yang masih belum membuka hati untuk duduk semeja dengan UMNO bagi membicangkan hala tuju politik Melayu Islam. Bila membaca SINAR hari ini timbul pula persoalan yang agak kabur. Naib Presiden PAS menyatakan bahawa rundingan itu ditolak kerana PAS tidak boleh menerima dasar yang dibawa oleh UMNO. Kenapa isu ini yang perlu dijadikan alasan oleh mereka. Bukankah ianya satu rundingan PERPADUAN diantara UMNO dan PAS, maka di meja bulat itu pimpinan PAS dan UMNO boleh membincangkan dasar perpaduan tersebut. Kenapa perlu awal sangat menolak usaha perpaduan parti Melayu Islam sebelum ianya dimulakan. Kenapa tidak duduk dahulu dan kemudian berbincang. Mana yang tidak kena dibetulkan bukannya menolak mentah-mentah usaha tersebut.
Ini yang masih kurang difahami. Apa yang menjadi persoalan, apakah pula dasar DAP yang menyebabkan PAS boleh duduk sebumbung dalam perjuangan menentang Kerajaan yang diterajui oleh pimpinan Melayu Islam. Apakah yang menyakinkan pimpinan PAS bahawa dasar DAP itu selari dengan dasar PAS. Wahal rakyat hari ini melihat bahawa apa yang diperjuangkan oleh DAP agak jauh menyimpang daripada dasar PAS.
Sampai bila politik melayu ini hendak berpecah-belah. Apakah yang akan membuatkan PAS boleh menerima UMNO. Apakah PAS mahu UMNO menerima kesemua dasar PAS dulu dan menepikan dasar UMNO keseluruhannya baru rundingan ini akan berlaku. Aduhai politik melayu. Agaknya sampai bila mampu bertahan politik melayu di negara ini???

Related Posts with Thumbnails