Thursday, October 29, 2009

Terbayang Aku Akan Nasib Agama, Bangsa dan Negara Malaysia

Salam...Hari yang cukup lapang pada tengahari tadi hamba habiskan bersama-sama insan tersayang ke PWTC menyaksikan satu pameran yang cukup memberikan pengajaran yang berguna bertapa indahnya bumi Malaysia ini...Pameran yang dinamakan "Internasional Exhibition Criminalise WAR" yang mana memperlihatkan kezaliman dalam dunia peperangan...pelbagai yang aku lihat...pelbagai seksaan terhadap tawanan perang diperlihatkan...cukup memilukan...cukup menyedihkan...
Yang kanak-kanak dan masih mentah dalam menongkah arus perdana ini sering bertanyakan kepada si ayah apa yang sedang dipertontonkan kepadanya...Selama hari ini hamba hanya melihat bentuk penderaan dan kezaliman tersebut dalam bentuk gambar yang sukar untuk diterjemahkan oleh akal fikiran hamba...Tapi hari ini hamba melihat sendiri bagaimana semua gambar yang pernah aku lihat telah diterjemahkan dalam bentuk fizikal patung yang sedang melakukan aksi sebagaimana dalam gambar yang dipertontonkan...Kali ini hati hamba betul tersentuh kerana ianya seolah-oleh manusia sebenar yang sedang mengalami kezaliman yang dilakukan oleh tentera yang cukup terkenal seantero dunia...Tentera mana lagi jika bukan Tentera Amerika Syarikat... Melihat apa yang dipertontonkan hamba mulai menggambarkan keadaan negara Malaysia sekarang ini...Adakah akan terus aman sebegini atau akan menerima nasib yang sama seperti negara yang telah dimasuki tentera Amerika Syarikat...Hati mula tertanya malah persoalan yang sama juga terpancul dari mulut insan yang selama ini berdiri disebelah hamba "Agak-agak Malaysia akan jadi seperti ini tak???? Hamba menjawab spontan persoalan tersebut...MENGAPA TIDAK....Andai terdapat pengkhianat maka semua itu akan Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama....
Bagaimana????
Ambil sahaja contoh Iraq....Akibat tamakkan kuasa dan hendak menjatuhkan pemimpin yang sedia ada...maka pakatan "murni" telah dilakukan dilakukan dengan Amerika Syarikat oleh pihak yang hendak melihat jatuhnya Saddam Hussien...Dengan berbekalkan alasan kekejaman yang dilakukan oleh Saddam maka kekecohan telah diwujudkan di Iraq....maka Amerika Syarikat dipanggil untuk membantu...akhirnya Saddam digulingkan tetapi Iraq masih belum diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Iraq...Tentera Amerika Syarikat masih wujud disana...yang menderita adalah rakyat jelata dek kerana pemimpin yang gila kuasa....
Di Palestin semua orang tahu apa yang terjadi...tidak perlu hamba ulas lagi...
Habis Malaysia pula bagaimana???persoalan seterusnya diajukan...ketika ini hamba teringatkan pesanan seorang ayahanda hamba mengenai pengkhianat bangsa dan negara yang wujud dan dilatih oleh Amerika Syarikat...Malah hari ini pengkhianat tersebut seolah-olah diagung-agungkan oleh rakyat....Hamba juga teringat pesanan dan kisah yang dikongsi oleh ayahanda hamba seorang ini mengenai perancangan si pengkhianat negara dan bangsa ini...(baca disini)...Apa yang hamba fikirkan ialah perancangan/taktik yang ke-2 si pengkhianat ini dalam merebut kuasa pentadbiran negara....APA dia???? REVOLUSI...inilah taktik ke-2 yang hamba terfikir bila si pengkhianat ini mahu gunakan dalam mencapai cita-cita "murni" beliau...Inilah satu-satunya taktik yang mampu untuk menyebabkan kehadiran tentera Amerika Syarikat....
Sudah Terjadikah????
Pada hamba taktik ke-2 si pengkhianat ini sedang berlaku secara halusnya tanpa kita sedari andai kita tidak melihat dengan akal fikiran...Pada hari ini si pengkhianat ini sedang membentuk satu perhimpunan yang mampu untuk mengugat kestabilan negara dan melumpuhkan negara...Malah lebih dahsyatnya si pengkhianat ini telah mencipta api kemarahan dan ketidakpercayaan rakyat terhadap beberapa agensi keselamatan negara....Hari ini setiap bulan pasti kita akan dihidangkan dengan pelbagai perhimpunan yang menolak kerajaan pemerintah...Ini yang hamba cakap taktik halus...Dengan mata kasar perhimpunan tersebut dilihat tidak mendatangkan sebarang risiko...Tapi jika setiap bulan berlaku perhimpunan negara luar mulai memerhatikan keadaan negara dan pasti akan mengambil peluang keemas itu...akhirnya Malaysia akan senasib seperti bumi Iraq dan Palestin...
Melihat kanak-kanak tadi ketika di pameran tadi menyebabkan hamba bertanya...Adakah sempat untuk kanak-kanak ini dan rakan sebayanya menikmati keamanan yang hamba kecapi selama 24 tahun ini....Sempatkah hamba mewasiatkan keamanan negara ini kepada anak-anak, adik-adik dan cucu-cucu hamba kelak...Atau hamba menjadi generai terakhir yang menikmati keamanan ini...Melihat kepada telatah kanak-kanak ini menyebabkan hamba tertanya...sampai bila rakyat Malaysia yang sudah dewasa ini akan menyedari taktik si pengkhianat ini dalam usahanya "menjual" keamanan negara Malaysia ini...Adakah sampai kita dengan sendiri mengadai keamanan ini yang sepatutnya kita wariskan kepada generasi akan datang....Anda Fikirkanlah sendiri...Kita yang mencorakkan kepimpinan yang mendatang....
agak-agak siapakah yang mencoretkan kata-kata dibawah ini:?????
Inilah kata-kata yang sempat hamba rakamkan untuk kita renung...
hasil dari seorang kanak-kanak yang berusia sekitar 7 tahun::-

0 comments:

Related Posts with Thumbnails