Wednesday, October 14, 2009

Jangan Main Wayang Lagi...

Salam...
Nampaknya kemelut yang melanda Selangor kian parah dari semasa ke semasa...setiap masa tak habis-habis dengan masalah yang membebankan rakyat...Dahulu sebelum mentadbir negeri bukan main ego mencanang perkhabaran yang mereka(Pakatan Sialan) mampu mentadbir kerajaan cuma rakyat yang perlu bagi mandat...Bila sudah diberi mandat untuk memerintah lain pula yang jadi...Bukan mereka yang mentadbir negeri tapi rakyat pula yang bersuyah payah memikir hala tuju negeri...Menteri Besar dan barisan ADUN yang lain sibuk menghuru-harakan negeri dan negara...
Lihat sahaja Selangor...Baru hendak reda cerita kuil di seksyen 23, timbul pula masalah dengan kreadibilti ADUN yang telah dilantik rakyat...Yang lagi menarik masalah ini lagi lama dari isu kuil seksyen 23, tapi masih belum diselesaikan oleh Menteri Besarnya...Sejak Julai melalui Ogos...singgah di September dan sudah memasuki Oktober...tapi masih lagi tidak dapat diselesaikan...Apakah cerita wayang yang hendak dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Sialan di Selangor...Malah tayangan terakhir cerita yang dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan pelakon utamanya Badrul Hisham Abdullah(ADUN Perlabuhan Klang) akan diadakan pada akhir Oktober ini...Maka rakyat Perlabuhan Klang terpaksalah menanti dengan sabar untuk menyaksikan wayang murahan yang dimainkan oleh mereka ini...
Sinar Harian 13 Okt...Telah menyiarkan ulasan YB Yaakob Sapari mengenai kreadbiti pelakon utamanya yang dilihat tidak komitmen dan bertanggungjawab dalam memikul peranan selaku YB ADUN Perlabuhan Klang sehinggakan beliau meminta Si Badrul Hisham ini meletakkan jawatan sebagai ADUN Perlabuhan Klang...Malah Si Badrul Hisham ini juga diminta oleh MB untuk menyerahkan surat tunjuk sebab diatas kegagalannya melaksanakan tanggungjawab sebagai ADUN Perlabuhan Klang...Maka dengan itu keputusan mengenai kedudukan Badrul Hisham sebagai ADUN masih tergantung sehingga perbincangan dengan MB pada akhir Oktober ini...Persoalannya sampai bila rakyat Perlabuhan Klang hendak menunggu??? Kenapa tidak diikutkan sahaja cadangan si Yaakub Sapari...letak jer jawatan...Sejak dari bulan Ogos lagi si Badrul Hisham ini diminta untuk meletakkan jawatan beliau(baca disini)
KENAPA BADRUL HISHAM LEBIH BAIK LETAK JAWATAN....
  1. Beliau sudah tidak disukai oleh rakyat Perlabuhan Klang malah pernah diminta untuk meletak jawatan oleh rakyat Perlabuhan Klang disebabkan sikapnya yang kurang mesra dan susah untuk dihubungi oleh rakyat....
  2. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra itulah telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Perlabuhan Klang berikutan satu eksiden yang mana si Badrul Hisham telah membatalkan satu karnival sukan pada saat-saat akhir...(baca disini)
  3. Badrul Hisham juga pernah ditangkap khalwat oleh isterinya sendiri walaupu telah dinafikan oleh beliau(baca disini)
  4. Badrul Hisham juga telah disisihkan oleh Khalib Ibrahim dan Pimpinan PKR lain dan mungkin menjadi mangsa sembelihan Anwar Ibrahim(baca disini)
  5. Mempunyai masalah kesihatan sehingga ianya menjadi faktor beliau tidak menghadirkan diri di persidangan DUN sebanyak 2 kali kerana alasan kesihatan...
  6. Si Badrul Hisham juga pernah diminta oleh Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan berikutan kegagalan sebagai wakil rakyat...
  7. Malah Si Badrul Hisham juga didakwa untuk melompat parti berikutan ketidakpuasan hati beliau dengan corak pemerintahan Khalid Ibrahim...

Jika ini yang terjadi alangkah bagusnya si Badrul Hisham ini mengudurkan diri sahaja dari bermain wayang lagi dengan rakyat Perlabuhan Klang...Kenapa rakyat Perlabuhan Klang menjadi "pelakon tambahan" dalam wayang ini sedangkan mereka adalah PENILAI....Rasanya tidak perlu tunggu sehingga Akhir Oktober...Lagi cepat Lagi Bagus...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails