Tuesday, January 05, 2010

Baru Nak Bersuara ker Wahai Nik Aziz??? Agenda Politik ape ni...Islam ker Peribadi

Setelah sekian lama masyarakat islam dok kecoh hal penggunaan nama Allah untuk pengeluaran Herald sebuah akbar mingguan Kristian, Baru hari ini Nik Ajis seorang ini nak bersuara tentang pendirian beliau yang menyatakan HARAM bagi penggunaan nama ALLAH untuk agama lain kerana takut mengelirukan... Alamak kenapa sekarang baru nak buka mulut...Wahal perkara ini sudah diperjuangkan oleh orang ramai...Bukan Nik Ajis tak tahu siapa yang menyokong penggunaan nama ALLAH ini untuk agama kristian...rakan perjuangan Nik Ajis sendiri...Anak Buah dalam Parti Islam Semalaysia sendiri..kenapa tidak dipanggil menggadap dan di dakwah supaya terbuka pintu hati... Kenapa selepas Mahkamah memutuskan kebenaran penggunaan perkataan ALLAH untuk kristian baru Nik Ajis nak bersuara...Kenapa selepas penat menteri KDN dan menteri serta ahli Parlimen BN dan beberapa ahli Parlimen pembangkang seperti Taib Azamuddin berterlagah di dalam Parlimen membetulkan hati Khalid Samad serta rakannya mengenai penggunaan nama ALLAH ini, baru Nik Ajis bersuara...Kenapa tunggu sehingga rakyat Malaysia ini bersuara memberi mesej amaran, baru Nik Ajis nak buka mulut... Persoalannya kenapa Nik Ajis tidak memanggil kedua-dua ahli Parlimen ini (Kuala Selangor dan Shah Alam) untuk membetulkan fahaman mereka tentang perkara ini...Apa sekarang baru nak tunjuk diri yang memang ulama yang memperjuangkan Islam...begini sikap pemimpin pejuang islam...hanya melihat kepincangan anak buah dalam hal ini...bila sudah menjadi parah baru hendak bersuara gagah... Dulu bila diaju mengenai orang bukan islam membaca al quran pun Nik Ajis cakap tak mengapa...wahal persoalan yang timbul atas dasar apa mereka membaca...ingin mendekati agama islam atau mahu memancing undi orang islam....Dan hari ini ada orang melayu islam yang memperjudikan islam untuk mendapatkan sokongan orang bukan islam kenapa Nik Ajis tidak bertindak tegas...Dan kenapa baru sekarang nik ajis bersuara tak kala orang islam lain sudah melaungkan mesej amaran...sebab hendak menunjukkan kreadibilti sebagai ulamak ker...atau takut penyokong PAS lari....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails