Wednesday, January 27, 2010

ProMahasiswa Amalkan Demokrasi Rimba.....

Salam...nampaknya bukan main hebat suasana Politik Kampus di Universiti Malaya apabila menjelang Pilihan Raya Kampus(PRK) yang akan diadakan esok...Tarikh 28 Januari 2010 akan menjadi titik tolak segalanya...tetapi yang menarik dan agak seronok hendak diperkatakan adalah mengenai laungan "DEMOKRASI" yang menjadi sebutan di mulut pemimpin serta anak buah ProMahasiswa hanya kerana pada hemah mereka Universiti Malaya tidak demokrasi. Antara sebab musababnya dalam PRK kali ini Universiti Malaya menggunakan E-Voting...dan pihak ProMahasiswa terus menjaja bahawa sistem ini tidak demokrasi...
Persoalannya adakah demokrasi cara mengundi(E-voting) sahaja yang perlu diambil berat sehingga dibawa ceritanya ke hadapan Sogo...dilaungkan disana supaya seluruh rakyat Kuala Lumpur tahu perkara tersebut...Bagaimana pula "Demokrasi" semasa berkempen...Apakah dengan memotong kain rentang calon Penggerak Mahasiswa supaya Mahasiswa Universiti Malaya tidak dapat mengenali siapakah calon Penggerak Mahasiswa dinamakan "Demokrasi"???? Jika benar mahukan Demokrasi maka biarlah kain rentang itu tersergam dan boleh ditatap oleh rakyat Universiti Malaya...
Kenapa hamba berbicara mengenai ini??? Kerana kejadian yang berlaku pada dingin subuh tanggal 27 Januari 2010...Hamba mendapat maklumat dan khabar berita ini melalui adik-adik junior hamba yang sudi berkongsi cerita bersama hamba tentang PRK di UM...Apa yang terjadi pada hari tersebut...Seperti dicerita kepada hamba, pada pagi menjelang subuh itu, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka Briged Putera (bedasarkan pada pakaian mereka), telah menyerbu ke kem jentera Penggerak Mahasiswa yang ketika itu sedang berehat kerana letih menaikkan kain rentang calon menggantikan kain rentang yang telah dicuri oleh ProMahasiswa....Dengan gaya yang kurang sopan maklumlah hati tengah marah, Team Briged Putera ini terus memarahi dan menuduh jentera Penggerak Mahasiswa telah mencuri kain rentang calon Pro Mahasiswa yang digantung...mendengar sahaja cerita ini, hamba terus ketawa sekuatnya bukan kerana gembira tetapi lucu dengan tindakkan bodoh team Briged Putera...
Kenapa hamba mengatakan ianya tindakan bodoh????
Mana tidaknya mereka datang terus bertanya kenapa jentera Penggerak Mahasiswa mencuri @ memotong kain rentang calon ProMahasiswa...Wahal tindakan yang mencuri @ memotong kain rentang ini dimulakan terlebih dahulu oleh team Briged Putera ProM sendiri...Jentera Penggerak Mahasiswa hanya menuruti apa yang dilakukan oleh mereka supaya ianya menjadi adil...Adalah menjadi tindakan bodohlah mencari pasal dengan keadaan yang mereka mulakan dahulu...Akhirnya team Briged Putera terpaksa akur dan meninggalkan kem jentera Penggerak Mahasiswa kerana menyedari kesilapan mereka mereka...Kan dah dapat malu yang amat besar...itulah orang pulau pinang selalu berpesan "kalau nak langgaq tembok, pakailah Helmet"...
Adakah ini demokrasi???
Menghalang hak orang lain untuk mendapatkan haknya....Adakah ini demokrasi???
setiap calon berhak untuk mengantung kain rentang mereka di mana jua kawasan UM sepanjang PRK ini asalkan mendapatkan tandatangan kebenaran daripada Jawatan Kuasa Pemilihan MPM @ SPR....itu sahaja syaratnya...Jadi kenapa ProM menidakkan hak calon yang telah mendapat kebenaran untuk menggantung kain rentang mereka...Kenapa begitu rajin hendak membantu calon menurunkan kain rentang mereka sebelum sampai tempoh membersihkan kawasan pilihan raya....
Dan Persoalan Pokoknya ???
  1. ADAKAH INI DIKATAKAN DEMOKRASI?????
  2. ADAKAH DEMOKRASI HANYA TERLETAK PADA CARA UNDI DIBUAT SAMADA MELALUI MANUAL @ E-VOTING

1 comments:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam sahabat

Budak-budak ProM ini hanya tahu cari salah orang jee...salah sendiri tidak nampak, keadaan ini sama dengan keturunan dia org di luar iaitu DAP, PKR dan PAS...untuk makluman sahabat Tuan Guru Datuk Nik Aziz ada mengeluarkan kenyataan bahawa punca berlakunya konflik agama dibumi bernama Malaysia disebabkan oleh UMNO..tetapi kenapa tidak disebut YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS, Kawasan Shah Alam) sendiri bersetuju perkataan Allah SWT diguna oleh orang kristian..mengapa tidak menyatakan YB Anwar Ibrahim berkempen semasa piliharaya kecil di Sarawak pernah menyatakan akan membenarkan kristian guna perkataan Allah jika PRK memerintah...Mengapa turut tidak menyatakan apabila YB Ronnie pernah berkata tidak salah orang Islam minum beer kerana kandungan akohol adalah sedikit....jelas membuktikan Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang mengajar cara Pro M berkempen dan berpolitik di Universiti Malaya...

Related Posts with Thumbnails