Saturday, January 30, 2010

MANUAL vs E-VOTING

Salam...pening kepala otak aku memikirkan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa (ProM) ni...Adakah perjuangan mereka untuk kebajikan mahasiswa atau perjuangan untuk mendapat kerusi MPMUM...Jika dilihat daripada gelagat mereka yang dapat hamba simpulkan mereka ini berjuang untuk mendapatkan kerusi MPMUM sahaja...itu agenda penting mereka....Hari ini di UM mereka melakukan demontrasi kerana tidak dapat menerima kekalahan pada Pilihan raya kampus (PRK) kali ini...Hamba yang mengikuti perjalanan PRK ini telah menjangkakan yang situasi ini akan berlaku berdasarkan pengalaman hamba....Tapi kesian kepada adik2 junior ProM ini...mungkin mereka ini hanya mengikut sahaja...mereka mungkin tidak tahu cerita disebalik layar kejadian ini...mereka mungkin tidak diceritakan tentang sejarah lampau mengenai ProM atau dulu dikenali Gagasan...
Tak apa biar hamba rungkaikan sedikit sejarah lampau buat bacaan adik-adik terutamanya yang berada di sebelah ProM...jika tidak yakin dengan cerita ini boleh email dan hamba akan jelaskan sejelasnya nanti...
Pertama kali hamba menjejakkan kaki di bumi Universiti Malaya...hamba didedahkan dengan pentas arena politik kampus...dan itulah kali pertama hamba mengundi...dan sistem yang digunapakai adalah manual...kita kena memangkah di atas kertas...sekarang ini kita kena klik sahaja...memang tidak sia-sia tersenarai dalam 100 universiti terbaik dunia...
Yang menjadi persoalan sekarang kenapa ProM ini tidak suka kepada e-voting...Hamba ingin bertanya adakah betul ProM tidak suka kepada e-voting kerana ketidak telusan yang dibangkitkan....atau kerana mereka mengalami kekalahan??? Jika disebabkan ketidaktelusan hamba rasa tidak...kerana semua sedia maklum bahawa ProM bukan sahaja di UM tetapi di semua universiti....malah sudah ada ProM Nasional...Jadi kenapa hanya di UM sahaja yang dipersoalkan ketelusan e-voting ini...Di UMT bagaimana pula??? ohh..di UMT ProM yang menang....dek kerana itulah hamba cakap mereka tidak suka e-voting sebab mereka sudah menjangka yang kekalahan pasti akan kepada mereka ditambah pula dengan kegagalan MPMUM menjaga kebajikan mahasiswa UM...
Bagi adik-adik junior yang baru tahun pertama ni, mungkin pada mereka sistem manual lagi baik...malah turut juga digunapakai dalam pilihanraya Umum negara....TETAPI adik-adik kita mungkin tidak pernah mendapat cerita bahawa sistem manual ini juga pernah dibantah oleh abang-abang dan kakak-kakak seniornya dahulu...kerana abang dan kakak senior dia membantah...sebab mereka kalah dalam PRK...cuma pada tahun lepas tidak ada sebarang demontrasi yang terjadi kerana mereka iaitu ProM yang memenangi kerusi MPMUM...Maka adik-adik junior ketika itu yang kini sudah bergelar senior di tahun DUA merasakan diri mereka cukup hebat...MANAKALA abang dan kakak di tahun tiga pula menyorok sejarah ini supaya adik-adik tahun pertama tidak menyedari hal ini...
Bagi hamba yang sudah lama dalam UM ini, insyaallah hamba sudah boleh "menari mengikut rentak yang ProM alunkan"...Sebab itu hamba merasakan Perjuangan sebenar ProM adalah perjuangan mendapatkan kerusi MPMUM semata-mata...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails