Sunday, April 19, 2009

Hidup (POLITIK) Ibarat Roda

Bermacam-macam pandangan telahpun dikeluarkan oleh kebanyakan pemimpin politik tidak kira parti Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat...Bagi mereka yang telah membaca beberapa naskah surat khabar mungkin telah sedia maklum mengenai berita yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib yang menyatakan BN mungkin tidak meletak calon di DUN Penanti untuk pilihan raya kecil ini...Ada pelbagai sebab yang telah dipikirkan oleh Pak Najib kita ni dengan mainan politik pembangkang ni... Maka keluarlah pelbagai kenyataan balas bagi perkara yang telah dikeluarkan oleh Pak Najib kita ni...ada yang mengharapkan Pak Najib meletakkan calon dan ada yang menyokong tindakan Pak Najib untuk tidak meletakkan calon... Kalau bertanyakan pendapat aku yang mungkin masih mentah dalam bidang politik ni...aku juga mungkin akan menyokong tindakan Pak Najib...Sebagaimana dikatakan sesuatu pilihan raya kecil ianya menampung kos yang besar...Semua itu tanpa kita sedari ianya melibatkan duit rakyat secara kita tidak sedari...Rata-rata rakyat menyatakan itu semua duit kerajaan yang diperuntukan...Abis darimana datang sumber kewangan kerajaan jika tidak termasuk duit rakyat... Lagipun bagi aku pihak pembangkang terutamanya PKR dan DAP, mereka ini bukan lagi mahu membela nasib rakyat...tetapi ingin menunjukkan kejaguhan mereka kepada Barisan Nasional...Yang aku pasti masih ramai rakyat di luar sana yang masih tidak nampak kebenaran ini...masih dibayangi dengan penipuan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ni...Biasalah "bila sudah dapat betis, dia mahukan paha pulak" Sedarlah kita rakyat Malaysia ni...jangan la hidup ditipu perkara yang berlaku di depan mata...aku belum melihat satupun kebajikan rakyat dibela...yang dibela hanya segelintir...itupun atas sebab nama dan simpati serta darah daging...rakyat jelata yang memilih tidak pun terbela... Apa yang aku tahu politik ini ibarat roda yang berpusing...mungkin ketika roda yang sedang berpusing laju bila diberhentikan yang berada diatas adalah Pakatan Rakyat...dan beringatlah bahwa mungkin selepas ni jika roda yang sama dipusingkan dan diberhentikan semula mungkin yang berada di atas telah bertukar ganti... Mungkin sekarang ini yang berada diatas untuk roda pilihan raya kecil adalah Pakatan Rakyat...sebagaimana kita tahu setelah 3 kali berhenti yang berada diatas ialah Pakatan Rakyat...dan tidak mustahil hentian ke-4 ini boleh bertukar ganti wataknya...ataupun Pakatan Rakyat hanya menang secara "syok sendiri" akibat tindakan Pak Najib tidak mahu meletakkan calon...pancing yang diletak tidak disabar ikan...ketika itu baru "Padan Muka" DSAI serta rakan-rakan...politik sampah mereka tidak menjadi...aku juga gembira membaca satu artikel yang bertajuk "PKR dakwa BN takut kalah besar" dalam berita harian (19/4/09)...begitu yakin si Dr Syed Husin Ali ni mengeluarkan kenyataan yang agak angkuh ini...tidak mengapalah, mungkin pada amatan mata halusnya rakyat suka menyukai PKR dan rakan2... Namun seperti aku kata tadi...politik ibarat Roda yang berputar...jgan ketika roda berhenti di hentian ke-4 dan yang "berada" diatas sebelum ini terjatuh ke bawah...dan yang lebih teruk lagi roda tersebut berhenti di atas najis...pada masa itu jangan la ada pemimpin PR yang berdiam diri...tapi nescaya mereka tidak akan berdiam diri...biar kalah mahupun menang...jika menang suara angkuh akan kedengaran...dan bila kalahan suara ketidakpuasan serta jeritan celupar akan dilontarkan...tidak kira pada yang menang ataupun suruahanjaya yang terlibat...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails