Monday, August 16, 2010

Bila mana Mereka Bijak Bermain Politik

Semakin hari semakin ditekan. Sedar atau tidak sedikit demi sedikit emosi dan dengki yang bersarang di dalam di orang Melayu ini telah dimanupilasi dengan bijak oleh mereka yang bijak mengambil kesempatan.
Baru beberapa hari lepas rakyat Malaysia mendengar perkhabaran yang dibawa dari meja persidangan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang mendesak syarat ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dikurangkan dan kerajaan perlulah melaksanakan sistem tender terbuka.
Apakah tujuan sebenar keputusan ini diambil dan dibentang untuk perhatian kerajaan? Sedang sehari sebelum itu TPM kita telah pun menyatakan yang "kita(rakyat Malaysia) perlulah menjalinkan Perpaduan Tulen diantara semua kaum untuk memastikan kemakmuran dan keadilan semua orang terjamin".
Jawapan mudah, inilah yang dikatakan bijak berpolitik. Mencari peluang memajukan kaum sendiri. Bilalah Orang melayu ini hendak sedar tentang semua ini. Janganlah bergaduh sesama sendiri. Tidak nampakkah semua tindakan ini. Dari Hulu Selangor sehingga membawa ke Sibu, Sarawak dan sekarang di meja Persidangan Kongres Ekonomi Cina Malaysia. semuanya demi kepentingan kaum mereka. Apakah ini yang dikatakan Perpaduan Tulen. Atau mereka yang tidak jelas tentang tunjang kepada apa yang dikatakan Perpaduan Tulen.
Persoalan lain yang timbul. Apakah oramg melayu tidak boleh menjadi seperti ini. Bergabung dan bijak menyusun politik. Bukan untuk meminta hak orang/kaum lain. Cuma bertindak untuk mempertahankan hak. Apa yang dilihat sikap orang melayu ini hanya tahu menjaga hak sendiri. Bila kedai diroboh dan disita, rumah diarah kosong, bekalan air diputuskan, dan hal yang berkaitan diri sendiri baru heboh dicanang rasa tidak puas hati dan dipersoal segala tindakan. Baru sibuk memperjuangkan hak sendiri. Habis hak bangsa sendiri tidak perlu difikirkan? dibiarkan sahaja kaum lain mengambilnya sedikit demi sedikit.
Bukan berniat hendak membangkitkan perasaan perkauman ataupun kebencian rakyat. Tapi mencari keadilan dalam konteks negara Malaysia ini yang didiami pelbagai kaum yang memiliki pelbagai perbezaan yang agak ketara dari segi komposisi penduduknya, taraf hidupnya, kekayaan ekonominya, jumlah pemillikan hartanya, sehinggalah kepada taraf pendidikan. Jadi tidak bolehkah apa yang sudah menjadi hak sesuatu bangsa itu tidak lagi diusik dengan harapan suatu ketika nanti perbezaan ini dapat dikurangkan.
Namun jika apa yang diharapkan oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia itu terjadi, berapakah lagi ekuiti Bumiputera yang ada. Manakala jika sistem tender dilaksanakan secara terbuka, apa yang akan terjadi dengan kontraktor kelas F yang ratanya berbangsa Melayu.
Adakah dengan cara ini perbezaan yang dinyatakan tadi mampu dikurangkan terutamanya perbezaan taraf kekayaan dan pemilikan harta serta kuasa ekonomi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails