Monday, February 22, 2010

Edisi Maulud Lagi: Munajat Perdana Kekalkan PAS di KELANTAN????

Salam...hamba masih tertanya sehingga sekarang kenapa Nik Aziz menyatakan yang Sambutan Maulidul Rasul tidak memberikan apa-apa fadilat kepada mereka yang menyambut sambutan Maulidul Rasul...Rata tempat hamba bertanya mereka yang cerdik pandai dan orang ramai tentang perkara ini...segala genap pelusuk alam maya/siber ini hamba selongkar mencari kepastian mengenai fatwa yang dibawa oleh Nik Aziz yang menyata "Sambutan Maulidul Rasul tidak memiliki Fadilat"....Malah banyak firman yang hamba jumpa menceritakan tentang kebesaran menyambut/memuliakan Baginda Rasulullah...Antara firman tersebut:
1) Firman Allah Taala, : “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” (Al-Haj:32) Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (Sya’airallah ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.
2) Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab keatas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan Suwaibah’iaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.

Hadis ini menunjukkan bahawa:

Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri...

Jika dilihat pada hadis tersebut bagaimana pula seorang alim ulamak boleh menyatakan yang menyambut keputeraan baginda rasulullah dikatakan tidak memiliki fadilat...Perarakan Maulidul Rasul itu salah satu cara kita menunjukkan bagaimana kita umat islam menyatakan rasa cinta kepada Baginda Rasulullah...dan ianya bukanlah suatu amalan yang boleh memesongkan akidah...

Malahan Nik Aziz juga dengan lagaknya menyatakan yang di negeri Kelantan selama 20 tahun pentadbirannya tidak langsung pernah menyambut Maulidul Rasul...

Persoalan yang bermain difikiran hamba pula...Jika Sambutan/Perarakan Maulidul Rasul tidak membawa fadilat dikalangan Umat islam yang menyambut keputeraan Baginda...Bagaimana pula dengan Munajat Perdana Kekalan PAS di Kelantan yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz???...Berjaya Nik Aziz menghimpunkan begitu ramai rakyat Kelantan di stadium bagi mendoakan agar PAS kekal memerintah di Kelantan...APA PULA FADILATNYA???...

Ini yang hamba kurang jelas dengan kenyataan Nik Aziz...Wahal jelas dalam beberapa firman Allah dan Hadis menyatakan yang sesiapa yang menyambut serta memuliakan Baginda Rasulullah akan mendapat kejayaan (baca disini untuk lebih lanjut)...jadi sama-samalah kita renung dan fikirkan...ermmmm..

2 comments:

fahana_ann said...

salam singgah along say..hehe.cari blog hanafi tak jumpa lagi..number contct trhilang..tunggu mesej dari azwa nak dapatkan smula nombor member lain..

ada baca kenyataan dr asri pasal perarakan mana-mana agama pun tak perlu dilakukan kiranya menggangu lalu lintas, kalau kebetulan masa tu ada yang perli berkejar tuk hal kecemasan. dr asri tak mengkhusus pada mana2 agama, sebaliknya pada semua perarakan yang berkaitan..skadar perkongsian

wah, more on politic hah?hehe

AntiAnwarDAP said...

hana...dalam dunia ini mana yang betul kita benarkan mana yang tidak betul kita kenalah tegur... mana yang celaru kita kenalah betulkan semula biar berada pada landasan yang betul...

Apa yang dr Asri cakap itu ade kebenarannya...jika nak larangkan perarakan maulud maka larang semua perarakan di Malaysia...

tetapi hakikatnya hanya di Kelantan dan Pulau Pinang sahaja yang wat perarakan sambutan Maulud...Negeri lain semua buat atasan sebab cintakan rasul dan agama yang dibawa baginda...

Sebab itu abg lan bandingkan dengan Munajat tersebut dengan perarakan Maulud..mana lgi menjadi keutamaan....

Related Posts with Thumbnails