Monday, May 03, 2010

Lagi Kerja "Kotor" jatuhkan Nama Baik Polis

Salam. Menggeling kepala hamba bila mana saban hari ada sahaja cerita kisah budak remaja berumur 15 tahun yang ditembak polis dicanang sekeliling kampung dan kota tidak kira masa dan ketika. Bukan hamba tidak simpati tetapi hamba jenis yang menunggu laporan siasatan rapi dikeluarkan. Ini belum apa-apa macam provokasi telah dikeluarkan. Tidak cukup dengan "dendangan keramat cerita kedai kopi" kini ada pula yang hendak buat "cerita di pentas forum dan sebagainya. untuk apa semua ini.
Pada hamba, kita hari ini kena berfikiran yang lebih rasional. Lebih matang. Bukan berfikiran untuk menimba di air keruh "Untung-untung ada rezeki". Ini bukan cara masyarakat timur. Malah bukan sekali, bukan dua kali cara provokasi ini dilakukan. Sudah berkali dan yang melakukannya juga orang yang sama. Siapa kalau bukan Pakatan Rakyat@sialan. Ada sahaja isu dan cerita yang hendak "ditimba" terutama bila "keadaan keruh".
Habis pelusuk kampung dan kota dijaja cerita tentang "keganasan polis" yang melanggar hak asasi manusia bila mana timbul kejadian polis menembak mati seorang remaja. Hamba ada membaca mengenai peristiwa ini. Bagaimana polis menembak mati seorang pelajar yang melarikan diri menaiki kereta yang dipandu oleh beliau dan seorang rakan mangsa. Macam spekulasi yang keluar dari sesiapa sahaja yang membaca kisah tersebut.
Fakta yang ada:
  1. Mangsa berumur 15 tahun (semestinya tidak mempunyai lesen memandu)
  2. Bersama seorang rakannya (yang selamat cuma cedera)
  3. Ada anggota polis yang terlibat
  4. Kejadian sekitar jam 2 pagi, dan lokasi Shah Alam
Ini sahaja fakta yang timbul dan dimainkan oleh media. Bagaimana pula tentang fakta daripada pihak polis yang melepaskan tembakan. Tidak ada yang tulis. Jadi tidak perlulah kita membuat kesimpulan mengikut citarasa kita. Terutamanya mendengar rumusan cerita daripada pihak Pakatan Rakyat. Tetiba boleh keluar cerita tentang kekejaman polis sedangkan siasatan masih berlangsung. Bukan Hamba hendak marah tetapi biarlah keluar dahulu laporan siasatan. Jika hendak juga cakap polis ini kejam "terlebih dahulu kita rakyat Malaysia ini berdiri di hadapan cermin, nilai diri kita sendiri".
Jika dah tahu polis kejam kenapa kita@anak kita tidak jadi polis? (Hamba tujukan khas soalan ini buat mereka yang bergelar ahli politik PKR, DAP dan PAS). Sudah lama kita asyik bercerita tentang kisah pelajar ini dan keluarganya.
Mari kita fikir lebih jauh, kali ini dalam ruang lingkup anggota polis dan keluarga mereka. Kita tahu ada yang menjadi polis kerana cita-cita dan ada yang kerana mahu dapatkan pekerjaan. Malah sebelum mereka ini ditauliahkan menjadi polis, mereka sudah pun tahu separuh daripada nyawa mereka diserahkan kepada masyarakat. Kenapa hamba bercakap sedemikian? ini jawapannya. Masyarakat di Malaysia bukannya masyarakat yang 100% baik atau tidak pernah melakukan kesalahan. Masayarakat Malaysia ada yang baik, ada yang jahat malah ada yang berpura-pura baik demi untuk hidup. Dek kerana ini hamba cakap bila mana seorang masyarakat itu telah terlibat dengan polis maka secara tidak langsungnya separuh daripada nyawa mereka telah diserahkan kepada masyarakat. Ini dari kaca mata kerjaya polis.
Dari lagi satu sudut, bagi mereka yang hubungan kekeluargaan dengan anggota polis? Pernah kita fikirkan perasaan mereka. Hamba bercakap berdasarkan pengalaman yang dilihat. Bagaimana seorang isteri kepada seorang anggota polis, yang menemani langkah si suami pergi melaksanakan operasi yang tidak tahu apa akan jadi pada kesudahan operasi tersebut dengan pandangan sayu dan seribu doa serta harapan takala sang isteri mereka yang tidak bergelar polis "kehangatan" dalam pelukan sang suami. Agak apakah yang dipinta oleh mereka(si isteri)? Pernah kita fikir semua ini.
Dan pernahkah kita fikirkan nasib anggota polis yang tidak bersalah dilanggar dan ditembak ketika melaksanakan tanggungjawab semata-mata hendak menjaga keamanan negara ini. Mereka (anggota polis) sudah "terlucutkah" hak asasi mereka sebagai manusia untuk hidup aman walaupun bergelar anggota polis. "Nyawa" mereka tidak berhargakah?. Malah mereka (isteri dan anak anggota polis) juga "terlucutkah" hak asasi mereka hanya kerana "bersuami" dan "berayahkan" anggota polis.
Sebab itu, hamba cakap ini semua hanya provokasi yang dilakukan untuk menjatuhkan kepercayaan masyarakat terhadap anggota polis negara kita. Lebih-lebih lagi dekat dengan pilihan raya di Sibu, maka lebih ramai yang akan mengambil kesempatan. Pada hamba buat masa ini, kita tunggu laporan siasatan.
pernah kita teliti gambar dan cerita mereka ini (sebahagian daripada kisah malang mereka yang bergelar polis), lebih malang tidak ada kisah "hak asasi manusia yang diperjuangkan terhadap mereka oleh pimpinan Pakatan Rakyat". Malah ada anggota polis yang menjadi mangsa dendam penjahat-penjahat. tetapi dimana perjuangan hak asasi mereka pula?
gambar atas: Cif Inspektor Ang Waei Leoong yang cedera terkena tembakan di kedua-dua kaki semasa menjalankan tugas menumpaskan kumpulan geng Ah Took pada 5 November lalu.
anggota polis yang dilanggar mat rempit semasa melaksanakan operasi membenteras mat rempit
anggota polis yang mati ditembak ketika melaksanakan tugasan/operasi
p/s: anda boleh cari agi kisah polis dilanggar sebagainya dan nescaya akan anda temui yang anda tidak akan temui "Pimpinan PKR, DAP dan PAS membuat forum membicarakan hak asasi anggota polis.

2 comments:

C L J said...

Mahu mereka ????

Semua orang hangus terbakar dengan kebencian dan kemarah. Kemudian merusuh. Mereka akan kemudian muncul menuntut untuk menjadi juara. Membawa masuk campurtangan asing dan akhirnya tukar sistem daripada sistem demokrasi raja berpelembagaan ini kepada sistem republik.

Siapa yang nak jadi presiden tu ???? Lepas tu siapa pula ???????????????????

Waris Malaya said...

1. Setuju isu kesilapan polis tidak sepatutnya dipolitikkan.

2. Begitu juga fakta sebenar tidak boleh diselewengkan.

Hakikatnya, imej PDRM sudah lama terjejas dengan rasuah, penganiayaan dan kekejaman.

Mengekalkan keamanan ialah tanggungjawab polis dan mereka dibayar untuk melakukan amanah itu dengan cepat dan betul sebagaimana pekerja lain yang berjasa.

Adalah lebih baik PDRM berterus-terang dan bertanggung-jawab.

Related Posts with Thumbnails