Monday, March 22, 2010

Menjawab tulisan Li Fook Gao dalam harakahdaily: Siapa yang sangka rakyat bodoh dan pelupa

Hamba sudah membaca penulisan seorang penulis dalam harakahdaily yang bertajuk "Mungkin dalam hati mereka, rakyat bodoh dan pelupa". Wah hebat dan sungguh puitis penulisan tersebut. Daripada isu rampasan kuasa di Perak, isu royalti, isu enjin jet, isu September 16 sehinggalah isu Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat. Semuanya menampakkan kejayaan BN/UMNO dalam memperbodohkan rakyat.
Wah! Tahniahlah kepada saudara yang menulis. Cuma ada beberapa perkara yang mungkin kita boleh lihat semula dan menilai semula siapa yang memperbodohkan rakyat dan menganggap rakyat ini pelupa. Mungkin juga penulis banyak makan kepala ikan dulu. Hamba tidak akan lupa. Biarpun hamba anak muda yang dianggap orang setahun jagung namun apa yang tidak betul akan hamba sentuh. Mari hamba tunjukan apa yang penulis lupa tetapi hamba tidak:-
1) Nik Aziz pernah menyatakan bahawa dia boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk syaitan asalkan boleh memenangi pilihanraya. Wah! sehingga begitu sekali hajat Nik Aziz untuk memenangi pilihanraya. Pada ketika itulah DAP mula meminta bantuan daripada PAS. Bermula dari situlah Nik Aziz dan Lim Kit Siang mula memainkan drama polimik bodoh yang memperbodohkan rakyat sekalian. Mana mungkin 2 buah parti yang berlainan prinsip dan hala tuju boleh bergabung. Yang satu mahukan Negara Islam dan yang satu mahukan negara ala Singapura...TAPI hamba tidak lupa. Jadi atas dasar apa yang membawa kepada kerjasama PAS dan DAP. Hanya kerana mahu memenangi pilihan raya sahajalah nampak gayanya. Tidak ada maksud lain, selain kemenangan dalam pilihan raya.
Kenapa hal ini tidak dibangkitkan?? Perkara pokok yang perlu dilihat dalam aspek pengabungan PAS dan DAP. Tetapi hari ini yang digemburkan adalah permahaman tentang "negara islam" yang cuba dibawakan dalam perjuangan PAS. Menutup segala kisah yang lampau. Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh..
2) Dahulu pun kita pernah dengar dan hamba juga pernah membaca mengenai beberapa fatwa PAS antaranya BN/UMNO ini kafir sebab berkawan dengan parti orang kafir iaitu MIC dan MCA. Apa pula yang terjadi hari ini, PAS berkawan dengan DAP??? Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh...
3) Hari ini PKR sudah hilang kuasa majoriti dalam Dewam Rakyat dan semestinya DAP yang memiliki kerusi yang majoriti dalam pasukan pembangkang berhak menjadi Ketua Pembangkang dan semestinya. Tetapi apa yang jadi Anwar masih lagi menjadi Ketua. Sedangkan Pakatan rakyatlah yang kononnya sebuah gabungan parti yang membawa Sistem Demokrasi yang paling luhur dalam politik negara sendiri gagal mengamalkan sistem demokrasi tersebut. Sepatutnya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang dengan berhemah dan memberi laluan kepada DAP. Ini yang sepatutnya diamalkan dalam sistem demokrasi yang dilaung-laungkan oleh mereka sendiri. tapi Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh. Cakap ja yang kita menyokong Anwar, maka rakyat akan lupalah perkara itu. senang ja nak tipu rakyat.
4)Kita (Pakatan) mainkan lagi isu Perak ini. Cakap sahaja keputusan tak adil maka rakyat akan lupa la tentang keputusan mahkamah dan sistem demokrasi yang diamalkan kita. Nah! satu lagi tipu daya oleh Pakatan. Seperti yang hamba cakap Sistem Demokrasi yang diamalkan adalah yang majoriti akan mengetuai pimpinan. Di Perak Sultan masih lagi wujud dan mempunyai kuasa untuk melakukan pembubaran DUN atau tidak. Jika Sultan tidak mahu melakukan pembubaran DUN dan Baginda hanya menggunakan kuasa baginda memanggil mereka yang terbabit dan bertanyakan soalan tentang sokongan mereka yang terbabit sebagai satu langkah dalam membentuk pentadbiran baru di Perak maka baginda berhak. Jadi kenapa sehingga kini masih lagi dimiankan isu rampasan negeri. Jawapannya....Tak apalah rakyatkan pelupa dan bodoh...mainkan isu berulang kali maka bangkitlah rakyat...tetapi tidak diri hamba dan mereka yang mengetahuinya.
5) Kenapa pula perbicaraan kes Anwar tertangguh begitu lama. Dan kenapa bila Saiful memberi kenyataan selaku saksi pertama terus sahaja Karpal Singh gelabah dan mengemukakan pelbagai perkara yang karut marut. Meminta perbicaraan tertutuplah. Meminta semua bahan bukti daripada pihak pendakwa dan macam-macam lagi. Meminta pula hakim dibubar kelayakannya dan kemudian menarik semula permohonan tersebut. Atas tujuan apakah semua ini. Dalam masa yang sama Anwar atas pentas-pentas ceramah, sebut bercerita tentang penipuan yang dilakukan oleh si Saiful. Jika penipuan kenapa sehingga sekarang masih takut untuk dibicarakan sehingga selesai. Bila minta mengangkat sumpah juga tidak dilakukan. Alasan sudah dirujuk kepada ahli agama, dan semua itu tidak perlu. Jika benar PAS hendak laksanakan hukum islam sepatutnya Nik Aziz dah nasihatkan Anwar untuk melakukan sumpah menafikan pertuduhan zina tersebut. Tapi tak apalah rakyatkan bodoh...
Banyak lagi yang hamba rasa hendak tulis tapi cukuplah setakat ini dulu. Yang selebihnya kita semua boleh cari dan fikirkan apa yang kita semua pernah lupa dan tidak tahu supaya kita tidak menjadi pelupa dan bodoh.....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails