Wednesday, March 31, 2010

Pengertian sebenar "LOMPAT"

Aduhai! Kecoh sebentar arena politik negara bila mana berlaku polimik-polimik yang luar dugaan. Semuanya akibat ada YB yang dikatakan dok melompat-lompat parti. Ini yang Hamba bingungkan. Bukan bingung kerana kerja lompat melompat ini tetapi bingung dengan istilah lompat-melompat ini.

Bukan apa sepanjang yang hamba sedar dan ketahui, sejak berlaku aksi lompat-melompat ini yang bermula di Kerajaan Perak, rasanya tiada satu pun YB yang mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR atau PAS masuk UMNO, MIC atau MIC serta mana-mana parti kompenan BN yang lain. Semuanya menyatakan yang mereka menjadi YB BEBAS. Ini yang membuatkan Hamba agak keliru dengan “provokasi” istilah lompat-melompat ini. Malahan istilah ini semakin mendapat tempat dihati sanubari rakyat Malaysia.

Apa Maksud Provokasi Lompat-Melompat ini???

(contoh gambar provokasi yang dimainkan pakatan)

Hamba bertanya di mana yang membolehkan istilah ini digunapakai untuk merujuk kepada YB yang mengisytiharkan diri mereka sebagai YB BEBAS, Kerana pada Hamba kesemua YB yang dok melompat keluar PKR dan PAS ini tidak pula melompat masuk ke dalam “Geng” UMNO. Semuanya BEBAS. Mereka yang keluar dari parti yang mereka “diami” dan memulakan hidup yang “bebas” tanpa sebarang ikatan daripada mana-mana parti politik. Jadi tidak boleh dikatakan lompat –melompat.

Bagaimana dikatakan Lompat-melompat.

Jika kesemua YB yang keluar dari Pakatan Rakyat ini dikatakan lompat-melompat, ingin juga Hamba menyingkap sejarah awal lompat-melompat. Kita ambil sejarah awal adegan lompat-melompat yang dilakukan secara besar-besaran oleh “geng” yang mula-mula menggunakan istilah “lompat-melompat” ini. Geng mana lagi kalau bukan PKR. Jika kesemua YB yang menyatakan mereka telah keluar dari parti dan menjadi YB Bebas dikatakan “lompat”, abis bagaimana pula kita hendak mengistilahkan “geng” PKR atau lebih tepat “geng” Anwar ketika dalam UMNO dulu yang keluar dari UMNO dan tubuh “Team” yang dinamakan KeAdilan. Keluar dengan perasan “tidak puas hati” bila mana Anwar dipecat daripada jawatan yang disandang. Bukan ini juga boleh dikatakan “lompat”

Hamba rasa YB yang keluar daripada PKR juga menyatakan alas an yang hampir sama apa yang jadi satu masa dulu. Mereka keluar kerana tidak puas hati dengan perjuangan PKR sekarang ini. Malah mereka keluar PKR menjadi YB BEBAS. Bukan keluar dari PKR dan isi borang Parti baru atau masuk mana-mana parti yang ada.

Rasanya istilah “lompat” ini lebih merujuk kepada sesuatu perbuatan yakni, keluar dari PKR masuk UMNO atau parti lain. Ini baru boleh dikatakan “lompat”. Jika hanya kerana mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan PAS maka YB-YB ini dicop “lompat”. Habis Si Azmin Ali dan konco-konco Anwar yang keluar daripada UMNO dulu bukankah “lompat” juga. Atau definisi “lompat” ini hanya merujuk kepada mereka yang keluar dari PKR dan PAS sahaja. Begitu “indah” istilah yang digunapakai sehingga rakyat pula boleh menambah perkataan lain kepada perkataan tersebut menjadikan perbuatan YB yang keluar PKR dan PAS ini kelihatan begitu keji. Mana tidaknya ianya disamakan dengan “katak lompat si katak”. Dek kerana ini rakyat yang memang begitu taksub dengan PKR dan PAS melihat YB-YB ini begitu jijik sekali.

PERSOALAN HAMBA???

Jika ditakdirkan angan-angan AnWar mengenai 16 september menjadi kenyataan dan memang ada YB BN yang hendak keluar BN dan bersama-sama PKR dan PAS serta DAP (Pakatan Rakyat), agaknya apakah gelaran yang akan diberikan oleh AnWar untuk mereka ini. Yang pasti bukan “katak lompat si Katak lompat”. Nescaya mereka ini akan dijulang bagai hero di mata rakyat. Lihat sebagaiman Chua Ju Meng yang keluar meninggalkan BN dan bersama Pakatan Rakyat. Beliau diangkat dan dijulang bak hero. Setelah sekian lama hilang dibawa peredaran masa. Terus menyepi.

Tapi malangnya cerita 16 September rupanya hanya omongan serta gebang besar AnWar sahaja. Tidak ada pun YB BN yang melompat keluar daripada BN. Nama yang diberikan oleh YB Zahrin pun hanya rekaan AnWar untuk menyakinkan rakan-rakan Pakatan dengan idea 16 September. Hendak yakin lagi disertakan juga nama YDP Agung serta nama angkatan tentera Malaysia. Maka semua rakan-rakan menanti hadirnya 16 September tersebut. Tetapi yang dihidangkan lain pula ceritanya. YB ADUN Perak dari Pakatan sendiri yang umum keluar parti dan jadi YB BEBAS. Nah!! Satu tamparan mengejut sehinggakan Negeri Perak bergolak buat seketika kerana peristiwa itu. Akibat pengumuman tersebut dengan secara automatiknya kuasa majority MB Perak ketika itu terhenti dan Sultan Perak berkenan untuk menukarkan kerajaan Perak mengikut kuasa majority tanpa sebarang pembubaran DUN. Hanya tidak berpuas hati dengan peristiwa itu “Team” AnWar di Perak pun melancarkan gelombang “lompat si katak lompat”. Wah jijiknya bandingan yang diberikan “team” AnWar untuk ketiga-tiga YB ADUN ini. Malahan bermula dari situlah satu demi satu YB yang umum keluar dari Pakatan Rakyat akan digelar YB Katak kerana melompat keluar parti. Wahal jika diselidiki sebab mereka keluar dari Pakatan adalah kerana sikap tidak puas hati. Perkara ini sama dengan apa yang jadi pada tahun 1998 dulu ketika mana Azmin serta rakan-rakan keluar dari UMNO.

Mereka Kata YB “Lompat” tidak boleh dipercayai….

Ini lagi satu provokasi yang menarik jika kita lihat dan menilai. Bila sahaja YB yang keluar dari Pakatan ini, satu persatu pembohongan AnWar dibocorkan dari semasa ke semasa. Bermula dengan cerita gebang AnWar tentang 16 September sehinggalah cerita rekaan yang diolah untuk Perdana Menteri dan isteri. Tetapi “team” AnWar memang “hebat”. Bila tersebar sahaja cerita ini dikalangan mulut rakyat, maka satu provokasi dilaksanakan dengan menyatakan apa yang disampaikan oleh YB BEBAS (yang umum keluar parti) adalah fitnah terhadap AnWar dan apa yang mereka sampaikan tidak boleh dipercayai. Jika BN mempercayai YB Bebas ini maka BN akan Diperbodohkan. Wah!!!! Hebat provokasi yang dilakukan. Jika ada YB atau Perjuang dalam UMNO atau BN yang menyatakan sedemikian pada hamba ianya rasional untuk diterima kerana mungkin sebagai langkah berjaga-jaga.

Tetapi bila “Team” AnWar sendiri yang berbicara sedemikian apa pula maksudnya. Jika benar kenyataan YB “katak si katak lompat” ini tidak boleh dipercayai, ingin juga hamba mempersoalkan kebolehpercayaan terhadap kata-kata AnWar dan “team PKR “ beliau. Bukankah mereka semua juga merupakan “Team” AnWar yang keluar(Lompat) dari UMNO. Jadi bolehkan rakyat mempercayai kata-kata Azmin Ali dan rakan-rakan beliau.

Apa yang Sebenarnya????

Yang sebenarnya, tidak ada pun YB “lompat” sebagaimana provokasi yang dilakukan oleh Pakatan. Semua ini dibuat untuk menimbulkan kemarahan rakyat. Hanya satu perkataan rakyat menjadi buta hati dan terikut dengan emosi. Maka meluak-meluak perasaan marah kepada YB-YB yang dikatakan “lompat”. Wahal sebenarnya YB-YB ini hanya keluar daripada Pakatan dan menjadi YB BEBAS. Tetapi untuk mengaburi kepincangan yang berlaku maka istilah “lompat si katak lompat” digunapakai untuk menimbulkan marah di hati rakyat dan sekaligus menunjukkan bahawa BN ini kotor dan jijik kerana sanggup menarik YB Pakatan untuk keluar daripada Pakatan. Hakikat sebenarnya YB-YB yang keluar dari Pakatan ini telah menyatakan bahawa mereka keluar kerana tidak puas hati dengan kepimpinan AnWar dan sudah tidak mahu lagi bersubahat dengan AnWar dalam cerita gebang beliau terhadap rakyat. Tetapi pada Anwar ianya tidak boleh kelihatan begitu. Kena buat sesuatu supaya rakyat marah dan apa yang berlaku dapat dikaitkan dengan BN. Maka istilah yang cukup hebat kesannya ini digunapakai, supaya menampakkan yang YB-YB ini keluar daripada Pakatan sebab hendak masuk BN kerana BN main taktik “kotor”. Wahal YB-YB ini keluar dengan tidak mendaftar di mana-mana pertubuhan parti kompenan BN yang lain. Dalam erti kata lain BEBAS.

JIKA MASIH MAHU MENYATAKAN YB-YB BEBAS INI SEBAGAI “LOMPAT”, MAKA DENGAN INI HAMBA JUGA BARANGKALI BOLEH MENYATAKAN YANG MEREKA YANG TELAH KELUAR DARIPADA UMNO KETIKA 1998 DAN SEANGKATAN DENGAN AZMIN ALI JUGA ADALAH “KATAK SI KATAK LOMPAT”. INI KERANA MEREKA JUGA “LOMPAT” KELUAR UMNO DAN TUBUH PKR…MALAH LEBIH “LOMPAT” DARIPADA YB ZAHRIN, YB ZUL NORDIN DAN YB-YB BEBAS LAIN……

1 comments:

assaad said...

Salam saudara.

Inilah yang terjadi di dalam PKR. Apa yang mereka lakukan semuanya betul, halal dan berbagai Lebel atau jenama yang indah-indah untuk mereka.

Tetapi untuk pehak lawan di jenamakan dengan perkara-perkara yang hodoh-hodoh. Tetapi jangan kuatir Allah Maha Besar. Allah tidak akan mengabulkan niat kotor dan busok itu.

Sebab itu berlakunya yang sebaliknya melawan apa yang di rancang oleh DSAI , Azmin dan lain-lain komplotan mereka. Ini tidak akan berkesudahan. Lihat saja nanti apa yang berlaku. Kecuali mereka berubah dan bertaubat.

Nampak kapal PKR sudah akan karam. Walaupun mereka menidakkannya. Mereka merancang tetapi Allah yang menentukan.

Semuga BN terus maju, dan anggaplah ini sebagai dugaan dan cabaran. DS Najib semuga diberi kekuatan melawan arus dan gelombang yang di cetuskan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab ini. Semuga Rakyat di celikan dan diberi pengertian oleh Allah supaya dapat menimbang yang baik dan benar.

Semuga Malaysia di hindari dari bahaya dari kumpulan yang tidak bertanggung jawab ini.

"Betulkanlah yang Biasa
dan Biasakanlah yang Betul"

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com

Related Posts with Thumbnails