Tuesday, March 03, 2009

Petikan dari sahabatku

Pilihan Raya Kampus: Siapa Letak Kepala Babi Dalam Surau Di UM?

(Foto ini diambil dari Mahasiswakini, satu laman blog Pro M. Bagaimana mereka boleh dapat foto ini sedangkan polis sudah pun berkawal di sekitar surau berkenaan?).

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,” berikut adalah kenyatan dari Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). Mengapa terlalu cepat menuduh pihak tertentu yang meletakan kepala babi tersebut? Sama seperti isu surat palsu TNC HEP dan duit RM100 kepada calon-calon Pro M. Apakah TNC HEP tahu siapakah bakal-bakal calon Pro M? Perkata itu hanya diketahui oleh kumpulan Pro M sahaja. Jadi bagaimana surat tersebut boleh ditujukan kepada orang terbabit dengan tepatnya. Tidakkah ini menampakkan satu tactical psywar yang dibuat sendiri oleh kumpulan Pro M untuk mengada-ngadakan isu di Universiti Malaya?.

(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2. Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas seperti seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. (seperti baru belajar) Kemudian Al Quran masih tersusun rapi tanpa diusik pun. Yang dirosakkan adalah buku-buku di dalam surau. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?. Rujuk pemikirmahasiswaonline).

Kes menjadikan surau sebagai sasaran bahan psywar bukan pertama kali berlaku di Universiti Malaya. Sebelum kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya pada 2 Februari 2008 untuk ke program alumni "Day : Home Coming 2008" isu yang hampir sama tercetus di surau Universiti Malaya. Ketika itu, terdengar rancangan mahu mengadakan demonstrasi sempena kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya. Kebetulan atau ianya sengaja dirancang, tiba-tiba ada pula orang pergi menconteng surau dengan tulisan "OM'. Mengapa ianya diconteng di surau Kolej Kediaman Ke-2, tidak diconteng di surau Akademi Pengajian Islam atau di masjid?. (Gambar: Beberapa orang pelajar PMIUM berada di surau yang diconteng tersebut di Kolej Kediaman Ke-2). Mengapa surau Kolej Kediaman Ke-2 diconteng? Isunya mungkin bersifat peribadi apabila ada mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan pengetua kolej ke-2 iaitu Profesor Dr. M. Rajentheran (Pengetua Kolej Kediaman Ke-2, Pensyarah di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya) dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass ( Penyelia Kolej Kediaman Ke-2, Penolong Pendaftar di Pusat Pelajar Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya). Tuduhan mereka ialah kolej ke-2 terlalu ramai mahasiswa India. Oleh itu, ada pihak yang tidak berpuas hati. Mungkinkah tulisan "OM" itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan orang India yang masuk ke dalam surau dan mencontengnya? Ianya seolah dirancang ke arah motif itu. Bila isu ini tercetus, maka beraraklah mahasiswa untuk berdemontrasi di hapan Perdana Menteri, bukankah begitu naratifnya?

(Gambar: Pernah berlaku dulu, pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan tersebut. Pejabat PMIUM adalah pejabat yang dikawal 24 jam dan sentiasa mempunyai penghuni. Persoalannya siapakah yang menconteng bangunan Pejabat PMIUM ini jika pejabat ini sentiasa dikawal 24 jam? Bodoh sangatkah pihak musuh mahu menconteng bangunan yang sentiasa dikawal 24 jam oleh ahlinya. Rujuk pemikirmahasiswaonline). Pejabat PMIUM turut disembur dengan tulisan "PMIUM BABI". Ini bermakna kejadian kepala babi diletakkan dalam surau adalah kejadian yang berulang tetapi dengan cara yang berlainan. Jika dulu "PMIUM BABI", sekarang ini kepala babi sendiri turut dijadikan sebagai bahan psywar. Bagi mereka yang menganalisis sesuatu kejadian secara sekilas pandang, isu tulisan "PMIUM BABI" dan "Fxxx" lebih terarah untuk menuduh pihak Aspirasi yang melakukannya. Motifnya dibuat untuk tuduhan diarahkan kepada Aspirasi. Begitu juga kejadian tulisan "OM" di dinding surau Kolej Kediaman Ke-2. Sekilas pandang, orang akan tuduh mahasiswa India yang buat bukan? Dr. M. Rajentheran dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass tentunya akan dikatakan sebagai dalangnya? Jadi akhirnya, bila orang simpati dengan serangan bertalu talu kepada PMI, mereka akan menuduh orang lain sebagai jahat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara. (Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dan pejabat PMIUM dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama? Atau orang yang sama dilatih untuk tujuan ketiga-tiga black ops tersebut?). Begitu juga dengan kejadian pada awal pagi tadi, motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi dan pihak TNC HEP sebagai jahat. Kemudian Pengerusi Pro M menyatakan bahawa TNC HEP sengaja mencetuskan isu baru untuk menutup isu rasuah kononya di UM. Surat yang diedarkan bersama RM100 adalah surat yang diimbas dan kemudian di photostat kembali. Apakah kerana surat demikitan, Pro M boleh menuduh TNC melakukan rasuah? Tuduhan ini nyata sekali tidak berasas. Jika diteliti ketiga-tiga kes di atas, kes conteng di pejabat PMIUM, kes tulisan "OM" dan terbaru kes kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam. Motifnya seolah-olah dirancang untuk menuduh pihak lain sebagai kambing hitam bukan? Siapa yang buat kita tidak tahu. Aspirasi yang buat atau Pro M yang buat atau pihak lain yang buat? Siapa yang sanggup pegang kepala babi masuk ke dalam surau yang dikawal ketat oleh kumpulan Pro M? Siapa yang sanggup letak bahan psywar dalam surau yang selama ini dijadikan markas operasi Pro M sejak bertahun tahun lamanya? Orang yang buat perkara ini memang wajar mendapat hukuman yang berat daripada Allah SWT. Dicadangkan agar Pro Mahasiswa dan Aspirasi mengadakan satu majlis angkat sumpah bersama untuk mengesahkan mereka tidak buat perkara terbabit. Jangan cepat menuduh mana-mana pihak yang melakukannya tanpa usul periksa dan bukti yang sahih. Untuk kebenaran bersama, pihak yang menghina rumah Allah SWT dengan kepala babi ini harus mendapat hukuman yang berat. Dicadangkan kepada Aspirasi, jika pihak Pro M enggan hadir membuat majlis angkat sumpah secara bersama selepas solat Jumaat petang ini, maka Aspirasi harus mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk memohon kepada Allah SWT agar mereka yang terbabit mengotorkan pilihan raya kampus di UM dengan kepala babi tersebut diberikan hukuman yang berat. Kebenaran akan datang kepada mereka yang dianiaya. Pembalasan pula akan datang kepada mereka yang sanggup membuat kerja jahat untuk menghalalkan cara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails