Monday, June 29, 2009

BIla Pemimpin Pelajar Merasa Meraka Cukup Hebat

Salam..dalam mengikuti arus politik Tanah air...hamba masih tidak lupa akan tempat hamba mempelajari ilmu politik..tempat hamba berkecimpung dalam arena politik kampus...tanggal 28 JUN 2009...hamba telah mengikuti episod permulaan sebuah cerita mahasiswa baru yang mendaftar diri untuk Minggu Haluan Siswa(MHS)...Dari senario yang dilihat seperti tiada apa yang menarik untuk disingkapkan...Dari mata kasar yang dilihat hanya pelajar-pelajar baru yang sibuk menarik dan mengangkat barang sambil diiringi oleh ibubapa untuk mendaftar diri sebagai mahasiswa universiti... Tapi bagi telah berpengalaman pula terutamanya abang-abang dan kakak-kakak senior pula, telah melihat satu peristiwa yang agak ganjil dan pertama kali dilihat...ada satu golongan lain yang telah memainkan peranan sebagai "pembantu mahasiswa" (panggilan untuk senior yang bertugas sepanjang MHS) walaupun pihak HEPA telah pun membuat pemilihan dan melantik pembantu mahasiswa yang sah dan dilatih... Mereka yang berlagak seperti "pembantu mahasiswa" telah memaklumkan kepada hamba yang mereka telah dipilih oleh oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya yang diketuai oleh saudara Mohd Ridzuan Mohamad...Mereka yang dipilih ini juga mendapat tag nama yang tertulis "SUKARELAWAN"...bila sahabat hamba yang bersama hamba ketika itu mempersoalkan tag nama yang dipakai oleh mereka...jawapan yang diperolehi...tag nama tersebut dikeluarkan oleh MPMUM sendiri dan mendapat kebenaran oleh Naib Canselor sendiri... Perkara ini amat mengejutkan hamba...setahu hamba yang 4 tahun di UM dan 3 kali menjadi pembantu mahasiswa... dari hanya menjadi ajk sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembantu Mahasiswa untuk tahun berikutnya...inilah kali pertama hamba melihat pelajar membuat tag nama sendiri tanpa sebarang cop dari HEPA ataupun pejabat canselori untuk program anjuran HEPA...setahu hamba yang jahil ini sebarang program yang dianjurkan oleh Universiti...setiap Ajknya hanya dibenarkan untuk memakai tag nama yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan HEPA sahaja dan dibelakang tag nama tersebut akan tandatangani oleh TNC HEPA... Bagaimanapun, bagi mereka(promahasiswa) yang memegang tapuk pemerintahan MPMUM kali ini telah melakukan sesuatu yang telah melanggar peraturan program...dengan alasan "kebenaran NC" mereka melakukan segalanya atas tiket sebagai MPMUM...bila hamba mengesahkan apa yang dimaklumkan apa yang diperolehi sama sekali bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh mereka yang bergelaran sukarelawan ini...Apa yang hamba perolehi...tiada sebarang kebenaran yang dikeluarkan oleh NC mengenai pasukan SUKARELAWAN tersebut... Ini yang menjadi tanda tanya kepada hamba...apa tujuan sebenar pasukan "Sukarelawan" ini... kalau benar ingin membantu kepada perlu mengelak dari bertembung dengan hamba dan sahabat-sahabat hamba yang bergelar Pembantu Mahasiswa yang telah dipilih dan dilantik serta dilatih oleh pihak HEPA untuk program MHS ini...ini terbukti ada kesalahan yang cuba disembunyikan oleh mereka... Adakah kerana dia bergelar YDPMPMUM...maka mereka boleh membuat apa sahaja...boleh memperdagangkan nama individu-individu tertentu untuk menakutkan mana-mana pihak bagi memastikan tiada pihak yang mempertikaikan perlakuan mereka... Baru hamba tahu...gelaran YDP rupanya lebih besar dan patut dihormati berbanding pangkat NC ataupun TNC...mana tidaknya gelaran NC sendiri mereka berani perdagangkan... lihat sendiri penipuan yang telah dilakukan oleh pihak mereka ini...hamba perbandingan tag nama yang dipakai oleh Pembantu Mahasiswa yang sah dan dilantik dengan mereka yang dikataka pasukan sukarelawan...

5 comments:

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam..

Sahlah PMIUM ini suka menipu sama seperti Tok Guru dia iaitu PAS....hai adkah PMIUM itu betul-betul perjuangkan Islam

jawe pro-m said...

salam

tu lah aku pon dah lame duk kat pro-m ni baru skrg (lepas grade 3 tahun) ni aku tersedar yg aku ni berada di pihak yg benar sebenarnye..hahaha..

piiirah mangkuk najis UMNgok Barizan naSyional!!! porraaa....

HEP=UmnGok=Aspirasi(gErak-Mhssw)

Mohd Syahril Kamarudin said...

Tgk cara tulis ditambah lak ngn muka kamu pn aku dah tau, x payah aku cakap banyak..kcian pn ada,lucu pn ada tgk org cam kamu ni.xpelh,skrg2nye kamu sedar kamu ni manusia lemah..huhu

Airene Abdullah said...

Hmmm...tak sangkanya ada penipuan macam tuh...~
Tak sabar nak tengok pilihanraya kampus nanti...~
Diharapkan kali ni warga UM bijak menilai yang mana intan, yang mana permata...~

Anonymous said...

SALAM..MANUSIA YANG LEMAH TIDAK SEMESTINYA LEMAH..UTK APA BDN BESAR KLU OTAKNYA LEMAH...PERSOALAN SAUDARA SULHAIRIL MENGENAI PERJUANGAN ISLAM ADAKAH BETUL ATAU PALSU?TIADA SIAPA YANG MAMPU MENJAWAB PERSOALAN SAUDARA KERANA IA BRGNTG PADA NAWAITU KITA ATAS SESUATU YANG INGIN DAN BAKAL KITA LAKSANAKAN ATAU PERJUANGKAN..ADAKAH ANDA BENAR2 FAHAM APA ITU ISLAM ATAU SEKADAR MAINAN SEBUTAN DIBIBIR ANDA? SOAL MENIPU? NILAIKAN DIRI SAUDARA TERLEBIH DAHULU ADAKAH ANDA BENAR2 SEORANG YANG JUJUR DALAM MEMPERJUANGKAN POLITIK TANAH AIR KITA?

Related Posts with Thumbnails