Friday, April 08, 2011

Teoh Beng Hock vs penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd

Dimanakah suara-suara lantang yang suka melalak untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja sebagai langkah terakhir untuk menyiasat sesuatu isu.....terbaru kematian pegawai kastam yang meninggal dunia ketika dalam jagaan SPRM....bukankah kes ini sama sebagaimana kes Te0h Beng Hock....caranya kematiannya juga sama....jatuh dari bangunan SPRM....tetapi dimana suara Karpal Singh serta "geng-geng" beliau...kenapa tidak dilaungkan perkara yg pernah dilaungkan untuk TBH.....adakah kerana beliau berbangsa MELAYU atau tidak memiliki kepentingan politik terhadap DAP n The Geng......

Kita singkap semula kisah TBH...
1) TBH ditahan SPRM untuk membantu siasatan ke atas "BOSnya" iaitu orang kuat dalam DAP....
2) Dibawa ke pejabat SPRM untuk soal siasat.....
3) Selesai soal siasat....
4) Didapati meninggal dunia....di pejabat SPRM........jatuh bangunan.....
Bagaimana pun DAP mendesak kerajaan untuk tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja kerana mendakwa TBH dibunuh dengan cara "ditolak jatuh dari tingkat atas bangunan pejabat SPRM....
5) Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan...siasatan bermula sehinggakan mayat TBH yang telah dikebumikan pun diminta untuk dikeluarkan semula untuk tujuan bedah siasat entah kali yang ke berapa pun hamba tidak tahu dah..................
Kita lihat pula kes Pegawai Kastam Selangor ini pula:
1) Pegawai Kastam dibawa ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan kes rasuah dikalangan kakitangan KASTAM
2) Dibawa ke pejabat SPRM untuk soal siasat...
3) Selesai sesi soal siasat...
4) Didapati meninggal dunia....di pejabat SPRM....jatuh bangunan
Bagaimanapun tiada pula suara DAP mendesak kerajaan untuk tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja kerana mendakwa Pegawai Kastam dibunuh dengan cara "ditolak jatuh dari tingkat atas bangunan pejabat SPRM....
5) Maka tiada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.....
Persoalan yang timbul.....
1) Kenapa hanya kes TBH sahaja yang DAP perjuangkan untuk penubuhan Suruhanjaya tersebut....adakah disebabkan TBH ini merupakan pegawai DAP dan memiliki kepentingan politik serta berbangsa cina....dan Pegawai Kastam itu pula adalah seorang kakitangan awam dan tidak memiliki kepentingan politik terhadap parti DAP n The Geng serta berbangsa MELAYU....
2) Dimana tunjuk perasaan yang melibatkan penyokong DAP, PKR dan PAS dalam menuntut hak keadilan terhadap rakyat....
3) Dimana Nizar Jamaluddin dalam urusan solat jenazah pegawai kastam tersebut....kenapa tidak kelihatan bayang Nizar....sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar terhadap mayat TBH....(menghadiri majlis memperingati TBH sehingga melakukan upacara kematian terhadap TBH).....
Renung-renungkan....Betulkah ini yang dikatakan perjuangan menuntut keadilan yang dikatakan setiap rakyat ini mempunyai hak yang sama rata....melalui motto " MALAYSIAN Malaysia" oleh DAP...."KEADILAN untuk SEMUA" oleh PKR......atau semuanya hanya dilakukan bilamana memiliki kepentingan politik sahaja......

0 comments:

Related Posts with Thumbnails